Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Okay semua... Apa lagi kalau aktiviti hujung minggu LeYa dan Otomen ni jika tidak keluar mencari lokasi baharu jalan-jalan cari makan. Nak dikatanya duit banyak tu takdelah jugak kan. Tapi alhamdulillah, syukur, cukup lah perbelanjaan kami untuk makan dan minum bersama.
So, bila dah keluar tu kadang-kadang bukan sahaja terus ke restoran, ada juga lah LeYa akan mengajak Otomen jalan-jalan cuci mata ke Shopping Mall atau menikmati pemandangan indah di tasik atau taman berdekatan. Bila perut dah lapar baru lah cuba nak mencari kedai makan.
Tapi?? Bila tiba waktu makan, agaknya mana korang akan pergi ye?
MEMPERKENALKAN
D AURA CAFE | KAFE BERKONSEP MEWAH & ROMANTIK TETAPI HARGA BERBALOI-BALOI
Pada 05 Ogos 2017 yang lalu, LeYa diberi kesempatan untuk menikmati hidangan makanan di salah sebuah kafe yang berdekatan dengan tempat tinggal LeYa bersempena Hari Pelancaran D Aura Cafe. Sampai sahaja LeYa ke situ, LeYa sangatlah seronok dan mendamaikan apabila menjamu mata dengan dekorasi dan susun atur kafe yang cukup mempesonakan.
D Aura Cafe merupakan Muslim Kafe yang baru sahaja beroperasi pada 01 Ogos dan telah memberikan satu persepsi baharu buat para peminat hidangan berkonsepkan romantik untuk terus singgah serta menikmati makanan di situ. Selain itu, siapa sangka kafe cantik yang berkonsepkan romantik ini mempunyai menu masakan Melayu yang menjanjikan rasa yang enak tatkala anda menikmatinya.
Latar Belakang D Aura Cafe
D Aura Cafe dimiliki sepenuhnya oleh pasangan suami isteri, En. Salihin Jaffar dan Pn. Dina Abu Bakar. D Aura Cafe ini ditubuhkan dari kesinambungan D Aura Spa milik Pn. Dina yang sudah pun beroperasi lebih kurang 10 tahun.
Menurut Pn. Dina lagi, D Aura Spa telah beroperasi di empat buah cawangan yang terletak di Seri Kembangan, Putrajaya, KLIA dan juga Johor Bahru. Dari situ, suaminya, En Salihin mendapat satu idea untuk membuka sebuah kafe pertama di antara organisasi yang mereka telah wujudkan itu.
D Aura Cafe sangat menitikberatkan soal kualiti dan kebersihan. Dari pengamatan LeYa, kafe yang bertaraf lima bintang ini sangat berbaloi kerana pemilik tidak meletakkan harga yang mahal. Dengan harga yang murah dan berbaloi, kafe ini menjadi unik dan patut di singgah oleh semua orang.
Cuba anda bayangkan hari ini, dengan hanya harga dalam lingkungan RM10, anda sudah pun dapat menikmati hidangan sarapan pagi, tengah hari dan minum petang? WoW!!! Betul ker? Ya! LeYa pun tidak percaya pada mulanya. Namun, setelah menikmati makanan di situ dan melihat harganya di menu, memang benar ia diletakkan harga dalam lingkungan RM10 sahaja.
Bagi menyempurnakan lagi Majlis Pelancaran, tidak lengkap kiranya kita sebagai umat Islam tidak membuat sedikit doa selamat sebagai tanda kesyukuran terhadap Ilahi di atas kejayaan dan kebahagiaan yang telah dikecapi.
Menu masakan Melayu yang telah dihidangkan pada hari itu sungguh menyelerakan LeYa. Untuk pengetahuan anda, menu masakan Melayu ini dihasilkan dek kerana rakyat Melaysia walau macam mana moden sekali pun tetap akan mencari hidangan Melayu ini. Selain daripada itu, anda juga boleh membuat pilihan makana ala Barat yang memang menjadi menu utama di situ. Antara menu special yang menjadi popular ialah Lamb Shank yang berharga RM38.
Perut sudah terisi dengan Main-Course yang ada, jangan lupa untuk turut merasai aneka kuih-muih yang warna warni ini.
Di kesempatan itu juga pemilik telah menjamu dua buah kek kepada tetamu yang hadir kerana bulan Ogos ini merupakan Hari ulang-tahun perkahwinan mereka dan juga Hari Kelahiran En. Salihin yang jatuh pada 01 Ogos. Sempena sambutan tersebut, sebenarnya D Aura Cafe juga ada menyediakan acara-acara menarik seperti Sambutan Hari Ulang-Tahun Perkahwinan, Candle Light Dinner, Sambutan Hari Lahir dan banyak lagi.
Antara pakej menarik yang disediakan di sambutan hari lahir adalah pakej yang akan dikenakan ialah RM25 untuk 30pax minimum. Selain itu, terdapat 10 pilihan menu hidangan yang boleh didapati dalam aktiviti yang dijalankan. Juga disediakan Live Band / Busking Band yang bernilai serendah RM500+. D Aura Cafe juga sangat sesuai untuk dilaksanakan majlis reunion kerana keluasannya boleh memuatkan sehingga 40 - 50 orang.
Lebih menarik lagi, selesai sahaja anda menikmati hidangan makanan yang enak di D Aura Cafe, anda akan dihadiahi goodies bag makanan ringan untuk dibawa pulang. Wah!!! Seronok kan! Bukan senang nak makan di sesebuah kafe, kemudian terima cenderahati sebagai tanda kenangan. Yang bestnya lagi, goodies ini diimport khas dari syarikat Omelle Goodies di Johor Bahru. Memang berbaloi sangat lah LeYa katakan jika anda berpeluang dan nikmati makanan di kafe ini.
Maklumat lanjut berkenaan D Aura Cafe:-
Alamat |
D Aura Cafe (002676480-H)
C-6-G, Putra Walk, Jln PP25,
Taman Pinggiran Putra Sek2,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.
Waktu Operasi | 10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)
Waktu Operasi | 10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)
Facebook | https://www.facebook.com/dauracafe/
Telefon |
En Salihin Jaffar >> 012-6421095
Pn. Dina Abu Bakar >> 019-2700210
Cantik cafe ni . Semoga maju jaya
BalasPadamBetul3 cantik kan
PadamRamai promote cafe no :)
BalasPadamHahaha... sebab saya lah yang memanggil nye..
Padamcafe ni cantik lah
BalasPadamKan... Memang cantik... Ras makanan die pun sedap2
Padam