Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah... Tercapai juga hasrat LeYa untuk menulis Task 2 Cabaran Winter in Busan Blooggers Majalah Libur. Okay, Task Ke-2 kali ni dah pun dilancarkan dan akan berakhir pada 15 Oktober 2014. Di kesempatan ini, LeYa cuba meluangkan sedikit masa untuk menulis entry di blog ini.
Ok2.... Kali ini seperti yang tertera pada tajuk di atas, "Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan"?? Seperti yang LeYa dah ceritakan di entry lepas pada Task 1, Busan merupakan bandar kedua terbesar di Korea selepas Seoul yang menyajikan pemandangan yang indah buat tatapan kita. Walaupun LeYa tidak pernah menjejakkan kaki ke bumi Korea, dari pemerhatian dan pembacaan setiap inci ruang dalam majalah2, journal, dan sebagainya, LeYa teruja untuk melawat negara tersebut jika diberi peluang.
LeYa amat teruja untuk ke Korea sejak dari bangku sekolah lagi. Semua cerita2, drama2 Korea LeYa tonton di kaca televisyen mahupun di Internet atau di DVD yang LeYa beli sendiri untuk disimpan sebagai kenangan. Terlalu minat untuk ke Korea, hingga sanggup belajar sendiri bahasa Korea melalui Internet dan sedikit demi sedikit LeYa faham akan maksud pertuturan di sebalik drama2 yang ditayangkan di TV. Hahahaha.... Nampak kan?? Betapa LeYa teringin nak ke Korea.
Bercuti di Busan.... Satu tempat yang sangat menarik untuk LeYa lawati. Bila LeYa menjejakkan kaki ke situ nanti, LeYa akan mengambil sedaya upaya peluang untuk menikmati suasana di sana dan merakamkan detik2 indah LeYa ketika di sana nanti. Banyak benda yang LeYa boleh pelajari di sana. Antaranya:
1) Bahasa
2) Makanan Tradisional
3) Kebudayaan dan Kesenian
4) Tempat pelancongan yang menarik
Bahasa Hangul adalah bahasa pertuturan bagi masyarakat Korea. Itu yang LeYa pelajari sikit2 di Internet. Namun, seperti kita di Malaysia, antara bahasa Negeri Sembilan dan Kelantan ada dialeknya yang tersendiri. Begitu juga di Busan. Di Busan, dialek bahasanya lain sedikit jika dibandingkan di Seoul. Ye lah... setiap negara mempunyai banyak dialek bahasanya tersendiri.
Makanan Tradisional??? Nyum3x... Sedapnye.. Terasa lapar perut LeYa nak menulis tentang makanan ni. hehehe... Jika diberi kesempatan ke Busan, LeYa akan menerokai semua makanan yang terdapat di sana. Mencuba sesuatu yang baru adalah lebih baik dari melihat sahaja. Terbayang kimchi, makanan yang popular sekarang ini.. Fuuuhhhh...terliur je rasa.
Busan mempunyai banyak tempat yang menarik yang perlu dilawati. Seperti dalam entry "Task 1", LeYa nak ke tempat-tempat berikut untuk mengenali lebih dekat tentang Korea. Melawat ke sesuatu tempat itu akan lebih mengenali kebudayaan dan kesenian yang ada di sana. Melihat perkampungan kebudayaan masyarakat Korea akan mebuatkan sesuatu negara itu mempunyai ciri-ciri yang unik dan menarik.