Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari Ahad malam Isnin ni LeYa begitu malas nak update entry. Terasa mood blogging malam ni ke laut. Padahal dari pagi tadi hingga ke petang aktiviti LeYa bersama keluarga terisi dengan sepenuhnya. Pagi lagi ke Hutan Reakreasi Tanjung Tuan, Port Dickson untuk menjalani aktiviti riadah iaitu berjogging di situ sambil saudara-mara mandi-manda di laut.
Kemudian, LeYa dan ibu menuruti MakSu berjalan ke Shopping Mall di Seremban membeli sedikit barang keperluan harian ibu. Pulang semula ke PD lebih kurang jam 6.30petang. Namun, masih malas untuk update entri di blog LeYa ini. Malas sahaja untuk membuka paparan "New Post" dan menulis isi karangan yang ingin diluahkan dari hati nurani.. hahaha...
Dalam kemalasan LeYa itu, tetiba rajin untuk membaca dan mengemaskini code programming blog ni. Dah terasa lama tak membelek coding2 ni. Selepas je tamat pengajian, LeYa pun dengan sengaja dah tak mencuba coding2 baru untuk menambah ilmu pengetahuan. Malam ni menjadi saksi semula untuk LeYa beraksi dengan coding PHP dan Java. Fuuuhhhhh....agak berpeluh jugak lah nak membaca semula.
pening kepala tenguk coding tu
BalasPadammommylina pun dah lama sungguh lupakan coding2 ni... sekarang mudah je.. tak perlu mengadap coding2 ni..pening ooo... dah hampir 10 tahun tinggalkan coding2 ni..waaaa... terimbas kembali.. hihi
BalasPadamsalam perkenalan dari mommylina tuk leya...