Rabu, 25 Januari 2017

Pengalaman di VR Lab Sangat Luarbiasa Hebat


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca LeYa Blog yang sangat awesome dan terbaik.. Terima kasih sangat-sangat kerana masih setia dengan blog buruk LeYa. Okay..kali ni LeYa nak cakap tentang pengalaman yang sangat best yang LeYa dapat minggu lepas. Virtual Reality or VR, mesti kaki-kaki game kenal dengan alat canggih ni. But for me, it is the first time to know about it! Haha... Kesian kan LeYa. Pengalaman menarik ni LeYa peroleh di VR Lab SS2, Petaling Jaya.


VR Lab mula ditubuhkan pada tahun 2012. Ia adalah yang pertama yang menyediakan Room-Scale Virtual Technology untuk kaki games yang memang excited nak bermain. hehehe....


Apakah tujuan VR Lab Malaysia ini kepada kita semua?
Tujuan nya adalah ingin memberikan kepada semua golongan merasai dunia VR seperti di alam nyata yang lebih interaktif dan kreatif. Korang akan diberikan dengan peralatan yang sangat berkualiti untuk bermain games yang disediakan beserta keluasan bilik yang selesa untuk pergerakan pemain sehingga 360 darjah...


Sebelum kami para peserta Bloggers dan Youtubers mengexplore dunia VR dengan lebih mendalam, kami diberi penerangan ringkas oleh Datin Shireen selaku pemilik VR Lab. 


Selesai sahaja ucapan ringkas dari Datin Shireen, kami dibawa melawati VR Lab SS2 yang mempunyai premis 2 tingkat yang sangat luas ini. Setiap bilik mempunyai peralatan VR yang berkualiti dan kami diberi sedikit penerangan sebelum memulakan langkah pertama permainan kami. Hehehe....

Tiba lah ke acara kemuncak di mana kami diber peluang untuk bermain VR. Pada mulanya LeYa hanya memerhati Mr. Otomen dengan penuh khusyuk dan semangat bermain VR untuk games "War" yang memang menjadi minat Otomen. 

Kemudian, tak boleh jadi. LeYa mesti kena cuba juga. LeYa bermain game tinju. Owh Yeah!!! Sungguh memenatkan juga rupanya. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk mengawal emosi kita yang sedang bermain. LeYa memang betul-betul teruja bila dapat bermain VR. Seperti filem Avatar. Memang sangat real!!!


Lebih kurang 2 jam lebih LeYa berada di VR Lab SS2, dapat LeYa mencuba bermain banyak permainan. LeYa sangat suka games Tinju. Ia membuatkan LeYa tidak perlu ke Gym atau sukan luar lain. Hanya bermain VR, kita juga dah pun mengeluarkan peluh. 

Okay... di sini ia sangat sesuai untuk mereka yang bekeluarga. Korang boleh bermain multipple player walaupun berada di bilik yang berlainan kerana setiap peranti boleh menghubungkan antara satu sama lain.


VR Lab juga ada menawarkan pakej kepada korang yang ingin buat birthday party, gathering with friends or family dan private party. So??? Bila lagi kan nak buat kelainan untuk sambutan birthday party anak atau suami? Bawa mereka ke sini dan nikmati pakej VR dengan sebaiknya. Korang pasti teruja dan seronok. 

Selain itu, korang juga boleh gantikan "Photo Booth" yang biasa dalam setiap majlis yang ada dengan VR Booth. Setup semua mereka yang akan sediakan. Hanya tetapkan tarikh dan sediakan bayaran, WoW!!! Pasti para tetamu akan terpegun!


Power kan LeYa bertinju dengan pihak lawan..Hehehe...

Jadinya, kalau nak tahu info yang lebih lanjut mengenai VR Lab Malaysia, bolehlah hubungi:

Alamat : 24, Ground Floor, Jalan SS2/61, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
Tel No :
016-8787321 Jack Ting
016-3118325 Carina
VR Lab juga terdapat cawangan lain yang boleh korang kunjungi iaitu di :
  1. Publika SS 2
  2. Bandar Sunway
  3. Manjalara, Kepong
  4. Kota Damansara
  5. Wangsa Maju
  6. Publika
JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MERASAI SENDIRI PENGALAMAN YANG SANGAT BERBEZA DENGAN VIRTUAL REALITY (VR). KORANG PASTI TERUJA !!!

1 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com