Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Bulan Ramadhan ni bulan yang penuh semua orang ingin melakukan kerja amal termasuk la pihak Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur (SPHKL). Alhamdulillah pada tahun ni iaitu pada 30 Mei 2017, LeYa telah berkesempatan menghadiri satu Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Al-Firdausi di Seri Pacific Hotel.
Terima kasih diucapkan kepada staf Seri Pacific Hotel kerana sudi menjemput LeYa berbuka puasa bersama-sama.
Masin-masing sibuk memilih hidangan makanan untuk berbuka puasa |
Wahhh.,...warna warni gitu.. Menarik ni.. Sedap2...Hehehe... |
Antara gerai makanan yang terdapat di situ |
Orang ramai yang turut hadir untuk memeriahkan program berbuka puasa |
Program seperti ini merupakan satu tanggungjawab sosial dari pihak Seri Pacific Hotel kepada golongan yang sangat memerlukan. Ia juga mampu memupuk kesedaran atau sikap prihatin kepada masyarakat.
Anak-Anak Yatim dari Pertubuhan Kebajikan Al-Firdausi |
Anak-Anak Yatim dari Pertubuhan Kebajikan Al-Firdausi |
Bleeuuurrrkkkk!!! Kenyang bangat niihhh... Hehehe...
|
Pasukan band dari Indonesia yang mantap membuat persembahan |
Sumbangan Goodies dan Duit Raya kepada Anak-Anak Yatim Al-Firdausi |
Sebilangan wajah anak-anak yatim yang tidak berdosa. Semoga senyuman mereka terus mekar sehingga kini |
Acara kemuncak sebelum para tetamu dan anak-anak yatim Al-Firdausi pulang ke rumah masing-masing adalah penyerahan goodies dan duit raya dari En Mohamad Halim Merican selaku General Manager SPHKL kepada anak-anak yatim sebagai mengurangkan beban mereka untuk menyambut perayaan yang bakal tiba nanti. Selain itu, pihak pertubuhan kebajikan al-Firdausi juga diberi sumbangan berupa makanan sebagai mengurangi beban mereka menjaga dan mendidik anak-anak yatim ini.
Wah! Seronok betul anak-anak ini menerima sumbangan duit raya. Masyukk la dik... Hakak LeYa ni pun kekeringan je duit bila tiba hujung bulan. Ekekeke...
LeYa ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur yang telah meraikan program berbuka puasa bersama anak-anak yatim dengan sajian hidangan makanan yang sangat lazat. Semoga program-program seperti ini berterusan dan terus memberi mandaat kepada semua masyarakat. Ia akan menjadi sempurna dan bahagia bilamana kita boleh berkongsi bersama.
HARGA BUFFET RAMADHAN
Pacific Ballroom (27 Mei - 22 Jun 2017)
RM98.00 bersih seorang dewasa
RM49.00 bersih seorang kanak-kanak
Zende Restaurant (29 Mei - 24 Jun 2017)
RM138.00 bersih seorang dewasa
RM69.00 bersih seorang kanak-kanak
Pakej Rumah Terbuka Aidilfitri
dari RM95.00 bersih seorang
Tempahan Awal Buffet Ramadhan
RM78.00 bersih seorang
Bersebelahan dengan PWTC dan berhadapan dengan Sunway Putra Mall.
MAKLUMAT LANJUT
Alamat: Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur
Website: www.seripacifichotel.com
Facebook: www.facebook.com/seripacifichotel
Tempahan: (Tel) 03-40426555 / (Email) sales@seripacific.com / fbresv@seripacific.com
KOMEN
Dari segi menu yang pelbagai dan beraneka jenis, ia memang sangat sedap dan lazat menepati citarasa LeYa yang memang sukakan makanan. Hehehe... Dari segi dekorasi untuk menyambut Ramadhan kali ini sungguh mempesonakan. Tema suasana kekampungan yang menampilkan "Halaman Haji Saad" sebagai tema Ramadhan 2017 kali ini.
0 beri komen di sini:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com