Rabu, 20 Disember 2017

Terbang Ke Hong Kong Bersama Malaysia Airlines, Tambang Serendah RM629 'All-In'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Musim cuti sekolah tinggal dua minggu je lagi. Tapi rasanya masih boleh je nak berjalan lagi kan. Kalau korang tak pernah pergi ke Hong Kong, di sini LeYa nak bagi satu cadangan destinasi yang wajib korang pergi sebelum berubah fikiran. Apa kata korang cuba teroka Bandaraya Hong Kong dengan menyaksikan keindahan Symphony of Lights, pertunjukan muzik dan cahaya yang sangat menakjubkan di kawasan Victoria Harbour.


Memang tidak lengkap lah kiranya jika korang ke Hong Kong tanpa pergi menyaksikan Symphony of Lights ni. Dikatakan cahaya ini datangnya dari lebih 40 buah bangunan pencakar langit sekitar Victoria Harbour dan digabungkan dengan muzik dan suara latar yang menggambarkan bandaraya Hong Kong itu.


Lokasi terbaik untuk menonton Symphony of Lights adalah di pinggir pelabuhan Tsim Sha Tsui dan Golden Bauhinia Square di Wan Chai. Pertunjukan ini bermula pada jam 8.00 malam dan berlangsung kira-kira 10 minit sahaja.

Bersiar-siar ke Old Town Central

Dah sampai kota Hong Kong tuh, apa lagi! Korang pergi la merasai pengalaman menarik untuk mempelajari budaya dan sejarah unik di sana. Bukan itu sahaja. Korang boleh membeli sedikit kraftangan untuk dibawa pulang sebagai tanda kenang-kenangan dan paling rare korang kena cuba hidangan fusion tradisional dan moden yang ad di situ. Kalau korang nak tahu lagi, Old Town Central ni adalah tempat di mana budaya Timur dan Barat bertemu. Awesome kan! Travel sambil belajar di negara orang.


Jalan punya jalan, mulalah perut pun terasa lapar. Jangan risau! Korang boleh penuhi selera korang di syurga pencinta makanan di Central. Dari dim sum dan dan dai pai dong, tart telur hinggalah ke pilihan makanan antarabangsa, semuanya terhidang di sini.

Perut dah kenyang. Teruskan lagi perjalanan untuk menambah lagi pengalaman dan pengetahuan ketika travel ke tempat orang.


Terlalu banyak perkara menarik yang korang boleh nikmati dan alami di Hong Kong.

Apa lagi, Jom terbang ke Hong Kong bersama Malaysia Airlines dengan tambang serendah RM629 "All-In".

Dapatkan maklumat lengkap di SINI!

 Terbang Ke Hong Kong Bersama Malaysia Airlines, Tambang Serendah RM629 'All-In'

8 ulasan:

  1. Malaysia Airlines tengah buat sale kaw kaw ni sempena kapal baru masuk A350.

    Tak yah susah susah nak pi overseas, fly in Malaysia pun boleh rasai ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup... Memang betul.. Boleh melancong dalam dan luar negeri menggunakan Malaysia Airlines. Ada orang nak rasai pengalaman melancong ke luar negara..

      Padam
  2. Bestnya travel :) Orang yang rajin travel ni lebih open-minded sebab banyak pengalaman dengan budaya dan tempat orang. InsyaAllah one day nak jadi traveller jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Travel memang sangat best... Kita lebih dekat dengan penciptaNya. Sejak kecil LeYa dibawa melancong setiap kali cuti sekolah. Sehinggalah minat itu tertanam untuk meneruskan travel dan menulis di blog kesayangan ni..hehe..

      Padam
  3. Murah dan berbaloi tambangnya tu... menariklah Leya.

    BalasPadam
  4. alaaa.. bile nak pergi hong kong nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah akan ada rezeki untuk ke sini nanti

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com