Jumaat, 31 Mac 2017

Kekalkan Kecantikan Wajah Dengan Tienna Skincare

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Setiap di kalangan wanita pasti ingin kelihatan cantik di mata suami dan juga penampilan menarik bila berhadapan dengan orang ramai. Cantik di mata membuatkan diri lebih berkeyakinan untuk menjalankan sesuatu kerja dengan lebih tekun lagi. Itulah lumrah wanita. Memang LeYa tak nafikan hal itu. LeYa sendiri akan mencari produk kecantikan wajah untuk penampilan diri LeYa bila berhadapan dengan semua orang.

Terbaru, keluaran produk kecantikan TIENNA SKINCARE dihasilkan dengan menggunakan ekstrak buah betik yang ramai di kalangan kita sudah tahu akan khasiatnya. Khasiat buah betik dalam penghasilan produk kecantikan mampu mencerahkan kulit, mengatasi pigmentasi serta menstabilkan kondusi kulit (yang berminyak menjadi normal dan yang kering juga menjadi normal) sehingga membuatkan ia sesuai untuk semua jenis kulit. Ia mengandungi ekstrak betik, vitamin A, C dan E dan sangat sesuai untuk semua jenis kulit.


Produk TIENNA SKINCARE ini didatangkan dengan 4 jenis items iaitu Facial Wash, Toner, Day Cream dan At Night Cream. Memadai dan sudah cukup lengkap dengan 4 items ini yang mana kita boleh menggunakannya dengan mudah dan cepat dikala kesibukan menjalankan rutin harian. 


Menurut sumber, kebaikan yang ada pada Tienna Skincare mampu merawat kulit wajah yang sudah terbukti dapat diatasi, antaranya:
  • Mengatasi jerawat
  • Mencerahkan kulit yang kusam
  • Memutihkan kulit
  • Meratakan kulit yang tidak rata kerana bekas jerawat
  • Menyamarkan dan menghilangkan cela dan parut pada wajah
  • Menyamarkan dan menghilangkan kedutan
  • Meremajakan dan menyinarkan kulit.

Setiap satu daripada 4 jenis items ini ada ciri-ciri dan fungsinya. Sebab tu lah ia didatangkan set terus untuk menampakkan kesan penggunaannya sekata dengan setiap produk yang ada. 


Okay... firstly, sudah semestinya kita akan mencuci muka dahulu dengan Facial Wash. Facial Wash ini berfungsi untuk membersihkan muka dan leher dari kotoran yang melekat dan ia juga dapat menegangkan kulit wajah. 
Ia mengandungi ekstrak papaya, sehingga anda akan merasa kulit anda lebih cerah dari waktu ke waktu. Apabila disimpan di tempat yang bersuhu sejuk, facial wash ini akan terdapat banyak sisa-sisa yang ternampak seperti potongan-potongan dan gumpalan-gumpalan pepaya. Hal ini disebabkan oleh sabun yang dibuat dengan teliti. Apabila terjadi penggumpalan seperti ini, anda dapat merendam sabun ini di gelas yang berisi air panas at beberapa minit, lalu sabun akan cair semula. 
Cara penggunaannya mudah sekali. Disarankan untuk menggunakan sebanyak 3 kali sehari (Pagi, Tengahari dan Malam) bagi menampakkan hasil yang baik. 


Secondly... setelah selesai mencuci wajah dengan Facial Wash, guna atau pakai pula Toner. Toner berfungsi sebagai pembersih atau penyegar kulit muka dan leher yang dapat mengurangkan jerawat serta mengembalikan kulit yang kusam kepada bersih berseri dan bersinar. Cara penggunaannya ialah ratakan sahaja ke seluruh wajah anda.


Waktu siang cuaca sangat panas dan boleh menyebabkan kulit wajah kita kelihatan kusam dan tak berseri. Ditambah lagi habuk yang melekat di wajah kita. Jadi, selepas menggunakan kedua produk di atas, untuk anda kelihatan lebih menawan lagi, perlulah menggunakan pula Day Cream

Tienna Day Cream boleh dipakai dari pagi sehingga petang untuk melindungi kulit wajah daripada sinaran matahari dan sekaligus mampu menghilangkan flek hitam serta meremajakan kulit muka. Day Cream berfungsi sebagai sunblock SPF30 yang dapat menjaga kulit anda dari cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit muka anda dan dapat menyebabkan pigmentasi kepada kulit serta membuatkan kulit anda kelihatan kusam.

Cara penggunaan Day Cream. Ratakan pada seluruh wajah pada waktu pagi. 


Tienna At Night Cream juga tidak ketinggalan untuk menampakkan kulit muka lebih kelihatan cantik dan berseri. Ia dipakai pada waktu malam untuk memutihkan kulit muka dan leher. 
Ia mengandungi ekstrak papaya, vitamin A, vitamin C dan vitamin E serta benzoyl. Vitamin A sangat bagus untuk membantu mengeringkan jerawat pada kulit dan menstabilkan rona kulit. Vitamin C pula dapat mencerahkan kulit dan membuat kulit lebih putih menyinar. Manakala Vitamin E mampu menghaluskan dan meremajakan kulit.
Benzoyl adalah kandungan yang sangat bagus yang boleh mengeringkan jerawat sampai ke lapisan kulit yang paling dalam. Ia juga dapat memperbaiki struktur bahagian dalam kulit, menstabilkan jaringan lemak yang menyebabkan timbulnya jerawat sehingga jerawat tidak akan tumbuh lagi. 
Cara penggunaan Night Cream. Ratakan pada seluruh wajah pada waktu malam. 

Tienna Skincare boleh didapati secara online melalui direct official page Tienna Empire dengan 2 jenis set iaitu Set Trial dan Premium. 

Trial Set
Cleanser 30ml
Toner 20ml
Krim Siang 5g
Krim Malam 5g

Large Set
Cleanser 100ml
Toner 50ml
Krim Siang 20g
Krim Malam 20g


Testimoni pengguna mengenai Tienna Skincare bermula seawal 3 hari sehingga 1 minggu bergantung pada kulit muka masing-masing. Ia juga tidak akan mengalami kesan sampingan kecuali jika pengguna mempunyai sel kulit mati di bahagian muka (kesan dari debu dan kotoran). Oh ye! Sebelum terlupa. produk Tienna Skincare ini juga sedang dalam proses mendapatkan kelulusan KKM. 

Bagi yang berminat untuk mencuba produk ini, boleh lah hubungi maklumat yang tertera di bawah: 

Trial set : RM 99 Postage : RM 8 / RM 11 (SS)
Large set : RM189 Postage : RM 8 / RM 11 (SS)

Untuk pembelian boleh hubungi : 
Instagram : Tiennaempire
 Facebook : Tiennaempireofficial
 Whatsapp : 017 6663592

Khamis, 30 Mac 2017

Shopping Online Termurah di EZBUY.MY

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

 

Sudah semestinya zaman serba moden kini diikuti kesibukan ramai memberi sedikit masa untuk membeli keperluan peribadi dan rumah. Waktu kerja yang tidak menentu ditambah pula kesesakan lalu lintas membuatkan kita sering kali mengabaikan untuk membeli barangan peribadi dan rumah. Lebih-lebih lagi bila badan kita dah penat, tentunya ingin cepat sampai ke rumah untuk berehat.

Kini anda tidak perlu risau lagi! Anda semua telah diberi cara baru untuk membeli barangan keperluan anda hanya dari rumah. Terima kasih LeYa ucapkan kepada Ezbuy.my, platform membeli belah atas talian termurah dan mudah buat pengguna yang sibuk masa kini. Platform membeli belah secara online yang menawarkan barangan dari China, USA dan Taiwan. 


EZBUY.MY sudah berada di Malaysia sejak tahun lepas lagi. Ia dapat memudahkan urusan pembelian anda dari barangan peribadi, pakaian dan perkakasan rumah. Anda tidak perlu risau lagi jika kesuntukan masa kerana kini anda boleh membeli belah hanya dari rumah. Best kan! Jimat masa dan tenaga. Pelbagai jenis barangan dijual di sini seperti berikut:

  • Women's Clothing
  • Men's Clothing
  • Toys, Mother & Kids
  • Shoes, Bags & Accessories
  • Home & Garden
  • Beauty & Health
  • Sports & Outdoors
  • Office & Stationery
  • Automotives
  • Mobiles & Tablets

Cara-cara untuk Shopping secara online di ezbuy.my

1. Login / Register
Perkara paling penting yang anda perlu buat adalah register dahulu sebagai pengguna laman web ini. Yelah kan... Kalau tak, macam mana nak bershopping sakan nanti.. Hehehe.... Anda hanya isi maklumat seperti yang dikehendaki. Kemudian, bila selesai, boleh lah anda login untuk masuk ke dalam laman web ezbuy.my. Dan.... boleh lah cuci mata dan beli apa yang berkenan di hati.



2. Pilih barangan yang hendak dibeli

Jangan malu-malu untuk memilih barangan yang anda mahukan. Kemudian, kalau dah jumpa, klik pada produk tersebut. Buat pilihan warna dan saiz, kuantiti dan maklumat yang dikehendaki di situ. Bila dah siap isi, tiba masanya untuk membuat pembayaran. Cara nak buat pembayaran, anda hanya perlu ikut sahaja arahan yang telah disediakan. Selebihnya, anda DONE sahaja dan tunggu sehingga barang yang kita order sampai di hadapan pintu rumah.


Tawaran Menarik Buat Pelanggan Setia EZBUY.MY

Ada lagi tawaran menarik buat anda yang memang suka membeli belah secara online. Mana-mana pelanggan setia Ezbuy.my disarankan untuk jadi Ezbuy Prime Membership. Seperti yang kita sedia maklum, kos penghantaran dari luar negara sangatlah mahal. Jadi, dengan hanya PRIME MEMBERSHIP, kos penghantaran hanya RM8.80 sahaja. Murah kan! Berbaloi sangat. Untuk menjadi PRIME MEMBERSHIP, boleh klik Di Sini,


Best kan! Cuba anda bayangkan segala keperluan barangan yang anda inginkan ada di sini. Tak perlu dah pergi mana-mana lagi. Hanya duduk di depan komputer / laptop / tablet / handphone, anda dah boleh dapatkan barangan kesukaan anda dengan membeli secara online di ezbuy.my.



Sempena Blogger Meet & Greet Workshop yang dianjurkan oleh pihak EZBUY.MY pada 25 Mac 2017 lalu, LeYa telah berkesempatan merasai kehangatan membeli belah secara online di laman web ezbuy.my. Bukan setakat itu sahaja, LeYa juga telah menerima hadiah cabutan bertuah dari mereka. Kesanggupan dan pengorbanan masa LeYa datang ke The Next Academy, Glomac di Bangsar itu memberi keceriaan buat diri LeYa untuk terus memberi sokongan dalam industri blogging dan shopping secara online.


Cukup lah untuk LeYa membebel di sini kali ini. Dah tiba masanya untuk anda semua singgah dan membeli belah secara online di Laman Web EZBUY.MY untuk dapatkan pelbagai barangan yang menarik dan murah di sini.

Cepat!!! Ada tawaran diskaun sehingga 70% ditawarkan di sana. Zaaaasssss..... jom singgah dan shopping online di EZBUY.MY sekarang!!!


Selamat bershopping untuk anda semua...


Rabu, 22 Mac 2017

Dapatkan Tiket Untuk Saksikan Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Lokasi Pantai Cenang, Langkawi sebagai Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017 pertama di ASEAN pada 15 dan 16 April 2017 telah pun diketahui dan dipersetujui oleh semua pihak. Untuk maklumat lanjut boleh baca di entry LeYa yang dahulu di sini >> Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017

Seperti yang kita maklum, Langkawi memang lokasi pilihan untuk bercuti. Jadi, bagi yang ingin bercuti ke sana, apa kata datang beramai-ramai menyaksikan Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017 pada April ini. Ini adalah Kejohanan Dunia Yang Pertama di ASEAN. Rasa rugi kalau kita tak pergi menontonnya. Nanti di tahun akan datang mungkin dah tak buat di sini lagi. Pasti dah susah untuk anda lihat dengan lebih dekat.



Dapatkan Tiket Tonton Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017

Jom semua. Jadi yang pertama untuk dapatkan tiket tempat duduk menyaksikan Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017 pertama di ASEAN di Pantai Cenang, Langkawi. 


Klik pada pautan di bawah ini untuk anda dapatkan tiket menyaksikan Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017:-


Untuk mengetahui update terkini mengenai kejohanan ini, boleh juga lari laman facebook seperti tertera di bawah:-

 

Lazada Birthday Blogger Contest

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tinggal sehari je lagi untuk join Lazada Birthday Blogger Contest ni. Alhamdulillah nasib baik LeYa masih berkesempatan untuk turut serta. Laju terus membuka lembaran blog post untuk buat entry.. Hehehehe....


Okay... Lazada Birthday Blogger Contest akan tamat pada 23 Mac 2017. Betul-betul penghujung hari join ni. Harap ada lah tuah di sebalik peserta terakhir mungkin. Ekekeke.. Yang belum join, korang jangan risau.. Masih boleh try lagi hari ni.. Kalau nak join, senang je... 
Jom Klik Di Sini >> Lazada Birthday Blogger Contest.

Lazada Birthday Blogger Contest

Nak sertai Lazada Birthday Blogger Contest ni LeYa diwajibkan menjawab 4 soalan yang diberikan oleh pihak Lazada. Jom tengok apa jawapan LeYa di bawah ini.

What do you love about Lazada Malaysia? 
Apa yang menarik tentang Lazada Malaysia yang membuatkan LeYa tergila-gila nak bershopping dengannya. Semestinya, Lazada Malaysia sering membuat tawaran harga yang menarik dan murah untuk LeYa miliki barangannya. Barang-barang yang kita order pun sampai seperti tarikh yang dijangkakan. Cepat, Mudah dan bagi LeYa memang menjimatkan masa kerana tidak perlu keluar bershopping lagi. Nak-nak pulak LeYa sekarang ni sentiasa sibuk. Memang tak ada masa nak keluar membeli belah. Laman web Lazada lah yang akan menjadi tumpuan LeYa untuk SHOPPING!!!

Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) 

Wah... Ni yang best ni... Boleh pilih 3 barang favourite yang kita suka nak. Okay... jom tengok apa yang LeYa impikan.

1. Set Katil dan Tilam CASA

Memandangkan LeYa dan keluarga ni memang sering berkumpul. Jadi LeYa memang lah nak beri keselesaan pada mereka. Satu ruang bilik di rumah LeYa masih tidak punya katil dan tilam yang selesa untuk tetamu yang hadir. Ni memang dah lama jadi list untuk memilikinya tapi belum cukup kewangan untuk membelinya lagi. Tunggu lah.. Mungkin ada rezeki bulan ni.

2. Samsung Washine Machine


Ini lagi satu yang tersenarai untuk LeYa beli. Mesin basuh rumah LeYa dah rosak beberapa bulan yang lalu. So, tak berkesempatan lagi nak membelinya. Rasa penat juga hujung minggu nak cuci baju di dobi. Kalau ade di rumah kan senang. Tak payah dah nak keluar rumah. Semua kelengkapan sudah pun tersedia. Yeah! In-shaa Allah... ade rezeki LeYa nak beli sebelum Ramadhan tahun ni.

3. Set Meja Makan 6 Kerusi
Ini lagi satu keinginan LeYa nak memilikinya. Ye lah kan. Tadi kan LeYa bagitahu yang LeYa dan keluarga memang suka berkumpul beramai-ramai. Set meja makan yang ada di rumah LeYa hanya ada 4 kerusi. Kesian lah kan pada ahli keluarga LeYa yang masalah sakit lutut tuh nak duduk bawah. Jadi, LeYa memang bercadang nak beli set meja makan ni sebelum Raya 2017.

How do you think Lazada Malaysia can improve? 

Emmmm.... apa ye yang boleh Lazada Malaysia improve lagi. LeYa rasa kalau dari segi barangan yang ada macam dah cukup je. Tu pun LeYa tak habis jelajah lagi setiap barangan yang ada di situ. Hehehe... Tapi... rasanya pihak Lazada Malaysia boleh cuba mempertingkatkan promosi ke Luar Bandar sebab masih ada je lagi orang-orang kampung yang tak tahu nak memebeli belah secara online. Apa kata pihak Lazada Malaysia buat kelas online untuk mereka. Pasti mereka seronok dan teruja nak join. 

What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 

Happy Birthday Lazada yang ke-5 tahun!!! LeYa berharap agar Lazada Malaysia sentiasa terus maju dan berjaya mendapat lebih banyak keuntungan dan membuat lebih banyak contest untuk blogger turut serta. Dan LeYa juga berharap untuk Birthday Lazada ke-5 ni, LeYa dapat merasai hadiah Box of Joy dari Lazada. Teringin juga nak merasainya kan. Hehehe... Terima kasih Lazada kerana memberi peluang blogger berkarya dan LeYa tunggu tau Box of Joy yang pertama untuk LeYa. 

Ok cukuplah sharing info dari LeYa setakat ini.

Isnin, 20 Mac 2017

Program Amal Hari Pengasas Dr Ko bersama Idris Khan dan Dynaz Mokhtar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini bersamaan 20 Mac 2017 merupakan Majlis Pelancaran Hari Pengasas Pakar Kulit Dr Ko 2017 di sebuah Restoran Makanan Perancis dan Italia di Bangsar Shopping Centre. Ini merupakan tahun kedua untuk sambutan Hari Pengasas KO. Bermula dari 24 Mac sehingga 30 April 2017, Klinik Pakar Kulit Dr Ko akan menyambut Hari Pengasas KO bersama golongan kurang bernasib baik dengan menjalankan program amal untuk memberikan kebajikan kepada mereka.


Bersempena sambutan Hari Pengasas Ko dijalankan, dua artis tempatan terkenal iaitu Idris Khas dan Dynaz Mokhtar akan turut serta menjayakan kerja kebajikan sebagai tanggungjawab sosial kepada masyarakat. 


Dengan penglibatan artis tempatan terkenal, ia dapat memupuk minat orang ramai untuk turut sama menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. 

Bersempena dengan sambutan itu, setiap transaksi di Klinik Pakar Dr Ko akan menyumbang RM1 kepada badan kebajikan Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia. Turut diadakan juga promosi khas kepada pelanggan yang menyumbang kepada kejayaan Dato Dr Ko Chung Beng selama ini. 

Aktor Idris Khan (dari kiri) bersama Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia, Amin Mohd Ali Sidik, Pengasas  Klinik Pakar Kulit Dr. Ko, Dato Dr. Ko Chung Beng dan Dynas Mokhtar.
Menurut pengasas Dato Dr. Ko Chung Beng, hidup kita akan lebih bermakna apabila kita membawa perubahan positif kepada masyarakat dan kehidupan seseorang. Tugas sebagai seorang doktor adalah merawat pesakitnya dan juga mengembalikan keyakinan kepada diri mereka. Beliau juga percaya bahawa, setiap orang mampu mengubah hidupnya namun masih juga terdapat golongan yang kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan masyarakat dan rawatan. Beliau menyeru lagi untuk bersama-sama menyumbang demi kesejahteraan dunia.

Pengasas Dato Dr Ko Chung Beng
Sepanjang 19 tahun sumbangan beliau dalam industri kulit dan estetik di Malaysia, Dato Dr Ko telah menawarkan rawatan percuma kepada mangsa kebakaran kurang kemampuan yang telah dirujuk oleh doktor hospital kerajaan. Beliau amat bermurah hati dan mengetepikan segala bayaran bil dan turut menampung kos pengangkutan mereka.

Oleh itu, bersempena Sambutan Hari Pengasas Ko diperkenalkan pada hari ini adalah sebagai aktiviti tahunan dengan tujuan murni dan bantuan disalurkan kepada badan kebajikan yang berbeza pada setiap tahun.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia, En Amin Mohd Ali Sidek
Kemudian, pada tahun lepas, Dato Dr. Ko telah menyumbang dana sebanyak RM27,000 kepada Yayasan Beautiful Gate untuk kumpulan kurang upaya. Beliau juga turut menyasar untuk menyumbang RM50,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia pada tahun ini.

Beliau juga ingin memupuk semangat tanggungjawab sosial dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk membantu masyarakat tempatan.


Anda semua dijemput untuk meraikan hari yang bermakna ini bersama kami di Klinik Pakar Kulit Dr. Ko untuk memiliki wajah yang cantik dan berseri dengan tujuan yang murni sekarang. 

Setiap transaksi anda akan disalurkan sebanyak RM1 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia sepanjang majlis sambutan Hari Pengasas Ko dijalankan. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Pengasas KO, boleh layari laman web di www.foundersday.koskinspecialist.com. 

Jom Melancong ke Taiwan!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Jom travel ke Taiwan! Wahhhh....macam best dan seronok je bunyi nya kan. Sempena MATTA FAIR 2017 berlangsung minggu lepas, LeYa telah dijemput hadir ke program "Taiwan Tourism Promotion Event in Malaysia 2017" di Seri Pacific Hotel. 

Bila sebut tentang Taiwan pasti ramai di kalangan muslim macam takut nak ke sana kan. Ye lah... risau untuk mencari tempat makanan halal dan tempat solat yang selesa. Jadi, di sini LeYa akan cuba berkongsi sedikit perkongsian dari Chef Dato Fazley Yaakob, juara Masterchef Selebriti 2012 sebagai jemputan khas untuk berkongsi segala pengalaman dan tips beliau melancong ke Taiwan yang sangat sesuai buat muslim.


Bersama Chef Dato Fazley, DJ Radio JC Cheah turut mempengerusi program ini agar majlis kelihatan sempurna dengan kehadiran MC sebagai pembuka bicara.

Perkongsian menarik dari Chef Dato Fazley yang memuji tentang kebersihan, kemas dan cantik di pasar menjual ikan di Taipei. Ternyata pemikiran skeptikal terhadap Taiwan yang ingatkan tidak cantik jauh sekali berbeza bila sudah mendengarkan penerangan dari Dato Fazley. Pengalaman beliau mencuba makan Po Bu Zi (Cordia Dichotoma) dan Onsen Tamago (telur separuh masak) yang hanya boleh didapati di Taiwan sangat sedap sekali. Ini membuatkan LeYa sangat teruja untuk melawat Taiwan.
Menurut beliau lagi, sudah 3 kali beliau ke Taiwan. WoW!!! Ini membuktikan yang Taiwan sangat menarik untuk dikunjungi. Ternyata dari perkongsian beliau, Taiwan adalah sebuah negara yang sangat cantik dan bersih. Menaiki basikal atau scooter meronda kawasan Taipei, bandar utama Taiwan memang satu pengalaman yang sangat best dan teruja untuk LeYa sertai.



Yang menariknya lagi, kemudahan seperti tandas dan tempat solat juga sudah ditambahkan dan restoran-restoran di sana juga digalakkan untuk mendapatkan pengiktirafan halal agar pelancong muslim dapat melancong ke Taiwan dengan rasa was-was. Tentu seronok kan! Pelancong muslim pun boleh lah merasai masakan Taiwan dengan penuh selera sekali. Memang teruja betul LeYa nak melawat Taiwan. In-shaa Allah. Dalam program promosi hari itu, LeYa diberi sebungkus Pineapple Cake dan Chocolate Candy made in Taiwan sebagai goodies penghargaan. Lucky Draw untuk 2 tiket penerbangan ke Taiwan dan 2 penginapan di hotel Taiwan juga turut disediakan. Malangnya bukan rezeki LeYa. Terpaksalah LeYa mencari sponsor untuk ke Taiwan. hehehe....  

Anyone yang baik hati, budiman nak sponsor LeYa ke Taiwan ??? 


Teruja tak nak ke Taiwan bila dapat tahu Taiwan adalah sebuah negara yang cantik dan mudah untuk mendapatkan makanan halal? Yang pasti ini memang menjadi lokasi wajib untuk LeYa kunjungi. Memang berbaloi singgah di sini, dapat melihat kawasan Taipei dan merasai makanan Taiwan yang sedap-sedap, mengenal budaya di sana dan banyak lagi.


Untuk maklumat lanjut mengenai Taiwan Tourism, boleh ke laman web ini http://www.taiwan.net.my/ms/

Jumaat, 17 Mac 2017

Langkawi - Lokasi Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017 yang pertama di ASEAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pemilihan lokasi Pulau Langkawi, Malaysia sebagai tuan rumah pertama ASEAN untuk Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017 membuktikan keupayaan pihak penganjur; E-Plus Global Sdn Bhd dalam penghasilan acara berperingkat antarabangsa.

Pada 15 Mac 2017 lalu, satu persidangan telah diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur telah mengesahkan Malaysia sebagai negara pertama ASEAN untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Tampar Siri Dunia FIVB 2017. Kejohanan Terbuka Malaysia ini akan berlangsung di Pantai Cenang, Langkawi pada hari Sabtu dan Ahad, 15 dan 16 April 2017. Sebanyak 32 pasukan antarabangsa dari Austria, Kanada, Cuba, Republic Czech, England, Jerman, Indonesia, Italy, Malaysia, Scotland, Afrika Selatan, Sepanyol dan Switzerland akan bersaing untuk gelaran sulung kejohanan dan hadiah wang tunai berjumlah USD20,000 (MYR89,000).
"E-Plus amat berbesar hati untuk menjadi pengnajur pertama kejohanan bola tampar pantai di Malaysia. Setakat ini, kami telah menganjurkan pelbagai acara bertaraf antarabangsa dan penambahan acara bola tampar pantai ini diharapkan agar dapat menonjolkan lagi keupayaan kami sebagai syarikat persendirian yang mampu melaksanakan program-program bertaraf global," kata Andrew Ching, Ketua PEgawai Eksekutif E-Plus Global Sdn Bhd.

"Acara sukan merupakan salah satu penyumbang tetap kepada ekonomi pelancongan negara. Ia boleh meningkatkan pelancongan domestik dan antarabangsa. Penganjuran acara yang baik beserta dengan penyertaan secar besar-besaran seperti FIVB akan menarik perhatian dan penyertaan pelancong asing ke Malaysia. Kebanyakan lokasi untuk acara sukan terletak di kawasan perkhidmatan utama yang menawarkan pelbagai kemudahan dan pengalaman indah kepada pelancong. Ini termasuk hotel bertaraf dunia, kawasan yang unik, warisan kebudayaan dan pelbagai tempat membeli-belah. Selain daripada itu, Langkawi juga dilengkapi dengan landskap pantai yang indah dan bersih, hutan paya bakau, makanan tempatan yang lazat serta kehidupan malam yang menyeronokkan untuk pelawat antarabangsa,"tambah Tony Nagamaiah, Pengurus Besar Major Events Malaysia.  

"Terdapat banyak prosedur yang telah ditetapkan oleh FIVB untuk penganjuran acara bola tampar pantai ini termasuklah kualiti pasir iaitu satu faktor utama yang sangat dititkberatkan. Kami amat gembira dan berbesar hati apabila FIVB telah meluluskan kegunaan Pantai Cenang sebagai salah satu lokasi untuk acara bola tampar pantai antarabangsa. Ini telah membuktikan bahawa Langkawi bukan sahaja destinasi pelancongan yang menarik malah Langkawi juga mempunyai pantai yang berkualiti tinggi," kata Nor Aznan B. Sulaiman, Pengurus Bahagian Promosi Pelancongan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan. Tambahan beliau lagi "Ini akan memberikan kesan yang positif dan meningkatkan ekonomi pelancongan Langkawi secar langsung.


"Semenjak penubuhan FIVB pada tahun 1987, Langkawi merupakan lokasi yang ke 365 untuk kejohanan bola tampar pantai lelaki manakala ini merupakan lokasi yang ke 317 untuk kejohanan bola tampar pantai wanita, yang ditubuhkan 3 tahun selepas penubuhan FIVB iaitu pada tahun 1992.  

Hanif Basree Abdul Rahman, Timbalan Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) menunjukkan keterujaan beliau apabila Malaysia diamanahkan oleh FIVB untuk menjadi tuan rumah pertama di ASEAN. “MAVA akan menurunkan semua pegawai utama demi memastikan pelancaran kejohanan ini. Kami berharap agar kejohanan ini akan terus memberikan inspirasi kepada peminat acara bola tampar serta dapat mengetengahkan lagi bakat mereka.” 

Pas masuk untuk sehari atau pakej masuk untuk dua hari boleh didapati melalui website www.airasiaredtix.com mulai 15 Mac 2017. 

Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017 Terbuka Malaysia dianjurkan oleh E-Plus Global Sdn Bhd; diiktirafkan oleh Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) dan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA); dan disokong oleh Malaysia Major Events, satu bahagian dalam Malaysia Convention & Exhibition Bureau (agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Majlis Bandaraya Pelancongan Langkawi, Majlis Daerah Langkawi, Meritius Pelangi Beach Resort & Spa dan Aseania Langkawi Resort & Spa. 

 Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web di bawah:-

PERSEKUTUAN BOLA TAMPAR ANTARABANGSA (FIVB) www.fivb.com
MALAYSIA MAJOR EVENTS www.malaysiamajorevents.com.my
LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI (LADA) www.lada.gov.my
E-PLUS GLOBAL SDN BHD www.eplusglobal.com 


Selasa, 14 Mac 2017

Kerja Di Singapura Bergaji Lumayan - Panduan Lengkap Mencari Kerja & Bekerja Di Singapura

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

WoW!!! Best kan kalau dapat gaji yang lumayan. Untung anak dan isteri bila suami bergaji lumayan ni. Memang tak risau dah nak keluar duit dari dalam purse setiap hari. 

Mahu Kerja Di Singapura, TAPI Tak Tahu Bagaimana Caranya?  Nak Pakai Agen, Tapi Takut Kena Tipu?

Bekerja di Singapura memang boleh dapat gaji yang lumayan. Cuba korang bayangkan. Hanya bekerja sebagai tukang cuci dah boleh dapat gaji RM4,500. Tidak memerlukan pendidikan yang tinggi pun. Dah boleh merasa pendapatan yang lumayan. Itu baru tukang cuci. Kalau korang bijak sikit dan ada pengalaman serta pendidikan tinggi, maknanya lebih banyak lagi la gaji yang akan korang perolehi. Untung ke tak untung?

Tapi tahukan korang bagaimana pula untuk bekerja di sana? 

Jangan risau! Ebook ini pasti membantu korang untuk mencari kerja di Singapura. Berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh klik di sini >> Panduan Mencari Kerja Dan Bekerja Di Singapura

Di sini LeYa kongsikan juga beberapa contoh pekerjaan yang ada di Singapura yang korang boleh apply kerja di sana.


Senarai kerja di atas hanyalah bekerja sebagai tukang cuci sahaja. Ianya tidak memerlukan sebarang sijil kemahiran. Manakala gaji yang ditawarkan sebagai tukang cuci pula dalam lingkungan $1500 dan jika ditukarkan kepada matawang Ringgit Malaysia, ianya berjumlah RM4500!

Kerja Tukang Cuci sahaja, tapi.. gaji RM4,500 ??

Itu baru kerja-kerja yang tidak berkemahiran (unskilled).
Kerja-kerja yang berkemahiran dan yang memerlukan  sijil (minima SPM) pula, gajinya adalah lebih tinggi dan lumayan.
Jika anda bekerja kilang sahaja pun dan mempunyai sijil SPM, kadar gaji yang boleh anda perolehi ialah sekitar SGD2,000 = RM6,000.

Ianya sangat lumayan kan!

4 Kelebihan Bekerja Di Singapura!

Sebenarnya, ada banyak lagi kelebihan apabila anda bekerja di Singapura. Berikut adalah beberapa kelebihan lain selain dari kelebihan bergaji 3X ganda lebih besar.

1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang

Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SGD 1,000 sebulan.. maka, pendapatan anda ialah RM2,600, tetapi kini, jika gaji anda masih SGD 1,000.. pendapatan anda dalam ringgit malaysia ialah RM3,100. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda.. gaji anda sudahpun bertambah!

2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!

Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu... gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan.. RM15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya.

Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju (Singapura). Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!

3. Mudah Berpatah Balik!

Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan "dijual" oleh agen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang.

Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda... anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM50 untuk pulang semula ke Malaysia. :)

4. Sah & Kurang Risiko!

Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan.

Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.

Isnin, 13 Mac 2017

Sambutan Hari Wanita Sedunia Anjuran Stellavinge International - Peranan dan Pengorbanan Wanita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran Stellavinge International
Alhamdulillah... Pada 08 Mac 2017 yang lalu, satu hari telah diadakan bagi meraikan kaum wanita sebagai mengenang jasa pengorbanan dan peranan kami sebagai wanita selama ini. Lahirnya LeYa sebagai seorang wanita dirasakan sangat bertuah kerana dapat merasakan diri ini dihargai dan diingati atas usaha dan jasa yang dilakukan selama ini. Sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut seluruh dunia setiap tahun pada 08 Mac begitu meriah dan terharu atas jasa dan pengorbanan wanita selama ini. 

Pada kali ini LeYa telah diundang untuk turut serta dalam satu majlis sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran Stellavinge International di Menara Melilea, Bangsar South bersama tokoh-tokoh wanita berjaya dan juga Puteri UMNO Lembah Pantai. 


Stellavinge International adalah sebuah organisasi yang membantu kaum wanita seluruh dunia untuk mengecapi kebahagiaan. Stellavinge International ini diasaskan oleh Datuk Stella Chin yang merupakan seorang usahawan wanita tempatan merangkumi seorang ibu, isteri dan anak yang penyayang.  Menyedari hakikat ini, wanita menjadi sumber inspirasi kepada semua dalam mengorak langkah membangunkan sesebuah negara bagi mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan bersama.

Wanita-wanita hebat yang telah dijemput ialah Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA), Datin Azizan Binti Haji Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai, Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang, dan Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavingze International.

Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)
Bersemangat waja LeYa perhatikan Tan Sri Datin Paduka ini berucap. Wanita berusia lingkungan 80-an ini mampu memberikan idea-idea kepada generasi muda seperi LeYa ketika forum dijalankan. Menerusi beliau, wanita adalah sangat unik kerana mampu mencorak modal insan yang cemerlang. Beliau mengulas lagi bagaimana seorang wanita mampu membentuk anak kecil untuk bercita-cita tinggi dan menyokongnya sehingga mencapai cita-cita tersebut. Hanya wanita sahaja yang mampu melakukan tanggungjawab sedemikian; melahir, membesarkan, mendidik dan memberi sokongan. 

Tambahan beliau lagi, wanita dilahirkan dengan pemikiran yang unik yang mampu melakukan beberapa tugasan dalam satu masa. Pentingnya seorang wanita masa kini untuk mempunyai prinsip dan integriti serta bijak membahagikan masa dalam kepimpinan keluarga mahupun sesebuah organisasi. 

Mengakhiri ucapan beliau dengan pesanan kepada seluruh kaum wanita agar menjaga kesihatan dan menimba ilmu serta imbangi kesihatan fizikal, mental dan emosi kerana itu semua adalah aset wanita yang sangat berharga.

Datin Azizan Binti Haji Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai
Wanita Puteri UMNO dari Lembah Pantai ini pula menekankan kepentingan memiliki prinsip, ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab serta mengutamakan keluarga. Seorang wanita yang meninggalkan kerjayanya demi menjadi suri rumah sepenuh masa haruslah mempunyai kemahiran dan bijak dalam perniagaan bagi menambah pendapatan keluarga. Bagi wanita yang bekerjaya pula, dinasihatkan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga dan rakan-rakan seperti melakukan sebuah majlis atau jamuan ringan untuk kelihatan lebih mesra di kalangan keluarga atau rakan-rakan. 
Beliau mengakhiri ucapan dengan berpesan kepada wanita diluar sana untuk sentiasa lebih bersabar, mempunyai iman yang teguh dan juga menjaga kesihatan fizikal dan mental.

Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang
Datin Noor Faezah memulakan bicara forumnya dengan berpendapat bahawa wanita menjadi luar biasa hebat kerana tugas dan tanggungjawab seseorang wanita begitu banyak kepada keluarga, kerjaya dan masyarakat. Wanita juga mampu berdiri teguh, menyokong padu insan lain, memberi didikan serta mampu memberi motivasi kepada insan-insan yang tidak bernasib baik.

Beliau juga berpendapat bahawa wanita mampu menjadi pemimpin yang cemerlang dengan hanya memimpin penuh kasih sayang yang akan meningkatkan motivasi pekerja dan pengikut mereka. Mengulas tentang aktiviti Yayasan Wanita Cemerlang, beliau berkata bahawa insan yang memerlukan amat sukar untuk dicari dan justeru tugas kita sebagai wanita dan rakyat yang bertanggungjawab perlu menemui mereka dalam kumpulan seperti persatuan dan sukarelawan untuk memastikan kadar kemiskinan negara kekal rendah. Diakhiri dengan ucapan beliau ialah wanita adalah lumrah mempunyai sifat yang lembut dan berkasih sayang, berusaha bersungguh-sungguh dan kuat menghadapi apa jua rintangan dan cabaran. 


Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavingze International






Wanita hebat melahirkan modal insan yang juga luar biasa hebat. Pengarah Urusan Stellavinge International, Ms Wee Siew Ling ini pula berpendapat bahawa seorang wanita yang bergelar ibu yang juga bekerjaya seperti beliau seringkali menghadapi kekangan masa. Namun, sebagai wanita perlu bijak untuk membahagikan masa bersama keluarga, kerjaya dan masa untuk diri sendiri. Kata beliau lagi, kebiasaannya beliau lah yang sering mengorbankan diri sendiri demi menjaga kebahagiaan bersama keluarga.

Ms Wee berkata lagi tidak mustahil segala tanggunjawab dapat dilaksanakan jika pandai membahagikan masa. Beliau memetik formula Datuk Stella Chin, Pengasas Stellavinge International iaitu:

TAMBAH (+) KASIH SAYANG / CINTA
TOLAK (-) KEBENCIAN / KEMARAHAN
DARAB (x) RASA KESYUKURAN PADA SEGALANYA
BAHAGI (÷) ATAU BUANG UMPATAN / GOSIP

Selama 13 tahun beliau mengamalkan formula tersebut dan mendapati diri beliau lebih rasa bahagia bernanding sebelumnya. Di kesempatan ini juga, beliau menyeru agar semua golongan wanita untuk menyertai Stellavinge International supaya menemui kebahagiaan dalam kehidupan yang seimbang. Beliau mengakhiri ucapan dengan kata-kata yang paling menyentuh hati sekali. Wanita ibarat air yang mana mampu membiasakan diri dalam apa jua keadaan, namun jangan sekali kewibawaan wanita dicabar kerana lautan yang tenang, bakal juga mengundang tsunami. 


Tujuan utama Sambutan Hari Wanita yang dianjurkan oleh Stellavinge International ingin membawa semua kaum wanita untuk membuka minda agar menemukan potensi diri unuk memajukan kehidupan diri dan negara. 

Di sini, LeYa kongsikan sedikit kepada yang berminat untuk menyertai Stellavinge Smart Star untuk meningkatkan nilai kewanitaan anda semua.

Stellavinge Smart Star bertujuan membantu wanita dalam mengurus diri, kerjaya, perkahwinan, keluarga, anak-anak dan mempunyai kehidupan yang seimbang serta indah. Jadinya, kursus selama 90 hari di Stellavinge Smart Star merangkumi:
  • Kelas Imej
  • Kesihatan dan Kecantikan
  • Pembentukan Minda dan Rohani
  • Pengurusan Rumah Tangga
  • Interaksi Bersama Anak
  • Formula Kehidupan Yang Seimbang dan Indah 

Setelah tamat Kursus 90 hari Stellavinge Smart Star, akan lahir lah seorang wanita yang lebih bahagia dari sebelum ini. Syarat kelayakan untuk menyertai hanyalah anda perlu bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai seorang wanita dan perlu menjadi ahli Stellavinge International. Kelayakan lain yang diperlukan adalah:
  • Pendidikan: Diploma/Ijazah
  • Pengalaman: 2 tahun ke atas
  • Status Perkahwinan: Berkahwin/Bujang  



Bagi melahirkan lebih ramai lagi usahawan wanita yang berkredibiliti dan berkualiti, satu program Stellavinge Guiding Star diadakan. Objektif utaman penubuhan program ini adalah memberi peluang kepada wanita untuk mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan, membina asas yang kukuh dan menuju ke arah kehidupan yang lebih berjaya. Selain itu, ia bertujuan mentransformasikan bakat kepimpinan yang ada pada seseorang wanita dan membantu orang lain untuk berjaya.

Dalam program Stellavinge Guiding Star, Stellavinge menyediakan kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wanita untuk membina asas perniagaan yang kukuh. Stellavinge juga menyediakan penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pelanggan dan menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja. 

Seperti di atas, Stellavinge Guiding Star juga memiliki syarat kelayakan untuk menyertainya. Antaranya berpendidikan Ijazah, memiliki pengalaman dalam bidang korporat selamat setahun atau lebih dan berumur dalam lingkungan 25 - 60 tahun. Penyediaan kursus dan latihan di Stellavinge juga merangkumi:


  • Kelas Imej Perniagaan
  • Latihan Skill Perniagaan
  • Kursus Ekslusif Home Party MELILEA
  • Latihan Profesional Kesihatan dan Kecantikan
  • Kelas Pengurusan Perniagaan
  • Kelas Kualiti Kepimpinan