Isnin, 30 Oktober 2017

Travel Dengan Tempah Tiket Flight Secara Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Kesibukan kita hari ini seumpama tidak cukup masa yang diberikan 24 jam sehari itu. Masa itu sangat berharga. Bak kata pepatah "Masa Itu Emas". Dengan masa yang cukup-cukup terhad ini, rasanya memang ramai yang tidak sempat nak pergi beli tiket flight bilamana tiba-tiba nak kena outstation di tempat yang jauh. Tapi, Don't Worry! LeYa ada penyelesaian kepada masalah yang korang sering hadapi hari ini. Kat bawah ni LeYa akan jelaskan penyelesaiannya untuk memudahkan korang semua booking tiket flight ke mana sahaja destinasi yang korang nak pergi dengan mudah dan cepat. Jom!

Okay... Kalau korang semua nak tahu, bolehlah LAYARI LINK MALAYSIA ONLINE BOOKING INI DI WEBSITE TRAVEL yang semakin meningkat hari ini. Di situ nanti korang akan boleh membuat pilihan destinasi yang sangat banyak yang ditawarkan oleh pihak syarikat penerbangan, MAS. Kemudian, korang boleh cari flight yang ada dengan pilih Our Destination, Date dan How Many Passenger yang nak tempah. Setelah itu, senaraikan setiap flight yang menawarkan pakej dan harga yang ada. Yang pasti, LeYa nak beritahu kadang-kadang harga setiap flight boleh jadi naik dan turun. Jadi, ambil perhatian jika korang nak buat perbandingan harga. Kalau boleh dan rasa sudah menepati citarasa terus aje buat tempahan. Takut nanti promosi yang ditawarkan dah tamat tempoh. Sebab itu LeYa cakap Masa Itu Emas. 


Sudah pasti korang yang bekerja ni kadang-kadang akan ada di sesebuah tempat untuk bekerja atau meeting yang urgent dan last minute. Jadi, dengan TRAVELOKA ni, korang akan rasa lebih mudah dan cepat kerana ianya All In One sebab korang boleh book tempat penginapan dan tiket flight sekali. Ya! Semestinya ia All In One. Mesti korang tak pernah jumpa Apps macam ni kan. Lebih mudah lagi, korang boleh download je aplikasi ni di telefon bimbit korang. 

Flight MAS ni ada dua jenis penerbangan iaitu economy dan business class. Jadinya, korang boleh buat pilihan mengikut kesesuaian dan bajet kemampuan serta keselesaan korang. Pilihan di tangan korang ye! Selain itu, MAS juga ada sediakan makanan dan minuman yang sedap-sedap ketika berada di dalam flight. Layanan yang diberikan oleh Cabin Crew juga akan membuatkan korang berasa sangat selesa dan tidak risau kerana mereka semua sangat terlatih. Kalau tak percaya cuba masuk MAS Academy dan mohon untuk menjadi Cabin Crew dan tengok betapa peritnya mereka memberikan latihan kepada semua cabin crew. Tapi, macam mana LeYa tahu kan? LeYa bukannya pernah kerja sebagai Cabin Crew. Ini sebab pengalaman daripada kawan-kawan LeYa yang dikenali. 


Apa lagi yang korang nak tahu ye? Okay... untuk cabin baggage, 7kg maksimum untuk economy class dan 2 beg 7 kg maksimum untuk business class. Tapi, untuk check-in baggage pula, bagi economy class 2 beg dengan berat muatan hanya 30kg manakala untuk business class maksimum berat 40kg. Antara polisi MAS adalah menjaga keselamatan dan keselasaan. Bayi di bawah umur 7 hari tidak dibenarkan untuk menaiki kapal terbang. Dan, untuk infant yang berumur 2 tahun dan ke bawah boleh dipangku oleh seorang dewasa. Seorang dewasa tidak dibenarkan sama sekali memegang dua bayi. Jika boleh, korang memang POWER tapi sayang pihak MAS memang tidak membenarkannya. Hehehe...

Selain itu, kanak-kanak bawah 12 tahun juga ada disediakan program Travel Alone. Cabin crew akan memberi perhatian yang lebih kepada mereka dan akan pastikan kanak-kanak ini selesa dan selamat sepanjang perjalanan sehingga tiba ke destinasi. So, kanak-kanak juga boleh melaksanakan aktiviti travel secara solo. LeYa juga mencadangkan untuk flight domestic, korang perlu tiba 1 jam awal dan untuk ke luar negara pula beri persediaan sampai 2 jam awal bagi memudahkan urusan sebelum berlepas ke destinasi yang dituju. Takdelah rushing sangat nanti masa nak check-in sebab korang juga kena faham yang nak naik kapal terbang ni bukan korang sorang je. Ramai lagi yang menunggu giliran nak naik.



Kalau korang nak tahu lagi, sebelum dikenali sebagai Malaysia Airlines, airline ini dikenali dengan nama Malayan Airways Limited. Ia adalah yang pertama kapal terbang utama pada tahun 1947 dan berpusat di Singapura. Pada tahun 1966, Malayan Airways Limited bertukar nama kepada Malaysia Singapore Airlines (MSA) sebelum dibahagikan kepada Singapore Airlines dan Malaysian Airlines System (MAS)  pada tahun 1972. Pada masa itu, kebanyakan flight ke luar negara menggunakan Singapore Airlines dan menjadikan Singapore Airlines secara automatik adalah flight antarabangsa. MAS kemudiannya mengambil alih untuk penerbangan dalam negeri termasuk Malaysia dan negara yang berdekatan. 

Bagi korang yang mungkin bekerja dengan syarikat yang besar, LeYa memang syorkan untuk menggunakan booking service dari TRAVELOKA ini kerana ia sangat sesuai dengan keperluan, kehendak dan kekangan masa yang korang alami. Dalam hanya beberapa minit sahaja, korang dah boleh book floght ticket. Tak perlu lagi membazirkan wang untuk hire pembantu peribadi untuk buat tempahan tiket. At least, korang sendiri boleh buat. Di era teknologi di hujung jari ini, ia lebih mementingkan kebolehan kita dalam berkomunikasi. 

Sabtu, 28 Oktober 2017

Haunted Hotel | Pengalaman Bermalam di Amber Court, Genting Highlands

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa perasaan korang bila berhadapan dengan situasi yang sangat menyeramkan? Sudah semestinya, ironinya kehidupan sejagat manusia akan berasa takut dan seram. Jadi, bagaimana pula jika korang menginap di salah sebuah hotel yang dikatakan berhantu? Inilah yang menjadi sedikit kebimbangan di hati LeYa tatkala menyertai satu cabaran "Siapa Paling Berani" bermalam 1 malam pada 21 Oktober 2017 di Amber Court, Genting Highlands yang mana merupakan lokasi tersenarai antara kawasan paling 'haunted' di Asia. 


Cabaran "Siapa Paling Berani" di Amber Court

Cabaran ini diadakan bersempena dengan tayangan filem seram HAUNTED HOTEL terbitan Lomo Pictures yang diarahkan oleh Ryon Lee di mana ia telah menggandingkan para pelakon terkenal dari Thailand, Malaysia dan China serta menjadikan Amber Court sebagai salah sebuah lokasi penggambaran filem tersebut. 

Filem Haunted Hotel yang sudah ditayangkan di Malaysia mendapat kutipan RM600,000 untuk 3 hari tayangan manakala mendapat RM11 juta selama 8 hari di China. Jadi, atas pelawaan Cabaran "Siapa Paling Berani" dari Sam Kassim Events & Communications, LeYa, Otomen dan beberapa lagi rakan blogger terpanggil untuk mencabar diri bermalam di Amber Court, Genting Highlands. 


Ini merupakan pengalaman pertama LeYa dan Otomen bermalam di Amber Court ini. LeYa dan Otomen bergerak ke sana dengan menaiki sebuah van yang mana kami telah berkumpul di stesen LRT Gombak sekitar jam 5.00 petang. Lebih kurang jam 6.15 petang, kami pun tiba di Amber Court, Genting Highlands. Angin bayu dah mula menyapa muka dan seluruh anggota badan dah mula terasa sejuk. Di kesejukan petang itu, kami para blogger memulai langkah pertama dengan membuat liputan terhadap persekitaran di sini.

Amber Court ini bukanlah sebuah bangunan kosong. Malah ia dihuni oleh warga asing yang bekerja di situ dan beberapa pelancong luar negara yang datang menginap di bilik hotel yang disediakan. Tambah meriah lagi LeYa nak perkatakan, korang akan disajikan dengan deretan kedai makan, kedai runcit, dobi dan kedai alat telekomunikasi di perkarangan lobi yang sangat besar dan luas itu. 

Melangkah sahaja masuk ke bilik hotel untuk LeYa dan Otomen yang berada di tingkat 23 iaitu tingkat tertinggi telah memukau mata memandang dengan hiasan dan keluasan yang cukup selesa untuk bermalam di situ. Ruang tamu, dapur dan sebuah bilik tidur serta balkoni menambahkan lagi bilik hotel ini menjadikan ia apartmen eksklusif pada era zaman kegemilangan dahulu. Dari luaran, ia seperti sebuah hotel yang suram dan seram, namun di sebalik keselesaan bilik hotelnya membuatkan satu perasaan tenang untuk merehatkan diri.



Lawatan ke Lokasi Penggambaran Haunted Hotel

Usai menguruskan bilik hotel, LeYa dibawa pula untuk meninjau lokasi penggambaran bagi filem Haunted Hotel yang pernah dijalankan di kawasan Amber Court ini. LeYa difahamkan yang mana pengarah dan krew turut diganggu semasa sedang membuat sesi penggambaran. Di antara lokasi-lokasi ini juga, ada berlaku satu kejadian di mana melibatkan 7 ahli keluarga bunuh diri dan kawasan tersebut dihuni makhluk halus. Dikatakan ramai pernah diganggu terutama sekali apabila berseorangan. 

Pintu bergrill itulah dikatakan berlaku 7 ahli keluarga bunuh diri

Kawasan tangga gelap juga menjadi lokasi penggambaran filem Haunted Hotel

Lokasi tangga di mana penggambaran jelmaan "Ling" dalam filem Haunted Hotel


Lokasi tandas tinggal yang digunakan sebagai tandas hospital dalam filem Haunted Hotel

Tempat parkir kereta yang memaparkan adegan cemas dalam Haunted Hotel

Kemudian, jam berdetik menunjukkan angka 8.30malam. Kami dibawa terus untuk menikmati makan malam di salah sebuah kedai makan yang berada di tingkat 4 yang menempatkan lobi hotel ini. 

Cabaran "Siapa Paling Berani" Bermula

Cabaran ini bermula jam 10.00 malam dan telah berlangsung di salah sebuah tempat parkir basement Amber Court. Dalam cabaran itu, kami perlu mencari satu botol perfume yang diletakkan di salah sebuah bilik yang sangat gelap. Setiap peserta akan masuk berseorangan mencari perfume itu dengan hanya berbekalkan tourchlight yang ada pada smartphone dan perlu merekod video dalam waktu yang telah ditetapkan.

Groupfie peserta cabaran Siapa Paling Berani

Misi 1: Untuk yang pertama kali, kami diberi masa 1 minit untuk mencari botol perfume tersebut. Dan memandangkan perasaan takut yang melampau, kesemua antara kami gagal menemui botol perfume yang telah diletakkan. Kami diberi pula masa tambahan lagi untuk 2 minit.

Misi 2: Berbekalkan masa 2 minit, para peserta terus mencari botol perfume yang diperlukan itu. Barangkali "ada" yang cuba bermain-main dengan kami, perfume masih belum dapat ditemui. Mana tidaknya, kawasan tersebut mempunyai bilik yang banyak, gelap gelita, sejuk dan menyeramkan pula. Hanya berbekalkan lampu handphone dan semangat berani, peserta terus berlari masuk mencari botol perfume tersebut. Masih tidak dijumpai, kami dibawa untuk melihat sendiri kedudukan botol perfume itu diletakkan. Masih menjadi misteri di mana beberapa smartphone rakan blogger hang tiba-tiba ketika ingin merakam.

Misi 3: Setelah pusingan 2 juga gagal, sekali lagi semua peserta diberi 2 minit untuk mencari botol perfume tersebut. Dalam pusingan ke-3 inilah, baru ada seorang demi seorang berjaya mendapatkan botol perfume tersebut. Seriously.... LeYa terkejut bilamana Otomen berjaya mendapat mata terpantas iaitu 35saat dalam pencarian botol perfume tersebut walaupun menjadi peserta terakhir yang jumpa. Tahniah diucapkan buat suami tersayang, Otomen Taro.


Saat berehat seketika menikmati minum malam, barulah kami tahu yang lokasi cabaran "Siapa Paling Berani" itu tadi merupakan lokasi paling keras. Dikatakan telah banyak kejadian berlaku dan ramai yang pernah terserempak dengan gadis cantik yang kemudian berubah rupa yang amat mengerikan selain nampak lembaga besar, kena sampuk dan meracau sehingga tidak jumpa jalan pulang. Kawasan itu sebenarnya sudah ditutup kepada orang ramai. Syukur alhamdulillah, sepanjang cabaran itu, tiada apa yang buruk berlaku kepada kami.

Sebelum masuk bilik untuk berehat dan tidur, kami berjalan-jalan dahulu di depan hotel untuk menikmati suasana malam. Angin sejuk menyapa muka. Suasana malam sunyi dan suram dengan lokasi hotel yang berada di atas puncak.



Keesokan paginya, sebelum berangkat pulang, semua peserta yang memenangi cabaran "Siapa Paling Berani" telah menerima hadiah menarik sebuah smartphone VC Violet III keluaran VC Smartphone. Ia juga merupakan smartphone yang telah digunakan dalam filem Haunted Hotel.

LeYa bergambar di hadapan lobi hotel

Tahniah Otomen Taro! Kerana berjaya memenangi Cabaran Siapa Paling Berani

Para peserta yang telah berjaya memenangi VC Smartphone, VC Violet III

Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Lomo Pictures dan Sam Kassim Events & Communications di atas penganjuran Cabaran "Siapa Paling Berani dan juga pihak smartphone VC Malaysia yang memberi hadiah bermakna ini kepada kami semua. Tidak dilupakan juga buat rakan-rakan blogger yang turut hadir dan berkongsi pengalaman dalam menempuhi cabaran di Amber Court ini. Inilah satu pengalaman yang amat berharga yang menyeramkan pernah LeYa lalui demi mencabar diri.

Rezeki LeYa tidak terhenti di situ apabila mendapat tahu yang kesemua peserta yang mengikuti Cabaran "Siapa Paling Berani" juga berjaya memiliki VC Smartphone tersebut. WoW!!! Speechless seketika. Syukur Alhamdulillah. 


LeYa kongsikan juga bual bicara pelakon Thai, Aom Sushar ketika sidang media diadakan.


Buat korang yang ingin tahu dan melihat sendiri kisah seram Amber Court, bolehlah menonton filem Haunted Hotel yang sudah pun berada di pawagam berdekatan.

Jangan Risau! Kini terdapat 69 pawagam yang menayangkan filem Haunted Hotel ini. Jadi, jom semua saksikannya sekarang! 

Sabtu, 21 Oktober 2017

Nights of Fright 5 Menghantui Anda di Sunway Lagoon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Yeah!!! Bulan Oktober muncul lagi. Rasanya pasti ramai yang tahu dengan perayaan Halloween ni. Kebiasaannya, perayaan ini akan disambut dengan pemakaian kostum berupa makhluk sangat mengerikan dan ukiran wajah juga mengerikan serta sebilangan kanak-kanak yang datang berkunjung dari rumah ke rumah untuk mengutip gula-gula dan banyak lagi. Tidak kisahlah apa yang dikatakan perayaan Halloween ini. Yang pastinya hari Halloween ini menyuntik perasaan seram dan ngeri dalam diri masing-masing. Taman tema air bertaraf dunia, Sunway Lagoon Malaysia telah meraikan 25 tahun pembukaannya sejak tahun 29 April 1993.

Tahun demi tahun, Sunway Lagoon tidak ketinggalan memberi penambahbaikan demi memastikan pengunjung dapat menikmati keriangan yang berterusan dan menghiburkan. Jadi, sepanjang bulan Oktober ini, taman tema terulung ini membawakan kita semua kepada festival ngeri yang diberi nama NIGHTS OF FRIGHT 5. Festival yang mana telah memasuki edisi ke-5 ini akan menghantui anda dengan 8 buah rumah berhantu, 5 zon ketakutan, 11 permainan yang menggerunkan dan 4 persembahan yang sangat mengerikan







Kembara Seram di Nights of Fright 5

Jika anda lemah semangat, pastikan anda sentiasa waspada dengan roh orang mati yang berkeliaran di sekeliling anda! Dikhuatiri jelmaan-jelmaan ini akan memeranjatkan anda dari arah yang tidak disangka. Untuk permulaan yang menyeramkan, LeYa dan Otomen berkunjung masuk ke DYSTOPIA HOSPITAL HELL, yang mana ia merupakan sebuah hospital usang yang akan membawa anda pengalaman ngeri yang berlaku pada setiap pesakit dan pekerja di sini. Laluan disediakan dan anda dinasihatkan untuk berpaut pada bahu orang atau rakan-rakan kerana jika ikatan anda terlepas, AWAS! Tiada jalan keluar.








Adakah anda rasa sudah takut dengan rumah berhantu tersebut? Jika anda rasa masih tidak takut dan memerlukan lebih pengalaman mengerikan, jom LeYa bawa anda merasai pengalaman 5 zon ketakutan. Antaranya adalah HORRORWOOD BOULEVARD, FOREST OF FEAR, ZOMBIE PIRATES, JUDGEMENT LANE dan MARCH OF THE UNDEAD. Ini pasti akan membuatkan anda takut menggigil-gigil dan terus nak balik rumah. 


Lokasi yang pasti membawa anda satu pengalaman yang mengerikan tetapi menarik untuk dilawati dan menyahut cabaran. Jangan lupa untuk cuba setiap aktiviti yang telah disediakan termasuk 11 permainan yang mungkin memeranjatkan anda. LeYa dah pun mencubanya dan ternyata kecut-perut juga lah setiap kali kejutan muncul. Hehehe... 

Tidak ketinggalan juga yang mana anda semua boleh menyaksikan persembahan ngeri yang akan menghantui anda iaitu HORRORS CIRCUS STAGE, THE EGYPTION TEMPLE dan JUDGEMENT STAGE. LeYa pasti anda akan terpana melihatnya.


Lebih meriah dan istimewa pada tahun ini, pihak Sunway Lagoon telah menganjurkan larian yang dinamakan NIGHT OF THE UNDEAD RUN. Lebih 1300 orang telah menyertai dan melengkapkan larian yang penuh dengan halangan ini.


Jadi.... Jika anda ingin merasai sendiri pengalaman seperti LeYa di atas, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke "NIGHTS OF FRIGHT 5" yang berlangsung hanya pada hujung minggu iaitu pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula dari jam 7.30 sehingga 11.30 malam. Tiket masuk berharga RM64 sahaja! 

Sebarang maklumat lanjut, bolehlah hubungi di talian 03-5639000 atau layari www.sunwaylagoon.com dan laman Facebook Rasmi SUNWAY LAGOON MALAYSIA.

Rabu, 18 Oktober 2017

Pameran Dinosaur Alive Tarik Ramai Pelancong ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru berkesempatan untuk menyiapkan artikel perkongsian santai bersama rakan-rakan sewaktu cuti sekolah yang lalu. LeYa dan Otomen telah melawat Pameran Dinosaurs Alive di Kuala Lumpur 2017 yang bertempat di MaTiC. 

Pameran bertaraf antarabangsa yang pertama kali dibawa ke Asia dari Australia ini akan berlangsung sehingga Januari 2018 dengan mempamerkan lebih 40 jenis dinosaur berskala besar, sekali gus memberi pengalaman dan kepuasan kepada pengunjung terutama kanak-kanak. 

Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur

Melawat Pameran Dinosaur Alive

Pameran Dinosaur Alive merupakan acara unik yang telah dianjurkan oleh Creative Alliance dan disokong oleh Tourism Malaysia & MaTiC di bawah seliaan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Ia juga merupakan pameran interaktif yang mana membawa para pengunjung merasai dan menyelami dunia dinosaur animatronic.

Pameran ini juga dikatakan berbentuk pendidikan dan sangat menyeronokkan buat kanak-kanak di mana mereka dapat menikmati sebahagian daripada dunia Jurassic pada hari ini. Dinosaur animatronic bersaiz hidup dan menjadikan satu pengalaman menarik untuk diteroka. Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk menarik lebih ramai kanak-kanak sertai di bawah satu khemah yang besar kepada semua golongan tidak kira pelancong dalam mahupun luar negara. 

Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur

Dapatkan tiket masuk di sini...

Konsep yang diketengahkan di pameran dinosaur alive ini adalah bertemakan Jurassic Park yang telah dibuka selama 6 bulan pada setiap hari mulai jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam dan bertempat di Lanai MaTiC. Sebuah pameran yang akan memberikan pengalaman bermakna kepada kanak-kanak dan seisi keluarga yang berkunjung ke taman rekreasi yang sangat unik dan bertemakan dinosaur di Kuala Lumpur ini.

Terdapat juga zon penggalian telur dan fosil dinosasur buat kanak-kanak, kawasan kraf pasir dinosaur, aktiviti memasang rangka tulang dan kawasan sejarah dinosaur "jumping castle" dan banyak lagi permainan yang boleh anak-anak anda terokainya. Juga turut disediakan zon makanan dan minuman serta jualan mainan atau barangan replika dinosaur. 

Tyrannosaurus Rex atau T-Rex




Jualan dan barangan replika dinosaur

Pameran Replika Dinosaur dan Produk Pelancongan

Memandangkan tiada sebarang acara khusus sedang berlangsung sewaktu kedatangan kami, pameran ini tidak begitu sibuk dan ia memudahkan kami berjalan-jalan melawat persekitaran. Tarikan unik Dinosaur Alive ini adalah produk pelancongan baharu dan dapat menarik lebih ramai pelancong dari negara Asia dan juga negara luar untuk melancong ke Malaysia, seterusnya menjana pertumbuhan ekonomi negara. 

Terdapat pelbagai replika dipamerkan yang kebanyakannya memang menarik dan membantu memberi pendedahan kepada pengunjung terutama kepada anak-anak berkaitan pembelajaran sejarah dan ketamadunan era dinosaur. 





Kami berada di sini sekitar 2 jam sebelum beredar meneruskan perjalanan ke destinasi pulang ke rumah kami. Pameran Dinosaur ALive ini beroperasi setiap hari bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM50 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak sekitar umur 3 hingga 12 tahun. Turut juga diberi diskaun kepada kumpulan yang seramai 10 orang atau lebih seperti kumpulan pelajar sekolah. Suasana persekitaran dalam khemah di mana ditempatkan pameran ini sangat sejuk dan tidak memenatkan untuk sekeluarga berjalan ke setiap pelusuk ruang untuk menghargai sejarah dan nilai kesenian dalam ketamadunan dinosaur.

Dinosaur Alive adalah inisiatif MaTiC dengan kerjasama Creative Alliance dan Dinosaurs Touring, sebuah syarikat yang berpusat di Melbourne, Australia.  Setiap pakej dan tempahan boleh didapati untuk aktiviti swasta atau korporat, kumpulan sosial, VIP dan acara khas. 

Maklumat lanjut, boleh layari :-


Alamat | Lanai MaTiC, 109, Jalan Ampang, Kuala Lumpur