Jumaat, 25 November 2016

Destinasi Menarik Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Hujung minggu dan cuti sekolah ini rasa seperti nak ke suatu tempat yang indah dan tenang kan. Jadi, LeYa ingin berkongsi kepada semua tentang satu lokasi yang sangat cantik dan sangat unik sekali. Rekaannya seperti berada di luar negara.

Lokasi yang dimaksudkan adalah Masbro Village yang terletak di Paya Rumput, Melaka. Dari Pusat Bandaraya Melaka, hanya kira-kira 7 km ke sini. Ia menampilkan homestay gaya rumah tiga segi yang pasti akan membuatkan anda tertawan dengan keunikan dan kecantikannya.


Cantik kan? Macam berada di Australia pula kan. Teruja kan nak pergi ke sini. Memandangkan esok pun dah bermula cuti persekolahan akhir tahun, boleh lah rasanya bercuti bersama keluarga ke sini.


Pengurusnya, Mazlan Abdul Rahman berkata Masbro Village adalah sebuah perniagaan keluarga, dan nama Masbro adalah gabungan nama adik-beradik pemilik. Inspirasi rumah ini dikatakan mirip Brighton Beach di Australia. 

Yang menariknya di sini, Masbro Village mempunyai bahagian luarnya yang berwarna-warni dengan senibina rumah berbentuk segitiga. Landskap kawasan yang teratur dan kemas juga menampilkan elemen percutian yang menyeronokkan apabila ke sana. Ramai pelanggan sangat berpuas hati dengan keindahan kawasannya dan merasakan seperti berada di luar negara. Beercakap pada bahagian luaran sahaja, pada bahagian dalamannya juga tidak kurang hebat. Susunan perabot yang teratur, kemas dan bersih, amat lah selesa untuk pengunjung bermalam di situ.




Ruang dalaman yang cukup untuk membuatkan kita teruja dan terpesona. Sangat selesa dari sudut pandang mata kita. Best kan... Terasa macam nak ke sana je sekarang ni. Nak menikmati keindahan seperti gambaran di atas. 


Ibu-ibu dan Ayah-ayah yang mempunyai anak-anak dan mungkin merancang untuk membawa mereka bercuti, dan tidak tahu tempat yang hendak dituju, Jom ke MasBro Village ini. Pasti mereka akan teruja dan seronok bercerita pada rakan-rakannya bila buka sekolah masuk tahun baru nanti!

Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi:

MasBro Village
Alamat :-
MasBro Village Paya Rumpun,
Batu 7, Paya Rumpun,
Melaka.
(berdekatan dengan Tesco Cheng Stadium Hang Jebat)

GPS Coordinate : N2.28651, E102.2135
No. Telefon :-
Booking : 013-313 6872 (Mazlan)
Check in : 012-370 4038 (Shah)
Facebook : MasBro Village

 

2 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com