Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Minggu lalu LeYa travel ke Johor Bahru bersama Otomen dan keluarga. So how I hope that there is good condition hotel to stay and relax. Dengan lokasi JB yang semakin padat dan mewah dengan kemajuannya, LeYa sangat lah tidak perasan akan kedudukan Tune Hotel ni sebenarnya. (Almaklumlah ada orang tukang bawak..Hehehe...)
Baru-baru ini, pihak Traveloka menyediakan Hotel Voucher buat pengguna seperti LeYa untuk menikmati percutian di hotel yang disediakan. Terima kasih LeYa ucapkan atas kesudian memberi voucher tersebut. LeYa dan Otomen berkesempatan menginap di Tune Hotel, Johor Bahru yang terletak di kawasan Danga Bay.
Lokasi penginapan berdekatan dengan lebuhraya dan menuju ke Bandaraya Johor Bahru atau boleh terus ke Checkpoint Woodlands, Singapore.
Tune Hotel, JB (Double Room Cozy)
Bilik yang kami inap ini mempunyai 1 katil bersaiz queen dan ruang bilik yang sangat selesa. Harga untuk satu malam hanyalah RM96.
Ruang bilik mandi yang santai dan moden dengan pemisah antara ruang mandi dan ruang buang air kecil/besar ialah pintu kaca yang menampakkan gaya mewah ketika berada di situ. Mungkin ruang bilik mandi ini tidak terlalu besar, tetapi cukup selesa dan santai untuk LeYa dan Otomen membersihkan diri. Ha! Tengok tu. Jangan main-main tau. Walaupun kecil, tetapi masih ada ruang sinki dan hair dryer untuk anda.
Pemandangan luar dari bilik yang kami inap yang berada di tingkat teratas iaitu tingkat 6. Boleh lihat kawasan sekitar Johor Bahru.
Seperti kebiasaan yang ada di hotel, inilah perkara penting perlu disediakan buat pengunjung bila bermalam di hotel.
Walaupun berkeluasan kecil, pihak Tune Hotel sangat menitik beratkan keselesaan dan hiburan pengunjungnya. TV Plasma bersaiz 32 inci ini diletakkan di dinding dan berhadapan dengan katil untuk memudahkan kami menontonnya sambil berehat.
Teruja tak tengok hotel yang LeYa inap ni? Lokasi yang strategik, terbaik dan harga yang sangat berbaloi untuk anda menginap dalam waktu yang singkat atau lama.
Jadi kalau berminat untuk mengalami sedikit pengalaman tidur bermalam di sini, bolehlah terus membuat tempahan menerusi:-
Alamat: Danga Bay, Lot PTB 22819, Jalan Skudai, Mukim Bandar Johor Bahru, 80200 Johor Bahru, Johor
Phone: 07-232 9010
Website: http://tunehotels.com/my/en/our-hotels/danga-bay-johor atau boleh terus menerusi Traveloka.
Tune Hotel, JB, I'm feels calm and relax here!
wow terbaik la dapat diskaun dengan traveloka :D
BalasPadamWahhhh syoknya kalau dapat voucher! hehehe btw saya singgah sini dan follow ya. blog yang menarik. Jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)
BalasPadamhttp://anothersyed.blogspot.my
Terima kasih Uncle Zuan dan Syed.
BalasPadamdapat peluang teruih terjah yak... menarik2..
BalasPadamMemang best tidur kat hotel ni.. Walaupun ruang dia tak besar sangat tapi selesa. :)
BalasPadamKite belum pernah sampai ke Jb lagi, hehe~
BalasPadammurah je kadar bilik di sini. boleh pi sana nanti. abam kie folo blog ini ye? no 809.
BalasPadamterbaik
BalasPadam