Selasa, 30 Jun 2015

Hilangkan Parut Dengan Mudah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Parut!!! Oh Tidakkk!!! LeYa benci dengan kesan parut di kaki mahupun di mana sahaja di anggota badan. Kerana parut setitik, rosak mood LeYa sehari.. hehehe... (peribahasa baru dari LeYa). 

Parut adalah kesan atau bekas luka di anggota badan kita tidak kira terkena melalui kesan jahitan selepas kemalangan, parut jerawat dan juga terjatuh basikal. Pendek kata, parut merupakan kesan luka yang nampak di anggota badan kita yang mungkin membuatkan kita berasa rendah diri untuk berhadapan dengan masyarakat luar. Kesan parut ini amat mendalam. Bertahun-tahun lamanya telah terpalit di anggota tubuh badan kita. Bertahun lamanya ia telah serasi bersama. Tidak tahu cara atau kaedah penyelesaian untuk menghilangkan kesan parut yang tertinggal itu.


Kini, tidak lagi. Dengan terciptanya formula-formula ubatan yang mampu menghilangkan kesan parut, kita akan lebih senantiasa ceria dan tidak lagi merasa rendah diri untuk berhadapan dengan semua orang. 


1) AZANIS SCAR SERUM



Azanis Scar Serum | Satu produk yang kini mendapat nama di mata masyarakat untuk menghilangkan parut di tubuh badan kita. Parut bertahan lama akan hilang dalam masa sebulan. Antara produk-produk parut yang ada masa kini, Azanis Scar Serum adalah paling terbaik buat masa ini. Produk Azanis ini terlalu berkesan dan dapat menghilangkan kesan parut seawal 3 hari sehinggakan ramai pembeli 'repeat order' untuk mendapatkannya semula. Sangat-sangat berbaloi dan harga yang murah serta berpatutan untuk dimiliki. 

  •  ΚΕЅΑΝNYA ЅΕΑWΑL 3 ΗΑRΙ !
  •  Βеrkеѕаn ѕаngаt untuk раrut JERAWAT.
  •  ЅΤRΕΤСΗ ΜΑRΚЅ di Pеrut, Pеhа, Dаdа DLL.
  •  ΚΚΜ Νо. (ΝΟΤ150301588Κ) dаn Dіуаkіnі Ηаlаl.
  •  Βоlеh раkаі ѕоlаt.
  •  Βuаtаn Μаlауѕіа, kіnі mеndараt реrmіntааn tіnggі dі luаr nеgаrа.
Caranya sangat mudah untuk digunakan. Hanya dengan sapukan Azanis Scar Serum secara membulat pada kesan parut kita, dan lihat sendiri akan hasilnya. Cream Azanis Scar Serum ini digunakan sebanyak 2 kali sehari untuk menghilangkan kesan yang optimum dan menyingkirkan parut yang lama pada kulit muka dan badan. 


Formula yang dicipta khas ini memang bersesuaian dengan jenis kulit seperti berikut:-

• Kulit berminyak
• Kulit berjerawat bengkak dan bernanah.
• Kulit Kemerahan (Hypersensitive Skin)
• Mereka yang pernah pakai produk yang mengandungi Hydroquinon & Merkuri kerana lapisan Asid Matel kulit telah terhakis (Kulitnya sudah nipis)


Antara Kandungan yang terdapat dalam Azanis Scar Serum adalah:-

OIL BASE
Paraffinum liquidum
Bisabolol
Triisononanoin
Cetearyl ethylhexanoate
Isopropyl myristate
Glycine soja oil
BHT
Helianthus annuus seed oil

BOTANICALS
Calendula oil
Rosemary oil
Lavender oil
Chamomile oil

VITAMIN
Vitamin E

Testimoni Pelanggan atau Pembeli terhadap Cream Azanis Scar Serum


Testimoni Pembeli
Customer yang sambung belajar di Sydney membeli tambahan produk Azanis untuk dibawa ke sana.

Harga
1 Kotak RM65 SM
1 Kotak RM70 SS



2) MEDERMA






Mederma | Terbukti secara klinikal dapat menghilangkan parut yang ketara di tubuh kita. Ia merupakan rawatan parut yang terkemuka di dunia selama lebih 10 tahun. Bagi mendapat kesan yang baik, sebaiknya disyorkan menggunakan ketika parut luka tertutup atau jahitannya sudah tertanggal. 

Harga 
20 g = RM39.50
50 g = RM74.50


3) BIO OIL 



Apa Itu Bio Oil? Apa pula kegunaannya? 
Bio Oil juga ubat untuk rawatan kulit yang membantu memperbaiki semula kulit agar kelihatan lebih licin dan lembut. Jadi, tidak ada lagi masalah kepercayaan diri yang rendah. Bio Oil merupakan "dry oil"  yang dengan cepat dapat menyerap dan membuat kulit kita tidak berminyak.

Keistimewaan bio oil
1. Hasil yang terbukti secara klinikal2. Vitamin A dan E3. Minyak Kalendula, Lavender, Rosemary dan Kamomil4. Tidak berminyak dan penyerapan yang cepat5. Sesuai untuk kulit yang sensitive6. Tiada pengawet7. Halal

Harga
Sebotol = RM35.00


Kesimpulannya, LeYa mencadangkan produk Azanis Scar Serum adalah produk yang patut korang miliki. Dari pembacaan LeYa dan testimoni pelanggan, sangat terbukti cream Azanis Scar Serum mampu menghilangkan kesan parut dengan cepat dan mengembalikan kulit kelihatan licin dan lembut dalam masa yang singkat. Untuk keterangan lanjut mengenai produk Azanis Scar Serum ini, LeYa mengalukan kedatangan korang semua untuk melayari laman web http://www.azanis.my/.




Ahad, 28 Jun 2015

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100.

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.

giveaway efg mega raya 2015

{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

SEO


RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang


RM100 x 1 pemenang


RM100 Cash x 25 pemenang

Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015



Syarat-syarat wajib :


1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

2. Follow blog sponsor

4. Follow Instagram

5. Add facebook
6. Follow G+
7. Like facebook page
Helenz Signature Official

K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif
Exchangefeedgroup
irrayyan.com Official FB

Arzmoha
Nik Ainaa
Amy Si Gadis Weird
Rahim Aim Channel

AIN Dramatic Uniq Blog

ShamieraOsment.com
CikGu NoraZimah
YanieYusuf
syirasophie.blogspot.com
Chenta Hati Saya
Diari Jejaka Hangat
Kumahuitu.blogspot.com
Official Pages "Qaseh Ku"
Shahira's blog
Akif Imtiyaz Official Blog
Isolabellaz
Eny Abdullah Cooking & Photography
PowergolD.BiZ
Papaglamz
MMD One Stop Centre
P.C.L
Blog BingkisanHati
Cikk mimin mera
Shaklee House Pantai TIMUR
Zulls Grill N Spices
Nota Purba
Nukilan Reena
Mia Zain
Kanvaskehidupanku
Mommy Yoorin
Sayidahnapisahdotcom
safuraonlinediary
Anajingga
Bicara Mummy
Aku Penghibur [dot] com
SIpanjangkata Likers



GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

di sponsor oleh


Madeena Skincare by Helenz Signature Sponsor Giveaway EFG Exchange Feed Group Mega Raya 2015
Madeena Skincare by Helenz Signature
dan






EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK




Jumaat, 26 Jun 2015

Freeletics - Sukan Untuk Kurus dan Sihat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pernah dengar tentang sukan Freeletics? Apa itu Freeletics? Freeletics adalah sukan yang menggunakan berat badan sebagai beban dalam satu sesi senaman. Freeletics berasal dari Jerman pada tahun 2012. Ramai rakyat Jerman telah berjaya melakukan perubahan bentuk badan dengan melaksanakan senaman freeletics. Ia amat sesuai dilakukan oleh semua golongan tidak kira muda ataupun tua.


Kelab Sukan Kecergasan Freeletics

Mohd Firdaus Ishak juga merupakan President/Club Founder bagi Kelab Sukan Kecergasan FreeleticsBeliau yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini bergiat aktif dalam sukan freeletics sejak tahun 2014. Berlatarbelakangkan seorang yang aktif dalam sukan sejak dibangku sekolah, beliau berjaya menunjukkan minat dalam dunia kecergasan dalam bidang sukan Freeletics ini walaupun mengalami kecederaan ACL pada tahun 2013. 

Seawal pada tahun 2014, beliau bermula dengan komuniti kecil Freeletics di Putrajaya. Beliau berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 12kg dalam masa 7 minggu. Oleh itu, beliau percaya yang kesan dari melakukan latihan Freeletics secara berterusan ini, dapat diperkenalkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk tujuan membantu dalam gaya hidup yang sihat. 

Club President sedang giat melakukan senaman Freeletics

Coach his student to loss weight by doing Freeletics

Kelebihan Sukan Freeletics

Sudah pasti kelebihan yang paling kita nampak adalah sukan Freeletics ini tidak memerlukan peralatan sukan yang banyak. Ia membolehkan sesiapa sahaja untuk mengikuti latihan freeletics ini. Golongan yang mungkin kurang berkemampuan untuk memiliki alatan sukan yang mahal-mahal, boleh mula mengamalkan gaya hidup sihat dengan sukan Freeletics. Boleh dilakukan di mana sahaja anda berada, tidak kira masa dan tempat. 

Owh ya! Sebelum terlupa. Freeletics kini boleh didapati aplikasinya melalui telefon pintar mudah alih dengan install applikasi Freeletics melalui Google PlayStore. Sangat mudah dan cepat untuk anda lakukan senaman di rumah. Aplikasi Freeletics ini sangat menarik kerana memaparkan video tentang tips-tips kesihatan dan aktiviti melakukan kecergasan sukan Freeletics.

Sebarang pertanyaan mengenai sukan Freeletics / ingin mendaftar diri sebagai ahli Freeletics, boleh hubungi:


Khamis, 25 Jun 2015

Dunia Bayi dan Kanak-Kanak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah dah 7 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Seperti yang kita maklum, pabila masuknya bulan ramadhan, sudah pasti ramai peniaga-peniaga online mahupun offline bersusah payah memberikan promosi produk mereka tidak kiralah kuih raya, baju dan juga kasut. Ada sahaja peniaga akan menarik minat pelanggan untuk membeli barangan mereka. Dinasihatkan juga, sebagai pembeli atau pengguna, bukan semua benda adalah keperluan yang kita harus beli. Cukup memadai apa yang kita dah senaraikan untuk bajet Raya kali ini. Jangan ikut nafsu. Kelak kita yang merana nanti.


Kini LeYa bersama dua biras berjaya membuka sebuah butik online menjual barangan bayi murah. LeSaZa Botique & Cafe bersama 3 orang peniaga online, LeYa, Nisa dan juga Liza bersepakat untuk menjual barangan bayi dan lain-lain secara online bagi menambah pendapatan keluarga masing-masing.

bertepatan dengan Raya yang akan menjelma tidak lama lagi, LeSaZa Boutique mempamerkan pelbagai pakaian dan aksesori bayi serta kanak-kanak untuk dipakai pada Hari raya dengan koleksi baju baru yang cantik dan berseri. 

Dapatkan sekarang di LeSaZa Botique & Cafe.

 


 

 

 
 
 
 






Untuk tempahan boleh hubungi:

LeYa 017-6321680 | Nisa 012-6213711 | Liza 012-7561762

Rabu, 24 Jun 2015

Ramadhan Ke-7

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bersiaran juga LeYa pada malam ini di blog buruk LeYa ini. Alhamdulillah selesai sudah puasa kita yang ke-7 hari. Al-kisah di hari ke-7 ini, LeYa main masak-masak di dapur berseorangan untuk menyediakan juadah berbuka puasa. 

Juadah berbuka puasa yang dimasak oleh LeYa

Resipi Ayam Masak Kicap & Telur Dadar Cheese menjadi menu pilihan LeYa untuk dihidangkan pada waktu berbuka puasa tadi. Ditambah lagi dengan Air Sirap Bandung dan juga kuih Tepung Pelita sebagai pemberi selera tambahan selepas makan nasi. 

Sirap Bandung (Gambar hiasan dari Mr. Google)

Juadah berbuka yang simple untuk LeYa nikmati seorang diri di perantauan nun jauh dari Ibu dan Ayah serta suami mahupun kaum keluarga. Alhamdulillah, kesungguhan LeYa di tempat orang ini memberikan LeYa lebi berdikari untuk memajukan diri sendiri.

Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Bonanza OK 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Sebenarnya cerita ini dah lama pun berlalu. Namun, atas kesibukan LeYa dalam melaksanakan tugas harian sehingga tidak sempat untuk menjenguk laman blog LeYa ini. Sana sini didiami sawang degil yang sukar untuk dibersihkan. hehe... Alhamdulillah, pada malam Ramadhan yang ketujuh ini sempat jua LeYa membuka lembaran blog post untuk menceritakan sedikit kisah yang berlaku pada dua minggu yang lalu. 


Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Bonanza OK! 2015 yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh pada 13 Jun yang lalu memberi ruang kepada LeYa untuk berkarya dan membuat review produk barangan Orang Kampung di blog ini. Orang Kampung yang terkenal dengan teh herba nya kini telah bertahan sejak tahun 1980-an lagi. Sangat hebat kan. Tanpa kita sedar, produk-produk orang kampung kini menjadi rebutan hampir seluruh Malaysia.

Antara produk Orang Kampung yang berada di pasaran

Pemenang Oppo Smartphone

Pemenang-pemenang bertuah yang memenangi hadiah lumayan

Pemenang Motosikal Modenas Kriss MR1 Warna Biru

Pemenang bersama keluarga tersayang

Sedikit tentang pemenang Modenas warna biru ini. Nama beliau ialah Rudy Fasla. Beliau berumur 32 tahun dan berasal dari Johor dan menetap di Putrajaya. Sejak tahun 2010 lagi, beliau sudah menggunakan produk OK ini dengan mengamalkan minuman sihat LongJack OK. Lama-kelamaan beliau semakin rasa sihat dan bergiat aktif dan terus mengamalkan pula pengambilan "makjun" sebagai persediaan diri menghadapi alam perkahwinan. Bak kata orang, "nak kahwin... kena jaga badan". Dan kini, pada tanggal 13 Jun 2015, Rudy Fasla berjaya memenangi hadiah Peraduan Bonanza OK dengan membawa pulang sebuah motosikal Modenas Biru. Tahniah diucapkan kepada beliau.

Pemenang TV Samsung LED 32"

Pemenang Motosikal Modenas Kriss MR1 Warna Kuning

Tahniah kepada para pemenang Peraduan Bonanza OK 2015 Fasa pertama. Belilah barangan buatan Malaysia dan sokong produk tempatan. Tahniah diucapkan sekali lagi kerana memenangi hadiah lumayan dari pihak Orang Kampung Corporation.