Jumaat, 28 April 2017

Tudung Si Comel Cantik dan Anggun di Lebaran Ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

WoW!!! Memang comel dan cantik sangat koleksi tudung shopkins untuk kanak-kanak ni. Dah tak perlu risau lagi untuk mendidik anak-anak perempuan kita bertudung seawal usia kecilnya. 

Tudung Shopkins adalah tudung kanak-kanak istimewa dari jenama The Els yang dijahit menggunakan fabrik boleh regang dan lembut dihias dengan aksesori reben pada tudungnya. Ia didatangkan dengan warna "Cupcake Queen" yang mampu membuatkan Si Comel tampak lebih comel.

Koleksi Tudung Shopkins Comel dan Anggun Pesona Lesaza Boutique


Memang LeYa tak nafikan fesyen yang dipakai oleh model kanak-kanak comel memang tak berkelip mata memandang. Namun, fesyen tudung bukan hanya pada kanak-kanak comel dan cantik dari segi fizikal dan luaran sahaja, tetapi ia merangkumi untuk si cilik yang cantik dalaman. Ia adalah fesyen muslimah. Sedari usia kecil, kita perlu titipkan fesyen muslimah kepada anak-anak untuk kelihatan cantik luar dan dalaman seiring dengan personaliti muslimah itu sendiri.






Paparan jelas boleh klik pada gambar atau terus ke laman facebook Lesaza Boutique

Masya Allah cantik-cantik dan harganya murah pulak tu. Rambang mata nak memilihnya. Memang itulah luahan dari setiap pelanggan yang berkunjung ke Laman Butik secara online ini.

Lebih tampak bergaya lagi, aksesori yang ada pada tudung dijahit terus agar ia tidak tercabut dek kelasakan anak-anak kita bermain riang gelak tawa bersama rakan sebaya. Tudung Shopkins juga direka khas buat kanak-kanak untuk MUDAH dipakai, LEMBUT dan pastinya SELESA. LeYa sendiri geram dan teruja untuk membelikan sepasang kepada anak buah LeYa.


Anda boleh kunjungi laman facebook Lesaza Boutique, yang ada menyediakan koleksi tudung si comel ini secara ekslusif dan menepati citarasa sebagai seorang muslimah cilik. Anda akan dapat nikmati dan terkesima dengan koleksi-koleksi lain yang disediakan di Lesaza Boutique. 

Bagaimana Cara Nak Order ??? Jom kunjungi segera ke Laman Facebook di bawah :

WhatsApp/Telegram/SMS : 017-6321680 (LeYa) 

Khamis, 27 April 2017

Rambut Kekal Bergaya Sepanjang Hari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Siapa kata lelaki tidak mementingkan gaya dan penampilan mereka? Zaman kini samada wanita mahupun lelaki amat menitikberatkan penampilan agar kelihatan lebih kemas dan bergaya apabila berhadapan dengan semua orang. 

Selain daripada pemilihan pakaian, gaya rambut menjadi keutamaan mereka untuk kekal bergaya sepanjang hari. Minyak rambut, gel atau wax menjadi produk pilihan ramai lelaki untuk kekal bergaya.
 
Penggayaan rambut setiap lelaki menampilkan imej kemas dan membuatkan ramai wanita lebih senang untuk berkomunikasi dengan mereka berbanding dengan lelaki yang agak tidak kemas. 
 
Memahami untuk mengatasi masalah ini, POMADE memperkenalkan rangkaian gel rambut yang sangat sesuai untuk kegunaan semua jenis rambut. POMADE menampilkan gaya penampilan kepada semua lelaki untuk kelihatan lebih kacak dan bergaya dengan rambut yang disikat rapi dan kelihatan lurus walaupun rambut anda ikal ataupun kerinting. POMADE ini boleh didapati dari pengedar Pomade PittStop yang terbukti Best Seller, Trusted Seller dan juga memiliki kuantiti stok yang banyak untuk anda memilikinya.
 
Magnum Pomade
 
Magnum Pomade, produk terlajak laris yang sering digunakan oleh semua lelaki. Gel rambut yang ringkas yang berupaya menjadikan rambut kerinting atau ikal menjadi lurus serta merta selepas memakainya. Selain itu, baunya yang lembut dan wangi mampu membuatkan wanita-wanita di luar sana cair. Hehehe... Rambut juga akan sentiasa kelihatan lembap dan bersinar dari PAGI sehingga MALAM

Kelebihan lain yang ada pada Magnum Pomade adalah ia Strong Hold, High Shine, Scent Ocean Fresh, Berat hanya 150gram / 5.0 oZdihasilkan oleh Jepun serta waterbase atau senang dicuci. Ia juga SAH DIBAWA SOLAT bagi golongan lelaki beragama Islam. Harga bagi setiap Magnum Pomade ini hanyalah RM40.00. Sudah cukup murah untuk anda memilikinya sekarang!!

Leman Pomade 

Pomade yang terawal berada dalam pasaran Malaysia. Ia sebaris dengan Skull Republic, Hipster Pomade dan Splendour Pomade. Terbaharu ia menampilkan dengan wajah baru dan kuantiti yang lebih banyak buat semua. Terdapat juga dua bauan yang lebih menarik.  
Apa yang menariknya dengan Leman Pomade ni?
Leman Pomade kembali dengan hold dan shine yang lebih padu. Memiliki seberat 150gram / 5.3 oZ. Dua bau yang menarik minat lelaki diluar sana adalah Fummy Boy dan juga Happy Man. Anda yang meminati Leman Pomade ini boleh mendapatkannya dengan harga RM35 sahaja.


Royal dan VVIP Pomade

Royal Pomade mengeluarkan bau baru iaitu Polo Perfume yang lebih maskulin. Manakala VVIP Pomade mengekalkan bau grape tetapi hanya berbeza perfume yang dicampurnya. Kedua pomade ini memberikan hold yang lebih padu dan dahsyat. Pasti rugi jika tidak mencubanya!!! 
Apa kata mereka yang sudah menggunakan Pomade PittStop ini?



Mereka yang telah menggunakan Pomade yang dibeli dari Pomade PittStop ini memberikan hasil yang sangat memuaskan dan gembira dengan layanan yang diberikan dari pihak Pomade PittStop. Ramai di kalangan pembeli Pomade PittStop sentiasa repeat order dan memberitahu kepada rakan-rakan lain untuk turut membelidi pengedar Pomade PittStop.

Antara produk Pomade lain yang boleh didapati di Pomade PittStop adalah seperti:-
 







Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi seperti yang tertera di bawah:

WhatsApp / SMS / Call: 018-296 8114 (Pitt Idris)

Khamis, 20 April 2017

Gifted - Movie Review

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Kali ini LeYa ingin mengulas mengenai American drama filem tentang seorang kanak-kanak perempuan, Mary Adler berusia 7 tahun mempunyai intellectual gifted yang berdepan dengan konflik hak penjagaan di antara pakciknya, Frank Adler dengan neneknya, Evelyn Adler. Filem ini mendapat tontonan hebat dari setiap penontonnya. 


Sinopsis Filem Gifted

Mengisahkan tentang Frank Adler (Chris Evans), seorang lelaki yang tinggal di sebuah desa di Florida. Setelah kakaknya meninggal dunia, Frank membesarkan anak buahnya, Mary Adler (Mckenna Grace). Mary kemudiannya sudah berusia 7 tahun dan dia dikatakakan genius dan memiliki intellectual gifted dalam menyelesaikan masalah matematik yang tidak mungkin dapat diselesaikan oleh kanak-kanak seusianya. Frank berpendapat untuk memberi pendidikan Mary hanya di sekolah biasa dan bergaul dengan kanak-kanak biasa yang lain. Malangnya, ibunya, Evelyn Adler (Lindsay Duncan) telah mengetahuinya dan menyangkal pendapat itu serta cuba mengeksploitasi anaknya itu dengan pelbagai alasan dan cubaan. Oleh kerana spekulasi alasan yang jahat dari ibunya itu, Frank berusaha keras untuk mendapatkan penjagaan Mary. Terdapat pertelingkahan berlaku dalam merebut hak penjagaan Mary. Siapakah yang menang dalam hak penjagaan itu?

Filem Gifted merupakan sebuah film drama yang ditulis oleh Tom Flynn dan pengarahnya pula oleh Marc Webb serta dilakonkan oleh pelakon hebat, Chris Evans, Mckenna Grace, Lindsay Duncan, Jenny Slate dan Octavia Spencer.


LeYa Review

LeYa memang suka tonton filem gifted ni. Jalan cerita yang menarik dengan adegan permulaannya sudah terus ke isu Mary. Mary telah dibesarkan oleh pakciknya, Frank dalam suasana sederhana tetapi cukup segalanya. Dia seronok berkawan dengan jiran sebelah rumahnya, Roberta Taylor (Octavia Spencer) dan kucing kesayangannya, Fred dek kerana dia bosan dan tidak serasi untuk berkawan dengan rakan yang berumur seusianya. Mary yang sangat berbakat kerana ibunya sendiri, Diane Adler adalah seorang ahli matematik terkenal. Bila kemunculan Evelyn Adler, barulah LeYa terasa ada klimaks di penceritaan ini di mana Frank dan Evelyn bertelingkah untuk merebut hak penjagaan Mary. 

Keseluruhannya, Gifted adalah sebuah filem yang baik untuk ditonton. Lakonan Chris Evans memang mantap dan lebih hebat berbanding cerita dari Captain America. Anda akan dapat rasai satu kelainan dalam tontonan film Gifted ini di pawagam.


Berapa bintang ?

Dengan ini, LeYa nak bagi
4.5 / 5
BINTANG 

Poster Gifted: Gifted 2017 Download | Sinopsis Gifted: Gifted 2017 Synopsis | Poster Gifted : Gifted 2017 Review | Review filem Gifted : Gifted  2017 | Barisan pelakon Gifted : Gifted 2017 |

Sabtu, 15 April 2017

Gelombang Aiman Tino dan Produk Sweet Aiman Semakin Melonjak Naik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Aiman Tino bersama Audi R8, hadiah yang diterima ketika Pelancaran Produk Sweet Aiman
Siapa tidak kenal dengan Aiman Tino kan? Artis muda yang sedang melonjak naik dengan 2 buah lagunya; Kurela Dibenci dan Permata Cinta yang digilai ramai peminat di tanah air ini. 

15 April 2017, petang tadi bertempat di Mydin Wholesale Hypermarket, Subang Jaya telah berlangsung Showcase Aiman Tino "Meet & Greet" bersama peminat dan sekaligus mempromosikan produk Sweet Aiman kepada orang ramai. 


Meriah sekali dapat dirasakan di pasaraya Mydin USJ dengan kehangatan peminat Aiman Tino yang sangat sporting. Promosi produk Sweet Aiman dengan harga yang murah hanya boleh didapati pada Showcase Aiman "Meet & Greet" bersama peminat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Fenomena Sweet Aiman semakin berleluasa di kalangan orang ramai.


Produk Sweet Aiman yang anda boleh dapatkan di pasaran mulai sekarang!!!
3 produk Sweet Aiman yang kini sedang berada di pasaran buat para peminatnya dan juga kepada orang ramai yang ingin memilikinya. Terdahulu LeYa pernah kongsikan cerita mengenai pelancaran produk Sweet Aiman pada bulan yang lepas. Yang belum membacanya boleh pergi ke halaman, Pelancaran Sweet Aiman, Produk Terbaru dari Aiman Tino.

Sikap Aiman yang tidak sombong dan humble dengan semua peminatnya merapatkan lagi hubungan Aiman dengan mereka. Peminat Aiman disajikan dengan beberapa permainan bagi mendapatkan hadiah-hadiah lumayan berupa produk Sweet Aiman untuk dibawa pulang. Sungguh tak menyangka sama sekali, penglibatan peminat yang hadir memang sangat menggalakkan. Berebut-rebut mereka untuk turut serta naik ke pentas bersama Aiman dan sekaligus dapat berselfie bersama. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Alang-alang Aiman dah di depan mata, kenalah bergambar sebagai kenangan kan. Hehehe....

Pemenang bagi kategori menjawab soalan berkaitan produk Sweet Aiman dengan betul

Pemenang bagi kategori menjawab soalan berkaitan produk Sweet Aiman dengan betul
Permainan make-up ala artis menggunakan produk Sweet Aiman 3D Cream DD Mineral Cushion yang menampilkan perbezaan di mana kaum lelaki yang perlu make-up kan kaum perempuan. Para peserta di kalangan peminat berusaha keras bersama setiap pasangan masing-masing untuk cuba meraih kemenangan. 

Para peserta khusyuk mendengar arahan dari penganjur

Looks!!! Ada gaya make-up artis tak??

Si Adik menyolekkan ibunya. Alhamdulillah dik... hiasi ibumu lebih baik dan berkat kan...

Inilah pemenang bagi kategori solek-solek menggunakan 3D Cream DD Mineral Cushion

Khusyuknya si cilik peminat Aiman Tino ini menyaksikan Aiman beraksi di pentas sehingga tidak sedar gambar diambil pihak media.. Cayalah dik... Comel je...

Press Conference kemudiannya berlangsung di sebuah restoran yang berdekatan di situ. Menurut Aiman Tino, dia serahkan segalanya hal kewangan kepada Ibu dan Ayahnya untuk menguruskannya dengan lebih baik berbanding dia yang mungkin masih muda lagi. Anak yang baik. Tidak pernah lupakan IbuBapanya. 

Menurut Aiman lagi, Bodyguardnya sepanjang apa-apa sahaja program yang dijalankan hanyalah Ayah dan Pakciknya. Wah!!! Aiman memang seorang family man. Semuanya dikongsikan bersama dengan ahli keluarga. 



Anda ingin saksikan Aiman Tino beraksi secara Live di Showcase Mydin USJ petang tadi. LeYa kongsikan kepada peminat-peminat Aiman yang tidak dapat hadir tadi untuk saksikannya di sini. 

Nak flawless macam Aiman Tino ???? Dapatkan segera produk Sweet Aiman di pasaran SEKARANG!!!


Untuk maklumat lanjut mengenai Produk Sweet Aiman, anda boleh layari atau hubungi:-

Tel: +6016 709 4042

Jumaat, 14 April 2017

How to Take Great Selfies : 28Mall Dinner

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


28Mall Online Shopping Malaysia bersama eOneNet.com telah mengadakan satu majlis makan malam bersama members dan blogger pada 12 April 2017 yang lalu di Menara UOA Bangsar, Kuala Lumpur. Pada malam itu, satu aktiviti menarik buat peserta yang hadir akan dapat satu perkongsian hebat dari seorang Jurugambar Terkenal, Patrick Low dalam "How To Take Great Selfies". Patrick Low pernah memenangi Anugerah Photographer dan World's 1st 3D Master

Sebagai seorang blogger, penting untuk mendapatkan gambar-gambar yang menarik untuk dimasukkan dalam entry blog. Gambar yang menarik akan membuatkan ramai teruja dan seronok untuk melihatnya. Dan ini akan memberikan ranking blog anda semakin meningkat dari semasa ke semasa.


Orang kuat eOneNet atau pengasas 28Mall.com, Fione Tan menjelaskan kembali pengenalan kepada 28Mall.com dan tawaran menarik kepada tetamu yang hadir. 

Terdahulu, LeYa pernah kongsikan Apa itu 28Mall.com? Apa yang mereka jalankan? Untuk lebih memudahkan anda, anda boleh baca artikel ini di sini >> Share & Shop for Free di 28Mall.com


Grab your FREE HongBao sekarang Di Sini. Log in setiap hari untuk dapatkan lebih HB Dollars. 


Anda boleh menukar HB Dollars anda dengan pelbagai barangan yang anda suka. Best kan!!! Hanya Share & Shop for FREE.

Di bawah ini LeYa sertakan jenama yang ada di 28Mall.com, dan pada malam itu LeYa diberi voucher untuk pembelian barangan bernilai RM25 dan terus redeem minuman kesihatan Roselle Tea.




Roselle Tea yang telah ditebus menggunakan HB Dollar yang ada. (Sumber Gambar: Mr. Google. Gambar sebenar terdelete. That one is HALAL one.)

Kemudian, acara yang dinanti pun tiba. Kemunculan jurufoto terkenal Patrick Low memberikan sedikit ilmu dan perkongsian pengalaman, tips dan tricks yang beliau dapat sejak berkecimpung dalam dunia fotografi. Bagaimana untuk merakam gambar kenangan yang cantik dan menarik sebagai memori terindah dalam hidup kita.

Antara tips yang telah dikongsikan beliau ialah:
1) Sentiasa menghadapkan muka kita ke arah cahaya untuk mendapatkan gambar yang lebih besar.
2) Cuba mencari 'window lights' untuk mendapatkan kesan pengcahayaan semulajadi.
3) Pergerakan sisi badan perlu lebih perspektif untuk gambar yang lebih baik.
4) Chin Up, perlu lihat lurus ke depan untuk mengelakkan Double-Chin.




Selain itu, beliau juga menasihatkan untuk menggunakan monopod atau tripod bagi memperoleh gambar yang statik dan lebih menarik dengan latarbelakang yang cantik. Dan, jangan sesekali berselfie dalam jarak yang dekat dengan kamera kerana ia kelihatan seperti Shrek. It's so funny and I'm happy to be there for get their experience how to take photo beautiful and nicely.

Tripod yang kukuh memberikan gambar anda stick / statik pada  keadaan yang sangat menarik


Sebelum pulang, LeYa dijamu sedikit hidangan makanan yang sangat enak. Kemudian networking bersama bloggers yang hadir sebagai menambahkan lagi kenalan buat diri ini.

Wefie with Patrick Low
with eOneNet team members and bloggers


Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti seterusnya bersama 28Mall.com, bolehlah pergi ke Facebook Page di https://www.facebook.com/28mallasia/ atau Instagram di @28MallAsia.

Coming Soon Events:- 
20 April (Thu) 7-10pm
Image Grooming: 7 Universal Styles
How to choose Jewellery for your perfect style
Jewellery Care Tips and How to Spot a Real Pearl
RM20 (Redeemable for items)

Lokasi: eOneNet, Level 36, Menara UOA Bangsar (Bangsar LRT Station)
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 03-22846418.
Hashtag: #28mall.com #hongbao #onlineshoppingmalaysia #ShareAndShopforFREE