Ahad, 17 Julai 2016

Minuman Gelas Besar Hanya RM1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seperti yang kita tahu, viral sudah dengan kisah Gelas Besar hanya RM1 di Merlimau Point. Memang tidak dinafikan dari pemilik restoran, Syukur Dollah; 39 tahun yang menyajikan hidangan air gelas besar dengan harga RM1 dan air buah-buahan dengan harga RM2. Ia menjadi tarikan sejak 10 tahun yang lalu apabila orang ramai datang makan di Medan Selera Merlimau Point di sini. Menurut beliau lagi, antara hidangan air yang paling popular adalah berperisa anggur sama ada dicampur susu sejat  atau laici yang dijual dengan harga RM1 dan RM1.50.


Berdekatan dengan tempat belajar, Politeknik Merlimau, para pelajar di sini yang kita sedia maklum kadang-kadang di kalangan mereka ini bukanlah mempunyai wang yang banyak. Jadinya, dengan adanya kedai makan yang menydiakan Air Minuman Gelas Besar dengan harga yang murah membuatkan mereka berasa puas meminumnya.

Sehingga kini, beliau masih mengekalkan tradisi dengan minuman gelas besar dan harga yang murah. Alhamdulillah, syukur kerana memperolehi peniaga seperti Syukur Dollah yang tahu akan kehendak pelanggan yang kurang berkemampuan untuk merasai penangan dan kehebatan gelas besar yang sedang viral kini, terutama buat pelajar-pelajar yang berada di sekitar itu. 


Didoakan agar, Pakcik Syukur itu dilimpahi rezeki berlipatganda dan dipermudahkan segala urusan kerana turut membantu memudahkan urusan orang lain.

3 ulasan:

  1. Mengkagumkan! Semua benda sdh naik harga sjk harga petrol naik bbrp thn lepas, tapi harga minuman di kedai Syukur Dollah ni tetap sama. Semoga beliau sentiasa murah rezeki.

    BalasPadam
  2. wah murah rezeki betul...mudahan makin maju perniagaannya

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com