Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Seperti yang kita tahu, tekanan di tempat kerja menjadikan seseorang itu kelihatan tidak bermaya dan senantiasa penat.
Macam LeYa. Bekerja seharian di pejabat. Kemudian, pulang ke rumah dengan kerja-kerja rumahtangga dan kadangkala berjalan sana sini untuk mencari cerita menarik bagi LeYa Blog, terasa sangat banyak tenaga yang digunakan oleh LeYa dalam satu hari. Jadinya, boleh dikatakan tiap-tiap hari ada stress kan. Bila ada tugasan untuk blog diluar, sudah semestinya LeYa nak kena rentas hiruk pikuk orang ramai termasuk dengan jem di jalan raya lagi. Memang sangatlah tidak boleh lari dengan masalah terutama dalam mencari idea penulisan untuk blog.
Rehatkan diri dengan rawatan spa di D Aura Spa
Dek layanan tekanan kehidupan yang memang senantiasa ada di zaman serba moden ini, LeYa tidak terus-terusan melayan perasaan itu. Dengan keazaman dan keteguhan diri yang jitu, LeYa menerima tawaran menarik untuk mencuba sendiri rawatan spa di D Aura Spa, Putra Walk, Seri Kembangan. Okay... Memanglah tersangat excited kan bila dapat tahu ada tawaran menarik untuk LeYa manjakan diri di spa. Sesampai sahaja LeYa di sana, WoW!!!. D Aura Spa ni memang high-end spa tau. Boleh dikatakan untuk golongan kaya je yang akan singgah. So, That is my point kenapa LeYa excited sangat to be here.
D Aura Spa ni sudah 10 tahun beroperasi dan sudah pun mempunyai 4 cawangan di Malaysia. Antaranya Seri Kembangan, Putrajaya, Johor Bahru dan Bandar Enstek di Sepang. Bila sahaja berada di D Aura Spa, first impression LeYa adalah kalau rawatan tawaran ni dah habis boleh ke LeYa maintain kan? Jangan risau semua! Siapa kata hanya orang kaya je boleh manjakan diri di D Aura Spa ni? Sebenarnya D Aura Spa ni merupakan rawatan spa termurah di Malaysia yang korang boleh nikmati melalui harga promosi yang dianjurkan pada satu-satu masa yang ditetapkan dan boleh digunakan sehingga setahun harga promosi tersebut. Best kan!
D Aura Spa | SPA Termurah Di Malaysia
Dengan harga promosi yang ditawarkan di D Aura Spa, sesiapa sahaja pun boleh menikmati rawatan yang ada di dalam D Aura Spa.
Minuman Herba Serai + Bunga Cengkih
Demi menjaga kebersihan spa, masa LeYa sampai sahaja di D Aura Spa, LeYa kena pakai selipar yang disediakan. Kemudian, segala barang-barang peribadi milik kita seperti handbeg disimpan dalam almari dan berkunci untuk lebih selamat. Jadi, dengan selipar yang ada serta tiada barang-barang di tangan, LeYa rasa lebih selesa untuk bergerak ke sana sini di dalam D Aura Spa.
Proses Rendaman Kaki sebelum mulakan rawatan seterusnya
Sebelum rawatan dilakukan, LeYa diberikan minuman herba dan rendaman kaki untuk hilangkan segala kekotoran yang ada pada kaki ditambah dapat menghilangkan keletihan dan kepenatan ketika bekerja penuh seharian di luar.
Minuman Herba Serai
Ruang Rehat yang santai
Dalam rawatan D Aura Spa, mereka menggunakan produk berkualiti tinggi yang juga dibuat sendiri termasuk campuran khas minyak pati yang menggunakan rempah tropika, minyak dan herba. Selain itu, D Aura Spa juga ada menyediakan produknya sendiri yang juga merupakan rangkaian utama dalam sesi rawatannya.
Produk-Produk D Aura Spa
Rawatan yang LeYa buat adalah rawatan 3 jam D Aura Spa termasuklah:
- Urutan Bali 90 minit
- Rawatan Detox Herbal 30 minit
- Sauna / Steam 30 minit
- Tangas / Vaginal Cleansing
- Foot Spa Therapy
Bestnya kan dapat manjakan diri dalam Jacuzzi ni
Sebelum rawatan urutan badan, kaki LeYa dibersihkan dahulu dengan rendaman Foot Spa Therapy yang dilaksanakan dalam 15 minit. Foot Spa Therapy ni berfungsi untuk buang kulit mati dan daki pada kaki juga mampu menghilangkan rasa lenguh-lenguh pada kaki.
Rawatan Urutan & Massage selesa dilakukan dalam bilik khas
Selepas itu, LeYa dimasukkan pula ke dalam sauna selama 30 minit untuk membakar lemak-lemak yang ada di badan LeYa. Fuuhhh...rasa seperti berlari 5KM jauhnya punya banyak peluh merecik-recik keluar. LeYa memang rasa ringan sedikit badan selepas 30 minit selesai bersauna.
D Aura Spa berkonsepkan Bali
Kemudian, badan LeYa dilumurkan minyak ke seluruh badan termasuklah celah-celah badan yang terkepit dengan lemak. Teknik sapuan dan urutan yang dilaksanakan begitu lembut dan membuai mata LeYa untuk tidur. Memang terasa tenang dan menyenangkan ketika berspa di D Aura Spa. Segala angin-angin dalam badan LeYa dibuang jauh dan badan terasa ringan dan segar kembali.
Ruang Foot Theraphy yang santai
Selepas dari sesi urutan, badan LeYa dilumurkan pula dengan Detox Herbal dan dibalut selama lebih kurang 45 minit. LeYa diberikan rehat dan tidur ketika Detox Herbal sedang dijalankan. Sedar sahaja, badan melekit penuh dengan herba-herba yang digunakan. LeYa dipinta untuk mandi bersihkan diri dengan air panas di bilik mandi. Memang puas hati dan terasa segar ketika rawatan spa dilaksanakan.
LeYa sebelum masuk ke Spa, di hadapan pintu depan
Hampir 3 jam juga dalam D Aura Spa menyelesaikan rawatan urutan badan yang boleh dikatakan sangat best dan terus LeYa rasa segar dan hilang stress serta penat badan. Sebelum balik, LeYa sekali lagi diberi minuman herba Serai untuk kali terakhir. Air minuman herba ini berfungsi untuk buang angin dalam badan dan mengembalikan tenaga yang telah hilang ketika dalam proses rawatan spa sebentar tadi.
D Aura Spa juga ada menyediakan produk-produk milik mereka sendiri yang korang boleh dapatkan secara terus dari mereka melalui alamat di bawah:
SPA SUPPLIER MALAYSIA
C-7-G, Putra Walk, Jln PP25,
Taman Pinggiran Putra, Sek, 2,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
D Aura Deodrant, D Aura Perfume & D Aura Argan Serum | RM58.00
D Aura Argan Cleanser & D Aura Glow Foundation | RM58.00
Promo Merdeka Special
SPA RAWATAN TERMURAH DI MALAYSIA
D AURA SPA
RM29.99 SAHAJA dengan kualiti servis dari THERAPIST BERPENGALAMAN agar semua wanita dapat merasai rawatan di spa dengan berkesan.
SEMUA RAWATAN ADA...
urut, facial, scrub ,bekam, sauna, reflexology
BELI PAKEJ BOLEH KONGSI DENGAN KAWAN
*VALID SETAHUN*
*PROMOSI INI AKAN TERHENTI. REBUT LAH PELUANG KEEMASAN INI!!
*RM29.99 minimum beli 10x rawatan
*RM38 min beli 5x rawatan
*RM49.99 min beli 3x rawatan
*RM59 beli satu pun boleh..
Promosi Untuk Bulan Ini!!
Kepada sesiapa yang ingin jadi ahli hanya dengan beli pakej RM29.99 dan secara automatik sudah pun menjadi ahli secara PERCUMA...
Kepada sesiapa yang ingin jadi ahli hanya dengan beli pakej RM29.99 dan secara automatik sudah pun menjadi ahli secara PERCUMA...
PROMOSI untuk semua wanita yang ingin sentiasa kelihatan cantik berseri...
Maklumat Lanjut boleh hubungi seperti yang tertera di bawah.
Alamat D Aura Spa:-
D AURA SPA SERI KEMBANGAN
C-8-G, Putra Walk, Jln PP25,
Taman Pinggiran Putra,
Sek. 2, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Tel.: 019 - 221 7702 / 03 - 8938 2088
D AURA SPA PUTRAJAYA
84A, 1st Floor, Jalan Diplomatik,
Presint 15, 62520 Putrajaya.
Tel.: 013 - 935 2238 / 03 - 8861 6838
D AURA SPA ENSTEK SEPANG
No 1A, Jalan Timur 6/1A,
Labu, 71760 Negeri Sembilan.
Tel.: 013 - 761 2238 / 06 - 794 8813
D AURA SPA JOHOR BAHRU
89A, Jalan Utama 34,
Mutiara Rini,
81300 Skudai, Johor Bahru.
Tel.: 011 - 1065 2238
Website
Facebook / Instagram
D Aura Spa
Email
Sedap betul berspa. Lebih-lebih lagi kakau jumpa yang berkenan di hati. Nanti boleh lah saya cuba D Aura Spa pula
BalasPadamSeronoknya dapat berspa... Teringin nak buat... Tapi tak penah berkesempatan... In shaa Allah... One day...
BalasPadamJemput jalan ke blog saya...
https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/29/pengalaman-puan-hanisah-kecutkan-cyst-semasa-mengandung/
Wow.. bestnya. Sedap juga sekali sekala berspa. Mesti segar balik badan kan? Leya.
BalasPadam