Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sunfert merupakan sebuah pusat perubatan kesuburan di mana ia ditubuhkan bertujuan membantu para suami dan isteri yang mengalami masalah untuk mendapatkan zuriat.
Di sini, mereka akan menjalani rawatan kesuburan sambil dipantau oleh beberapa doktor pakar dari proses penilaian hinggalah kelahiran. Ia juga merupakan pusat kesuburan yang mempunyai lebih 300 katil dan lebih 100 pakar dalam bidang yang berlainan. Bukan itu sahaja, Sunfert turut menawarkan khidmat rundingan MinBody Fertility yang mana menggunakan teknik kuasa minda untuk mempertingkatkan peluang mengandung.
Menyedari hakikiat itu, LeYa berkesempatan untuk menimba ilmu di salah sebuah Pusat Perubatan Sunfert yang terletak di Sunfert Bangsar South, Kuala Lumpur.
Merancangkah? Tidak risau usia semakin meningkat? Itulah beberapa soalan yang kerap juga LeYa diajukan yang sehingga kini masih belum berbadan dua selepas 3 tahun berumah tangga.
Pasangan berkahwin mana yang tidak inginkan cahaya mata sendiri kan? Walaupun mungkin ada di antara pasangan suami isteri yang merancang keluarga pada awal perkahwinan, namun persiapan kepada menambah bilangan ahli keluarga pasti tetap ada.
Acap kali soalan diajukan, LeYa jadi alah bisa tegal biasa. Hanya mampu tersenyum dan berkata belum ada rezeki. Anak tu kan anugerah Allah. Ada lah sebab dan musabab kenapa LeYa dan suami, Otomen Taro masih belum dikurniakan anak.
Sebelum melangkah persoalan lebih jauh bersama Doktor Pakar yang diundang, LeYa dan beberapa rakan blogger dibawa mengembara kawasan Pusat Perubatan Sunfert dan meneliti bagaimana Kaedah IVF dilaksanakan oleh pakar-pakar perubatan.
Ruang bilik yang sangat selesa untuk pasangan suami isteri mendapatkan rawatan face-to-face dari Doktor Pakar |
Setiap rekaan bangunan ada maksud tersirat. Corak di siling di atas menunjukkan kesuburan ovum manusia |
Lokasi di mana kita dapat lihat sama ada sperm sihat atau tidak. Dikatakan jika sperm itu bergerak dalam keadaan mem'bulat', itu menunjukkan sperm tidak sihat. |
Adeh!!! Asyik benar LeYa melihat realiti bagaimana dan rupa bentuk sperm |
Selesai pengembaraan bersama Tour Guide dan rakan-rakan blogger, kami dijamu sedikit menu minum petang sebelum bersama Doktor Pakar, Dr. Eeson Sinthamoney.
Menu sihat yang LeYanikmati pada petang itu. |
Dr Eeson Sinthamoney, Pakar Kesuburan Sunfert International Fertility Centre |
Doktor pakar kesuburan Sunfert International Fertility Centre, Dr Eeson Sinthamoney berpendapat bahawa faktor tekanan dan masalah kesihatan lazimnya menjadi punca utama kepada kegagalan hamil pada tahun pertama perkahwinan.
Tambahnya lagi, masyarakat kita dengan mudah menuduh pasangan yang belum dikurniakan zuriat dengan gelaran mandul, tidak bermaya, tidak berkuasa dan sebagainya. Hakikat ini menjurus kepada masalah seperti kemurungan, pengasingan diri, kebimbangan, kesedihan dan banyak lagi.
Bagaimanapun, dengan kepesatan dunia hari ini, ramai di kalangan wanita belum hamil dikenalpasti mengalami tekanan, sama ada mereka sedar atau tidak. Masalah kesihatan juga memainkan peranan utama. Genetik juga turut mempengaruhi walaupun peratusannya agak kecil.
Tambah Dr Eeson lagi, beliau sangat risau jika pasangan mengamalkan perancangan keluarga. Ia digalakkan kepada pasangan yang sudah mempunyai beberapa anak tetapi tidak disyorkan bagi pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata.
"Ia sebenarnya terpulang kepada pasangan terbabit tetapi dari tahap kesihatan dan kesuburan wanita terbabit, sebaik-baiknya berusaha dapatkan cahaya mata sebelum usia 35 tahun".
Jangan Hanya Salahkan Wanita
Dalam soal ini, ramai di kalangan kita menyalahkan wanita. Walhal masalah kesuburan juga berpunca dari lelaki.
Kajian global menunjukkan purata bilangan sperma dari 1930 hingga 1990 berkurangan hampir separuh. Satu pertiga kes ketidaksuburan membabitkan masalah kesuburan lelaki. Jadi tidak adil apabila hanya wanita yang menjadi tumpuan.
"Biasanya masalah sperma tidak berkualiti ini disebabkan racun atau sumber kimia yang terdapat dalam air di samping faktor kesihatan seperti hipertensi, penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan obesiti," jelasnya.
Kaedah persenyawaan invitro (IVF) adalah jawapan bagi golongan ini dengan mencatatkan kejayaan hamil antara 60 ke 70 peratus.
Bagi anda yang ingin mendapatkan khidmat nasihat atau membuat ujian kesuburan di Sunfert International Fertility Centre, boleh pergi ke beberapa lokasi berdekatan tempat tinggal anda di:-
Sunfert Bangsar South
Unit 2-2, Level 2
Nexus Bangsar South
No 7, Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur.
Nexus Bangsar South
No 7, Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur.
Sunfert Ipoh
No 2-35 & 2-36,
Festival Walk @ Ipoh
Jalan Medan Ipoh 1
Medan Ipoh Bestari
31400 Ipoh Perak
Festival Walk @ Ipoh
Jalan Medan Ipoh 1
Medan Ipoh Bestari
31400 Ipoh Perak
Sunfert Seremban
525, Jalan haruan 4/6
Oakland Commercial Centre
70300 Seremban
Negeri Sembilan
0 beri komen di sini:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com