Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
MURFEST 2017 merupakan satu inisiatif antara Kementerian Belia & Sukan bersama Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia yang berimpak tinggi untuk melaksanakan Majlis Pelancaran, Jelajah dan Pengalaman Sambutan Kesejahteraan, Muzik dan Tarian di Festival Bandaraya Malaysia sebagai mengukuhkan kedudukan destinasi pelancongan dan kesihatan di Malaysia.
Pelancaran MURFEST 2017
Pada 12 September 2017, LeYa telah berpeluang menyaksikan Majlis Pelancaran MURFEST 2017 di Le Meridien Putrajaya. Ia telah disempurnakan oleh XHale Asia (M) Sdn Bhd (XHale Asia) dan pengasas MURFEST, Shobie Malani sempena Festival MURFEST yang akan diadakan pada 03 - 05 November akan datang.
Bagi korang yang pernah berkunjung ke Le Meridien Putrajaya, pasti mengetahui yang lokasi hotel ini merupakan destinasi pelancongan yang sangat menarik dan sering dikunjungi oleh ramai pihak. Justeru, pelancaran MURFEST 2017 ini secara tidak langsung menterjemahkan peranan serta kepentingannya dalam pembangunan pelancongan negara dan juga kesihatan.
Selain XHale Asia, turut mendapat sokongan padu dari Kementerian Belia & Sukan melalui program FitMalaysia dan juga Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia. XHale Asia berhasrat untuk membangunkan negara Malaysia ke arah hub pelancongan kesihatan dan kesejahteraan menjelang tahun 2020.
Shobie Malani, pengasas MURFEST
Pelancaran MURFEST 2017
Seperti yang dimaklumkan, hari ini ekonomi Wellness Global telah mencecah $3.7 trillion dan menjadikan ianya salah satu kategori ekonomi yang paling pesat berkembang. Di Malaysia amnya, industri kesihatan telah berkembang pada kadar 12.8% setiap tahun sejak 2012 lagi. Selain turut menggabungkan elemen insentif daripada kerajaan, ia juga menyasarkan untuk sumbangan bernilai RM400 juta kepada pendapatan negara kasar menjelang tahun 2020 dengan lanjutan mewujudkan lebih daripada 3,500 pekerjaan.
Pada majlis tersebut, Shobie Malani juga ada menyatakan yang MURFEST telah lama memperkenalkan minda kehidupan secara sihat ini melalui aktiviti kesejahteraan dan usaha murni ini patut diteruskan bagi melaksanakannya pada MURFEST akan datang. Pada tahun ini sahaja, Shobie sangat berbangga untuk bekerjasama dengan pakar-pakar industri dalam mempertingkatkan lagi intipati festival.
Kata beliau lagi, MURFEST diwujudkan bertujuan membangkitkan semangat kebandaran (Urban Spirit) dalam dir isetiap individu agar sama-sama menjalani gaya hidup sihat dan seimbang serta harmoni dan kemudiannya meneruskan objektifnya untuk menyediakan platform dan ruang bagi penemuan diri, penguasaan diri dan pengetahuan melalui pelbagai amalan kesihatan seperti bengkel dan tarian parti kecergasan.
Peserta Salsation bersama pengasasnya, Alejandro Angulo
XHale Asia juga menumpukan strategi pertumbuhannya dalam latihan Kesejahteraan Korporat menerusi kerjasama potensinya dengan HRDF dan Kementerian Belia & Sukan. Trend dan ikut-ikutan yang semakin meningkat naik dalam kalangan ahli korporat ini telah memberi tumpuan kepada semua tentang kesejahteraan pekerja amnya dan menjadikan ia sebagai satu tanda yang positif.
Turut berpeluang menemubual Dee Dee Mahmood, Official Reebok Fitness Ambassador yang mengusahakan program menurunkan berat badan dan larian di bawah jenamanya sendiri dan akan berkunjung ke MURFEST 2017 ini sememangnya mempunyai potensi setaraf jenama antarabangsa. Selain Dee Dee, turut menampilkan juga para pelatih Salsation yang terkenal di rantau ini bersama pengasasnya, Alejandro Angulo melalui kerjasamanya dengan 360 Active Studio akan berlangsung di The Plaza, LimKokWing University, Cyberjaya. Terpanggil juga untuk berkongsi kisah kejayaan dan penjagaan kesihatan mereka ini dalam artikel-artikel akan datang. Inshaa Allah.
Dee Dee Mahmood
MURFEST 2017 Melonjakkan Kesejahteraan dan Kesihatan Sebagai Pelancongan Utama Negara
Buat pertama kalinya juga pada tahun ini, MURFEST memperkenalkan dan mengendalikan Anugerah & Kecantikan Asia (ABWA) 2017 dengan kerjasama HitMan Solution Asia. ABWA ini bertujuan mengenalpasti perniagaan dan individu dalam industri kecantikan dan kesejahteraan serta menggalakkan landskap persaingan demi jenama dan syarikat-syarikat dalam pasaran semasa. ABWA akan diadakan pada 29 November di Sunway Lagoon Hotel & Resort.
Shobie berkata lagi. "Setiap tahun MURFEST akan terus menambah baik setiap program yang dianjurkan dan pada tahun ini MURFEST telah memperkenalkan segmen Anugerah untuk mengakui keunggulan berat badan dalam industri kecantikan dan kesejahteraan. Tanpa pihak berkepentingan penting, industri kesihatan di negara ini sahaja di rantau ini tidak akan berkembang."
Peserta yang akan ke MURFEST 2017 juga boleh mengharapkan satu pengenalan baharu yang lain ke dalam program tersebut termasuk Master Classes yang diberikan secara PERCUMA untuk semua aktiviti yang berasaskan komuniti. JustBe Markets juga telah menambah nilai kepada festival ini dengan mengadakan ruang sehenti kesihatan dan kesejahteraan yang menjanjikan penambahbaikan kepada festival ini dengan mempamerkan hasil terbaik dalam produk kesihatan organik buatan sendiri dan homegrown.
Selain itu, XHale Asia juga telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Converge Sdn Bhd, rakan tunggal Fusionex International yang juga menyediakan platform e-Commerce PKS dan sangat pakar dalam pengambilalihan Analytics dan Big Data bagi perusahaan dan perniagaan di Malaysia.
XHale Asia dan Converge Sdn Bhd merancang juga untuk memanfaatkan potensi dalam Kesihatan, Kesejahteraan dan Kecantikan dengan menawarkan bantuan kepada jenama dan pelanggan untuk mengurus, memahami dan memperoleh maklumat berguna melalui pasaran luas yang lebih berdedikasi. Kerjasama ini memberi tumpuan dalam merapatkan jurang antara perniagaan Kesihatan, Kesejahteraan dan Kecantikan serta Teknologi dan seterusnya memberikan pengalaman yang sangat luar biasa dan juga positif kepada para pelanggan dari pelbagai pasaran di Asia. Dalam kerjasama ini dengan MURFEST, Converge Sdn Bhd telah menyediakan Fusinex ANT dan 8excite sebagai platform digital dan kesetian untuk JustBe Markets.
Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak, bolehlah enjoy di KIDZ CLUB, Le Meridien Putrajaya di mana ia akan membawa anak-anak anda seperti berada di sebuah syurga yang sangat indah yang tidak hanya memanfaatkan tanpa batasan tetapi ia mampu memenuhi keperluan emosi dan mental serta rohani mereka yang sensitif dan sedang berkembang itu.
Menariknya lagi di MURFEST 2017 ini, anda juga akan disajikan dengan Persatuan Spa Malaysia (AMSPA) yang turut menganjurkan Hari Pertama Konvensyen Kesejahteraan AMSPA di sana nanti.
Untuk tiket masuk ke MURFEST 2017, anda boleh dapatkan harga bermula RM69.00 sehingga RM399.00 melalui maklumat lanjut yang tertera di bawah ini:-
Website | www.murfest.com
Email | support@murfest.com
Facebook | www.facebook.com/MURFEST
Instagram | www.instagram.com/mymurfest/
0 beri komen di sini:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com