Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Pertemuan yang tidak disangka pada petang itu. LeYa sendiri tidak terduga hari itu LeYa bakal bertemu dengan golongan-golongan atasan yang LeYa rasa sangat hebat untuk berdamping dengan mereka. Tatkala itu, LeYa rasa terpencil jauh di lubuk orang-orang kebanyakan. Namun, tidak bagi mereka. LeYa diberi layanan sama dan setimpal dengan layanan istimewa orang-orang hebat yang hadir.
Barisan orang-orang hebat yang LeYa kagumi |
Syukur Ya Allah! Dipertemukan dengan mereka-mereka yang hebat ini. Dari mereka jugalah LeYa belajar ilmu-ilmu blogging dan cara menjana pendapatan melalui blog. Antara yang turut hadir ialah Tuan Haji Amir Denaihati, Tuan Haji Hadihaizil Din, Tuan Hisyamuddin Fadzil, Tuan Shahar selaku Pengerusi Kelab Tasik Putrajaya dan ramai lagi. Hari itu bersamaan 23 Mei 2017, kami telah mengadakan satu sesi perbincangan antara blogger dan pihak Kelab Tasik Putrajaya mengenai program yang ingin dilaksanakan di situ. Selain daripada itu, LeYa juga dapat memanfaatkan masa yang ada dengan pertanyaan isu-isu blogging, bagaimana untuk menjadi blogger terbaik dan hebat serta disukai ramai. Macam-macam tips yang LeYa dapat.
Rakan blogger, Hazirah yang turut hadir memeriahkan majlis |
Siapa tak kenal Mr Otomen Taro a.k.a. En Hubby LeYa ni kan.. Hehehe... |
Ilmu perlu dituntut untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Semoga dengan perkongsian dari perbincangan yang LeYa dapat petang itu disemadikan dengan sebaiknya untuk digunapakai menjadi insan yang cemerlang dalam dunia blogging. LeYa menulis lahir dari hati suci nurani yang ikhlas. Tiada sekelumit sang semut pun untuk LeYa buat onar dalam penulisan mahupun rakan-rakan blogger yang sudah mengenali diri ini.
Jadi.... Jom LeYa kongsikan sedikit perkongsian sejak bila dan kenapa LeYa suka berblog?
Tahun bilakah anda start berblog?
Sejak melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan mengenali dunia blog, LeYa pun mula terjebak dengan pada mulanya hanya memerhati mereka-mereka yang sudah berblog. Dan, kemudian pada tanggal 25 Oktober 2008, terbitlah satu entry pertama melalui penulisan blog LeYa sendiri. (Liht Artikel Pertama Di Sini >> Hati Seorang Sahabat)
Siapa yang merangsang LeYa untuk berblog?
Tiada sesiapa. LeYa sendiri yang menceburkan diri dalam dunia blogging.
Kenapa LeYa suka berblog?
Pertama, LeYa memang minat menulis dari dulu lagi. Jadi, tidak salah kiranya LeYa berblog demi minat LeYa. Dan kedua pula, LeYa suka berblog sebab dapat menjana pendapatan tambahan.
Sejak dari kecil lagi, LeYa memang minat membaca. Ibu dan Ayah memang memberi galakan kepada LeYa dengan membeli banyak buku-buku cerita buat LeYa. Sehingga ke hari ini, sudah beribu naskhak LeYa ada di rumah termasuklah keratan akhbar yang LeYa buat menjadi buku, majalah-majalah, novel-novel, cerpen dan koleksi sajak/puisi.
Saat itu, LeYa mula terfikir untuk cuba menulis sebuah cerpen dan mengarang beberapa sajak. Dan, kemudian tercetuslah diari online LeYa di blog ini. Sedikit demi sedikit LeYa belajar berblog dan hingga ke hari ini, LeYa dah mula belajar menjana pendapatan melalui blog.
Antara koleksi sajak dan cerpen yang LeYa buat dalam blog ni:-
Cerpen
Sajak
Dan banyak lagi yang LeYa simpan dalam simpanan hardcopy LeYa.
Setakat hari ini perkongsian bermanfaat dari LeYa. Semoga hubungan LeYa dan para pembaca terus kekal bersama di dunia maya ini. LeYa ucapkan berbanyak terima kasih kepad anda semua yang telah membaca Blog LeYa walaupun sekadar silent reader. Dan kepada pengomen tegar, lagi-lagi LeYa bersyukur sebab dapat korang yang hebat kerana baca dan rajin komen.