Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Lama sudah LeYa tak update kisah di blog ini. Pada 23 Julai lalu, rumah LeYa dikunjungi sanak saudara dari sebelah suami. Riuh-rendah dari Hari Jumaat malam membuatkan LeYa tidak kering gusi ketawa dan melihat gelagat masing-masing sedang bercerita.
Lama juga LeYa berkeinginan untuk meriahkan suasana rumah LeYa yang setiap hari hanya LeYa dan suami yang menemani di setiap ruang rumah kami. Menjelang pagi, rumah kami sunyi sepi tanpa hiruk pikuk suara televisyen dan suara suami menjerit ketika menonton perlawanan bola.. hehe... Ke manakah kami pergi ketika pagi? Sudah tentunya mencari rezeki untuk sesuap nasi dan kos-kos perbelanjaan rumah yang lain.
Sipu-sipu malu ye Busu...
Alhamdulillah, pada hari Jumaat sehingga Ahad itu, rumah LeYa dihuni sanak saudara. Suara kanak-kanak riang bermain sesama mereka. Masih di mood raya ketika itu, LeYa menghulurkan bunga api untuk mereka bermain diluar rumah. Terpalit kegembiraan di setiap wajah mereka.
Keluarga bahagia...
Dipendekkan cerita, penat-penat mereka sampai jauh ke sini, LeYa dan suami, Mr. Otomen Taro membawa mereka pusing-pusing Putrajaya dan Cyberjaya, melihat keindahan kawasan di sana. Kami sempat melawat ke Tasik Cyberjaya, Taman Botanikal Putrajaya dan juga Taman Saujana Hijau Putrajaya.
Otomen dengan lagak aksinya yang macam-macam
Penat berjalan dan pusing-pusing ke kawasan sekitar, merakam gambar kenangan untuk disemadikan dalam album kenangan keluarga. Reaksi saudara mara LeYa kelihatan riang gembira ditambah penat kerana seharian berjalan meneroka panorama alam.
3 Dara Pingitan... Auuuuwwwww...
Reaksi yang ditunjukkan kami sempat dirakam dan dipaparkan di blog kesayangan milik LeYa hari ini.
Nak melompat tak jadi...hehe...
Mr. Otomen Taro beraksi lagi
Anak buah sulung di sebelah suami, Nur Khayisyah turut merasai keseronokan di sana
Keluarga Mak Busu yang sangat happening
Apakah ini.....
Kawasan sekitar di Taman Saujana Hijau, Bahagian English Garden
Bermain air di taman...
Berlatarbelakangkan rumah-rumah kediaman
Haaa....penat...
Di dalam Astaka Morocco di Taman Botanikal
LeYa dan Otomen
Emak mertua ku...
Abah dan Emak Mertua melayan kerenah cucunya...
Sekian sahaja untuk kisah LeYa pada petang ini... Sehingga bertemu lagi dilain waktu. Semoga para pembaca diluar sana dilimpahi rezeki dan berbahagia disamping keluarga tersayang.
lama tak ke putrajaya. bestnya :D
BalasPadam