Selasa, 5 April 2016

Karnival PeaceYall.FM di Dataran Ayer Keroh Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Buat julung kalinya radio online yang berkonsepkan radio interaktif pertama di Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Dato' AC Mizal akan mengadakan karnival secara besar-besaran buat para peminat setia Peaceyall.fm seluruh Malaysia.


Untuk jelajah Malaysia yang pertama, Karnival Peaceyall telah diadakan di Dataran Ayer Keroh, Melaka pada 02 & 03 April yang lalu. LeYa dan Otomen turut berkesempatan memeriahkan Karnival Peaceyall di sana. 

Karnival Peaceyall ini telah memperlihatkan satu kelainan daripada karnival yang pernah diadakan sebelum ini, di mana ia membawa konsep santai dan riadah. Ia amat sesuai untuk seisi keluarga berkumpul bersama-sama turut serta di Karnival Peaceyall dengan menyertai aktiviti yang diadakan di situ. 

Dato' AC Mizal juga telah membawa lebih 150 usahawan jelajah Malaysia untuk mempromosikan produk-produk mereka ke seluruh dunia dengan kos yang rendah dan impak yang maksimum. Dengan kerjasama OMGFest Venturespelbagai aktiviti menarik telah dirancangkan seperti ujibakat mencari VJ Peaceyall.FMpermainan kanak-kanak, persembahan menarik dari VJ dan selebriti dan semestinya dari Dato AC Mizal sendiri.

LeYa bersama Kartunis Ubi
LeYa & Otomen bergambar bersama Dato' AC Mizal
"Enjen is Lejend". Raja Azrey turut memeriahkan Karnival Peaceyall
Ajak Shiro & Adi Putra berentap tenaga..hehe...
Urusetia di Merchandise Karnival Peaceyall
Antara koleksi cenderahati Skoolastik dan Dato' AC Mizal
Kemudian, LeYa berkesempatan juga ke RoadShow Gempak Dato' Aliff Syukri di Mydin MITC, Melaka. Dato' Aliff yang juga membuat rondaan jelajah Malaysia bersama produk D'Herbs Terlajak Laris telah singgah ke Melaka pada hari Ahad 03 April.
Terlajak larissss..... LeYa bersama Dato Aliff Syukri

1 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com