Isnin, 11 September 2017

CoolBlog Flavour Baru!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Coolblog menyajikan pilihan rasa tempatan untuk menepati selera anda!

WoW!!! Macam tak percaya kan Coolblog keluarkan perisa baru kepada semua rakyat Malaysia demi memenuhi selera rasa rakyat dengan pilihan rasa tempatan. Nak tahu perisa apa yang dikeluarkan? Okay... jom ikuti cerita LeYa di bawah.

CoolBlog Pilihan Rasa-Rasa Malaysia

Pada 7 September 2017, seiring dengan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, CoolBlog Malaysia telah melancarkan Rasa-Rasa Malaysia di Restoran Saloma Bistro & Theatre, Kuala Lumpur. Pilihan baharu aneka perisa yang memenuhi selera Malaysia itu disempurnakan oleh Chef Selebriti Antarabangsa Anis Nabilah dan penyanyi Rapper Nombor Satu Malaysia, Altimet. Minuman baharu ini dikatakan telah menggabungkan unsur-unsur makanan yang disukai rakyat Malaysia yang mana diperbuat daripada juadah pencuci mulut tempatan.

Keith Loh, Ketua Pegawai Eksekutif CoolBlog

Keith Loh bersama 3 menu pilihan baharu Rasa-Rasa Malaysia

Majlis pelancaran telah dilancarkan oleh Keith Loh, Ketua Pegawai Eksekutif CoolBlog Apps Sdn Bhd. Menurut beliau lagi "Pilihan baharu perisa ini adalah diperbuat daripada citarasa tempatan yang kita gemari dan benar-benar memaparkan jenama negara kita. Ia merupakan usaha yang kami semua di CoolBlog cukup gembira untuk laksanakan dan kami berharap perisa-perisa ini akan memberikan sesuatu kepada rakyat Malaysia."

Anis dan Altimet menunjukkan 2 pilihan baharu rasa tempatan

Di majlis pelancaran juga kita dapat lihat Anis telah menawan hati para hadirin menerusi penyediaan juadah "Kari Laksa Nyonya" yang mana menjadi gabungan tepat kepada minuman Rasa-Rasa Malaysia. Manakala Altimet dengan kreatif membuat persembahan rap gaya bebas 30 saat mengenai CoolBlog ini dan menerapkan elemen pilihan terbaharu minuman tersebut. Memang Terbaik!





Menu baru yang diperkenalkan CoolBlog ini menampilkan sedikit kelainan dari segi rasa dan yang penting lebih memenuhi cita rasa rakyat Malaysia. Produk yang di perkenalkan sangat terkenal untuk pasaran di Malaysia.

Cendol Durian Smoothie: Gabungan Durian serta Cendol memang terbaik. Sememangnya produk ini adalah pilihan ramai rakyat Malaysia memandangkan Durian adalah Raja Buah-buahan tempatan. Rasanya sangat hebat serta di gabungkan bersama Cendol Mie.


Coco Yam Pulut Hitam Smoothie: Siapa yang terfikir buah kelapa dan keladi boleh digabung bersama? Team Coolblog telah mengendalikan ujian dan rasanya hebat sekali! Kedua bahan tempatan ini begabung menjadi satu rasa yang unik. Sebagai bonus, smoothie ini dihiaskan dengan pulut hitam untuk menjadikannya sempurna. Semua bahan tempatan dalam satu cawan!


Coco Kacang Chocolate Smoothie: Kelapa dan Coklat merupakan dua bahan yang sentiasa dikait bersama. Ini digabungkan bersama Kacang yang telah di kisar halus menampakkan lagi kelainan yang ingin di tonjolkan dalam perisa terbaru Coolblog.

  
3 Pilihan Rasa-Rasa Malaysia 

CoolBlog merupakan jenama Malaysia yang tidak asing lagi. Ia berkembang sangat pesat di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Berasaskan konsep penggabungan makanan pencuci mulut Malaysia dengan perisa global, CoolBlog mampu menjadi peneraju utama minuman berasaskan ice-blended dan smoothie di Malaysia. Inovasi ini mencipta sesuatu yang hebat dan unik serta menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Menu produk baharu CoolBlog akan mula dijual di semua gerai CoolBlog bermula 7 September 2017. Jangan lepaskan peluang untuk nikmati rasa tempatan yang hebat ini!



Untuk maklumat lanjut mengenai CoolBlog, sila ke halaman Facebook mereka di  http://www.facebook.com/coolblog.my/

11 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com