Jumaat, 9 Jun 2017

Menu Kambing Golek dan Char Kuey Teow Terbaik di Aroma Cafe by Eden

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Terlalu banyak restoran-restoran dan hotel-hotel yang menyajikan serta mempromosikan hidangan makanan menjelang Ramadhan. Boleh dikatakan lebih dari 100 juadah dan kadang-kadang lebih lagi juadah disediakan sempena berbuka puasa. Hanya kualiti dari setiap penampilan yang disajikan dari setiap restoran mahupun hotel sahaja yang kita tidak tahu. 

Namun, tidak bagi sebuah cafe yang agak tersorok dari pandangan orang ramai ini. Cafe ini mampu menyajikan hidangan berbuka puasa yang lazat dan sungguh menyelerakan. Sepanjang eksplorasi LeYa dalam Buffet Ramadhan 2017 bersama rakan -rakan, inilah cafe yang terbaik pernah LeYa nikmati.

AROMA CAFÉ BY EDEN adalah cafe yang menyediakan perkhidmatan terbaik itu. Dari nama sahaja sudah menggambarkan aroma atau bau masakan yang enak-enak. Sebelum melangkah lebih jauh, jom LeYa ceritakan serba sedikit mengenai Cafe ini. AROMA CAFÉ BY EDEN ini diusahakan oleh EDEN CATERING, sebuah syarikat katerer yang cukup terkenal di Malaysia. Aroma Cafe menyediakan pelbagai menu dari masakan kampung, barat dan lain-lain. Lokasinya yang mungkin agak sukar untuk dicari memandangkan ia tersorok di sebalik sebuah bangunan. Aroma Cafe ini beroperasi di dalam bangunan PAUM CLUB HOUSE (Persatuan Alumni Universiti Malaya) yang terletak di Universiti Malaya Damansara Entrance. Untuk memudahkan pencarian, anda boleh gunakan navigasi GPS dengan carian PAUM CLUB HOUSE.





BUFFET RAMADHAN DI AROMA CAFÉ BY EDEN

Menariknya di sini, anda akan disajikan dengan pelbagai menu hidangan dari appetizer sehinggalah ke dessert. Cukup menyelerakan dan membangkitkan aroma untuk mencuba setiap dari hidangan yang disediakan. Konsep dekorasi yang santai bertemakan suasana kampung di mana terdapat beberapa gerai atau warung di bahagian luar bangunan. Manakala di dalam bangunan pula, terdapat dekorasi berbentuk sampan yang menampilkan elemen perkampungan Melayu lama.



Menu utama yang ada pada setiap tahun dan menjadi menu utama adalah Roasted Whole Lamb, Char Kuey Teow, Nasi Briyani Kuzi Kambing, Masak Lemak Perut & Nangka dan juga Mee Rebus. Dikatakan juga, menu untuk Main Dishes ditukar pada setiap minggu bagi memastikan pengunjung tidak bosan dengan pilihan menu yang sama. Bagi LeYa, inilah satu-satunya lokasi yang menyediakan hidangan Char Kuey Teow yang memang terbaik dari ladang. Chef yang memasaknya pun berasal dari Pulau Pinang. Memang tidak hairan lagi lah, kenapa Char Kuey Teow di sini benar-benar sedap. 











Tengok! Meriah kan. Pelbagai menu berbuka puasa anda boleh dapati di sini. Yang seronoknya, mereka ini tidak mengamalkan sikap membazir. Aroma Cafe tahu penyediaan yang cukup-cukup untuk bilangan pengunjungnya. Ini barulah mengikut ajaran Islam. Tidak berlebihan. 


Selain itu, seperti kebiasaan di mana-mana Buffet Ramadhan, desserts sebagai pencuci mulut setelah makan turut disediakan. Okay! That's LeYa part. LeYa memang suka aneka kuih muih, kek, buah-buahan, jelly dan banyak lagi yang ada di sini. Apa yang membuatkan LeYa tertarik dan suka untuk mencuba setiap desserts  yang ada? Bagi LeYa, desserts yang disediakan tidak terlalu manis, cukup untuk pengunjung menikmatinya dengan penuh aroma dan teksturnya juga padat pabila masuk ke liang rongga mulut. 





Usah risau bagi peminat nasi di bulan puasa ini. Aroma Cafe masih menyediakan hidangan nasi dan lauk-pauk. Lebih menggiurkan anda, pasti ingin mencuba Nasi Briyani Kuzi Kambing. Beras yang digunakan untuk menyediakan Briyani ini memang terbaik. Lauk Masak Lemak Perut & Nangka nya yang bagi LeYa, anak jati Nogori Sembilan ni memang sangat lazat.






Inilah dia Roasted Lamb yang menjadi igauan kepada pengunjung yang telah mencubanya. Isi dagingnya yang cukup masak membuatkan ia memang sangat sedap. Ditambah pula pelengkap daging kambing, sos black paper sebagai pencicah. Perggghhh... Superb!




Tidak ketinggalan juga aroma Char Kuey Teow dari Penang mari ini. Memang cukup sempurna dengan masakan yang digaul kesemua bahannya ke dalam kuali dengan api yang cukup selesa dan besar untuk sesuatu masakan Char Kuey Teow.



Sepanjang bulan Ramadhan yang pernuh keberkatan ini, LeYa ingin mengajak anda untuk merasai kehangatan dan kelazatan hidangan makanan di Aroma Cafe by Eden. Kawasan sekitar yang selamat untuk seisi keluarga lebih-lebih lagi yang punya anak kecil yang suka bermain di luar. Kemudahan parkir secara PERCUMA dan cukup luas. Kemudahan Solat Terawih dan tidak ketinggalan ada juga disediakan persembahan muzik tradisional


Harga Buffet Ramadhan di Aroma Cafe by Eden
  • RM89 seorang Dewasa
  • RM33 seorang kanak-kanak (berumur antara 5 - 11 tahun)
  • Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun adalah PERCUMA
  • Manakala bagi Ahli Kelab PAUM cuma RM69 sahaja!!



AROMA CAFÉ BY EDEN
PAUM CLUB HOUSE, JALAN SUSUR DAMANSARA, 59100 KUALA LUMPUR.

TELEFON: 

03-20931235
011-23025904
03-78038504

LAMAN WEB:


LAMAN INSTAGRAM: 


EMAIL: 

1 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com