Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Restoran Emak Engku, Taman Cheras Indah |
Berbuka puasa bersama rakan-rakan blogger sudah menjadi lumrah buat para blogger untuk berkumpul bersama-sama. Di tahun 2017 ini, LeYa memanjatkan penuh rasa kesyukuran di atas rezeki yang tidak terhingga ini. Satu demi satu episod dan kisah aktiviti harian bersama blogger telah LeYa perolehi. Dan alhamdulilah, sudah pun merasai kehangatan duit tambahan melalui blog.
Jadi, di kesempatan ini, LeYa telah menghadiri satu Majlis Iftar Bersama Blogger 2017 di sebuah restoran masakan Thailand di Restoran Emak Engku, Taman Cheras Indah. Majlis Iftar Blogger 2017 ini telah dianjurkan oleh satu komuniti blogger yang aktif di Malaysia iaitu Hai Blogger!.
Apa yang boleh LeYa kongsikan sedikit mengenai Hai Blogger! ini adalah kami para blogger yang menulis pelbagai niche blog seperti perihal peribadi, kecantikan, kesihatan, pelancongan, gadget dan lain-lain menerusi platform blog dan juga media sosial. Dikatakan program berbuka puasa ini sudah 4 kali berturut-turut diadakan.
Pengasas Hai Blogger!, Halim Brothers |
LeYa mengenali Hai Blogger! di tahun 2015 di mana LeYa telah mengikuti satu program yang dianjurkan oleh pengasas Hai Blogger!, En. Halim Nadzeri atau lebih dikenali Halim Brothers dalam satu program rancangan TV di Angkasapuri RTM. Keaktifan Halim dalam dunia blogging membuatkan LeYa kembali semula ke dunia nyata untuk memperluaskan lagi bidang penulisan yang LeYa minati ini. Dan alhamdulillah sekali lagi, di tahun 2017 ini bersama Encik Suami, Otomen Taro, kami mengorak langkah seiring sejalan melebarkan sayap dalam dunia online.
IFTAR HAI BLOGGER! DI RESTORAN EMAK ENGKU
Pengasas Generasi Ke-3 Restoran Emak Engku |
Dengan kerjasama pihak Restoran Emak Engku yang dikatakan sangat terkenal dengan #siakappadu yang telah diviralkan oleh netizen-netizen di media sosial kerana kelazatan set menu Siakap Stim Limaunya, Majlis Iftar Bersama Blogger 2017 ini berlangsung dengan jayanya.
Selain itu, turut mengundang juga artis jemputan di bawah naungan Azlan Typewriter iaitu Ainz Mentor, Jojo, Zetty Rashid dan Aliff Rezza. Tidak setakat itu sahaja. Majlis ini diserikan lagi dengan aura dari orang-orang hebat dan jutawan perniagaan produk masing-masing serta influencer social media.
Tidak lengkap kiranya majlis ini tanpa jurukamera berpengalaman. Faridism Production, rakan sejawat fotografi dan video Hai Blogger! turut diundang untuk memeriahkan majlis. Faridism Production mempunyai puluhan photograher, videographer dan editor. Mereka sangat pakar dan berpengalaman dalam penghasilan video-video event, perkahwinan, commercial, filem pendek dan banyak lagi yang berkaitan dunia kreativiti.
Tidak dilupa juga kepada penaja-penaja Hai Blogger! yang lain yang telah memberi goodies bermakna kepada para blogger yang hadir. Antaranya ialah Cookies Most Wanted, Olicandy, VS Lip Glow dan Rakan Design Bigads.
#SiakapPadu, Hidangan Yang Dinanti- nanti
Siakap Stim Limau, #siakappadu |
Ramadhan kali ini, Restoran Emak Engku telah menyediakan Pakej Iftar Istimewa yang bermula dari RM65.50 untuk dimakan dalam 2-3 orang. Bagi LeYa, ia sangat berbaloi dan murah. Sudahlah murah, sedap pulak tu.. Memang rugi kalau siapa tak singgah ke sini. Bukan setakat itu sahaja, kemudahan surau untuk solat juga ada disediakan berdekatan dan tempat parking kereta juga mudah didapati.
Untuk menu berbuka puasa kami hari itu merupakan hidangan Set Super Saver yang menyajikan Siakap Stim Limau, Siakap 3 Rasa, Daging Masak Merah, Kailan Goreng Ikan Masin, Tomyam Campur, Nasi Putih dan Air Sirap Selasih. Tambahan menu kami pada malam itu adalah Kerabu Mangga dan Kerabu Perut.
Siakap 3 Rasa |
Kerabu Mangga |
Sayur Kailan Goreng Ikan Masin |
Tomyam Campur |
Daging Masak Merah |
Antara set hidangan kami berbuka puasa pada hari itu |
Set hidangan yang mudah dan ringkas serta sangat sedap lebih-lebih lagi #siakappadu yang digembar-gemburkan pihak netizen. Memang tak dinafikan lagi, Siakap Stim Limau itu sangat sedap. Sesuai dengan keaslian masakan Thailand.
Norman Danish atau lebih dekenali ND yang popular dengan #MisiViral, seorang influencer social media yang sangat berpengaruh membantu sesiapa sahaja untuk mempromosi produk perniagaan |
Tidak terhenti di sana sahaja. Selepas usai menunaikan solat fardhu Maghrib, kami berkumpul semula untuk sesi perkenalan antara orang-orang hebat dan influencer social media bersama para blogger sebagai rakan kongsi untuk medium mendekatkan lagi platform blog kami kepada umum.
Tambah meriah lagi, artis-artis jemputan yang hadir dipinta untuk menyumbang satu dua buah lagu bagi menghiburkan suasana tampak ceria. Antara yang telah sama-sama menyanyikan lagu adalah Zetty Rashid, Aliff Rezza dan juga Farez Adnan AF2014 yang juga merangkap DJ pada majlis malam itu.
LeYa bersama Zetty Rashid sebelum pulang |
Dengan berbesar hati LeYa ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Halim Brothers dan Hai Blogger! atas jemputan Iftar Bersama Blogger 2017 ini. LeYa sangat terhibur dan kualiti makanan di Restoran Emak Engku memang sangat sedap.
Geng Hai Blogger! yang hadir memeriahkan majlis |
Sekiranya anda ingin mencuba hidangan makanan di Restoran Emak Engku, berikut adalah maklumat lengkap restoran ini:-
Facebook | Restoran Emak Engku & Western Special
Alamat | No 15, Jalan Indah 26, Taman Cheras Indah, 56100 Kuala Lumpur
Waze | RESTORAN EMAK ENGKU
No HP | 017-2254215
menu sedap² tu semuanya
BalasPadam