Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Kali ini LeYa nak review lah sikit filem yang akan ditayangkan pada keesokan hari. Filem muzikal/ngeri berjudul "Mirip" lakonan Fezrol Khan, Ezzaty Abdullah, Reen Rahim dan ramai lagi.
Tidak pasti adakah LeYa turut berkesempatan untuk menonton filem ini diwayang esok. Namun LeYa hanya mampu memberi sedikit perkongsian dan idea untuk anda semua yang mungkin tiada aktiviti pada keesokan harinya dengan pergi menonton wayang bersama teman-teman atau yang tersayang.
MIRIP
Tarikh Tayangan : 5 November 2015
Genre : Muzikal / Ngeri
Pengarah : Jokin
Pelakon : Fezrul Khan, Ezzaty Abdullah, Reen Rahim
Tarikh Tayangan : 5 November 2015
Genre : Muzikal / Ngeri
Pengarah : Jokin
Pelakon : Fezrul Khan, Ezzaty Abdullah, Reen Rahim
SINOPSIS
NIK yang duduk di Melaka merupakan seorang penyanyi dan menyara
hidupnya dengan pendapatan yang diterima daripada nyanyiannya. Nik telah
kehilangan kedua ibu bapanya dan satu-satunya harta yang telah
ditinggalkan oleh ibunya untuk dia adalah muzik. Ibunya merupakan
seorang pemain alat muzik klasik wayang kulit. Buat masa ini, Aishah dan
keluarganya merupakan segala-galanya untuk Nik. Aishah mempunyai
kepercayaan yang tinggi terhadap bakat Nik dan berazam untuk membawanya
ke persada dunia.
Pada suatu hari Nik menyelamatkan hero Irwan yang juga merupakan
seorang penyanyi sepertinya di Bandar. Irwan juga merupakan seorang yang
kaya-raya dan mempunyai bilangan peminat yang besar. Pada satu hari
Irwan mendapat tahu bakat Nik. Selepas itu Irwan mengajak Nik supaya
mengikutnya dan berjanji akan menjadikkannya seorang yang popular.
Disebabkan Nik tak dapat berpisah dengan Aishah dan kampungya, dia
menolak ajakkan Irwan. Namun Aishah berjaya menghantarnya bersama Irwan.
Nik pun ikut sekali dengan Irwan. Setelah sampai di bandar, Irwan
meninggalkan Nik kepada seorang wanita, iaitu Wilma yang merupakan
jurulatih muzik dan juru fesyen untuk mengubah personalitinya.
Wilma telah pun mengubah personaliti Nik dan memberi kata-kata
semangat kepadanya. Nik mengambil semua kata-kata Wilma. Kemudian Irwan
membawa Nik ke rumahnya.
Nik tiba-tiba teringin jadi orang kaya dan bisikan hatinya berkata
impiannya boleh tercapai jika dia mengambil alih tempat Irwan. Adakah
Nik akan mendengar bisikan hatinya? Apakah tindakan Nik untuk mencapai
niatnya?
dok penah dengar nama movie ni ngeh3..
BalasPadampestime ni.. nama retis2 tu pun dok kenai..
heee..