Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Setiap hujung minggu, jika tak ada kerja hakiki, LeYa pasti mengisi ruang dan penuhi waktu dengan aktiviti keluarga. Hujung minggu kali ini LeYa menghabiskan masa bersama keluarga bersiar ke sekitar Melaka, Bandaraya Bersejarah. Bila sesekali pusing-pusing Bandar Melaka, baru perasan LeYa dan Otomen dah lama tak berkunjung ke sana. Ada banyak juga lah perubahan. Almaklumlah bila di kampung sendiri, memang eksyen sikit nak berjalan tempat sendiri. Jelajah tempat orang kemain pergi dan sanggup. Hehehe...
Melihat Panorama Indah di Sekitar Kampung Morten
Tempat pertama kami kunjungi dan lewati adalah di Kampung Morten. Emmm...zaman belajar di UTeM dulu pergi rasa macam lain je. Pergi malam tadi dah ada sedikit perubahan. So, apa lagi? LeYa dan Otomen pun berswafoto dan bergambar beramai-ramai di situ.
Next destinasi, kami jelajah pula ke Bandar Hilir. Seperti kebiasaan selalu di perkarangan kawasan Menara Taming Sari akan kelihatan hiruk-pikuk orang ramai beriadah bersama keluarga. Walaupun sudah menjelang tengah malam, namun kelihatan ramai membawa keluarga, anak-anak untuk bermain di situ. Tidak kurang juga pasangan pengantin baru yang mungkin sedang berhoneymoon di Melaka.
Di sini pula kami bersiar menaiki beca yang dihiaskan begitu cantik sekali. Diiringi lagu-lagu lama dan baru sepanjang perjalanan kami bersiar sekitar kawasan Bandaraya Melaka.
Melaka memang menjadi tarikan pelancong ke sini. Terdapat banyak lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi di sini. In-shaa Allah, LeYa akan terjah semula satu persatu dan akan memberikan info menarik di LeYa Blog ini.
Wahhhh syoknya jalan2 melaka. Cantik beca tu kak hehe.
BalasPadammelaka dah ada dlm list next tempat kena pegi. haha
BalasPadamDah lama tak pergi melaka.huhu. Btw kreatifnya beca dorang!
BalasPadamtak pernah tak bes g jalan2 melaka kan..tgk rmh tu cantek sgt.
BalasPadamhttps://www.ohlawa.com/tips/sunblock-terbaik-di-watson/