Khamis, 28 September 2017

Pengalaman Shopping di Kedai Bundle Jepun Terbesar di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Minggu lalu, LeYa dan Otomen diberi kesempatan untuk shopping sempena nak hujung tahun ni kan. Biasa lah kan... Year End Sales dah bermula. Jadinya, ramai lah yang berpusu-pusu  mencari YES ni untuk shopping barang keperluan mahupun kehendak. 

So... ke mana yang LeYa akan bawa korang semua untuk berjimat-cermat ketika membeli-belah dan sekaligus memiliki barangan baru dan berkualiti. LeYa nak cakap pasal satu kedai ni yang mana barang-barangnya tersangatlah murah giler! Memang berbaloi-baloi lah korang kalau singgah.


Jalan Jalan Japan Buka Cawangan Kedua

Kalau korang ke One Shamelin Mall yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur, jangan lupa untuk ke Kedai Bundle "Jalan Jalan Japan" yang berada di tingkat 3 bangunan tersebut. Jalan Jalan Japan (JJJ atau 3J) merupakan Kedai Barangan Pre Loved atau Bundle dari Jepun yang terbesar dan termurah di Malaysia.

Kalau korang nak tahu Jalan Jalan Japan di One Shamelin Mall ini adalah cawangan kedua dibuka selepas pembukaan Jalan Jalan Japan pertama di Sky Park One City Mall, USJ Subang Jaya pada 18 November 2016 lalu.



Apa yang korang akan dapat bila membeli-belah di Jalan Jalan Japan ni? Terdapat banyak pilihan koleksi pakaian, kasut, permainan kanak-kanak, barangan bayi malah perkakasan rumah pun korang boleh dapatkan di sini. Lebih menarik lagi korang akan ditawarkan dengan harga yang sangat berbaloi dan murah. 

Sebenarnya, barangan Pre Loved ini bukan sahaja barangan yang sudah terpakai. Namun, ada juga barangan baru dan masih belum digunakan boleh juga korang dapatkan dan jadikan barangan Pre Loved milik korang. 

Kenapa Jalan Jalan Japan?

Jalan-Jalan Japan ni sangatlah terkenal dalam bahasa Melayunya sebagai "berjalan". Tetapi ia mungkin tidak menunjukkan spesifik destinasi sebenar bagaimana arah tujuan untuk berjalan atau makan angin serta menikmati sendiri suasana baru. Jadi, disebabkan itu, Pemilik JJJ mendapat satu idea kreatif untuk menjenamakan kedai ini sebagai Jalan-Jalan Japan yang mana ia menunjukkan tujuan sebenar berjalan dan nikmati suasana di Mall Jepun.



Shopping Sakan di Jalan-Jalan Japan

Ya Allah!!! Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke kedai itu, LeYa terpukau dengan deretan pelbagai jenis barangan dari Jepun bermula pakaian, household, cenderamata dan permainan kanak-kanak. Harganya pun WoW! Memang Murah Giler! Saat dah masuk ke situ memang rasa taknak keluar dah sebab semua tempat LeYa nak explore. Memang rambang mata dan pening nak pilih. 

Memang sakan betul mereka bershopping.

Tidak ketinggalan juga Otomen Taro kita memilih koleksi pakaian lelaki yang ada

Kalau korang nak main skuter ni, tak perlu risau kalau tak cukup bajet... Singgah JJJ untuk korang dapatkannya

Deretan koleksi pakaian yang korang boleh dapatkan di sini

Tengok ni! Pasti teruja kan kanak-kanak bila dapat memiliki koleksi robot ni dengan harga murah.

Jalan-Jalan Japan is Awesome! #MurahGiler #SerbuJJJ

Enjoy Yor Shopping with Jalan-Jalan Japan

Jadi.... Jangan lupa untuk cepat-cepat datang ke One Shamelin Mall dan singgah ke Kedai Pre Loved Jalan-Jalan Japan pada 30 September 2017 ini. Jom shopping sakan pada hari tu!

Dan yang paling penting, korang kena mention nama LeYa jika korang ingin nikmati diskaun 5% atau korang menjadi 100 yang pertama untuk dapatkan potongan 10% lagi. So... jumlah keseluruhannya adalah 15%. WoW!!! Enjoy your shopping! 

Jom bayar!

Keseronokan wajah LeYa bila penuh tangan menjijit beg plastik dari Jalan-Jalan Japan

Hasil tangkapan semua barangan LeYa dan Otomen yang bernilai hanya RM100 sahaja!

Maklumat lanjut mengenai Jalan-Jalan Japan boleh layari seperti yang tertera di bawah:-

Rabu, 27 September 2017

MURFEST 2017 | Malaysia Urban Retreat Festival

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

MURFEST 2017 merupakan satu inisiatif antara Kementerian Belia & Sukan bersama Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia yang berimpak tinggi untuk melaksanakan Majlis Pelancaran, Jelajah dan Pengalaman Sambutan Kesejahteraan, Muzik dan Tarian di Festival Bandaraya Malaysia sebagai mengukuhkan kedudukan destinasi pelancongan dan kesihatan di Malaysia. 


Pelancaran MURFEST 2017 

Pada 12 September 2017, LeYa telah berpeluang menyaksikan Majlis Pelancaran MURFEST 2017 di Le Meridien Putrajaya. Ia telah disempurnakan oleh XHale Asia (M) Sdn Bhd (XHale Asia) dan pengasas MURFEST, Shobie Malani sempena Festival MURFEST yang akan diadakan pada 03 - 05 November akan datang.

Bagi korang yang pernah berkunjung ke Le Meridien Putrajaya, pasti mengetahui yang lokasi hotel ini merupakan destinasi pelancongan yang sangat menarik dan sering dikunjungi oleh ramai pihak. Justeru, pelancaran MURFEST 2017 ini secara tidak langsung menterjemahkan peranan serta kepentingannya dalam pembangunan pelancongan negara dan juga kesihatan. 

Selain XHale Asia, turut mendapat sokongan padu dari Kementerian Belia & Sukan melalui program FitMalaysia dan juga Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia. XHale Asia berhasrat untuk membangunkan negara Malaysia ke arah hub pelancongan kesihatan dan kesejahteraan menjelang tahun 2020.

Shobie Malani, pengasas MURFEST

Pelancaran MURFEST 2017

Seperti yang dimaklumkan, hari ini ekonomi Wellness Global telah mencecah $3.7 trillion dan menjadikan ianya salah satu kategori ekonomi yang paling pesat berkembang. Di Malaysia amnya, industri kesihatan telah berkembang pada kadar 12.8% setiap tahun sejak 2012 lagi. Selain turut menggabungkan elemen insentif daripada kerajaan, ia juga menyasarkan untuk sumbangan bernilai RM400 juta kepada pendapatan negara kasar menjelang tahun 2020 dengan lanjutan mewujudkan  lebih daripada 3,500 pekerjaan. 




Pada majlis tersebut, Shobie Malani juga ada menyatakan yang MURFEST telah lama memperkenalkan minda kehidupan secara sihat ini melalui aktiviti kesejahteraan dan usaha murni ini patut diteruskan bagi melaksanakannya pada MURFEST akan datang. Pada tahun ini sahaja, Shobie sangat berbangga untuk bekerjasama dengan pakar-pakar industri dalam mempertingkatkan lagi intipati festival. 

Kata beliau lagi, MURFEST diwujudkan bertujuan membangkitkan semangat kebandaran (Urban Spirit) dalam dir isetiap individu agar sama-sama menjalani gaya hidup sihat dan seimbang serta harmoni dan kemudiannya meneruskan objektifnya untuk menyediakan platform dan ruang bagi penemuan diri, penguasaan diri dan pengetahuan melalui pelbagai amalan kesihatan seperti bengkel dan tarian parti kecergasan. 


Peserta Salsation bersama pengasasnya, Alejandro Angulo

XHale Asia juga menumpukan strategi pertumbuhannya dalam latihan Kesejahteraan Korporat menerusi kerjasama potensinya dengan HRDF dan Kementerian Belia & Sukan. Trend dan ikut-ikutan yang semakin meningkat naik dalam kalangan ahli korporat ini telah memberi tumpuan kepada semua tentang kesejahteraan pekerja amnya dan menjadikan ia sebagai satu tanda yang positif. 

Turut berpeluang menemubual Dee Dee Mahmood, Official Reebok Fitness Ambassador yang mengusahakan program menurunkan berat badan dan larian di bawah jenamanya sendiri dan akan berkunjung ke MURFEST 2017 ini sememangnya mempunyai potensi setaraf jenama antarabangsa. Selain Dee Dee, turut menampilkan juga para pelatih Salsation yang terkenal di rantau ini bersama pengasasnya, Alejandro Angulo melalui kerjasamanya dengan 360 Active Studio akan berlangsung di The Plaza, LimKokWing University, Cyberjaya. Terpanggil juga untuk berkongsi kisah kejayaan dan penjagaan kesihatan mereka ini dalam artikel-artikel akan datang. Inshaa Allah.


Dee Dee Mahmood

MURFEST 2017 Melonjakkan Kesejahteraan dan Kesihatan Sebagai Pelancongan Utama Negara

Buat pertama kalinya juga pada tahun ini, MURFEST memperkenalkan dan mengendalikan Anugerah & Kecantikan Asia (ABWA) 2017 dengan kerjasama HitMan Solution Asia. ABWA ini bertujuan mengenalpasti perniagaan dan individu dalam industri kecantikan dan kesejahteraan serta menggalakkan landskap persaingan demi jenama dan syarikat-syarikat dalam pasaran semasa. ABWA akan diadakan pada 29 November di Sunway Lagoon Hotel & Resort.

Shobie berkata lagi. "Setiap tahun MURFEST akan terus menambah baik setiap program yang dianjurkan dan pada tahun ini MURFEST telah memperkenalkan segmen Anugerah untuk mengakui keunggulan berat badan dalam industri kecantikan dan kesejahteraan. Tanpa pihak berkepentingan penting, industri kesihatan di negara ini sahaja di rantau ini tidak akan berkembang."


Peserta yang akan ke MURFEST 2017 juga boleh mengharapkan satu pengenalan baharu yang lain ke dalam program tersebut termasuk Master Classes yang diberikan secara PERCUMA untuk semua aktiviti yang berasaskan komuniti. JustBe Markets juga telah menambah nilai kepada festival ini dengan mengadakan ruang sehenti kesihatan dan kesejahteraan yang menjanjikan penambahbaikan kepada festival ini dengan mempamerkan hasil terbaik dalam produk kesihatan organik buatan sendiri dan homegrown. 

Selain itu, XHale Asia juga telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Converge Sdn Bhd, rakan tunggal Fusionex International yang juga menyediakan platform e-Commerce PKS dan sangat pakar dalam pengambilalihan Analytics dan Big Data bagi perusahaan dan perniagaan di Malaysia.

XHale Asia dan Converge Sdn Bhd merancang juga untuk memanfaatkan potensi dalam Kesihatan, Kesejahteraan dan Kecantikan dengan menawarkan bantuan kepada jenama dan pelanggan untuk mengurus, memahami dan memperoleh maklumat berguna melalui pasaran luas yang lebih berdedikasi. Kerjasama ini memberi tumpuan dalam merapatkan jurang antara perniagaan Kesihatan, Kesejahteraan dan Kecantikan serta Teknologi dan seterusnya memberikan pengalaman yang sangat luar biasa dan juga positif kepada para pelanggan dari pelbagai pasaran di Asia. Dalam kerjasama ini dengan MURFEST, Converge Sdn Bhd telah menyediakan Fusinex ANT dan 8excite sebagai platform digital dan kesetian untuk JustBe Markets.




Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak, bolehlah enjoy di KIDZ CLUB, Le Meridien Putrajaya di mana ia akan membawa anak-anak anda seperti berada di sebuah syurga yang sangat indah yang tidak hanya memanfaatkan tanpa batasan tetapi ia mampu memenuhi keperluan emosi dan mental serta rohani mereka yang sensitif dan sedang berkembang itu.

Menariknya lagi di MURFEST 2017 ini, anda juga akan disajikan dengan Persatuan Spa Malaysia (AMSPA) yang turut menganjurkan Hari Pertama Konvensyen Kesejahteraan AMSPA di sana nanti.

Untuk tiket masuk ke MURFEST 2017, anda boleh dapatkan harga bermula RM69.00 sehingga RM399.00 melalui maklumat lanjut yang tertera di bawah ini:-

Website | www.murfest.com

Isnin, 25 September 2017

Mr. Pilot dan Owner Produk Bantu Orang Ramai Melalui Caranya Tersendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seperti yang kita maklum hari ini, kesibukan kerjaya seorang juruterbang memang tidak dapat disangkal lagi. Bahkan kadang-kadang masa mereka ini lebih banyak di udara dan ke sana sini serta terpaksa meninggalkan keluarga di rumah. 

Suatu hal yang menjadikan LeYa begitu teruja untuk bercerita hari ini ialah seorang juruterbang yang juga masih sibuk dengan kerjayanya mampu membantu orang ramai dalam menangani segala permasalahan dan menjadikan inspirasi kejayaan untuk lebih terbuka dan tidak mengenal erti penat lelah. 

Tuan Bakhtiar Aliff dan Puan Farah Dila

Tuan Bakhtiar Aliff Ibrahim adalah seorang juruterbang yang juga menjalankan perniagaannya sendiri bersama isterinya, Puan Nor Fadilah Alias atau lebih dikenali dengan Farah Dila. Sedikit latar belakang mengenai beliau yang boleh LeYa kongsikan di sini adalah beliau sudah pun mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidang kerjayanya sebagai juruterbang. Membesar dan juga menetap di Shah Alam menjadikan beliau seorang yang gigih dan berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik  dan terus memasuki Kadet Juruterbang Malaysia Airline (MAS) pada tahun 2006 telah merubah kehidupan beliau menerusi kursus yang dipelajari dengan bidang kerjaya yang diambilnya. 

Setahun kemudian, pada tahun 2007, beliau dibawa masuk dalam APFT (Asia Pacific Flight Training) yang tajaan sepenuhnya oleh MAS dan telah mendapatkan lesen penerbangan ATPL (Air Transport Pilot License) dan diserap masuk sebagai juruterbang Air Bus 330 sehingga Ogos 2017. Kemudiannya, beliau mendapat tawaran sebagai juruterbang Malindo dan bermula pada Ogos 2017 juga.

Mr. Pilot

Sejak dari bangku sekolah lagi, Tuan Bakhtiar meminati bidang perniagaan. Menjadikan pilihan kerjaya juruterbang adalah kerana harapan ayahnya untuk melihat ada di antara anaknya yang bekerjaya itu. Namun, beliau lebih menjurus meminati bidang perniagaan. Pernah berniaga di umur yang muda di sekolah dengan menjual CD Lagu berharga RM10 setiap satu yang mana lagu-lagu dicompile dan diburn sendiri olehnya. Kemudian, sewaktu di zaman universiti, pelbagai bidang perniagaan beliau sudah pun diceburi termasuklah MLM (Multi Level Marketing) dan juga Investment. Pernah invest USD 10,000 di salah sebuah online investor ketika berusia 22 tahun.

Pengarah Syarikat | Mr. Pilot | Usahawan

Pelbagai cabaran dan dugaan ditempuh jua. Berkat ingin membantu menambah nilai hidup orang lain, Tuan Bakhtiar berjaya membuka legasinya bersama isterinya tersayang sebuah perniagaan milik mereka. Inspirasi ingin membantu orang ramai tercetus dengan kemunculan produk kecantikan dan kesihatan Mama Mia! Skincare.

Produk Mama Mia! Skincare Set

Produk Mama Mia! Skincare ini telah diusahakan oleh Syarikat Yong&Bell Marketing yang ditubuhkan pada Ogos 2016. Secara keseluruhannya syarikat ini dimiliki oleh Tuan Bakhtiar Aliff bin Ibrahim (Yong) dan Shaiful Kamar bin Abu Kassim (Bell).

Kemudian, Produk Mama Mia! ini diusahakan oleh isterinya, Puan Nor Fadilah Alias (Farah) dan juga Puan Rozi Aminuddin yang lebih gemarkan dunia kecantikan untuk lebih dekat dengan pengguna wanita amnya. Produk Mama Mia! ini bukan sahaja untuk wanita malah sesuai untuk lelaki dan semua peringkat umur dalam lingkungan 17 hingga 50 tahun ke atas.

Produk Mama Mia! Skincare ini diilhamkan sendiri oleh Tuan Bakhtiar kepada pengguna di luar sana yang menginginkan kejelitaan dan kecantikan dalam jangka masa yang panjang. Siapa kata lelaki tidak boleh hasilkan produk kecantikan wanita? Tuan Bakhtiar dah pun buktikannya. Beliau juga percaya produk ini tiada kesan sampingan dan berkualiti tinggi kerana tidak menggunakan bahan kimia terlarang dan mampu memberikan kesan yang baik tanpa sebarang risiko.

Oleh yang demikian, beliau merasa terpanggil untuk mengembangkan lagi perniagaan ini disamping dapat membantu memberikan keyakinan diri dan menambah pendapatan ekonomi sesebuah keluarga.

Pengurus Al-Kauthar Eduqids | Usahawan Produk 

Pernah mendapat jemputan di MAHA 2016, RTM1, Bernama Channel dan Utusan Online menjadikan Mama Mia! Skincare tidak asing lagi di mata masyarakat tempatan. Bersama rakan kongsi, Puan Rozi Aminuddin, Pn. Farah Dila mengisnpirasikan kejayaan hasil ilham suaminya kepada semua pengguna merasai sendiri apa yang dah pemilik rasainya. 

Bercerita pula tentang produk kecantikan, pasti ramai yang akan risau dan gusar akan keberkesanan dan penggunaan bahan-bahannya. Namun, korang tidak akan ada rasa sangsi bilamana mencuba produk kecantikan Mama Mia! ini. Antara kandungan bahan-bahannya adalah Kolagen Ikan Salmon, Stem Sel Epal, SPF 35, Vitamin C dan Vitamin E.  Produk Mama Mia! juga dah pun mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan diformulakan dari negara Eropah dan dikilangkan di sini, Malaysia.

Elixir Love Serum & Love Bliss Foundation

Soothing Love Cleanser

Silky Love Day Cream / Sleek Love Night Cream

Rangkaian Produk

Elixir Love Serum
  • Bertindak sebagai produk 5 dalam 1 (Moisturizer, Toner, Sunblock, Whitening Agent, Anti-aging Agent)
  • Menipiskan jeragat
  • Memudarkan parut jerawat
  • Mengecilkan pori yang terbuka
  • Menjadikan kulit lembut dan lebih berseri
  • Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
Love Bliss Foundation
  • Bertindak sebagai produk 6 dalam 1 (Foundation, Moisturizer, Toner, Sunblock, Whitening Agent, Anti-aging Agent)
  • Bedak asas
  •  Menipiskan jeragat
  • Memudarkan parut jerawat
  • Mengecilkan dan menutup pori yang terbuka
  • Menjadikan kulit lembut dan lebih berseri
  • Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
Soothing Love Cleanser
  • Membersihkan secara mendalam
  • Mengurangkan lebihan minyak
  • Menanggalkan kotoran dan kesan solekan
  • Mencerah, menganjal, menggebu dan melembapkan kulit
Silky Love Day Cream
  • Melindungi kulit dari sinar UV
  • Menyeri dan sebagai alas bedak
  • Mencerahkan kulit secara sekata
  • Mengekalkan kelembapan kulit wajah
  • Menghilangkan tanda penuaan dan kedutan
Sleek Love Night Cream
  • Merawat, memutihkan dan mencerahkan kulit wajah
  • Mengembalikan keanjalan dan keremajaan kulit wajah
  • Menghapuskan jerawat, parut, lebihan minyak dan jeragat

Packaging yang sangat menarik, kelihatan eksklusif kepada sesiapa sahaja yang sudah memilikinya. Pilihan packaging ini juga adalah ilham dan hasil Tuan Bakhtiar dalam memberikan yang terbaik kepada orang ramai. 

Kelas Make-Up Mampu Milik Boleh Didapati


Tutorial Class MakeUp

Selain itu, Puan Farah Dila juga mengadakan Class Makeup Tutorial dengan harga yang sangat murah dan berbaloi kepada sesiapa sahaja yang ingin mempelajarinya. Para peserta akan diajar dari mula secara asas sehingga pandai dan tahu mengendalikan alat make-up sendiri. Setiap yuran untuk yang berminat hanya dikenakan caj sebanyak RM50. Puan Farah juga akan membuat jemputan Make-Up Artist bagi memeriahkan lagi kelas yang diadakan dan membuat demo tutorial make-up serta mengadakan sesi fotografi kepada peserta yang mengambil bahagian. Beliau lebih kepada ingin membantu orang ramai menangani masalah kecantikan dan mempelajarinya dengan harga mampu milik melalui Kelas Make-Up ini.

Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Al-Kauthar Eduqids


Sebelum bergelar usahawan produk, Puan Farah adalah seorang pengurus Tadika/ Taska Al-Kauthar Eduqids di Shah Alam. Meminati bidang asuhan dan didikan kanak-kanak telah membawa Puan Farah untuk membuka Tadika / Taska ini ke peringkat lebih besar. 

Al-Kauthar Eduqids

Tadika/ Taska Al-Kauthar Eduqids ini merangkumi para pelajar berumur 3 - 6 tahun, DayCare, Transit, Toddler 1 - 3 tahun, KAFA dan Hafazan dan juga menggabungkan konsep atau program English Islamic Montessori & Pre Tahfiz bagi kanak-kanak berusia seawal 3 tahun. Di sini juga turut menyediakan program belajar bahasa Mandarin Asas untuk kanak-kanak tadika secara percuma. 

Promosi Tahun 2018

Pengenalan Al-Kauthar Eduqids
  1. Yuran Bulanan termasuk sarapan pagi yang berkhasiat yang juga disarankan oleh Jabatan Kesihatan
  2. Menggunakan silibus KSPK (Kurikulum Standard Pra-Sekolah) yan disarankan oleh Jabatan Pendidikan Malaysia
  3. Dibuka seawal 7.00 pagi bagi memudahkan ibubapa yang bekerja di kawasan Kuala Lumpur
  4. Menyediakan perkhidmatan penjagaan sepenuh masa di tempat yang sama bagi memudahkan ibubapa tidak perlu menghantar anak-anak di tempat yang berasingan
  5. Menyediakan program tambahan seperti Kelas Renang, Kelas Intensif Membaca yang diadakan pada setiap Hari Sabtu dan banyak lagi program yang ada
  6. Mempunyai guru yang berpengalaman dan dilatih mahir dalam pendidikan awal kanak-kanak.


Seronok saat LeYa dapat bertemu dengan orang-orang hebat seperti Tuan Bakhtiar dan Puan Farah dalam mengisahkan cerita liku-liku kejayaan dan memberi inspirasi kepada semua untuk turut serta berusaha gigih dalam apa jua keadaan.

Team Propa Rangers menyusul bersama Owner Mama Mia! Skincare yang cantik

Sana Sini Situ ada LeYa.. hehehe...

Maklumat lanjut mengenai Produk Mama Mia! Skincare:-


HOTLINE | 017-2423400 / 017-2424300

Maklumat lanjut mengenai Tadika/Taska Al-Kauthar Eduqids:-

Alamat | No. 2A, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Telefon/Fax | 03 - 55244188

Khamis, 14 September 2017

Seminar Pelancongan Muslim Jepun - Memperkasa Industri Pelancongan Islam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Seminar Pelancongan Muslim Jepun adalah usaha bersama JNTO (Japan National  Tourism Organization) dengan Visit My Japan dan MATTA Fair yang telah berlangsung pada 09 dan 10 September 2017 di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC, Kuala Lumpur.

Tujuan seminar adalah untuk membentuk saluran interaksi antara rakyat Malaysia lebih-lebih lagi rakyat Muslim yang ingin melancong ke negara Jepun. Mengambil inisiatif mendekatkan masyarakat Muslim untuk melancong ke negara Jepun yang mana sebelum ini kita diragui dengan kepayahan untuk mencari tempat makan yang halal dan ruang solat, telah dibukakan segala persoalan pada seminar tersebut. 


JNTO dan Visit My Japan  telah mewujudkan kesedaran dan memperluaskan lagi pengetahuan kepada pelancong-pelancong Muslim amnya mengenai pelancongan Islam yang boleh didapati di sana. Lebih menarik lagi, selebriti terkenal sendiri yang telang berkunjung ke Jepun memberikan sedikit perkongsian dan pengalaman mereka ketika melancong ke negara matahari terbit itu. Antara selebriti yang telah bekerjasama pada hari itu adalah Hanis Zalikha dan Issey. 



Melancong ke Jepun? Apa yang perlu sedia?

Seperti yang kita maklum, negara Jepun adalah negara yang sangat indah dan mendamaikan. Ditambah lagi kepesatan teknologi yang canggih yang mana di negara kita sendiri pun belum mencapainya. Hakikat ini telah membangkitkan aura LeYa untuk turut menjejakkan kaki ke Jepun bagi melihat dan merasai persekitaran di sana selain mempelajari budaya mereka, menikmati hidangan tempatan mereka dan melawat tempat-tempat pelancongan yang cantik di sana.

Dan kita juga tahu, masyarakat Jepun sangatlah berdisiplin dan bersopan santun. Sebelum menjejakkan kaki ke negara Jepun, elok juga kita belajar dan bersedia sebelum ke sana.
  1. Dinasihatkan untuk study sedikit bahasa mereka. At least ayat seperti Ohayo Gozaimasu (Selamat Pagi) dan Konnichiwa (Selamat Tengah Hari). Yang paling penting sentiasa bertutur ucapan terima kasih (Arigatou Gozaimasu) yang menjadi rutin harian mereka.
  2. Janganlah kita terbawa-bawa sikap kita di Malaysia apabila menaiki kenderaan awam. Di sana, mereka akan beratur kerana disiplin yang diterapkan dalam diri masing-masing. Bertoleransi dan hormat-menghormati lah ketika menaiki kenderaan awam di sana.
  3. Ketika di dalam kenderaan awam, hormati orang tua dan ibu mengandung. Beri ruang tempat duduk jika penuh.
  4. Tepati masa. Jangan lah buat janji Melayu di Jepun ye. Kata "on the way" tapi tak sampai-sampai lagi.Hehehe....
Dan mungkin banyak lagi tips yang korang boleh dapatkan dari orang yang pernah ke Jepun sendiri. 

Berkata pula soal waktu yang sesuai untuk melancong ke negara Jepun adalah satu perkara yang mungkin menjadi topik utama sebelum ke sana. Yelah! Kalau waktu dan cuaca tak sesuai, tak seronok lah kan bila sampai ke sana nanti. Untuk lebih terperinci nak tahu waktu atau cuaca yang sesuai untuk bercuti di Jepun, korang boleh layari laman web ini, http://www.melancongkejepun.com/waktu-sesuai-bercuti-di-jepun/.


Menariknya di hari seminar tersebut, pihak JNTO dan Visit My Japan bekerjasama memberi sedikit cenderahati kepada pengunjung yang sudi hadir ke seminar tersebut. Antara hadiah yang menjadi igauan setiap pengunjung sehingga membanjiri dewan adalah tiket penerbangan pergi dan balik ke Tokyo, Jepun. Wah! Memang lah best kan kalau dapat kan. FREE pulak tuh! Siapa lah tak nak kan.


Seorang pemenang wanita bertuah telah memenangi hadiah cabutan bertuah berupa tiket penerbangan ke Tokyo tersebut. Tahniah! Rezeki beliau. Pasti seronok sangat kan bila beliau menjadi tumpuan semua ketika berpeluang merangkul hadiah tersebut. Hehehe...



Seminar ini memberi gambaran mengenai pelancongan muslim di Jepun serta peranan pelancong sebelum melancong ke sana. Ia juga telah menjadi satu sumber buat LeYa dan Otomen sebagai koleksi rujukan untuk ke Jepun nanti.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook seperti yang tertera di bawah: