Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah... Baru saja terbaca tentang entri Nuffnang di blog-blog rakan, tak sangka pula di akhir bulan Februari ni dapat pula 2 iklan CPUV Nuffnang.
Agak lama juga la kan LeYa tak buat entri tentang iklan CPUV ni. Kalau dulu banyak iklan-iklan "On Going" diterbitkan di LeYa Blog, tetapi kini hanya boleh dikira dengan jari. Mungkin disebabkan kebanjiran blogger-blogger baru yang semakin ramai bak cendawan tumbuh melata di tepi jalan. Kemungkinan pihak Nuffnang terpaksa membahagikan kepad setiap blogger yang berdaftar untuk mendapatkan sama rata pengiklanan yang disediakan. Tapi, LeYa tetap juga bersyukur kerana masih memperolehi iklan CPUV dari Nuffnang. Ini menunjukkan yang LeYa masih setia dan kekal aktif dalam dunia blogging.
Kriteria Pemilihan Iklan CPUV kepada Blogger
Ramai blogger yang mendapat iklan CPUV berderet-deret, namun masih tidak mendapatkannya walaupun mereka tetap setia dan punya niche blog yang sama. Hal ini kerana pemilihan blog dari pihak Nuffnang kemungkinan besar dilihat dari segi keprihatinan seorang blogger itu untuk tidak mengklik iklannya di blog sendiri. Sebab itu ramai blogger yang mempertikaikan kini kenapa jumlah amaun yang diterima tidak sama apabila sudah di cash out kan di akaun bank. Jangan sama sekali kita klik iklan di blog sendiri. Ini membolehkan amaun kita ditolak sebagai denda tidak mendengar arahan dari pihak Nuffnang.
Iklan CPUV Nuffnang Yang Memang Hebat !!!
Seperti yang LeYa maklum di atas, kali ini Blog LeYa didatangi program pengiklanan yang sangat disukai ramai. Iklan dari "Mamee Monster Biskidz" mempromosikan anda keluaran terbaru dari Mamee Monster. Biskut keluaran Mamee Monster ini mempunyai tiga flavour iaitu Milk, Chocolate dan Seaweed.
Kepingan biskut yang nipis tetapi jika dimakan sebungkus seorang sudah memadai dan perut juga akan terasa kenyang. Rasanya yang sangat lazat. LeYa suka perisa Seaweed sebab LeYa inginkan kelainan dari biskut-biskut yang ada di pasaran.
Memang best dan sangat mudah untuk dibawa ke mana sahaja kerana Mamee Monster Biskidz bersaiz kecil dan muat disimpan dalam handbeg kita. Bila perut terasa lapar, terus keluarkan Mamee Monster Biskidz dari dalam beg. Ha! Kan dah macam poket doraemon handbeg kita.. Hehehe... Rasa lapar je terus dah ade makanan!
Okay, dah tengok perisa dan paket nya, mesti nak tahu pula berapa harga nya kan. Hmmm... LeYa memang dapat rasakan ia sangat berbaloi dan boleh dinikmati oleh semua golongan. Harga yang murah dan rasa yang sangat lazat.
· Mini Pack sold at RM 0.50
· Regular Pack at RM 1.00
· Mid Pack at RM 3.90
· Large Pack at RM 7.90
Nak tahu lebih lanjut, jom klik iklan Mamee Monster Biskidz di Blog LeYa sekarang !!!