Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah... dapat juga LeYa meluangkan masa di blog kesayangan milik LeYa hari ni. Betapa cemburunya masa kat LeYa sehingga tak bagi untuk LeYa menatap dan menulis cerita di blog ini. Hehehe...
Shopping sakan di Next Ladies
Pada Sabtu yang lalu, 08 April 2017, LeYa ada pergi ke Klang Parade untuk menyaksikan K-Song Karaoke Competition untuk menyokong padu rakan blogger, Reef yang telah layak hingga ke peringkat akhir. Gigih betul kan nak pergi sokong rakan blogger. Dari jauh datang untuk memberi semangat dan dorongan terhadap beliau.
Ni lah first time LeYa ke Klang Parade. Sesampai sahaja di Klang Parade, baru LeYa sedar yang pertandingan karaoke bermula pada jam 2.00petang. Dah sampai tuh tak kan lah nak balik rumah yang jauh nun di Puchong tu kan. Jadinya, LeYa pun mengambil lah kesempatan yang ada ni jalan-jalan pusing kawasan Klang Parade.
Dan LeYa pun tersuka tanpa sengaja di Butik Next Ladies yang berada di Tingkat 1. LeYa pun masuk dan cuci mata di situ. OMG!!! Bukan setakat cuci mata je, LeYa dah tersuka tanpa sengaja untuk shopping di situ. Hehehe... Pilih punya pilih, tak sedar dah habis RM400 membeli pakaian-pakaian di Next Ladies. En Otomen bertabah je sebab faham keinginan seorang wanita bila dapat bershopping.
Makan Tengah Hari di Next Food Junction
Selesai bershopping, tiba-tiba baru perasan perut dah berdendang lagu "Warkah Untukmu" nyanyian Ara AF. Tahulah LeYa ia minta diisi. LeYa pun mengajak Encik Otomen pergi mencari tempat makan yang sedap. Kami pun singgah makan di Next Food Junction yang berada di Tingkat 5.
WoW!!! Banyaknya pilihan makanan di situ. Rambang mata nak pilih. Akhirnya, LeYa dan Otomen ke Kiosk Claypot untuk merasai makanan di situ. LeYa telah memesan hidangan makanan "Kung Po Beef Rice" yang berharga RM8.90, manakala Otomen pula memesan "Claypopt Chicken Rice" yang berharga RM8.90 juga. Kemudian, LeYa ternampak sesuatu yang membuatkan LeYa teruja untuk memesannya. Jeng3x... Dan LeYa pun memesan "Cheesy Beef Nanchos" di Kiosk Western yang terletak bersebelahan dengan Kiosk Claypot.
Usai makan, LeYa dan Otomen bergegas dahulu menunaikan solat fardhu Zuhor sebelum ke acara yang dinantikan tiba.
#1Min2Fame K-Song Karaoke Competition Yang Sungguh Mengujakan
Saat yang ditunggu-tunggu pun telah tiba. Aktiviti kemuncak yang LeYa tunggu sedari pagi. Pertandingan #1Min2Fame K-Song Karaoke peringkat akhir yang diadakan secara langsung di Klang Parade. Lebih mengujakan kepada yang hadir adalah penampilan istimewa Dina Nadzir sebagai juri bagi acara tersebut. Siapa yang tak kenal kan dengan Dina Nadzir?? Penyampai ERA.fm yang hot dan sungguh ceria sekali di petang-petang hari melayan semua pendengar radio yang keletihan pulang dari tempat kerja. Disusuli juga penampilan Riz Zaizizi dan Rafiq sebagai juri kedua dan ketiga.
Barisan-barisan juri yang sangat mantap dan berkaliber dalam menentukan juara pertandingan K-Song Karaoke.
Seramai 13 orang peserta finalis K-Song Karaoke akan berentap merebut juara. Memang hangat dan hebat-hebat para peserta finalis kita menunjukkan bakat. Tidak kurang juga hebatnya rakan blogger kami, Shariffudin Azhar bin Omar atau lebih dikenali dengan Reef dalam memberikan hiburan yang terbaik kepada para juri dan penonton.
Bersemangat semua peserta membuat persembahan bagi merebut juara #1Min2Fame K-Song Karaoke Competition untuk Tahun 2017 ini. Lihat sahaja gambar di atas ini. Itulah Reef, rakan blogger kami. Beliau telah mendendangkan sebuah lagu dari Rahim Maarof yang bertajuk "Gersang". Nyanyian beliau sungguh membuatkan kami terperanjat. Sebab tak pernah dengar pun sebelum ni beliau menyanyi. Tak sangka best jugak!!
Tibalah kemuncak aktiviti untuk mengetahui siapa dikalangan mereka yang telah berjaya. Sebelum itu, alang-alang dah singgah di Klang Parade tu, Dina Nadzir juga turut membuat persembahan kepada semua yang menonton program tersebut. Dah nama pun selebriti dan pernah ada lagu sebelum bertukar menjadi penyampai radio, nyanyian Dina Nadzir juga mempesonakan.
Setiap pertandingan pasti ada yang kalah dan menang. Bagi yang kalah itu anda sebenarnya tidak kalah bagi kami. Sebab satu langkah anda ke peringkat akhir ini sudah dikira pemenang buat anda. Mungkin bukan rezeki korang kan untuk memenangi tempat terbaik di pertandingan #1Min2Fame K-Song Karaoke untuk tahun ini. Tahun depan boleh cuba lagi. Manalah tahu kan boleh jadi juara.
Dan inilah pemenang-pemenang yang kita nanti-nantikan.
Pemenang 1 Min 2 Fame Karaoke Competition
#NextLadiesMY #NextFoodJunction #KlangParade #KSongKTV #nextladiesklangparade #klangparade
jumpa kak Ilya for first time hehe
BalasPadamWah, sakan shoping ye 😉
BalasPadamHehe... Shopping jgn x shopping
Padam