Isnin, 31 Julai 2017

Seniman Indonesia dan Malaysia Bertemu dalam Silaturahmi Keroncong Nusantara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Malaysia dan Indonesia memang sentiasa berkolaborasi dalam apa jua bidang. Pada 23 Julai 2017 lalu, satu program Silaturahmi Keroncong Nusantara telah diadakan di Solo, Indonesia. Pencinta keroncong bagi Kota Bengawan pasti gembira dapat menyaksikan acara terbesar yang diadakan pada kali ini. 

Pentas pertama bagi Solo Keroncong Festival (SKF) telah diadakan di Benteng Vasterburg pada Jumaat dan Sabtu (21/7/2017 dan 22/7/2017). Kemudian, acara menjadi lebih meriah dengan program diteruskan lagi ke Silaturahmi Keroncong Nusantara yang diadakan di Solo, Joglo Sridewi pada 23 Julai 2017.


Terdapat puluhan seniman keroncong dari segenap lapisan masyarakat Indonesia dan Malaysia hadir ke majlis tersebut. Siapa tidak kenal penyanyi Malaysia, Rozita Rohaizad yang telah menjadi tetamu istimewa dalam acara penuh gilang gemilang, Silaturahmi Keroncong Nusantara di Solo itu. Acara Silatuhrahmi Keroncong Nusantara 2017 ini merupakan acara kedua Rozita di Indonesia di mana ia juga merupakan tempat kelahiran nenek moyangnya.

Pada tahun 2015, Rozita pernah membuat persembahan di Pesta Jazz Utara ke-5 di Medan yang turut dibantu oleh para pemuzik Malaysia yang hebat diketuai oleh Razak Rahman. Mereka sangat bersyukur kerana telah disiarkan dalam akhbar Indonesia. Dan, pada hari ini, satu pencapaian yang sangat memuaskan untuk menjadi wakil Malaysia dan turut disokong oleh Orkes Iblis (Indonesia Bersama Leluhur Indonesia Sukses) yang melancarkan 6 pemuzik keroncong professional Jawa yang diketuai oleh saudara Tri Raharjo.

Orkestra Keroncong yang juga turut mengiringi Rozita Rohaizad pada malam itu adalah OK Indonesia Bersama Leluhur Indonesia Sukses (IBLIS). Sementara itu, tuan rumah, HAMKRI juga turut tampil dengan versi senior yang dibantu oleh pemuzik berusia 60 tahun dan pemuzik versi muda yang berusia 17 hingga 23 tahun.



Menurut Rozita lagi, ini adalah satu penghormatan hebat apabila beliau melihat gambar dan nama beliau terpampang di sepanduk dan poster yang ditempatkan di Taman Budaya dan Taman Hiburan Taman Sri Wedari, Solo.  Lokasi-lokasi ini merupakan daya tarikan pelancongan yang menjadikan pertunjukkan etnik tradisional Indonesia seperti Wayang Orang iaitu Ramayana Theatre, Wayang Kulit dan banyak lagi. Pelbagai lagu Indonesia yang berwarna-warni dan tarikan persembahan tarian selain muzik keroncong akan anda dapati di mana sahaja anda pergi di sini.

Solo merupakan sebuah kota keroncong di Indonesia. Peminat-peminat yang tegar dengan genre keroncong ini telah membina satu komuniti dengan begitu ramai dari kalangan ahli muda dan tua untuk turut memeriahkan majlis di sekitar HAMKRI (Himpunan Artis Muzik Keroncong Republik Indonesia).



Di malam persembahan Rozita Rohaizad pada 23 Julai 2017 menyaksikan beliau menyampaikan dua buah lagu dengan tenang dan gembira kepada penonton-penonton di hadapan beliau yang hanya duduk bersila 50 meter dari pentas yang merupakan pengalaman pertama beliau berhadapan dengan situasi itu. Menurut beliau lagi "Seperti seorang puteri Jawa turun dari kayangan untuk menceritakan kisah kepada rakyat jelata." Lol! Yeah!!! Begitulah perasaan Rozita ketika itu.

Selesai sahaja lagu pertama Rozita yang berjudul Alunan Biola, ada jeritan untuk beliau meneruskan lagi nyanyian yang lain. Ini membuatkan Rozita lebih bersemangat tinggi untuk meyakinkan Madah Pujangga dan nyanyian lagu asli oleh ibu saudara beliau, Puan Sri Saloma bahawa Orkes Iblis telah mengatur dengan baik buatnya pada malam itu. Buat julung kalinya, penonton dari Indonesia ini diperdengarkan lagu asli Madah Pujangga dikeroncongkan dan mereka terus memuji nyanyian Rozita. Banyak tepukan yang gemuruh  membuatkan hati Rozita gembira. Bukan setakat itu sahaja. Kumpulan keroncong kreatif dan progresif, Midaleudami dari Bandung juga telah memberi pujian dan menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Rozita pada masa hadapan. Inshaa Allah.


Rozita juga ada memberitahu bukan beliau sahaja satu-satunya wakil dari Malaysia. Bahkan terdapat juga kumpulan keroncong gadis dari SMK Sultan Ibrahim dan para belia dari Orkes Maktab Sabah. Mereka semua telah menyampaikan lagu keroncong konvensional Malaysia dan Indonesia. Selain itu, mereka juga diwakili oleh artis terkenal, En. Maamor Jantan dan isterinya, Dilla Ahmad yang mendendangkan lagu duet popular.




Pada akhir petang, Presiden HAMKRI mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kami dan telah menunjukkan kejayaan acara kolaboratif pertama antara Indonesia dan Malaysia akan dilanjutkan tidak lama lagi untuk memasukkan jiran-jiran Asia seperti Singapura dan Brunei.

Hidup keroncong melalui Silaturahmi Keroncong Nusantara, tema bagi untuk memupuk kestabilan dan saling persefahaman serta persahabatan di antara kita. Muzik boleh membawa kita bersama walaupun ada politik yang ingin memiliki lagu itu mungkin timbul. Walau bagaimanapun Silaturahmi pertama Keroncong Nusantara telah memberikan harapan kepada kita bahawa keroncong sedang dinaikkan semula agar kaum muda lebih menghargai dan akan tetap menjadi warisan budaya kita.

Jumaat, 28 Julai 2017

Pelantikan Upin Ipin Sebagai Duta Pelancongan Malaysia Di Majlis Warna Warni Aidilfitri MOTAC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tahniah diucapkan kepada Les' Copaque Production atas pelantikan 2 watak animasi nombor satu negara, Upin & Ipin sebagai Duta Pelancongan Malaysia oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) di Majlis penuh gilang-gemilang Warna Warni Aidilfitri MOTAC 2017 di Saloma Bistro, Kuala Lumpur pada 20 Julai lalu.


Upin Ipin Duta Pelancongan Malaysia

Watak animasi nombor satu negara ini bukan sahaja menjadi daya tarikan di Malaysia, malah di negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan juga Filipina. Memang tidak hairanlah kiranya Upin & Ipin menjadi tumpuan MOTAC untuk melantik mereka sebagai Duta Pelancongan Malaysia. 

Kemunculan maskot Upin dan Ipin tampil di dalam dewan Saloma Bistro dengan berbaju Melayu sambil diiringi paluan kompang yang mendendangkan lagu tema Upin dan Ipin. Perlahan-lahan mereka menari mengikut irama lagu, Upin dan Ipin diarak untuk naik ke pentas utama. Majlis pelantikan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.



Warna Warni Aidilfitri MOTAC 2017

Acara utama pada hari itu sebenarnya merupakan Majlis Hari Raya yang diberi tema WARNA WARNI AIDILFITRI MOTAC 2017 yang telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato. Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Acara bermula pada jam 5.30 petang dengan lawatan dif-dif kehormat ke gerai-gerai makanan yang ada di perkarangan Pusat Pelancongan Matic, Kuala Lumpur itu. 







LeYa juga berkesempatan bersama dalam majlis yang penuh gilang-gemilang itu dan telah terhibur dengan aksi lucu Maskot Upin dan Ipin. LeYa mendoakan agar pihak Les' Copaque Production terus hasilkan karya-karya yang lebih menarik bersama 2 watak utama, Upin dan Ipin ini. 





Untuk maklumat lanjut mengenai Majlis Warna-Warni Aidilfitri dan pelantikan Upin Ipin sebgai Duta Pelancongan Malaysia boleh layari laman Facebook http://www.facebook.com/mymotac

Khamis, 27 Julai 2017

Tiket Flight + Hotel Bernilai RM21,000 Dari Traveloka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Masa untuk anda merancang dan berseronok ketika bercuti sudah hampir tiba!


Setelah hampir satu setengah tahun anda bekerja, sudah tiba masanya untuk anda mengambil peluang bercuti merehatkan minda bersama keluarga. Bukan sahaja menyeronokkan malah dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga yang turut bersama bercuti. Jadi, rancanglah percutian anda agar ia kelihatan menarik dan indah untuk diingati sepanjang hayat. 


Traveloka dan Grab telah bekerjasama untuk memberi anda 6 pakej termasuk Hotel + Tiket Penerbangan sehingga bernilai RM3,500 ke destinasi percutian di Asia Tenggara.

OH YASSS!!! Anda boleh sahaja menjadi salah seorang dari yang lain untuk memenangi pakej penerbangan + hotel bernilai RM3,500 ini dengan hanya mengambil perjalanan Grab:
  1. Dari 21 hingga 30 Julai, tempah perjalanan sebanyak mungkin dengan Grab menggunakan kod tanpa diskaun .
  2. 6 penumpang yang berjaya menggunakan kod tanpa diskaun akan memenangi hadiah.
  3. Pemenang akan dimaklumkan melalui panggilan telefon atau SMS.
Jadi, lebih banyak anda menggunakan Grab dengan mengambil kod promo yang disediakan, semakin tinggi dan cerah peluang anda untuk memenangi percutian hebat ini.

Sebelum pergi bercuti dengan Pakej Traveloka dan Grab, jom kita hayati dahulu pemandangan-pemandangan indah di lokasi yang ada di dalam Asia Tenggara.


Bersama ahli keluarga, anda boleh nikmati landscape cantik dan berenang di Crystal Clear Lagoons of El Nido, Philippines. Menarik kan! 


Melihat matahari terbenam dari buaian laut di Lombok, Indonesia

Jadi, apa tunggu lagi! Jom ambil peluang yang ada ini sekarang. 

Oh Ya! Tidak hanya di situ sahaja! Anda boleh dapatkan tawaran lebih hebat dari Traveloka kepada pengguna Grab sehingga diskaun sebanyak RM135 untuk pakej penerbangan dan hotel! WoW!!! Ini memang sangat menarik!

Selasa, 25 Julai 2017

Inovasi Pembelajaran Abad ke-21 Secara Dinamik di YES Academy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Inovasi sentiasa menjadi perhatian dan kepentingan utama kepada semua dalam era globalisasi dan berteknologi kini. Perubahan teknologi bukan sahaja sekadar meliputi pembangunan teknikal malah persediaan modal insan dalam mendepani cabaran kemajuan dunia. 


Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 Dari YES Academy

Malam 15 Julai 2017, LeYa telah menghadiri satu sesi penerangan mengenai YES Academy di Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng bersempena Sambutan Majlis Hari Raya YES Academy bersama Blogger. YES Academy adalah sebuah universiti yang sudah pun mula menapak pada tahun 1997 dan telah menjadi peneraju dalam pembangunan bidang pengajian tinggi di Malaysia. Menekankan konsep inovasi dan transformasi dalam pendidikan, YES Academy sentiasa bersaing untuk memberi perubahan dan penambahbaikan kepada generasi muda pada masa akan datang. Setiap pelajar dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman bagi membantu mereka mengisi jangkaan industri luar dan memberi peluang kepada pelajar untuk menyambung pelajaran ke luar negara dalam waktu yang singkat dan kos yang rendah menerusi program di YES Academy.

Kredit Gambar: Facebook YES Academy
Kredit Gambar: Facebook YES Academy

Latar Belakang YES Academy

Tahun 1997, YES Academy dikenali dengan Baruvi Academy. Ia adalah sebuah kolej atau universiti yang memberi pendidikan sepenuh masa kepada pelajar dalam masa 2 tahun di Malaysia dan terus sambung pembelajaran ke universiti di luar negara selama 1 tahun. Kemudian, pada tahun 2007, kolej tersebut telah ditukar nama kepada YES Academy.

YES Academy mempunyai prinsip berdasarkan philosophy of creating work-ready graduates. YES Academy juga telah bekerjasama dengan iBosses Global Platform untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada peringkat seterusnya.

Di YES Academy, semangat berpasukan dan interaksi antara satu sama lain amat dititikberatkan antara kedua-dua professional akademik dan industri yang membolehkan mereka mengambil kursus professional ACCA bagi meningkatkan lagi pengetahuan, pengalaman dan mutu gaya hidup mereka

YES Academy juga adalah kolej di bawah:-
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT/MOHE)
  • Pusat Asas Ketrampilan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM/MOE)
  • HRDF Approve Centre di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM/MOHR)
  • Kolej yang diluluskan dengan Lesen Pengambilan Pelajar Antarabangsa di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN/MOHA)
Selain itu, barisan pengurusan tertinggi bagi YES Academy juga adalah:

Pengerusi : Dr. Patric Khor
Ketua Eksekutif : Mr. Wyatt Yap
Pengarah Akademik : Mr. Joe Fang
Ketua Pegawai Operasi : Rosniza binti Abdul Rahim

Kredit Gambar: Facebook YES Academy

Kredit Gambar: Facebook YES Academy


Justeru, pengisian pengajian di YES Academy merangkumi program pendidikan yang inovatif yang bukan sahaja melengkapkan pelajar dengan bidang pembelajaran sepanjang hayat malah mampu meningkatkan capaian kepada peluang serta memastikan pengalaman dan kemahiran yang membolehkan peningkatan ekonomi negara serta kemakmuran sosial. 

Ada 5 sebab kenapa anda semua patut memilih YES Academy sebagai pusat pembelajaran anda. Antaranya ialah:-
  1. YES Academy tidak hanya pada pendidikan praktikal, tetapi ia juga bergandingan dengan pelajar setiap hari.
  2. Pelajar diberi kursus atau modul yang telah diteliti dan diubahsuai oleh panel industri mereka. Anda sebagai ibu bapa boleh memastikan sama ada pelajar atau anak-anak anda diajar mengenai pengetahuan industri terkini atau tidak seperti yang telah disyorkan oleh pihak majikan pada masa akan datang mereka.
  3. Guru-guru industri telah pun mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan merupakan kesemuanya guru-guru professional kepada bidang yang diajar masing-masing. Para pelajar juga mempunyai capaian kepada asas pengetahuan dan industri terkini supaya mereka lebih bersedia untuk pekerjaan mereka setelah tamat pengajian.
  4. YES Academy mempunyai graduan yang konsisten serta terbukti perwatakannya yang menarik dan senang untuk mendapatkan pekerjaan di pasaran kini.
  5. Saiz kelas yang kecil yang memuatkan bilangan pelajar seramai 20 orang mampu memberikan para pelajar lebih tumpuan dan perhatian ketika sesi pembelajaran dijalankan.
Tambahan pula, pendidikan keusahawanan kepada semua para pelajar YES Academy adalah berkolaborasi dengan iBosses Global Platform bagi membantu, memupuk, mempelopori serta mengembangkan bakat dan kemahiran pelajar menjadi seorang usahawan yang berjaya.


Program Offered – Courses Acredited by MOA – MOHE/MOE/MOHR
1.  Diploma in Graphic Design (2 1/2 years)
2.  Diploma in Business Management (2 1/2 years)
3.  Certificate in Intensive English ( 1 1/2 years)
4.  Diploma in Information Technology (2 1/2 years)
5.  ACCA Programme (3 years)
6.  Bridal Makeup (4-6 months)
7.  International Media Makup (1 1/2 years)
8.  International Photography (1 1/2 years)
9.  Data Analytics;Information Security
10. Digital Mktg, Software Testing Tools

Sambutan Majlis Hari Raya YES Academy Bersama Blogger
Turut memeriahkan pada malam itu adalah sambutan Hari Raya YES Academy bersama beberapa rakan blogger yang turut hadir untuk bersama berkolaborasi dalam membangunkan universiti tempatan di persada antarabangsa. 

Jika ada  di kalangan anda mahupun anak-anak anda yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di YES Academy, bolehlah layari maklumat seperti di bawah:-
Contact No. | +603 – 2710 0180
Alamat
YES Academy Sdn Bhd
C-0-5, Block C,
Megan Avenue II,
Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Rabu, 19 Julai 2017

Peluang Berniaga Bersama LeYaPreneurs Team

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Untuk entry kali ni LeYa nak berkongsi peluang bagaimana nak mulakan berniaga bersama-sama LeYaPreneurs Team (LP Team).


Actually, memang lah tak dikenali sangat kumpulan ni. Tetapi jika LeYa berkata tentang STG pasti ramai yang sudah tahu. Jadinya, LeYaPereneurs Team adalah kesinambungan dari #ProjekSTG di mana LeYa sendiri mengumpulkan ahli-ahli di bawah LeYa untuk memantau dan berkongsi pendapat / masalah / suka duka dalam perniagaan di team kecil LeYa. Lebih mudah lah kan untuk LeYa pantau keahlian anda dalam perniagaan ni. 

First of all, apa sebenarnya yang kami lakukan dan jual? Okay!! Produk yang dijual ni sebenarnya sudah pun lebih dari 20 tahun. So, memang produk ni dah pun dikenali dan kita hanya BUAT SAHAJA untuk menjana pendapatan. Ada banyak produk yang boleh dipilih untuk dijualkan. Namun, bagi LeYaPreneurs Team, kami hanya akan memilih beberapa produk dahulu. Tujuannya adalah untuk memahirkan anda dalam selok-belok penjualan dan perniagaan. Dah master, barulah anda nak jual kesemua produk-produk yang ada. Hehehe...

KENAPA ANDA PERLU MENJADI AHLI KAMI ?
-        Modal yang sangat RENDAH
-        Produk laris / senang jual 
-        Kami bimbing anda untuk berjaya dalam private group khas untuk ahli

ANTARA NYA
cara untuk buat marketing
cara update status yang berkesan
cara atur status fb/instagram
cara edit gambar yang supaya gambar dapat sambutan
cara beriklan dengan teknik yang betul
cara melayan pelanggan
 Disediakan Seminar Facebook Genius (FBG) dan Minda Magnet Rezeki (MMR)


Berapa MODAL yang sangat rendah tu???

Hanya RM50 sahaja!!!

Anda sudah pun miliki Kedai Online.

Best kan!!!

   So, LeYa nak jemput anda semua untuk DAFTAR hari ini. WHatsApp LeYa untuk langkah seterusnya.

Tak tahu nak bisnes?? Tak tahu nak jual?? Tak tahu marketing??

LeYa akan bantu dari A-Z secara PERCUMA.
Anda yang akan menentukan kejayaan anda dengan usaha anda sendiri.
Kalau dah guide tapi anda tak buat, tak menjadi jugak kan!

Rasanya sesuai sangat lah ni kan untuk join. Bilamana duit poket dah kehabisan di waktu Hari Raya. 
Dah tiba masanya hari ini, kita isi semula penuh-penuh poket dengan jana duit yang banyak.

Jom!!!

WhatsApp / Telegram / SMS :-
LeYa
017-6321680

Isnin, 17 Julai 2017

7 Tips Percutian Bajet Bersama Keluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Yeah!!! Best nye kan bila dapat bercuti bersama keluarga! Memang saat yang ditunggu-tunggu terutama sekali anak-anak. Betul-betul tak sabar dan teruja kan untuk balik kampung jumpa datuk, nenek dan saudara mara. Ada juga yang ternanti-nanti untuk bercuti ke luar negara atau mengunjungi tempat-tempat menarik di dalam negeri.

Lebih menyeronokkan lagi apabila kita mempunyai keluarga yang besar. Masa inilah semua adik-beradik yang berjauhan akan berkumpul dan bercuti bersama.

So, bila bercakap tentang pergi bercuti, kebiasaannya memerlukan perbelanjaan yang agak banyak. Yang mana nak fikir tentang penginapan, kos makan semua ahli dan juga pengangkutan. Jadi, macam mana untuk dapatkan percutian bajet tetapi berbaloi dan seronok bersama keluarga?

7 TIPS RANCANG PERCUTIAN BAJET BERSAMA KELUARGA


1. Packing Makanan Siap-Siap

Sebelum memulakan sesuatu perjalanan, adalah disarankan untuk menyediakan / membawa makanan dari rumah. Ia boleh dimakan semasa dalam kenderaan atau berada di lokasi rehat dan rawat. Pasti tambah seronok kan bila satu keluarga berhenti di kawasan R&R secara beramai-ramai dan nikmati hidangan makanan bersama-sama. Jimat, Seronok dan Kenyang!


2. Rancang Waktu

Ini adalah yang sangat penting! Anda perlulah merancang trip anda sebelum bercuti agar tidak bertembung dengan jammed di jalan raya. Sekurang-kurangnya ia membantu dalam penjimatan minyak kenderaan anda. 

Jika anda menaiki kereta api atau kapal terbang, rancang waktu tiba agar anda tidak sampai lewat dan tidak perlu keluarkan duit extra untuk sampai ke destinasi.

Bila ada promosi, cepat-cepat lah grab untuk dapatkan harga tiket yang murah.


3. Tinggal di Homestay

Untuk menjimatkan lagi perbelanjaan percutian, anda disarankan untuk menginap di homestay. Ini kerana harganya jauh lebih murah berbanding di hotel. Kebiasaannya juga, homestay turut menyediakan dapur lengkap untuk anda memasak bersama keluarga dan ia dapat menjimatkan duit dari bayar makanan yang mahal. Dan, anda juga boleh menyediakan makanan sebelum keluar berjalan-jalan. Homestay bukan sahaja besar dan selesa, malah anda akan rasai seperti berada di rumah sendiri. 


4. Cari Aktiviti Yang Tidak Perlu Belanja Banyak

Pada setiap penginapan seperti hotel mahupun homestay, kadang-kadang ada disediakan beberapa aktiviti menarik dan secara percuma kepada pelanggan mereka terutamanya kanak-kanak. So, sebelum anda menempah, lebih baik cuba dapatkan info dahulu tentang segala aktiviti yang disediakan dan ditawarkan serta festival yang diraikan jika ada.

Lebih banyak aktiviti yang disediakan secara percuma, lebih banyak wang anda dapat jimatkan. Kalau tak ada sekalipun, anda sendiri boleh merancang aktiviti yang hendak dilakukan di pantai, kolam renang, tasik, taman mahupun di kampung halaman. Sebagai contoh, anda boleh jalankan aktiviti seperti berbasikal, lumba lari atau renang, main tarik tali, memasak bersama keluarga dan banyak lagi aktiviti menarik yang boleh difikirkan.


5. Kunjungi Restoran yang Sediakan Promosi

Terdapat banyak restoran yang sediakan set makan tengah hari yang lengkap dengan air. Jadi, anda dapat menjimatkan kos makan dari membeli secara bufet.

 

6. Gunakan Kelebihan Keahlian

Ada di antara hotel mahupun penerbangan akan memberi "point" kepada setiap ahlinya. Jadi, anda bolehlah menggunakan "point" tersebut untuk menebus tawaran menarik yang disediakan seperti diskaun harga penginapan atau pun tiket kapal terbang murah.


7. Cari Alternatif Yang Kurang Popular

Anda dinasihatkan untuk memilih waktu yang paling sesuai untuk bercuti terutama di waktu yang kurang sibuk. Contohnya, pada waktu pagi untuk keluar menempuni perjalanan yang lancar ke sesuatu tempat. 

Selain itu, di waktu kurang sibuk ini juga, anda boleh buat pemilihan harga hotel, tiket kapal terbang sebelum menempah. Hotel-hotel atau homestay akan jauh lebih murah di waktu kurang sibuk ini berbanding waktu cuti sekolah, cuti umum mahupun musim perayaan. Jadi, anda perlulah buat sedikit research sebelum pergi bercuti. 

Namun, harus juga diingat! Dalam pada merancang percutian bajet, janganlah juga terlalu berkira dengan anak-anak sehingga mereka tidak berasa gembira dan seronok ketika bercuti bersama. Fikirkanlah di waktu cuti inilah masa yang sesuai untuk anda dan anak-anak serta keluarga meluangkan masa bersama-sama. Kenangan dan memori bercuti bersama keluarga ini pasti tidak akan dapat dilupakan dan dapat di waktu lain.

Bercutilah mengikut bajet yang telah anda rancangkan dan sediakan! 
Bercuti ikut kemampuan bukan kehendak!


Sumber Rujukan: Sirap Limau




Sabtu, 15 Julai 2017

5 Perkara Awesome Yang Anda Perlu Tahu Bila Melawat Menara Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Percaya atau tidak, sebenarnya tidak banyak travel journey yang boleh menimbulkan suasana dan rasa kembara yang lebih memuaskan di Kuala Lumpur. Bandaraya Kuala Lumpur yang ramai di kalangan kita sudah tahu cukup sesak dan padat dengan pelbagai aneka ragam manusia. Di sebalik kesibukan penghuni Bandaraya Kuala Lumpur, masih boleh juga kita merasai suasana keseronokan dan kegembiraan travel. Tetapi, harus diingat perjalanan semasa berada di dalam kenderaan itu sendiri memang perlukan banyak kesabaran untuk sampai ke satu-satu destinasi. Untuk mengurangkan rasa bosan di dalam kenderaan itu sendiri, ada banyak tarikan sepanjang perjalanan yang akan memberikan kepuasan yang berbeza kepada setiap dari kita. 

So, jom kita ambil tahu sedikit betapa awesomenya bila mengembara ke Menara Kuala Lumpur ini:-

  • Menara Kuala Lumpur siap dibina pada 01 March 1995 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang terletak di Bukit Nanas. Menara ini mempunyai ketinggian 421 meter (1,381 kaki) dan menjadikan ia tempat ke-7 menara tertinggi di dunia. Pada bahagian atas menara ini, kita disediakan dengan sebuah revolving restaurant untuk memberi pengunjung menikmati hidangan makanan sambil melihat panorama Bandaraya Kuala Lumpur. 
  • Merentasi Bandaraya Kuala Lumpur untuk ke Menara Kuala Lumpur yang penuh kesibukan terasa jauh untuk mengembara ke situ. Namun, di sebalik kesibukan kota itu, dapat kita lihat betapa indahnya bangunan-bangunan pencakar langit yang tinggi melambai di udara dan juga tempat sejarah yang patut diingati seperti Dataran Merdeka, Taman Tasik Titiwangsa, Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, Kelab Diraja Selangor, Muzium dan banyak lagi. 
  • Menara Kuala Lumpur adalah menara telekomunikasi tertinggi dunia selepas Tokyo Skytree di Jepun, Menara Canton di China, Menara CN di Kanada, Menara Ostankino di Rusia, Menara Oriental Pearl di China dan Menara Milad di Iran. Ia dibina untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi dan kejelasan penyiaran. Menara Kuala Lumpur merupakan mercu tanda Kuala Lumpur. 
  • Menara Kuala Lumpur telah menjadi pit stop pertama untuk The Amazing Race Asia 1 sebagai penanda laluan pada hari terakhir perlumbaan.


  • Sebagai mercu tanda menara yang paling tinggi di dunia, Menara Kuala Lumpur bukan sahaja popular dalam kalangan warga Malaysia sahaja, malah juga dalam kalangan warga atau pelancong asing untuk mereka rasai sendiri pengalaman menakjubkan ketika berada di puncak Menara KL ini. Jarak perjalanan dari bawah ke atas mengambil masa 40minit untuk saksikan panorama indah Bandaraya Kuala Lumpur.


  • Selain dari naik ke menara tinjau di atas Menara KL, anda juga boleh lakukan aktiviti lain seperti masuk ke Upside Down Kuala Lumpur House, jalan-jalan di mini zoo yang disediakan dan membeli belah serta makan-makan di kedai yang ada di kawasan Menara KL. 




So apa macam? Awesome kan walaupun hanya travel di Bandaraya Kuala Lumpur sahaja. Memang wajib sangat-sangat ada dalam bucket-list anda untuk datang melawat sendiri mercu tanda Kuala Lumpur ni! Bayangkan menara setinggi 1,381 kaki ini, anda berjaya menyempurnakan perjalanan yang paling legend yang pernah anda panjat, di mana kenangan sepanjang menaiki lift ditemani dengan pemandangan indah itu tidak mungkin akan dapat dilupakan.