Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hi guys!! Okay, malam ni LeYa nak bawak korang ke satu tempat makan istimewa di Melaka. So... dekat sini siapa suka makan Nasi Arab? LeYa sangatlah suka makan nasi arab especially En Suami a.k.a. Otomen Taro ni. Memang bertambah-tambah kalau dia makan. Hehehe... Yang seronoknya makan nasi arab ni boleh kongsi dua orang untuk set yang small tu. Memang jimat dan berbaloi!
Okay lah... Jom LeYa bawak korang nikmati makan di Restoran Hadramawt Palace yang terletak di Bukit Baru, Melaka. Lokasinya memang sangat mudah untuk dicari. Betul-betul berada di lampu isyarat Bukit Baru dan restorannya berada di hujung sekali.
Restoran Hadramawt Palace ni sememangnya terkenal dengan hidangan tradisional dari Yemen dan Lubnan. Dan, tukang masaknya sendiri pun berasal dari sana. Lagi syok Master Chef dia pun berasal dari Mesir. So... memang tak hairan lah kan kenapa makanan yang dihidangkan mereka asli dari sana dan sangat sedap.
Let's get to see the menu! WoW!!! Memang tak tahu dah nak pilih yang mana. Tapi LeYa selalu kalau makan nasi arab memang suka Nasi Mandy. Entah kenapa dah tersuka tanpa sengaja dengan Nasi Mandy dari yang lain-lain.
But, memandangkan masakan arab di sini sangatlah sedap dan tak terkata, LeYa dapat juga merasa Nasi Mandy Kambing. WoW!!! Sekali lagi LeYa cakap memang sangat sedap weyyyy! Rugi sesangat lah kalau korang semua tak cuba. Lebih-lebih lagi penggemar kambing tegar macam LeYa. En Suami yang dahulu tak makan kambing pun sekarang dah gila order kambing. Hahaha... Perrggghhhh.... terliur pulak tatkala menulis entry ni...
Pilihan menu di sini pun juga banyak. Korang boleh pilih je mana yang selera dengan tekak korang hari tu. Ni antara yang best seller makanan yang ada di sana:-
- Chicken Mandy
- Lamb Mandy
- Chicken Kebab
- Fahsa
- Falafel
***************************************
Chicken Mandy // Size M RM25
***************************************
Menu hidangan yang LeYa order malam tu. Keenakan ayamnya yang sangat lembut, dah terasa seperti makan ayam kukus dan ayam bakar. Nasi pula menepati citarasa LeYa yang gemarkan nasi lembut dan tidak berderai. Walaupun nasi arab di sini nampak kering, tetapi korang pasti tak rasa tercekik pun. Memang berbaloi sangat makan di sini. Oh Ye! Jangan lupa juga nikmati hidangan Nasi Chicken Mandy ni dengan sos tambahannya yang sangat special.
***************************************
Mango with Milk RM8
***************************************
Sluuurrrpppp.... Sedapnya la weyyyy dapat hirup kepekatan dan kelazatan minuman Jus Mangga bersama susu ni. Peminat Mango Lassi macam LeYa ni memang sangat puas hati bila mencuba minum minuman di sini. Kesegaran buah mangganya itu membuatkan LeYa tak cukup dengan satu gelas. Hehehe...
Bagi yang berminat untuk mencuba Nasi Arab di Restoran Hadramawt Palace ni, boleh singgah ke lokasi di bawah ni:-
Lokasi
Hadramawt Palace Restaurant
No.15, Jalan PN BB2,
Pusat Niaga Bukit Baru,
Mukim Bukit Baru , Seksyen IV
75150 Melaka
Waktu Operasi
11.00 pagi -11.00 malam
( Tutup : Hari Raya Puasa / Hari Raya Haji sahaja /
Hari pertama puasa )
Tel No
06-2866662
011-40444144 ( Reserve Line)
016-642 6776 ( En Hisham-Manager)
CT sukaaaa nasi arab and betul sangat jimat sbenarnya sebab portion besar. selalu order nasik 1 and extra chicken or lamb. uuish.. terlio jadinyaaa hehe..
BalasPadamlama tak g melaka.. boleh try ni.. btw jemput follow blog sy =)
BalasPadamwah kena try ni
BalasPadamok masuk wishlist kalau ke Melaka...
BalasPadamKalau Hadramawt di Ampang memang sedap sangat. Nanti boleh cuba yang di Melaka ni jika jalan-jalan Melaka.
BalasPadam