Sabtu, 11 Mac 2017

Makan dan Minum Bersama Aeril Zafrel di Cafaeyen IOI City Mall, Putrajaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sabtu minggu yang lalu, LeYa bersama rakan-rakan telah berkesempatan menikmati hidangan ala Thailand di Restoran Cafaeyen IOI City Mall, Putrajaya bersama seorang penampilan istimewa, artis tempatan yang dikatakan menjadi kegilaan ramai. Selebriti tanah air yang segak bergaya, Aeril Zafrel akan turut serta memeriahkan kami menikmati juadah makan di sini. WoW!!! Siapa tak teruja kan? Selebriti segak bergaya akan duduk bersebelahan dengan kita sambil makan dan minum bersama-sama.


Seperti yang telah dijadualkan pihak penganjur, tepat jam 3.00 petang, acara bersama Aeril Zafrel pun bermula. Penuh Rerstoran Cafaeyen hari tu. Sampai ke luar peminat-peminat Aeril berpusu-pusu nak masuk untuk berselfie dengan beliau. Almaklumlah artis pujaan ramai.


Hamek kaw!!! Tak menang tangan artis jemputan kita melayan peminat beliau. Memang sangat-sangat berkesan lah kan pihak penganjur dan Restoran Cafaeyen untuk mempromosi cawangan baru mereka di IOI City Mall, Putrajaya ni.



Dalam kesibukan Aeril melayan peminat, dapat jugaklah LeYa menyelit bergambar dan berselfie dengan beliau. Sambil menunggu keadaan reda sedikit, LeYa pun membuat pesanan makanan di situ.

Restoran Cafaeyen IOI City Mall, Putrajaya


Restoran Cafaeyen merupakan sebuah restoran menjual makanan Thai. Kalau tiba-tiba tekak anda terasa nak makan makanan Thai, boleh lah singgah ke sini dan nikmatinya dengan keadaan restoran yang sangat selesa sekali. Makanannya juga sedap-sedap. LeYa serius tak tipu!

Credit Picture: Diary Mama

Ia menjadikan lebih sedap lagi bila dapat nikmati hidangan makanan bersama artis pujaan ramai, Aeril Zafrel. Bersama rakan-rakan blogger yang lain, kami seronok menikmati makanan yang disediakan. Makan-makan sambil berbual santai bersama Aeril memang best! Baru tahu rupanya Aeril seorang yang peramah dan happy go lucky.

 Pineapple Fried Rice

Roasted Chicken Fried Rice

Fruity Coke (Coke Blend with Mix Berries)

Salted Fish Fried Rice

Mango Sticky Rice

Tom Yam Fried Rice

Bangkok's Drink (Signature Tea)

Inilah hidangan makanan yang sempat LeYa dan Otomen nikmati. Sebenarnya banyak lagi hidangan makanan yang korang semua boleh rasa dan cuba. Just, datang ke IOI City Mall, Putrajaya dan terus melangkah masuk ke Restoran Cafaeyen di Level Lower Ground. Perggghhhh....makanan dia memang LeYa dah kata dari tadi, Sedap dan Superb!! Nanti nak repeat makan lagi untuk rasa masakan yang lain pula. 



Akhir kata, LeYa memang sangat suka dan teruja nak datang lagi. Rekaan Restoran Cafaeyen memang looks hipster dan cozy. Memang sangat sesuai untuk lepak-lepak bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Maklumat lanjut, tentang Restoran Cafaeyen boleh hubungi seperti di bawah:-

Alamat : LG-36, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia
Tel : +6012 2900 449
Waktu operasi : 10AM–10PM

1 ulasan:

  1. Nampak sedap makanan dia..tempat pun cam cantik..nanti nak terjah lah kalau ke IOI

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com