Jumaat, 4 November 2016

Destinasi Hujung Minggu di Port Dickson

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Hai korang... Korang semua sihat tak? LeYa nak story sikit kisah yang berlaku minggu lepas. Alkisahnya LeYa dan suami a.k.a. Otomen a.k.a. Faizol balik kampung LeYa di Port Dickson. Kampung ker??? Bukan parents LeYa stay Taman Perumahan ker?? hehehe... Alaa... baru nak fefeeling balik kampung ni... Boleh la kan...

Hujung minggu di Port Dickson, sebenarnya banyak aktiviti boleh dilakukan di sana. Ditambah lagi Port Dickson adalah pusat pelancongan yang terkenal di kalangan para pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara. 


Lebih kurang selepas waktu Asar pada hari Ahad, LeYa dan Otomen berjalan-jalan hingga ke Bandar Port Dickson untuk mencari tempat makan. Teringat satu kedai / warung makan di tepi Pantai Batu 1, kami bergegas ke sana. Dah lama rasanya tak makan di kedai itu. Walaupun kedai makan nya tidaklah mewah seperti restoran, tetapi makanan yang dihidang sangat enak sekali.

 
Menu yang menjadi santapan petang kami hari itu adalah Nasi Goreng Udang & Nasi Goreng Cili Api (yang berasap punggung bak kata Otomen). Udang yang dihidangkan dalam nasi goreng tersebut besar-besar dan banyak juga terdapat di dalamnya. Manakala hidangan makanan LeYa, Nasi Goreng Cili Api nya juga boleh tahan pedas dan sedap. Baru betul kaw macam ni kan.. hehehe... Minuman yang kami pesan hanyalah yang biasa-biasa saja, sekadar untuk membasahkan tekak yang haus.

 
Usai makan, kami berjalan ke sekitar Bandar Port Dickson. Dan, kami terhenti  di PD Waterfront untuk menikmati suasana petang di sana. Menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Sungguh mempersona sekali dirasakan. Hilang rasa penat dan serabut di waktu kerja di bumi Cyberjaya. Menghirup udara nyaman sambil melihat pengunjung yang semakin ramai singgah ke situ. Terselit jua perasaan bangga kerana ramai pelancong tertarik untuk datang ke tempat kelahiran LeYa.


Gambar hiasan diambil dari Mr. Google
Penat berjalan-jalan menikmati pemandangan di sana dan telah membawa kami untuk masuk ke Starbucks berdekatan bagi  merehatkan badan dan minum-minum di sana. Kali ini, LeYa memesan untuk Hot Caramel dan Otomen pula seperti biasa dengan Cappucino nya. Minum-minum di ruangan atas sambil memerhatikan lagi suasana tepi pantai yang penuh dengan pengunjung sedang menjalankan aktiviti bersama keluarga.



Seperti keletihan muka LeYa kan... Walhal baru sahaja lepas makan Nasi Goreng Cili Api. Mana tak penatnya, lepas makan sahaja, terus pusing-pusing ronda PD Waterfront. Memang lah penat kan. Perut tengah penuh.. hehehe... Sungguh menyelerakan sekali LeYa menyedut minuman Hot Caramel tanpa pandang kiri kanan lagi.


Gambar hiasan diambil dari Mr. Google
Okay penutupnya, LeYa pulang ke rumah lebih kurang jam 6.30 petang untuk mengejar waktu solat Maghrib. Alhamdulillah.... Sekali sekala spend time dengan orang tersayang di hujung-hujung minggu ini memang suatu perasaan yang indah sekali. 

6 ulasan:

  1. Rindu nak pergi port dickson, dulu selalu pergi sana hehehehe, melawat buah hati,cewah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom3x..dtg sini.. Xde tmpt tido,.meh tido umah leya..hehe

      Padam
  2. Mengancam betul nasi goreng leya tu...

    BalasPadam
  3. Dapat lepak santai berdua mcm ni mmg seronok.... Lagi2 tepi pantai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Hilangkan penat badan setelah weekday bekerja

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com