Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Damen Mall, Subang Jaya dengan bangganya mengadakan "Our New Year Indugences" Lifestyle Bazaar We Women Market untuk membeli-belah dengan penuh keselesaan, lebih-lebih lagi buat kaum wanita yang sememangnya tidak boleh lari dengan istilah shopping.
Pembukaan lifestyle bazaar pada ruang fizikal yang memadai keseluruhannya, ia direka bentuk bagi mewujudkan suasana membeli belah yang lebih menyeronokkan dan mudah buat pengunjung yang lalu-lalang. Ruang fizikal yang disediakan cukup selesa dan persekitaran yang sejuk menambah lagi keseronokan kepada pengunjung untuk singgah dan membeli-belah.
Dapatkan Hasil Kraftangan Terbaik Di Lifestyle Bazaar We Women Market
Damen Mall merupakan pusat membeli-belah terunggul yang terletak di Subang Jaya. Menerusi reka bentuk ruang yang luas dan selesa, Lifestyle Bazaar We Women Market berada di tengah-tengah laluan di bahagian Atrium Groung Floor dengan memberikan pengalaman kepada pengunjung membeli-belah barangan kraftangan dan merasai sendiri pengalaman membeli-belah seperti di Night Market, luar negara.
Terdapat lebih daripada 10 jenis vendors yang menjual pelbagai barangan kraftangan dan seni seperti aksesori, fesyen, hasil kraf, kesihatan dan kecantikan, makanan dan minuman dan sebagainya yang cukup bergaya serta kreatif.
Menariknya lagi, produk kesihatan untuk bayi dan kanak-kanak juga boleh didapati di sini. Jadinya, tidak hairanlah ramai para IbuBapa sibuk mencari produk kesihatan yang sesuai buat anak mereka seperti barangan mandian, losyen, sabun, syampu dan juga ubat gigi. Tidak ketinggalan juga produk kesihatan buat wanita mahupun lelaki yang sememangnya hari ini sudah ramai menjaga kesihatan dan penampilan diri.
Selain itu, LeYa sendiri dapat merasai kelazatan Mango Cheese Cake yang cukup popular di kalangan orang ramai di situ. Rasanya memang sangat enak sekali. Cukup penggunaan mangga dan cheese dalam pembuatan kek itu, menjadikan LeYa mencubanya beberapa kali. Hehehe...
Bagi peminat hasil kraftangan, anda pasti teruja melihat kecantikan dan keunikan barangan yang terdapat di lifestyle bazaar ini. Sungguh mempesonakan dan mengagumkan! LeYa sendiri terpegun dan terjebak memiliki sebuah bantal mini untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Memang melilau jugalah mata LeYa bila berada di sini. Elok jugalah Incik Otomen tunggu di luar. Kalau tak, memang pening dia melayan kerenah Puan Isteri membeli-belah. Hehehe...
Jalan-jalan di lifestyle bazaar ini juga akan menyajikan anda dengan pelbagai aneka makanan dan minuman yang boleh dinikmati. LeYa dapat rasa Sambal Enak dari Indonesia, Madu Tualang Original dan juga Coconut Jelly yang kesemuanya sangat sedap.
Tak perlu kata apa lagi. Lifestle Bazaar We Women Market sempena Our New Year Indugences yang diadakan ini memang ceria dan menyeronokkan.
Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina ini, bagi yang ingin memiliki barangan kraftangan dan hasil barangan yang LeYa kongsikan di atas, boleh dapatkan di laman web, facebook atau instagram setiap kedai tersebut seperti di bawah:
ERH
SAARAT
AKIS - Mango Cheese Cake
Swags & Tails
Sambal Enak
Dorsata Honey
Coconut Jelly Monstar