Rabu, 19 November 2014

Terima Ujian Dengan Redha

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dalam dunia blogging banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi. Ada yang suka dan senang dengan kita. Ada yang tidak suka dengan apa yang kita tulis. 

Untuk berjaya, perlu banyak dugaan dan cabaran yang perlu kita tempuh. Tidak kira dari segi emosi mahupun fizikal. Setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

Bagi LeYa, LeYa masih belum berjaya seperti blogger2 terkenal yang lain seperti HasrulHassan, BenAshaari, Fatin Liyana, Feeqsays.com dan ramai lagi. LeYa sangat kagum dengan ketabahan mereka menempuh segala ujian untuk terus maju dan berjaya. LeYa sering baca artikel2 atau entri abg HH yang banyak membantu LeYa dalam dunia blogging. Beliau sendiri pernah alami pelbagai dugaan. Namun, semua itu yang membuatkan beliau terus bangkit dan berjaya hingga hari ini.

Sama juga BenAshaari. Beliau menerima tohmahan dan dugaan yang sangat berat. Dan kini mampu mengecap kehidupan yang bahagia. Namun, setiap ujian yang kita tempuh tidak sama dengan yang lain. Ada pelbagai kisah yang harus ditempuhi.

Mungkin hari ini kita jatuh.. Tapi suatu hari nanti kita akan bangun semula. Dari ujian itu, dari kegagalan itu kita mampu meneruskan kehidupan kita.


2 ulasan:

  1. Insya-Allah siapa tahu suatu hari nanti pemilik blog ni menjadi salah satu senarai di atas... masih jauh lagi perjalanan so jangan berhenti berlari teruskan......

    Oh! ye tahniah pada yang dah berjaya

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com