Jumaat, 23 Disember 2016

#MyTravelokaEscapade Seronoknya Bercuti ke Korea

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bercuti ke Korea sudah lama LeYa idamkan. berangan-angan nak berWinter Sonata bersama suami a.k.a. Otomen Taro a.k.a. Mr. Faizol di sana menambahkan rasa hati untuk menakluk jejak kaki ke Korea. 


Satu pengalaman yang menarik dan indah akan LeYa semadikan apabila dapat bercuti ke Korea. Suasana dingin salju, musim bunga yang cantik atau musim luruhnya yang menarik, membuatkan LeYa begitu teruja nak sampai ke sana.  


Saat yang dinantikan. Satu contest anjuran Traveloka You Need A Holiday Lah! memberi peluang LeYa untuk cuba meraih hadiah lumayan berupa percutian menarik ke mana tempat yang kita hendak tuju. Banyak lagi hadiah menarik yang anda boleh menangi. Semuanya adalah PERCUMA ye. Kawan-kawan yang ingin juga untuk memenangi hadiah lumayan tersebut, bolehlah layari laman web TRAVELOKA. Di samping itu anda boleh terus tempah bilik hotel dan tiket sekali di situ.. Senang kan. Nak-nak sekarang ni ada promosi. Mesti korang semua teruja kan!

Ok, LeYa straight to the point. Dalam contest ni, Traveloka menyediakan 10 destinasi menarik dari dalam dan luar negara. Jadinya, step pertama, anda kena pilih salah satu destinasi menarik yang anda ingin tuju.  

 

Step atau langkah-langkah seterusnya untuk kawan-kawan menyertai percutian PERCUMA dari Traveloka, boleh ikutimya seperti di bawah ini:-

Seperti LeYa cakap di atas kan, LeYa sangatlah teruja untuk bercuti ke Korea. Jadi LeYa memilih untuk ke Korea. Dan LeYa kongsikan sedikit apa yang menarik di sana dan tempat menarik yang wajib LeYa nak pergi nanti. 

1. Insa-dong


Di sini, anda yang meminati dan ingin membeli hadiah dan cenderamata dari Korea untuk keluarga, rakan-rakan serta orang tersayang, mestilah singgah ke Insa-dong. Di setiap jalan-jalannya dipenuhi dengan kedai-kedai yang menjual cenderamata dengan harga yang agak berpatutan. Kalau anda fasih berbahasa Korea, bolehlah tawar menawar. Hehe... Di sini juga terdapat banyak barang-barang perhiasan seperti gelang, rantai dan lain-lain. Kalau nasib anda baik, anda akan dapat nikmati satu persembahan kebudayaan di sana. Sambil-sambil shopping, dapat juga belajar budaya Korea kan. Hehehe...

2. N Seoul Tower & Namsan Park



Ha!!! Kalau korang perasan dalam drama korea "Boys Over Flower", di mana Goo Joon Pyo dating dengan Jan Dia. Di sinilah, di N Seoul Tower atau lebih dikenali sebagai Namsan Tower inilah tempat mereka berdating. Di sini anda akan dapat melihat seluruh kawasan Seoul dengan menikmati pemandangan yang sangat cantik ketika di waktu malam yang dilimpahi cahaya lampu.

Di Namsan Tower ini juga terdapat Teddy Bear Museum dan juga Love Padlock yang penuh dengan kunci. Difahamkan untuk ke sini, kita perlu menaiki cable car dari Namsan Mount.


3. Myeongdong


Syurga fesyen dan kosmetik di Korea. Dikatakan di sini terdapat banyak kedai baju dan kosmetik sama ada indoor mahupun outdoor. Jika datang ke sini, kena jalan berhati-hati kerana terlalu ramai sangat orang. Dianggarkan seramai 1.500,000 orang melalui Myeongdong setiap hari.

4. Itaewon


Bagi pelancong Muslim, pastinya makanan halal sukar didapati di sana. Jangan Risau! Jika kita tercari-cari makanan halal di Korea, pergilah ke Itaewon. Terdapat banyak restoran halal di sana. Macam-macam piliham ada. Nasi Arab, Kebab, Masakan India dan Masakan Malaysia juga boleh didapati di sini. Masakan Korea yang halal pun ada di sini. 

Di Itaewon terdapat juga Masjid Besar Korea. Kepada pelancong muslim kalau melawat ke Korea mesti pergi ke sini juga ye. Lihat bagaimana syiar Islam bertapak di bumi asing. 

5. Nami Island


Wahhh!!! Bestnya kan... Lokasi penggambaran filem Winter Sonata suatu ketika dahulu. Destinasi pilihan yang sangat cantik tidak kira musim apa pun. 

Nami Island terletak di tengah Sungai Han tetapi agak jauh dari Pusat Bandar Seoul. Ada dua cara kita boleh ke sini. Pertama, dengan menaiki bas yang boleh didapati di Insa-dong. Kedua, dengan menaiki kereta api dari stesyen Chongyanggi dan turun di stesyen Gapyeong. Kemudian, naik teksi sehingga sampai ke jeti.

Tak sabarnya LeYa nak rasa keseronokan berbasikal ketika musim sejuk dan musim luruh bersama suami di situ. Memang sangat cantik!!

Banyak lagi lokasi menarik yang boleh dilawati. Cukup 5 lokasi ini yang LeYa betul-betul teruja nak singgah dan lihat keindahannya.  Okay lah.. Selamat Bercuti ye kawan-kawan(^_^)

-Gambar kredit ditujukan khas buat Mr Google yg awesome-

Linggi: Ada Tarikan Tersendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Sukasuki travel ke Linggi, Negeri Sembilan memberikan satu pengalaman yang anda sendiri tidak akan lupakannya. Pasti ramai yang tidak tahu di sebalik Pekan kecil Linggi ini, ada tersirat keunikan yang boleh dilawati di situ. 


Sebuah pekan kecil yang kalau kita lalu seperti tidak punyai apa-apa menarik di situ. Tiada arus pemodenan seperti Shopping Complex yang besar, restoran-restoran mewah dan bangunan yang tinggi. Namun di sebalik pekan kecil Linggi ini, anda akan dapat nikmati satu pengalaman yang sangat menarik ketika di situ.


Sekolah Kebangsaan Linggi adalah sekolah Melayu pertama yang bertapak di Negeri Sembilan. Sekolah ini diasaskan oleh Lebai Abbas iaitu anak murid kepada Dato Syeikh Jamaluddin Al Linggi pada tahun 1887. 


Rumah lama beratap Minangkabau masih kekal di sini. Persekitaran kampung yang nyaman dan tenang memberikan anda jauh dari kesibukan di bandar. Bangun pagi, terasa dingin air di kolah, membuatkan anda segar dan sihat sepanjang hari.


Muzium Replika Astana Raja Melewar ini bertempat menuju ke arah Rembau. Bagi pencinta sejarah, ini adalah satu bonus kepada anda untuk merasai pengalaman dan mengumpul banyak informasi di sana. Secara amnya, Astana Raja Melewar adalah replika istana Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pertama yang memerintah pada 1773 dan ia juga dibina di tapak asal istana baginda serta menyerupai bentuk asalnya.


Sungai Linggi yang kelihatan keruh seperti tiada tarikan istimewa di situ. Terdapat banyak misteri yang pernah terjadi di sini. Ia hanya lagenda lama. "Kita jangan usik-usik. Kita buat hal masing-masing. Insya-Allah kita akan selamat sehingga ke anak cucu," begitulah kononnya bunyi perjanjian itu dan ia mungkin benar kerana belum ada terdengar serangan buaya ke atas manusia sehingga sekarang di Sungai Linggi seperti mana yang terjadi di sungai-sungai di negeri Sarawak. LeYa tidak dapat memastikan kesahihannya. Namun di sebalik lagenda lama itu, Sungai Linggi merupakan kawasan tadahan air kawasan berdekatan Negeri Sembilan seperti Seremban dan Port Dickson. 

Sungai Linggi Cruise merupakan satu tarikan kepada anda untuk menyusuri hutan paya bakau yang terdapat di situ. Melihat keindahan ciptaan Allah di samping merasai kedamaian bersama keluarga.

Bukan sekadar buaya, bangau dan kelip-kelip sahaja yang menjadi tarikan Sungai Linggi ini kerana yang sebenarnya sungai ini kaya dengan sejarah.

Jika menyusuri sungai, pengunjung akan melihat kawasan Tebing Tinggi iaitu satu kawasan berbatu yang menjadi tempat Raja Melewar iaitu moyang kepada raja-raja di Negeri Sembilan hari ini menjalankan hukuman ke atas rakyatnya yang menderhaka.

Menurut cerita orang kampung, dahulu ada kubur di kawasan itu tetapi proses hakisan menyebabkan kubur yang dipercayai mereka yang telah dihukum bunuh itu terbenam ke dalam air sungai.

Pengunjung juga akan melihat satu tapak yang sebenarnya adalah bangunan mengutip cukai. Pada zaman dahulu kala, cukai-cukai ini dikenakan ke atas perahu atau kapal yang membawa barang dagangan ke Pengkalan Kempas.

Mengikut sejarah, Sungai Linggi adalah jalan pengangkutan yang sangat penting dan di beberapa kawasan di sungai itu terutama di kawasan Sungai Rembau dan Sungai Pedas ada dididirikan kubu pertahanan ketika berlaku peperangan dengan Inggeris satu masa dahulu.




Tiada hospital besar di situ. Hanya Klinik Kesihatan dan klinik swasta, Klinik Dr Azmi menjadi tempat rawatan penduduk-penduduk sekitar kawasan Linggi. Namun begitu, mereka bersyukur dan merasa tenang duduk di sana dengan tiada hiruk pikuk seperti di Bandar.

Siapa kata mereka tidak boleh bangkit dari arus pembangunan Internet yang semakin berleluasa kini. Pusat Internet 1Malaysia telah dibangunkan di kawasan berdekatan yang terletak di Kampung Pengkalan Durian, Linggi. Alhamdulillah, penduduk kampung dapat juga melihat dunia luar melalui perkembangan Internet, jalur lebar tanpa sempadan di sini.

Tidak cukup jika LeYa nak ceritakan pengalaman ketika menyusuri kawasan Pekan Linggi, Negeri Sembilan di sini. Walaupun ia adalah sebuah tempat yang kecil, namun di sebaliknya terdapat tempat menarik yang boleh kita kunjungi di situ. Ini membuktikan masih banyak lagi kawasan di Malaysia ini yang belum kita pelopori. 

Khamis, 22 Disember 2016

Teknik Bajet Menghias Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dekorasi Bajet

77 Teknik yang Efektif!

Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Dekorasi?

Ya! Kediaman Anda Akan Berubah Menjadi Cantik
Dan Menarik Tanpa Perlu Berbelanja Lebih. Ingin Tahu Caranya? 


Sudah bersedia untuk memberikan kecantikan pada kediaman anda dengan cara yang paling jimat! Miliki ebook Dekorasi Bajet ini dengan klik butang "Tempah Sekarang" dibawah! . Harganya, hanya RM27 sahaja!
 

Rabu, 21 Disember 2016

18 Perkara Hanya Pencinta Ayam Yang Akan Faham

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Adakah anda seorang yang betul-betul suka makan ayam?  

 

Lihat Di Sini jika anda benar-benar ingin mengetahuinya.

Tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam Januari 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Sebelum ini, kita ada dengar CUEPACS membuat permohonan untuk penjawat awam menikmati bonus 2 bulan gaji. Malangnya tidak diluluskan. Namun, bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup, kerajaan akan memberikan pemberian khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam.

Manakala bagi pesara kerajaan pula akan menerima bantuan khas sebanyak RM250.

TARIKH PEMBAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM PADA AWAL JANUARI 2017

Pemberian ini juga dianggap sebagai bonus memandangkan ia dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup yang ditanggung dari peningkatan perbelanjaan isi rumah pada awal tahun.

Penjawat awam dan pesara kerajaan akan menerima pemberian khas sebanyak RM500 dan RM250 ini pada hari Selasa, 03 Januari 2017.

Untuk mengetahui maklumat lanjut boleh juga membaca pekeliling yang telah dikeluarkan menerusi judul pautan berikut:



Sumber: MySumber
TARIKH PEMBAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM PADA AWAL JANUARI 2017

Pautan Sumber Asal » mysumber.comTARIKH PEMBAYARAN
TARIKH PEMBAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM PADA AWAL JANUARI 2017

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
TARIKH PEMBAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM PADA AWAL JANUARI 2017

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

Isnin, 19 Disember 2016

Tonton Online Drama Pengantinku Jatuh Dari Langit (Episod 1-Episod 4)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Sebuah lagi drama adaptasi novel. Kali ini novel karya Mia Kiff bertajuk 'Pengantinku Jatuh Dari Langit' yang diangkat ke layar televisyen. Drama 30 episod ini dilakonkan oleh Afifah Nasir, Hafreez Adam, Fahad Iman dan Faye Kusairi sebagai watak utama.
 
Drama Pengantinku Jatuh Dari Langit bersiaran di Saluran Hypp TV Sensasi (Saluran 116) bermula pada 30 November 2016, setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam.

Dan, LeYa tahu tak semua yang ada atau memiliki saluran Hypp TV ini. Jadi, di sini LeYa akan memberikan tontonan drama online ini kepada semua pembaca dan penonton yang gemar dan minat drama melayu.

Okay, sebelum tu LeYa nak katakan yang drama "Pengantinku Jatuh Dari Langit" ini tidak seperti drama-drama melayu yang lain. Ia menampilkan cerita yang sangat unik dan berunsurkan komedi romantik serta tak sabar-sabar nak menonton episod seterusnya. Jangan Terkejut! Suami LeYa, Mr. Otomen juga layan drama ini. Bukan senang tau Otomen nak layan drama melayu. hehe... Ini membuktikan penceritaan drama ini telah memberi impak yang sangat baik buat penonton terutama lelaki.

Barisan utama pelakon drama Pengantinku Jatuh Dari Langit


Sebelum kita menonton drama Pengantinku Jatuh Dari Langit ini secara online, jom kita lihat dahulu sedikit mengenai profil drama ini.

Profil Drama Pengantinku Jatuh Dari Langit
Bahasa : melayu [Malaysia]
Studio : Creative Skill Solution
Idea Asal : Novel Pengantinku Jatuh Dari Langit karya Mia Kiff
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Skrip : Eja Lorena
Episod : 30 Episod
Pelakon : Afifah Nasir [sebagai Rinieta], Hafreez Adam [sebagai Arfy], Fahad Iman [sebagai Ayman], Kismah Johar, Faye Kusairi, Katrina Aziz [Datuk Khadijah], Syafnida Shuhaimi, Julia Farhana Marin, Azhar Sulaiman, Azam Pitt dan Suffila Aida.
Siaran : Bermula 30 November 2016, Setiap Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam.
Saluran : Hypp Sensasi, Channel 116
 
 
Tonton Drama Pengantinku Dari Langit Secara Online Di Sini
 
Episode 2

Sabtu, 17 Disember 2016

Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu

Iffat Hamani dan Muhammad Afeef Adwan merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah lagi. Mereka bersetuju untuk berkahwin atas kepentingan masing-masing selain berani memperjudikan masa depan sendiri demi kebahagiaan orang tersayang.

Iffat menaruh harapan yang tinggi agar ada sinar kebahagiaan yang datang selepas berkahwin agar cita-cita mereka tercapai. Dia sangat percaya dengan janji yang diberi oleh Afeef kerana sangat yakin atas persahabatan mereka yang sudah lama terjalin. Dia tetap setia menunggu walaupun sebenarnya dia sedar hatinya sedang dilukai.

Afeef sangat bahagia dengan apa yang dimilikinya kerana semua hajatnya telah pun tercapai. Dia terlalu leka dengan kebendaan yang dia ada sehinggakan terlupa akan seseorang yang setia menanti janjinya sewaktu ketika dahulu walaupun tidak pernah dituntutnya.


Lakonan Janna Nick (Iffat), Ashraf Muslim (Afeef), Octovia Menrose (Damia Hani), Shah Iskandar (Fazree), Miera Lyana (Hayati), Azah Azmi (Afia), Lan Siro (Lokman), Mahmod Ali Bashah (Dato Azman) dan Wilma Mohamad (Datin Maimon) akan menggegarkan televisyen anda di Slot Akasia TV3, terbitan Saphire Screen. Drama ini diarahkan oleh Michael Ang.

Nantikan kemunculan drama Biar Aku Jadi Penunggu adaptasi dari novel hasil nukilan Arsha ini pada 26 Disember 2016.


8 Non-workouts You Didn’t Know Were Calorie Burners

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Every year, you set yourself some pretty neat #lifegoals and every year end, you end up sweating, asking yourself:

But before you go on panic mode, here's some good news if being active is one of your goals: You may be burning off more calories everyday than you know!

It's true! Here are 8 non-workout workouts you didn’t know were calorie burners:

Click Here to see it!

Cara Nak Melancong Percuma!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Owhhh...Yeah!!! Inilah yang dicari-cari dan ditunggu oleh semua. Ada yang mungkin tertanya-tanya macam mana LeYa boleh fight untuk turut serta bercuti secara PERCUMA. Jawapannya sangat mudah. Semua yang ingin pergi bercuti secara PERCUMA, boleh ikuti langkah-langkah yang LeYa akan terangkan di bawah ini.


Sebelum ni, SHOM sudah pun buat trip ke negara-negara Eropah seperti PARIS, SWITZERLAND, BELANDA, GERMAN, TURKI DLL.. Merasai sendiri percutian PERCUMA yang diberi sebanyak 2 hingga 3 kali setahun memang sangat mengujakan. Siapa yang tak nak kan bercuti secara percuma. Lepas tu, lebih dari sekali pulak tu kan.


Best kan! Melawat tempat-tempat menarik di luar negara secara percuma. Kalau kita tunggu duit makan gaji kita, belum tentu kita dapat menjejak kaki ke Eropah. Jadinya, macam mana cara nya untuk GRAB peluang BERCUTI secara PERCUMA ni.

Yeah!!! Senang je...

Yang penting korang kene bertabah habiskan bacaan di entri ini ye...


Percutian ke Italy dan Umrah ini adalah yang terkini yang diberikan kepada semua ahlinya yang layak untuk turut serta percutian PERCUMA ini. WoW!!! Bestnya kan... Disamping dapat bercuti ke luar negara. Dapat pula menunaikan Umrah bagi umat Islam. 

Macam-macam tempat kita boleh lawati. Bestnya.... Cepatlah LeYa... Macam mana caranya ni. Dah teruja sangat ni nak tahu.


Okay... tanpa melengahkan masa lagi LeYa memperkenal #ProjekSTG untuk anda turut serta menyertai bagi yang berminat untuk bercuti secara percuma ini. STG ni stand for Smart Tycoon Group. Satu komuniti yang terbesar di SHOM yang memiliki lebih ratusan ribu ahli dan sudah mencapai 4.3 juta sales setiap bulan. WoW!!! Best kan... 

Apa kaitan STG dengan Percutian Percuma ni?

Setelah anda mengetahui apa itu STG, sudah semestinya anda ingin tahu bagaimana untuk mendapatkan tiket pelancongan PERCUMA tu kan? Jadinya, LeYa sertakan syarat-syarat yang perlu anda ikut sebelum mendapatkan tiket percutian percuma tersebut. 

Step 1: Anda dikehendaki mendaftarkan diri sebagai ahli sebanyak RM50 sahaja

Step 2: Memiliki kecenderungan untuk berjaya

Step 3: Mempunyai akaun FB / Instagram

Step 4: Ada Internet dan Smartphone / Komputer / Tablet

Step 5: Rajin dan Berdedikasi

Apa yang Anda akan Dapat Melalui Program ini?

1) ILMU
2) MENTOR
3) SISTEM
4) Percutian PERCUMA 2-3 kali setahun
5) Bonus setiap bulan
6) Untung Runcit (ikut anda)
7) Produk-Produk Superb dan Terbaik dari ladang

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Projek STG dan dapatkan pelancongan PERCUMA ini, boleh hubungi LeYa di

Contact No: 017-6321680

Jumaat, 16 Disember 2016

Dapat Iklan CPUV Nuffnang Pada Hujung 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Sudah lama LeYa tidak memperolehi Iklan CPUV Nuffnang. Alhamdulillah... rezeki blogging di tahun 2016 ini memberi ruang LeYa untuk terus berkarya dan berkongsi maklumat kepada semua. 

Iklan CPUV Nuffnang

Iklan jenis CPUV ini sangat-sangat diperlukan oleh setiap blogger yang berdaftar dengan Nuffnang. Ianya bergantung pada jumlah pengunjung unik blog walaupun tanpa mengklik iklan. Namun, setiap klik iklan pula merupakan satu BONUS buat kita. Disebabkan itu, iklan CPUV ini kebiasaannya menghasilkan jumlah pendapatan yang tinggi bagi sesebuah blog yang mempunyai trafik blog yang amat baik. 


Jom Klik Iklan CPUV Nuffnang
Pada penghujung Disember 2016 ini, LeYa bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Nuffnang yang sudi memberikan 6 Iklan CPUV Nuffnang yang masih aktif. Pada pembaca di luar sana, janganlah malu dan segan jika terlihat iklan-iklan ini, sudi-sudikanlah kiranya untuk klik ye...
Bukannya selalu pun boleh dapat iklan CPUV ni. Bagaimana nak dapat iklan CPUV? LeYa tiada jawapan untuk persoalan itu kerana ianya adalah rezeki yang dianugerahkan Allah buat LeYa yang sentiasa berusaha keras dalam dunia blogging. hehe... Yang penting, anda kena rajin update entri setiap hari dan rajin-rajin blogwalking ke blog-blog rakan lain. 

Akhir kata, terima kasih Nuffnang yang sudah 8 tahun bersama LeYa dan mempercayai blog LeYa.

Penaja Iklan CPUV Nuffnang: