Selasa, 6 Disember 2016

Permohonan dan Kemaskini BR1M 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Permohonan Baru untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 telah dibuka semalam, 05 Disember 2016. Anda boleh mengemaskini atau mengisi borang baru bagi yang gagal sebelum ini secara online bermula pada 05 Disember sehingga 31 Disember 2016.


Bagi pemohon baru BR1M, anda juga boleh memohon borang terus menerusi borang permohonan kaunter BR1M 2017 di semua cawangan LHDN. Anda juga boleh memuat turun borang permohonan menerusi pautan yang disediakan di laman web BR1M yang LeYa berikan di bawah ini. Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2017 adalah percuma.


Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2017




Syarat-Syarat untuk Mohon BR1M 2017
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017.

Dokumen Untuk Permohonan BR1M 2017
  1. MyKad bagi pemohon
  2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
 
SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2017
  1. Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.
  2. Waris perlu membawa dokumen asal berikut:
    • Sijil Kematian asal / salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara
    • Kad Pengenalan Asal Waris 
Di bawah ini pula adalah Jadual Pembayaran bagi setiap kategori pemohon BR1M 2017.
 Anda juga disarankan untuk memohon permohonan BR1M 2017 ini secara atas talian menerusi laman https://ebr1m.hasil.gov.my/.


PERINGATAN   
 
  1. MOF telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG PALSU berkaitan BR1M di media sosial seperti berikut:
  2.          a. http://brim-hasil.net/
  3.          b. https://www.facebook.com/BR1M3/
  4. Oleh itu, tuan / puan adalah dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang tersebut.
  5. Sebarang semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.

3 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com