Jumaat, 10 Julai 2015

Kad Raya Dari Emas Putih dan Sheda Ucu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Salam Ramadhan juga buat semua umat Islam. Sekejap sahaja Ramadhan akan berlalu pergi meninggalkan kita. Pantas sahaja waktu berlalu sekarang ni..

Alhamdulillah... minggu ni LeYa pulang ke rumah ibu ayah LeYa di PD. Lama betul rasanya tak balik rumah sendiri ni.. hehe... Almaklumlah sekarang kena dibahagi dengan tiga rumah. Rumah ibu ayah di PD, rumah mertua di Melaka dan rumah sewa sendiri di Cyberjaya. Kadang-kadang suami akan bali ke sana. Jadi, sebab itu LeYa tak balik ke PD mahupun Melaka.

Kad Raya

Sesampai sahaja LeYa di PD, LeYa menuju ke ruang kamar kesayangan LeYa dan perhatikan ada dua pucuk surat di atas meja komputer. LeYa membukanya dan mendapati Kad Raya dari dua orang blogger terkenal iaitu Emas Putih a.k.a. Uzu dan Sheda Ucu. Sangat teruja dapat menerima kad raya dari mereka. LeYa pasti korang dah pun kenal dengan mereka berdua ini.

 Emas Putih a.k.a. Uzu
Header blog Uzu. Nak tahu lebih details boleh klik pada gambar untuk ke laman blog beliau. 

Sheda Ucu
Ini pula kisah Sheda Ucu. Beliau ni sangat kreatif. Beliau menjalankan perniagaan merekabentuk laman blog, t-shirt dan banyak lagi. Boleh layari blog beliau untuk kenali lebih rapat.


Kenapa LeYa suka dan teruja dengan kad raya? 

LeYa rasa lebih meriah raya ni kalau kita terima kad raya dari SMS/Whatsapp yang hanya di copypaste dan di hantar semula oleh semua kenalan. Melalui kad raya, kita sendiri yang akan tulis di ruangan pada kad itu. Dan kita juga boleh simpan seberapa lama kad-kad raya dari kawan-kawan kita. Tidak seperti message2 pada telefon kita. Apabila kita rasakan memory sudah berat, dengan automatiknya kita akan clear kan semua data termasuklah message raya yang baru sahaja kita dapat sebentar tadi. Dan ketika itu baru tersedar yang kita langsung tiada kenangan manis atau memori indah bersama coretan raya dari rakan-rakan. 

Khamis, 9 Julai 2015

Seminggu Lagi Nak Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seminggu lagi kita umat Islam akan menyambut Aidilfitri yang akan kunjung tiba. Sudah pasti kaum ibu sibuk menyediakan persiapan raya, bertungkus lumus mengemas rumah, membuat pelbagai aneka kuih raya dan membeli pakaian baru untuk anak-anak yang akan dipakai di pagi raya nanti. Wahhh....seronoknya dengar kan. Meriah je rasa bila Aidilfitri menjelang kan. Memang seronok bila bercerita mengenai persiapan raya ni. Pasti panjang berjela kalau dikisahkan di sini.

Salam Aidilfitri

Alhamdulillah, tahun kedua LeYa beraya bersama suami tersayang dan pada tahun ini LeYa akan beraya di kediaman ibu dan ayah LeYa di Port Dickson. Hoooyyeeaahhh... balik kampung sendiri...

Berbaki 7 hari lagi Ramadan ini, jom kita sama-sama tambahkan Iman di dada, perbanyakkan amalan kebaikan, hindari segala perilaku buruk, mohon ampun maaf sekali lagi jika ada melakukan kesilapan terhadap semua orang. Dan jangan lupa tunaikan kewajipan kita bagi yang mampu untuk berzakat. Raya dah nak dekat ni....

Selamat Berpuasa dan Salam Aidilfitri dari LeYa. 

******************************************

Nota Kaki:-
"Mengisi ruang kamar yang sepi tika malam ini, LeYa mendengar perlahan lagu-lagu yang berkumandang di Suria.fm. Tatkala lagu sedih dimainkan hati sayu bila mengenangkan diri jauh di perantauan. (Macam lah jauh sangat...hehehe...)"

Jumaat, 3 Julai 2015

Duit Raya RM50 Dari Cik EN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Wahhhh.... sana sini sibuk mengadakan giveaway sempena Hari Raya ni. Tahniah LeYa ucapkan kepada blogger yang menganjurkan giveaway untuk blogger-blogger baru dan juga yang lama kerana masih belum berjaya mencari nama di dunia blogging ini. Di kesempatan dan di awal pagi sahur ini, LeYa teruja untuk mengikuti sama perkembangan dalam arena GiveAway yang sedang rancak dlakukan oleh para blogger dengan memberi pelbagai hadiah-hadiah yang lumayan kepada para peserta. 

Jom semua kita support blogger. Kita join giveaway ini ye. 


Giveaway dari Cik EN yang sedang hangat berlangsung dan akan tamat pada hari ini juga jam 12.00 tengah hari... Hehe... masih sempat lagi LeYa join di awal pagi Jumaat ni kan.. Pemenang bertuah akan memenangi duit raya dari Cik EN bernilai RM50 dan juga hadiah sampingan buat peserta lain yang telah mendapat tempat di hati Cik EN sebagai para pemenang seterusnya.

HADIAH

Hadiah Utama : Duit Raya rm50
10 Hadiah saguhati : Kad Raya 2015 Cik EN
yang lelain akan dimasukkan bloglist dan sesiapa yang bertuah akan cik en review dan diberi keutamaan pada blog yang follower bawah 1000.

SYARAT
  • Terbuka blogger di MALAYSIA 
  • Follow blog ini dan page cik en kat SINI
  • Buat Entry Bertajuk "Duit Raya RM50 Dari Cik EN" dan Copy Kad Raya Cik EN kat atas itu dan linkkan ke entry ini
  • Pastu pastekan link entry yang dah dibuat di komen entry ini.
  • Untuk peserta di syaratkan mempunyai akaun MAYBANK, CIMB atau AMBANK sahaja (untuk transfer duit raya.. yeppii)
  • Tarikh Tutup 3 Julai 2015 ( jam 12.00 tengah hari)

INFO TAMBAHAN
  • Duit Raya akan di beri selewat-lewatnya 9 Julai 2015
  • Kad Raya akan di pos selewat-lewatnya 9 Julai 2015 
  • Bloglist pula akan dibuat pada 9 Julai 2015 
  • Review pula akan dibuat juga pada entry bertarikh 9 Julai 2015
  • Kesemua (kecuali review) akan dibuat melalui random di random.org