Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Korang rasa menarik tak gambar LeYa kat atas tu? Cantik... Tertarik kau memang dabboooommm kan... Pasti seronok kan kalau dapat gambar menarik dan cantik macam ni lebih-lebih lagi untuk Hari Bersejarah atau Hari Istimewa kita? So... LeYa nak perkenalkan korang dengan studio terkenal yang tidak asing lagi iaitu Kaio Studio and Production Sdn Bhd.
Kaio Studio menawarkan perkhidmatan sebagai fotografi dan videografi kepada semua. Mereka juga menawarkan khidmat rekaan grafik seperti poster dan khidmat kursus kepada korang semua yang berminat untuk belajar selok-belok mengenai editing dan sebagainya.
Latar Belakang Kaio Studio
Anwar Abdullah merupakan pengasas Kaio Studio dan beliau bermula sebagai Wedding Videographer di majlis perkahwinan pada tahun 2012 dengan berbekalkan modal hanya bawah RM5,000 dari simpanan beliau sebagai pemandu pelancong suatu ketika dahulu.
Anwar Abdullah juga merupakan bekas pelajar Management & Science University (MSU) dalam bidang pengurusan hospitaliti dan pelancongan. Namun, beliau tidak meneruskan kerjaya beliau dalam bidang tersebut. Sebaliknya, beliau lebih meminati bidang fotografi dan videografi dengan lebih mendalam lagi sehingga membawa nama Kaio lebih jauh lagi.
Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio yang petah berbicara
Jadi, dengan semangat dan kecekalan Anwar dalam mengharungi bidang fotografi yang diminatinya telah menjadikan Kaio Studio sebuah organisasi Studio Fotografi dan Videografi yang terkenal di Malaysia. Turut dibantu, rakan sekerja beliau dalam memperkembangkan lagi bakat anak muda yang minat kepada fotografi dan videografi.
Team Kaio Studio
Karya Kaio Studio Yang Mantap
Okay... Jom LeYa tunjukkan serba sedikit hasil karya Kaio Studio yang cantik lagi awesome ni! Memang terbaik dan puas hati dengan hasil kerja mereka.
Kaio bersama pelancong Poland ketika bercuti di Pulau Pangkor, Perak
Kaio berkongsi pengalaman bersama pelajar MSU
Bersama Nabil Ahmad, Maharaja Lawak
Bergambar bersama sahabat yang belajar di Cairo, Mesir ketika trip shooting ke sana
Anwar Abdullah & Anuar Zain ketika trip ke Paris
Menerima Anugerah Selepas Perkongsian Ilmu Kepada Pelajar Tahun Akhir UiTM di Publika
Gambar Wedding Karya Kaio Studio. Boleh lihat di website untuk paparan lebih jelas
Kaio Studio Wedding Showreel
Pre-wedding Saharul Rizwan & Deena Emir
Pengalaman LeYa photoshoot di Kaio Studio
Tiba masanya pula apa yang LeYa rasa bila sudah memiliki gambar yang cantik bersama Kaio Studio. Actually, ini adalah kali pertama LeYa bekerjasama dengan pihak Kaio Studio menghasilkan mutu photo yang sangat terbaik. Korang sendiri dah lihat hasil karya Kaio Studio di atas kan. Antara yang menjadi awesomenya LeYa bila dapat hasil karya dari Kaio Studio ini ialah terasa diri seperti retis pulak bila tengok gambar yang sangat cantik dan kemas.
Okay... lokasi Kaio Studio ni rasanya tidaklah sukar mana untuk korang cari. Hanya gunakan teknologi canggih di telefon korang untuk WAZE atau Google Map dengan carian "KAIO STUDIO". Pastinya korang akan jumpa kerana studio photoshoot ni terletak di hadapan bangunan Acapella Suite Hotel, Shah Alam. Bila dah sampai, korang cari pula BEN's Art Cafe dan Kaio Studio terletak di atasnya.
Saat melangkah kaki masuk sahaja ke studio, apa yang LeYa boleh katakan adalah "WoW!!!...". Sangat cantik, luas dan kemas. Memang sesuai sangat untuk buat photoshoot bersama keluarga, rakan-rakan dan sesiapa sahaja. Penggunaan lighting yang cantik untuk menghasilkan karya yang sangat mantap. Syabas Kaio Studio! LeYa betul-betul terpana bila sampai di sana.
Kaio Studio juga menyediakan ruang yang selesa di bahagian belakang untuk persalinan pakaian, ruang solat dan ruang menggosok pakaian jika perlu. Memang awesome habis lah LeYa tengok bila berada di situ.
Jadi, tanpa buang masa korang, jom tengok gambar menarik LeYa ketika membuat photoshoot di Kaio Studio pada minggu lalu.
Untuk sessi photoshoot LeYa kali ini ingin juga berterima kasih kepada MUA, Rosniza Rose yang sudi make-up wajah LeYa kelihatan sangat cantik.
Maklumat lanjut mengenai Kaio Studio boleh didapati seperti di bawah:-
Website | www.kaiostudio.com
Facebook | www.facebook.com/kaiostudio
Instagram | www.instagram.com/kaiostudio
Twitter | www.twitter.com/kaiostudio
Youtube | www.youtubw.com/kaiostudioTV
Alamat | 1-06 Metia Residence Offoce, No. 5, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Nak lebih mudah, korang waze atau google map je "Kaio Studio".
LeYa pasti korang tidak akan kecewa memilih Kaio Studio sebagai lokasi penggambaran korang. LeYa sendiri memang sangat puas hati dengan hasil kerja mereka. Jadi! Jangan tunggu lama-lama lagi! Terus bertindak sekarang! Call Kaio Studio untuk photoshoot korang di Raya Aidiladha ini.
Maklumat lanjut mengenai Kaio Studio boleh didapati seperti di bawah:-
Website | www.kaiostudio.com
Facebook | www.facebook.com/kaiostudio
Instagram | www.instagram.com/kaiostudio
Twitter | www.twitter.com/kaiostudio
Youtube | www.youtubw.com/kaiostudioTV
Alamat | 1-06 Metia Residence Offoce, No. 5, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Nak lebih mudah, korang waze atau google map je "Kaio Studio".
LeYa pasti korang tidak akan kecewa memilih Kaio Studio sebagai lokasi penggambaran korang. LeYa sendiri memang sangat puas hati dengan hasil kerja mereka. Jadi! Jangan tunggu lama-lama lagi! Terus bertindak sekarang! Call Kaio Studio untuk photoshoot korang di Raya Aidiladha ini.
harap harap team kami pun dapat buat gambar studio di Kaio Studio ni, memang power
BalasPadamWah..terbaik la leya..rugi plak akak x join ari tu .
BalasPadamDila Yup...memang best dapat shoot di Kaio Studio ni...
BalasPadamSuria Amanda A'ah...memang sangat best kak..
Hebatla.tumb up😊
BalasPadamWah cantik gambar
BalasPadam