Khamis, 31 Mac 2016

Mandi Manda Air Terjun Sagil, Gunung Ledang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Musim panas El Nino ini ramai mencari tempat mandi yang boleh menyejukkan badan. Jom, LeYa tunjukkan anda satu tempat ke Air Terjun Gunung Ledang yang terletak di Daerah Tangkak, Johor. Terkejut LeYa tengok apabila kawasan ini telah terjaga persekitarannya dan semakin ramai yang sudah tahu akan kewujudan Air Terjun di sini.

Kali terkhir LeYa ke Air Terjun Gunung Ledang semasa belajar di IPT, pergi bersama saudara mara. Tempat ini adalah tempat yang nyaman dan sejuk untuk menenangkan diri. 


LeYa dan keluarga ke sini bagi menikmati air sejuk dalam keadaan cuaca panas terik kini. Alhamdulillah, kelihatan fasiliti yang ada masih kekal sama seperti kali terakhir LeYa ke sini. Malah, ia telah ditambahbaik lagi bagi menampung kapasiti pengunjung yang datang. Jadi, Air Terjun Gunung Ledang bukan sahaja tempat yang sesuai untuk aktiviti hujung minggu bersama keluarga, berkelah dan mandi-manda tetapi juga boleh dilakukan aktiviti reunion, perkhemahan, kem bina semangat dan jungle trekking.

Lokasi

Lokasi Air Terjun Gunung Ledang ini terletak dalam kawasan Sagil dan tidak jauh dari Pekan Tangkak, Johor. Pengunjung yang ingin ke sini boleh sahaja memandu kenderaan sendiri atau mengambil teksi terus ke tempat lokasi. Pengunjung yang datang dengan kenderaan sendiri ada disediakan tempat letak kereta. Kemudian, dari situ anda perlu berjalan kaki menuju ke kawasan air terjun untuk mandi-manda.

Riang ria sanak saudara mandi

Harga Tiket

Jangan terkejut di mana di sini juga dikenakan bayaran masuk. Bayaran yang dikenakan cuma RM2.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak. Manakala tempat parkir kereta dikenakan bayaran sebanyak RM3.00 (jika tak silap laa...).

Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Air Terjun Gunung Ledang

Antara aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan di sini ialah:
  • Perkhemahan
  • Jungle Trekking
  • Kem Motivasi Pelajar
  • Mandi-Manda
Jika anda ingin melakukan aktiviti seperti di atas, anda perlulah mendapatkan kebenaran dari pihak Resort Gunung Ledang. 



 

Kemudahan

Pengunjung tidak perlu risau kerana di sini terdapat kemudahan yang selesa untuk digunakan. Antaranya tandas dan bilik persalinan pakaian bagi pengunjung yang datang hanya untuk aktiviti hujung minggu. Selain itu, terdapat juga surau berdekatan dengan kawasan Air terjun Gunung Ledang ini. 

Penginapan

Jika anda bercadang untuk bermalam di sini, ada juga disediakan resort di dalam kawasan Air Terjun Gunung Ledang atau boleh juga menginap di hotel di kawasan Tangkak. 

Alamat:
Gunung Ledang Resort,
Batu 28, Jalan Segamat,
84020 Sagil, Tangkak, Johor.

Hubungi:
ledang@tm.net.my
Tel: +6 06 - 977 2888
Fax: +6 06 - 977 3555

LeYa kelaparan setelah puas bermandi-manda

Kebersihan yang dijaga baik membuatkan kawasan air terjun ini bersih dan nyaman. Jagalah kebersihan alam sekitar kita. Hargailah flora dan fauna yang berada di negara kita. 


2 ulasan:

  1. Wah!! Da lama tk pergi! Bestnya. Cx suka mandi dkt ats. Huhu

    BalasPadam
  2. Waaaa.. Bestnya. Memang sesuai dengan cuaca yang panas sekarang nih.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com