Sabtu, 21 Oktober 2017

Nights of Fright 5 Menghantui Anda di Sunway Lagoon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Yeah!!! Bulan Oktober muncul lagi. Rasanya pasti ramai yang tahu dengan perayaan Halloween ni. Kebiasaannya, perayaan ini akan disambut dengan pemakaian kostum berupa makhluk sangat mengerikan dan ukiran wajah juga mengerikan serta sebilangan kanak-kanak yang datang berkunjung dari rumah ke rumah untuk mengutip gula-gula dan banyak lagi. Tidak kisahlah apa yang dikatakan perayaan Halloween ini. Yang pastinya hari Halloween ini menyuntik perasaan seram dan ngeri dalam diri masing-masing. Taman tema air bertaraf dunia, Sunway Lagoon Malaysia telah meraikan 25 tahun pembukaannya sejak tahun 29 April 1993.

Tahun demi tahun, Sunway Lagoon tidak ketinggalan memberi penambahbaikan demi memastikan pengunjung dapat menikmati keriangan yang berterusan dan menghiburkan. Jadi, sepanjang bulan Oktober ini, taman tema terulung ini membawakan kita semua kepada festival ngeri yang diberi nama NIGHTS OF FRIGHT 5. Festival yang mana telah memasuki edisi ke-5 ini akan menghantui anda dengan 8 buah rumah berhantu, 5 zon ketakutan, 11 permainan yang menggerunkan dan 4 persembahan yang sangat mengerikan







Kembara Seram di Nights of Fright 5

Jika anda lemah semangat, pastikan anda sentiasa waspada dengan roh orang mati yang berkeliaran di sekeliling anda! Dikhuatiri jelmaan-jelmaan ini akan memeranjatkan anda dari arah yang tidak disangka. Untuk permulaan yang menyeramkan, LeYa dan Otomen berkunjung masuk ke DYSTOPIA HOSPITAL HELL, yang mana ia merupakan sebuah hospital usang yang akan membawa anda pengalaman ngeri yang berlaku pada setiap pesakit dan pekerja di sini. Laluan disediakan dan anda dinasihatkan untuk berpaut pada bahu orang atau rakan-rakan kerana jika ikatan anda terlepas, AWAS! Tiada jalan keluar.








Adakah anda rasa sudah takut dengan rumah berhantu tersebut? Jika anda rasa masih tidak takut dan memerlukan lebih pengalaman mengerikan, jom LeYa bawa anda merasai pengalaman 5 zon ketakutan. Antaranya adalah HORRORWOOD BOULEVARD, FOREST OF FEAR, ZOMBIE PIRATES, JUDGEMENT LANE dan MARCH OF THE UNDEAD. Ini pasti akan membuatkan anda takut menggigil-gigil dan terus nak balik rumah. 


Lokasi yang pasti membawa anda satu pengalaman yang mengerikan tetapi menarik untuk dilawati dan menyahut cabaran. Jangan lupa untuk cuba setiap aktiviti yang telah disediakan termasuk 11 permainan yang mungkin memeranjatkan anda. LeYa dah pun mencubanya dan ternyata kecut-perut juga lah setiap kali kejutan muncul. Hehehe... 

Tidak ketinggalan juga yang mana anda semua boleh menyaksikan persembahan ngeri yang akan menghantui anda iaitu HORRORS CIRCUS STAGE, THE EGYPTION TEMPLE dan JUDGEMENT STAGE. LeYa pasti anda akan terpana melihatnya.


Lebih meriah dan istimewa pada tahun ini, pihak Sunway Lagoon telah menganjurkan larian yang dinamakan NIGHT OF THE UNDEAD RUN. Lebih 1300 orang telah menyertai dan melengkapkan larian yang penuh dengan halangan ini.


Jadi.... Jika anda ingin merasai sendiri pengalaman seperti LeYa di atas, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke "NIGHTS OF FRIGHT 5" yang berlangsung hanya pada hujung minggu iaitu pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula dari jam 7.30 sehingga 11.30 malam. Tiket masuk berharga RM64 sahaja! 

Sebarang maklumat lanjut, bolehlah hubungi di talian 03-5639000 atau layari www.sunwaylagoon.com dan laman Facebook Rasmi SUNWAY LAGOON MALAYSIA.

8 ulasan:

  1. haha kalau nisa memang tak laaa nak masuk rumah hantu. nisa takotttt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Inshaa Allah... LeYa pun taklah berani sgt.. tp xjugak didik jadi penakut... Jom nantikan pula episod leya di genting - haunted hotel amber court

      Padam
  2. macma best je.. nak juga rasa takut.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best lah juga... Nak lagi best nantikan cerita leya seterusnya

      Padam
  3. Muka sasha saidin tu seram giler. Memang kecut perut kalau jumpa dekat luar ni. Hehe. Hari tu masuk sekali je rumah hantu ni. Lepas tu berpikir banyak kali juga lah. Hehe

    BalasPadam
  4. Real betul make-up diorang. Memang seram.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com