Rabu, 20 Januari 2016

Wordless Wednesday #1: Kebahagiaan Suami Isteri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ini merupakan "Wordless Wednesday" yang pertama untuk Tahun 2016. Memandangkan pada tahun-tahun sebelumnya LeYa tidak mencatatkan bilangan atau jumlah entry mengenai Wordless Wednesday ini. hehe...

 

 

"Adapun wanita-wanita yang solehah itu ialah wanita-wanita yang patuh (taat) & memelihara kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya sebagaimana Allah telah memelihara mereka." (An-Nisa:34)

"Keharmonian, kebahagiaan, ketenangan, sakinah, mawaddah & rahmah."

"Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Khamis, 14 Januari 2016

MovieReview: Bajrangi Bhaijaan (2015)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


MovieReview: Bajrangi Bhaijaan (2015) | Filem yang tengah hot di pasaran online yang sedang ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Ramai betul tercari-cari link untuk download filem ini. 

Tak kurang juga LeYa. Kisah yang banyak pedoman dan sedih ini memberi erti buat LeYa menontonnya. 

Sinopsis Bajrangi Bhaijaan
Sebuah filem Drama Bollywood yang mengisahkan tentang seorang gadis Pakistan yang berada di India dan tidak boleh melintasi sempadan untuk pulang ke rumahnya di Pakistan. Kemudian, muncul seorang jejaka India, Pavan yang pemurah dan baik hati untuk membantu beliau menghantarnya pulang ke Pakistan. Dalam masa yang sama, Pavan membantu menyatukan hubungan kekeluargaan gadis itu. Pastinya, banyak masalah yang akan terjadi dalam mengharungi segala onak dan duri sepanjang mereka tempuh liku-liku kehidupan ke sana. Saksikan filem drama bollywood ini secepat mungkin. Hehe...😁

Review Filem Bajrangi Bhaijaan (2015)
Sebuah filem Bollywood berGenre Drama, terbitan Kabir Khan dan dibintangi oleh Salman Khan dan Kareena Kapoor yang telah ditayang pada Aidilfitri tahun lalu.

Details Filem:
Genre : Drama
Terbitan : Kabir Khan
Production : Eros International & Salman Khan Film
Pelakon : Salman Khan, Kareena Kapoor, Nawazuddin Siddiqui
Negara : India
Duration : 154 minit (2jam 34minit)

Link untuk Download/Watch Online Movie Bajrangi Bhaijaan.
http://embedrip.com/?p=225 

Download subtitle juga di sini
http://subscene.com/subtitles/bajrangi-bhaijaan

Semoga anda terhibur dengan filem drama Bollywood ini. 😊😊

Rabu, 13 Januari 2016

Review: Restoran Volcano Shabu Shabu Shaftbury Cyberjaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lama sungguh LeYa menyepikan diri dari dunia blogging. Tidak terlambat untuk LeYa post entry di Tahun Baru 2016 ini memandangkan masih berada di bulan Januari. 

LeYa Blog

Kisahnya bermula pada Disember lepas di mana di pejabat LeYa akan mengadakan satu Majlis Perpisahan buat seorang rakan yang akan berpindah kerja ke tempat lain. Teruja bila mendengar pilihan tempat makan yang berada di Cyberjaya yang jarang-jarang sekali LeYa untuk pergi ke sana. Sorang my friend LeYa bagitahu yang kami akan makan steamboat di satu kedai yang terletak di Shaftbury Square, LeYa mula terasa gedik santai dan melonjak-lonjak untuk pergi. Ntah pape lah LeYa ni kan. Macam mana lah nak kurus kalau makannya sedap-sedap. 

Okay done cerita pasal kekurusan LeYa itu. Dan kami pun pergi menjamu selera di Restoran Volcano Shabu Shabu yang terletak di Shaftbury Square, Cyberjaya. Restoran ni berada di tingkat 3. Senang sangat lah nak jumpa. Naik saje kat tingkat 3, restoran ni berdekatan dengan escalator tengah. Tempat yang sangat kondusif dan selesa. Kalau tak silap LeYa, restoran ini juga terdapat di cawangan lain.


Di sini, anda akan disediakan dengan setiap seorang dapur dan periuk masing-masing. Tak perlu risau untuk berebut-rebut dengan kawan-kawan. Anda pilih, Anda sendiri yang masak dalam pot yang panas itu. Kemudian, keluarkan dan makan. Owh ye... sebelum terlupa, anda juga boleh membuat pilihan sup seperti tomyam, chicken or mushroom. Sambal atau sos cicah yang warna hitam itu adalah sambal yang paling sedap dan superb. Tapi, kalau agak rasa tak tahan pedas, silalah ambil pencicah yang lain ye. hehe... 


Kat atas ni adalah beberapa jenis sos pencicah yang boleh anda sendiri pilih. Rasanya juga boleh lah tahan sedap. Yang pedas-pedas sedap. Yang ala-ala thai pun sedap. Senang cerita memang semuanya sedaplah. 

Kemudian, kita order pula set makanan. Pilih sahaja set makanan beraneka jenis. Chicken, Beef, Vegetarian and Mix, Seafood and banyak lagi. Anda pilih sahaja ikut citarasa anda. Lepas tu lagi, setiap set dilengkapi pula dengan aneka noodle pilihan masing-masing (meehoon, yee mee, mee).

LeYa Blog

LeYa Blog

LeYa Blog

Sangat-sangat lah puas hati dengan layanan dan jenis makanan yang disediakan. LeYa memang suka makan steamboat di Volcano Shabu Shabu ni. Rasa nak datang lagi je bawa family pula... Bagi yang berminat dan berkesempatan untuk turut merasai steamboat yang sangat best ni, boleh la pergi ke

Tingkat 3, Restoran Volcano Shabu Shabu
Shaftbury Square, Cyberjaya

Facebook Volcano Shabu Shabu @ Shaftbury Square