Selasa, 28 Februari 2017

Rezeki CPUV Nuffnang - Mamee Monster Biskidz

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... Baru saja terbaca tentang entri Nuffnang di blog-blog rakan, tak sangka pula di akhir bulan Februari ni dapat pula 2 iklan CPUV Nuffnang. 


Agak lama juga la kan LeYa tak buat entri tentang iklan CPUV ni. Kalau dulu banyak iklan-iklan "On Going" diterbitkan di LeYa Blog, tetapi kini hanya boleh dikira dengan jari. Mungkin disebabkan kebanjiran blogger-blogger baru yang semakin ramai bak cendawan tumbuh melata di tepi jalan. Kemungkinan pihak Nuffnang terpaksa membahagikan kepad setiap blogger yang berdaftar untuk mendapatkan sama rata pengiklanan yang disediakan. Tapi, LeYa tetap juga bersyukur kerana masih memperolehi iklan CPUV dari Nuffnang. Ini menunjukkan yang LeYa masih setia dan kekal aktif dalam dunia blogging.


Kriteria Pemilihan Iklan CPUV kepada Blogger

Ramai blogger yang mendapat iklan CPUV berderet-deret, namun masih tidak mendapatkannya walaupun mereka tetap setia dan punya niche blog yang sama. Hal ini kerana pemilihan blog dari pihak Nuffnang kemungkinan besar dilihat dari segi keprihatinan seorang blogger itu untuk tidak mengklik iklannya di blog sendiri. Sebab itu ramai blogger yang mempertikaikan kini kenapa jumlah amaun yang diterima tidak sama apabila sudah di cash out kan di akaun bank. Jangan sama sekali kita klik iklan di blog sendiri. Ini membolehkan amaun kita ditolak sebagai denda tidak mendengar arahan dari pihak Nuffnang.


Iklan CPUV Nuffnang Yang Memang Hebat !!!

Seperti yang LeYa maklum di atas, kali ini Blog LeYa didatangi program pengiklanan yang sangat disukai ramai. Iklan dari "Mamee Monster Biskidz" mempromosikan anda keluaran terbaru dari Mamee Monster. Biskut keluaran Mamee Monster ini mempunyai tiga flavour iaitu Milk, Chocolate dan Seaweed. 


Kepingan biskut yang nipis tetapi jika dimakan sebungkus seorang sudah memadai dan perut juga akan terasa kenyang. Rasanya yang sangat lazat. LeYa suka perisa Seaweed sebab LeYa inginkan kelainan dari biskut-biskut yang ada di pasaran. 


Memang best dan sangat mudah untuk dibawa ke mana sahaja kerana Mamee Monster Biskidz bersaiz kecil dan muat disimpan dalam handbeg kita. Bila perut terasa lapar, terus keluarkan Mamee Monster Biskidz dari dalam beg. Ha! Kan dah macam poket doraemon handbeg kita.. Hehehe... Rasa lapar je terus dah ade makanan!


Okay, dah tengok perisa dan paket nya, mesti nak tahu pula berapa harga nya kan. Hmmm... LeYa memang dapat rasakan ia sangat berbaloi dan boleh dinikmati oleh semua golongan. Harga yang murah dan rasa yang sangat lazat.

·         Mini Pack sold at RM 0.50
·         Regular Pack at RM 1.00
·         Mid Pack at RM 3.90
·         Large Pack at RM 7.90
Nak tahu lebih lanjut, jom klik iklan Mamee Monster Biskidz di Blog LeYa sekarang !!! 

Rabu, 22 Februari 2017

Jom Sambung Belajar Di New Zealand

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

STUDY IN NEW ZEALAND ROADSHOW

Okay guys... Buat julung kalinya LeYa nak kongsi berkenaan Jom Sambung Belajar ni. Sebelum ni LeYa dah tak ambil kisah sebab sudah pun tamat belajar. Tetapi disebabkan atas jemputan program Study in New Zealand Roadshow di One World Hotel, Petaling Jaya, LeYa share kan juga info menarik ni. Study in New Zealand Roadshow merupakan sebuah program yang menganjurkan para pelajar untuk merasai belajar di New Zealand. 

So, kalau korang nak tahu, lebih kurang satu minggu lagi Study in New Zealand Roadshow akan bermula! Lokasi pertama sebagai pembuka karnival akan diadakan di Royale Bintang Hotel, Seremban pada 03 March 2017 dan seterusnya pada hari keesokannya akan diadakan pula di One World Hotel, Petaling Jaya, di mana LeYa akan turut serta di situ. Dua hari ini akan memberi peluang kepada semua anak muda untuk memilih tempat dan juga kursus belajar. Ibu bapa juga turut dijemput hadir bagi memeriahkan suasana.

 
Satu pengalaman yang menarik buat pelajar merasai suasana belajar di negara orang. Malah, anda juga boleh belajar berdikari dari semasa ke semasa tanpa bantuan ibu bapa di sisi. Pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan Diploma boleh membuat pilihan untuk sambung belajar di sini. 

WoW!!! Namapak tak kemeriahannya? Setiap tahun ramai yang akan hadir tapi masih ramai juga yang tidak tahu. Sebelum karnival bermula ni, LeYa dah bagitahu awal-awal untuk anda semua hadir untuk membuat pilihan kolej dan kursus ketika berada di sana. Dan, jika anda betul-betul berminat, boleh lah hantar permohonan sambung belajar! WoW!!! Sekali lagi. Mesti korang best kan. Dapat sambung belajar di New Zealand. Sebelum terlupa, jangan lupa bawa semua dokumen yang complete siap-siap. Fotostat semua dokumen banyak-banyak dan sahkan pada yang berkenaan. Then, bila dah ada di sana nanti boleh lah terus isi borang dan hantar.

Study in New Zealand Roadshow ini akan berlangsung 03 March 2017 dan 04 March 2017 jam 1ptg - 5ptg dan juga 11pagi - 6ptg di lokasi Seremban dan Petaling Jaya. Untuk lebih lanjut, boleh menerusi ke:

Selasa, 21 Februari 2017

Herba Maharani: Rahsia Keunggulan Wanita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Okay... hari ni LeYa nak berkongsi pula tentang Beijing Te Zhi Bai Feng Wan atau lebih dikenali dengan Herba Maharani.

Produk ini adalah keluaran Beijing Tong Ren Tang yang menggabungkan 16 jenis ramuan bernilai beserta pati ayam hitam sebagai ramuan utamanya.

Beijing Tong Ren Tang :
-Tanda perniagaan yang bersejarah melebihi 
300 tahun
-Merupakan pembekal tunggal ubat
ubatan kepada kerabat Maharaja semasa 
  Dinasti Qing
-Tong Ren Tang Te Zhi Bai Feng Wan diperakui 
sebagai “Produk Terkenal di 
  China” pada tahun 1994
-Diiktiraf sebagai “Spesis Ubat Herba yang 
Terpelihara” pada tahun 1998

Beijing Tong Reng Tang Te Zhi Bei Feng Wan telah mendapat pengesahan HALAL daripada China Islamic Association, Beijing yang diiktiraf oleh JAKIM, Malaysia


Fungsi-fungsi Herba Maharani:



Cara Pengambilan:

Cara makan Herba Maharani yang disyorkan adalah 25-50 biji pil kecil sekali sehari.
Mulakan makan Herba Maharani hari pertama selepas period (datang haid).
Masa terbaik untuk makan Herba Maharani ialah pada waktu pagi sebelum sarapan.
Tapi kalau nak makan malam pun boleh.
Makan mestilah bersama air suam.
Herba Maharani ni mungkin agak panas bagi sesetengah orang terutama yang tidak pernah makan pil herba.
Sebaiknya mulakan dengan 25 biji dan jika badan rasa panas minum banyak air kosong/mineral. Kemudian kurangkan dos kepada 10-15 biji.

Kuantiti dalam sekotak Herba Maharani = 6 bebola putih = 300 biji kecil pil herba

Jika ambil 10 biji sehari = 30 hari (waktu period jangan makan)
Jika ambil 25 biji sehari = 12 hari (habis sekotak , stop untuk bulan itu, sambung selepas period)
Jika ambil 50 biji sehari = 6 hari (habis sekotak ,stop untuk bulan itu, sambung selepas period)

Sebulan amalkan satu kotak sahaja Herba Maharani. Setelah habis sekotak, hentikan makan Herba Maharani seketika hingga period seterusnya datang. Lepas period ulangi cara makan yang sama.

Nota :
Jika anda rasa badan panas (sakit kerongkong, pertumbuhan jerawat) selepas makan, anda boleh guna satu cara alternatif yang berikut:
(a) Makan separuh biji bola kuning (=25 pil hitam kecil) sekali
(b) Minum air garam waktu makan
(c) Minum lebih banyak air
 
 
Sekotak hanya RM98. Ada 6 bola naga. Setiap bola naga ada 60 biji. 
 
Nak buat tempahan atau nak tanya details, meh la WhatsApp LeYa 017-6321680

Isnin, 20 Februari 2017

EZICLEAN LAUNDRY: Mudahkan Gaya Hidup Anda Di Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

 Serbuk Pencuci Pekat Eziclean

Pencuci magik terkini, pengeluaran dari Syarikat Sahajidah Hai-O Marketing menampilkan satu serbuk pencuci pekat Eziclean Laundry yang dapat membantu kaum ibu-ibu yang sentiasa sibuk bekerja mudah untuk mencuci pakaian. Bukat setakat cuci pakaian sahaja, malah membantu ibu-ibu memudahkan kerja-kerja rumah dengan lebih jimat masa dan tenaga.

Eziclean Laundry memang cukup disegani sebagai antara jenama pencuci pakaian yang cukup ekslusif dan dipercayai. Jadi, bila stok eziclean sampai bertimbun-timbun di hadapan pintu rumah, LeYa sangat teruja untuk memberitahu orang ramai akan keberkesanannya.

Eziclean Laundry memang sentiasa optimis dalam memahami kehendak dan keperluan wanita bekerjaya seperti LeYa yang mahukan sesuatu yang bersih dan cepat diuruskan dek kerana tugas yang banyak perlu dilakukan.Wangian EZICLEAN LAUNDRY bukan setakat menyerlahkan bau pakaian, malah dapat menyerikan pakaian lama kelihatan seperti baru. Kawan-kawan akan terpesona dan memikirkan yang kita sentiasa memakai pakaian baru setiap hari.


Dengan rumusan DwiEnzim, ia amat berkesan untuk menyingkirkan kotoran yang mengandungi protein dan kanji seperti telur, kuah, darah, coklat dan sebagainya. Selain itu, ia difromulakan sebagai anti-bakteria untuk mencegah bau busuk dan menyahkuman serta menjadikan kain dan pakaian berbau segar dan bersih. Pengalaman LeYa, pernah rendam berhari pun air rendaman tidak berbau busuk dan hapak.

Formula anti karat: Bantu melindungi mesin basuh dan pakaian. Guna Eziclean, karat di mesin basuh juga boleh tertanggal!

Rumusan kurang buih: Memudahkan pembasuhan dan menjimatkan masa dan air. Jadi, mana-mana yang buat rendaman tu, tak perlu risau untuk jenuh nak membilas lama-lama untuk hilangkan buih. Hanya bilas sedikit sahaja, dah bersih. Jimat air dan tenaga anda!

Rumusan tanpa klorin: Sangat sesuai untuk fabrik tiruan dan bahan celupan (tidak disyorkan untuk kain sutera). 

EziClean memutihkan pakaian tanpa menipiskan pakaian
 
LeYa tahu pasti di kalangan ibu-ibu pening memikirkan cara atau kaedah untuk memutihkan baju dan kasut sekolah anak-anak? Pasti terasa penat kan bila nak kena sental setiap kotoran yang melekat di pakaian atau kasu sekolah anak? Jangan Risau! Gunakan sahaja serbuk pencuci eziclean. Hasilnya putih bersih, dan tidak menipiskan pakaian anak-anak anda.


 

 

Sabun EziClean Laundry juga mampu menghilangkan kesan kotoran lain yang anda di rumah anda



 

Tentu sahaja Eziclean Laundry sangat sesuai untuk kaum ibu mempercepatkan kerja-kerja rumah dan boleh berehat.

Jom kita tampil bergaya dengan serbuk pencuci Eziclean yang mampu membersihkan pakaian kelihatan bersih dan baru...

Terima kasih EZICLEAN LAUNDRY dan SHOM memberikan kemudahan LeYa membersihkan pakaian dengan cepat dan bersih serta memberi LeYa pendapatan tambahan dari produk-produk hotnya.
 
CARA PENGGUNAAN:
 
Mesin basuh:
  • Kuantiti cucian sederhana  = 1 sudu (20g)
  • Kuantiti cucian penuh        = 1 1/2 sudu (30g)
 
Cucian tangan:
  • Kuantiti cucian sedikit       = 2/3 sudu (15g)
  • Kuantiti cucian sederhana = 1 sudu (20g)
 
Harga Sabun EziClean ialah RM 23 untuk 1 pek (1 kg sabun). Tahan sehingga 50 kali cucian. Ibu-ibu yang nak borong lebih dan berkongsi dengan jiran sebelah rumah? Hubungi LeYa untuk dapatkan harga yang Lebih Jimat dan berbaloi!
 
Illya LeYa
017-6321680

Ahad, 19 Februari 2017

Percutian Bersama Keluarga di Bandaraya Melaka Bersejarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Setiap hujung minggu, jika tak ada kerja hakiki, LeYa pasti mengisi ruang dan penuhi waktu dengan aktiviti keluarga. Hujung minggu kali ini LeYa menghabiskan masa bersama keluarga bersiar ke sekitar Melaka, Bandaraya Bersejarah. Bila sesekali pusing-pusing Bandar Melaka, baru perasan LeYa dan Otomen dah lama tak berkunjung ke sana. Ada banyak juga lah perubahan. Almaklumlah bila di kampung sendiri, memang eksyen sikit nak berjalan tempat sendiri. Jelajah tempat orang kemain pergi dan sanggup. Hehehe...



Melihat Panorama Indah  di Sekitar Kampung Morten

Tempat pertama kami kunjungi dan lewati adalah di Kampung Morten. Emmm...zaman belajar di UTeM dulu pergi rasa macam lain je. Pergi malam tadi dah ada sedikit perubahan. So, apa lagi? LeYa dan Otomen pun berswafoto dan bergambar beramai-ramai di situ.










Next destinasi, kami jelajah pula ke Bandar Hilir. Seperti kebiasaan selalu di perkarangan kawasan Menara Taming Sari akan kelihatan hiruk-pikuk orang ramai beriadah bersama keluarga. Walaupun sudah menjelang tengah malam, namun kelihatan ramai membawa keluarga, anak-anak untuk bermain di situ. Tidak kurang juga pasangan pengantin baru yang mungkin sedang berhoneymoon di Melaka. 

Di sini pula kami bersiar menaiki beca yang dihiaskan begitu cantik sekali. Diiringi lagu-lagu lama dan baru sepanjang perjalanan kami bersiar sekitar kawasan Bandaraya Melaka. 







Melaka memang menjadi tarikan pelancong ke sini. Terdapat banyak lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi di sini. In-shaa Allah, LeYa akan terjah semula satu persatu dan akan memberikan info menarik di LeYa Blog ini. 



Khamis, 16 Februari 2017

Pengalaman Menginap di Tune Hotel, Danga Bay, Johor Bahru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Minggu lalu LeYa travel ke Johor Bahru bersama Otomen dan keluarga.  So how I hope that there is good condition hotel to stay and relax. Dengan lokasi JB yang semakin padat dan mewah dengan kemajuannya, LeYa sangat lah tidak perasan akan kedudukan Tune Hotel ni sebenarnya. (Almaklumlah ada orang tukang bawak..Hehehe...)

Baru-baru ini, pihak Traveloka menyediakan Hotel Voucher buat pengguna seperti LeYa untuk menikmati percutian di hotel yang disediakan. Terima kasih LeYa ucapkan atas kesudian memberi voucher tersebut. LeYa dan Otomen berkesempatan menginap di Tune Hotel, Johor Bahru yang terletak di kawasan Danga Bay. 

Lokasi penginapan berdekatan dengan lebuhraya dan menuju ke Bandaraya Johor Bahru atau boleh terus ke Checkpoint Woodlands, Singapore.

 

Tune Hotel, JB (Double Room Cozy)

Bilik yang kami inap ini mempunyai 1 katil bersaiz queen dan ruang bilik yang sangat selesa. Harga untuk satu malam hanyalah RM96.


Ruang bilik mandi yang santai dan moden dengan pemisah antara ruang mandi dan ruang buang air kecil/besar ialah pintu kaca yang menampakkan gaya mewah ketika berada di situ. Mungkin ruang bilik mandi ini tidak terlalu besar, tetapi cukup selesa dan santai untuk LeYa dan Otomen membersihkan diri. Ha! Tengok tu. Jangan main-main tau. Walaupun kecil, tetapi masih ada ruang sinki dan hair dryer untuk anda.




Pemandangan luar dari bilik yang kami inap yang berada di tingkat teratas iaitu tingkat 6. Boleh lihat kawasan sekitar Johor Bahru.  

 

Seperti kebiasaan yang ada di hotel, inilah perkara penting perlu disediakan buat pengunjung bila bermalam di hotel. 


Walaupun berkeluasan kecil, pihak Tune Hotel sangat menitik beratkan keselesaan dan hiburan pengunjungnya. TV Plasma bersaiz 32 inci ini diletakkan di dinding dan berhadapan dengan katil untuk memudahkan kami menontonnya sambil berehat.


Teruja tak tengok hotel yang LeYa inap ni? Lokasi yang strategik, terbaik dan harga yang sangat berbaloi untuk anda menginap dalam waktu yang singkat atau lama.

Jadi kalau berminat untuk mengalami sedikit pengalaman tidur bermalam di sini, bolehlah terus membuat tempahan menerusi:-

Alamat: Danga Bay, Lot PTB 22819, Jalan Skudai, Mukim Bandar Johor Bahru, 80200 Johor Bahru, Johor
Phone: 07-232 9010

 
Tune Hotel, JB, I'm feels calm and relax here!

Tonton Online Drama Papa Ricky Episod 1 - Episod 23

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Drama Papa Ricky yang ditayangkan bermula pada 16 Januari 2017 lalu di siaran Astro Prima dan Astro Maya HD. Drama episod ini mempunyai 80 episod dan ditayangkan pada Hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang.

Para Pelakon

Fadlan Hazim, Elizad Sharifuddin, Nur Qistina Raisah, Farah Nabilah, Ann Abdullah, Ewal, Hafizul Kamal, Nazmi Nordin, Hafiz Bahari, Mathni Razak, Zarynn Minn, Shakilla Khoriri, Khaty Azian, Roy Azman, Nina Iskandar, Zulkifi Ismail, Tunku Hanis, Riz Amin, Dilla Ahmad, Mahmud Ali Bashah, Dalimawati, Doria Rachel, Natasha Elyzza, Mimi Ernida, Syafnida Shuhaimi, Hamyza

Sinopsis

Drama Papa Ricky ini mengisahkan seorang lelaki yang duda bernama Ricky (Fadlan Hazim). Beliau mempunyai seorang anak perempuan berusia 8 tahun. Ricky sangat meminati seorang wanita bernama Zara. Namun di sebalik pemikiran Alisya (Nur Qistina Raisah), anak kepada Ricky, merasakan yang Zara tidak mampu menjadi seorang ibu yang baik terhadapnya. Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini. Berjayakan Zara memenangi hati Alisya? Akan bahagiakah mereka bertiga?

Saksikan drama Papa Ricky arahan Harris Fadzillah ini setiap Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang. 

Credit To: