Khamis, 13 April 2017

SHOPPINKBOXCEREAL Emergency Beauty Kit Pertama di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Wanita dan cantik itu lumrah biasa. Kecantikan yang ada pada wanita adalah milik setiap insan itu sendiri. Untuk menambahkan lagi kecantikan yang ada pada diri, seseorang wanita pasti akan mencari pelbagai alat makeup untuk menambahkan lagi keayuan dan kejelitaan diri bagi memberi keyakinan diri lebih baik dan lebih menyerlah bila berhadapan dengan orang ramai.

Sangat-sangat banyak kini produk-produk di luar sana membanjiri dunia pasaran serba moden ini. Namun persoalannya, adakah kita sudah cukup ilmu pengetahuan dalam memilih the best product untuk kulit kita? Seringkali juga kita terdengar isu produk kecantikan yang menyebabkan kulit setiap pengguna memberi kesan yang buruk. 

Kini anda tidak perlu lagi risau kerana SHOPPINKBOXCEREAL akan membantu anda dalam penjagaan kulit wajah.

Tapi sebelum tu, Apa itu SHOPPINKBOXCEREAL?

Pengasas Pink Box Cereal, Puan Shafiqah Shafie
Puan Shafiqah Shafie bersama suami, En Iylia Fahmi
Shoppinkboxcereal ini diasaskan sekitar bulan Ogos 2016 oleh  Malaysian Beauty Influencer, Puan Shafiqah Shafie. Pada awalnya, beliau hanya sekadar berkongsi mengenai produk yang digunakan melalui akaun Instagram dan juga di Youtube beliau. Kemudian, memandangkan ramai follower yang seringkali bertanyakan cara bagaimana beliau menjaga kulit serta produk yang sering digunakan, maka tercetuslah satu evolusi dalam diri beliau untuk cuba membawa kedepan produk beauty and skincare yang beliau gunakan selama ini. 

Produk yang dijual kepada pengguna adalah specially chosen and worn by Shafiqah Shafie herself. Sebelum produk dijual, Shafiqah sendiri akan menggunakannya dahulu samada ia berkesan ataupun tidak. Penjualan sebanyak 100 emergency beauty kit pada setiap minggu telah memberikan nafas baru kepada Shafiqah untuk terus berkembang dengan baik tanpa menoleh ke belakang lagi.

Pada 01 April 2017 bertempat di Disenar Space, Taman Sri Rampai, satu LAMAN WEB RASMI SHOPPINKBOXCEREAL telah dirasmikan dan ia merupakan Malaysian skincare and cosmetics e-commerce company that produces the first #emergencybeautykit in Asia!!

Puan Shafiqah Shafie, pengasas Pink Box Cereal
Encik Iylia Fahmi


Turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti manicure













SHOPPINKBOXCEREAL ini adalah jenama pertama di Malaysia yang menghasilkan EMERGENCY BEAUTY KIT di mana setiap pelanggan boleh memesan pelbagai produk kecantikan dari local and international brand yang disertakan sekali dalam box #emergencybeautkit

EMERGENCY BEAUTY KIT ni kira macam penyelamat kulit anda lah ye. Anda letak sahaja produk kecantikan dalam kit ini dan boleh bawa ke mana-mana sahaja. Mudah dan Ringkas kan! 

SHOPPINKBOXCEREAL telah mengorak langkah lebih jauh lagi dengan memberi dimensi baru dalam perniagaan kosmetik dan skincare di Malaysia. Jenama yang dimiliki Puan Shafiqah Shafie bersama suami beliau, Encik Iylia Fahmi kini semakin mendapat tempat di mata peminat.

Antara jenama yang terdapat di SHOPPINKBOXCEREAL ialah:-
  • TRUE ISLAND
  • ARGANIA
  • OHMOSTWANTED
  • HOPE GIRL
  • DOTTSY
  • COCOMESS
  • HERMOSA BY BELINDA
  • ALYSA
  • SHEE BEAUTE
  • NADRE
  • CELEBRITY SERUM
  • LANNA COSMETICS
  • TOUCHMINERALS (ULU KLANG)
  • PINKBOXCEREAL BEAUTY

 
 

 
 
 

Selain itu, Puan Shafiqah juga ada menjalankan kelas kecantikan kepada yang berminat untuk mempelajari tentang beauty and skincare products. Sejak mendapat pengiktirafan sebagai Beauty Guru atau Guru Kecantikan, bilangan pelajarnya semakin hari semakin ramai dan sudah pun mencecah sehingga 600 orang. WoW!! Satu angka yang baik buat Puan Shafiqah untuk terus berkembang. Anda yang berada di luar sana tidak perlu risau lagi jika takut untuk memilih produk kecantikan. Puan Shafiqah akan mendidik anda bagaimana untuk memilih produk beauty dan skincare yang terbaik untuk kulit wajah anda.

 
 

Jadi buat para pembaca blog setia LeYa yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai SHOPPINKBOXCEREAl ini, bolehlah layari seperti yang tertera di bawah:-

LAMAN WEB RASMI: 


FACEBOOK RASMI: 


10 ulasan:

  1. cute je nama dia. Tempting iols nak bukak website dia tau. Selamat petang yang!

    BalasPadam
  2. Bila baca tadi terus lapar hahaha sebab mata tertumpu pada cereal tue kan. Bila da abis baca baru tau untuk kecantikan rupenye. Bagus ek shopping box cereal ni mudahkan wanita di luar sana maintain cantik berada dimana2 je kan 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul3x... Memudahkan semua golongan wanita utk kekal cantik dan sihat

      Padam
  3. Lovely box with pink color. Been following PinkBoxCereal dekat Youtube quite some time. Suka tengok videonya.

    BalasPadam
  4. makin meletuplah kak Ilya lepas ni hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak!!😁😁😁 Tapi tak boleh lawan cik manis neeza kite ni.. Hehe..

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com