Jumaat, 6 Januari 2017

Teroka Pekan Kecil Pengkalan Kempas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pengkalan Kempas (dahulunya dikenali sebagai Keramat Ujung Pasir) terletak di Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan.
Menyusuri pekan kecil yang sudah berusia lebih 100 tahun itu  merasakan satu pengalaman yang sangat teruja untuk menerokai sejarah yang ada di situ.


Sampai sahaja di pekan Pengkalan Kempas, LeYa dapati tidak ramai yang menggunakan laluan ini. Kalau dilihat menerusi pekannya, seperti tiada penghuni. Ia sunyi tanpa aktiviti-aktiviti yang hebat dan menarik. Namun, sunyi tak bermakna tiada orang ye.


Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yik Hwa adalah sekolah yang tertua dan masih lagi beroperasi sehingga kini.

Jeti Pengkalan Kempas

Ada sejarah di sebalik pembangunan jeti ini. Ia dikatakan "Tapak Bersejarah Nenek Moyang Cina Mendarat".

Dahulunya, jeti ini dijadikan sebagai pusat pedagang membawa bahan dagangan seperti getah melalui Sungai Linggi menuju ke Port Dickson. Dapat digambarkan bahawa kemungkinan dahulunya jeti ini sangat meriah dengan suasana pedagang-pedagang yang datang berdagang. Namun, kini hanya tinggal lalang-lalang yang tumbuh tinggi melata di setiap perjalanan LeYa ke jeti ini.


Yang menariknya, bagi kaki pancing pasti akan teruja untuk ke sini. Menurut sumber, lebih 10 tahun kawasan ini menjadi kawasan tumpuan kaki pancing terutamanya peminat Udang Galah.

Disediakan juga servis bot untuk pemancing yang ingin memancing di sekitar Sungai Linggi bagi mencuba dan mendapatkan hasil dari sini.

Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas


Tarikan utama yang membawa LeYa ke sini iaitu Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas. Di sini, dikatakan terdapat Batu Megalit dan tersemadinya Makam Syeikh Ahmad Majnun


 

Dari pembacaan LeYa di papan informasi yang terdapat di hadapan pintu masuk kompleks, Syeikh Ahmad Majnun ini adalah seorang pendakwah yang menyebarkan syiar Islam di zaman Kesultanan Melayu Melaka

Berdasarkan inskripsi 'batu bersurat' yang terukir, dipercayai Syeikh Ahmad Majnun meninggal dunia sekitar tahun 1467-1468 semasa dalam perjalanan menyebarkan syiar Islam dan kemudian telah dimakamkan di sini oleh para pengikutnya.


Perhatikan semula gambar makam di atas. Anda akan dapati ada satu lubang di batu putih. Menurut kepercayaan mereka, jika dimasukkan tangan ke lubang tersebut, ia boleh menyelesaikan pelbagai persoalan yang timbul pada masyarakat ketika itu. Selain itu, ia juga digunakan sebagai tempat pengakuan penjenayah. Seram LeYa nak mencuba masuk kan tangan kat situ.. hehehe....


Ada juga sumber mengatakan yang Syeikh Ahmad Majnun dibunuh ketika pertembungan dengan Bendahara Tun Perak dan bala tentera yang diutuskan oleh Sultan Mansur Syah, pemerintah Melaka pada zaman itu. Ia terjadi kerana perbezaan mazhab yang dianuti pemerintah dan masyarakat ketika itu (iaitu Mazhab Syafie) dengan mazhab yang dianuti Syeikh Ahmad Majnun dan pengikutnya.


Tak banyak kisah mengenai Syeikh Ahmad Majnun yang boleh diperkatakan di sini. Mungkin kepada yang mengetahui sedikit sejarah beliau boleh tampil untuk memberikan sedikit pencerahan yang terdapat di kompleks ini.


Binaan Batu Megalit
Bersebelahan dengan makam Syeikh Ahmad Majnun, terdapat Batu Megalit atau 'Batu Hidup' yang berbentuk seperti pedang dan sudu/senduk. Ia dipercayai wujud sejak abad ke-2 dan ke-3 lagi.

Bentuk pedang (sebelah kanan sekali) dikatakan merujuk kepada pedang yang dipakai oleh Syeikh Ahmad Majnun. Manakala bentu sudu yang di tengah-tengah pernah patah dan disambung kembali dengan simen. Batu-batu tersebut mempunyai ukiran tertentu.

Terdapat ukiran nama 'ALLAH' dalam tulisan arab di batu itu.

 

Terdapat juga batu megalit di penghujung pagar dan berbentuk seperti orang menunduk atau sedang dalam keadaan rukuk.

Selain daripada makam, kawasan berpagar kompleks ini juga menempatkan surau terbuka dan rumah kuaters penjaga. Kompleks ini dibuka setiap hari dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan masuk adalah percuma.


Terdapat juga perigi yang digunakan oleh Syeikh Ahmad Majnun dan masyarakat pada zaman itu.
 

Selain Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, ia juga dikenali dengan Keramat Sungai Udang, Keramat Ujung Pasir atau Fort Kempas.


Tak banyak yang LeYa boleh ceritakan di sini. LeYa sendiri meneliti pembacaan di enjin carian Google untuk mendapatkan maklumat yang boleh dimuatkan di sini. Yang menariknya, lagi banyak tempat bersejarah kita teroka, lagi sedikit kita rasa ilmu di dada. Banyak lagi tempat yang perlu LeYa lawati. Jangan ketinggalan untuk terus bersama dengan bacaan di blog LeYa ye.. hehehe...

Sumber:
http://www.portdickson.net/about#history
http://www.google.com.my/
http://unclezuan.com/


2 ulasan:

  1. Menariknya.. mungkin boleh ke sini pula nanti..

    BalasPadam
  2. waaaaa...best jg pekan kecil ni kan :)




    jom join 1st giveaway MG kat blog baru!
    http://perempuanrongak.blogspot.my/2017/01/1st-giveaway-nak-bagi-shampoo-santan.html

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com