Rabu, 29 Oktober 2014

Dapat lagi #54 CPUV Nuffnang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... pelbagai dugaan yang ditempuh minggu ini, ada juga berita yang gembira. LeYa sekali lagi menerima tawaran pengiklanan dari pihak Nuffnang. 

Dua hari menjaga incik suami sakit, sempat LeYa membuka blog dan berblogwalking untuk melihat isu-isu terkini yang ditulis oleh semua rakan-rakan blogger yang LeYa amat hargai walaupun tidak pernah berjumpa di dunia realiti.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada advertisor of British Council - Education UK kerana sudi memberi CPUV ini. 


For those Malaysian yang berminat nak further study di luar negara. Bolehlah jenguk2 laman web The Education UK  untuk keterangan lanjut. The UK Exhibition akan datang ke Malaysia tak lama lagi, so korang jangan lepaskan peluang untuk pergi ke pameran ni yang akan berlangsung seperti ketetapan yang berikut:-
Tarikh:              8 & 9 November 2014
Masa:               1pm-5p.m
Tempat:            Hall 4, Ground Level, Kuala Lumpur Convention Center
No. Institusi:    83

Pada masa ini terdapat 36 buah Universiti yang boleh korang pilih sendiri time pameran berlangsung.


Rabu, 22 Oktober 2014

Tutorial Like Button untuk Post Body

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Wahhhh....Tetiba ada orang tanya mengenai tutorial macam mana nak buat post macam LeYa buat. Ada like button pada tepi and details tentang post itu. Dan juga read more untuk bacaan lanjut. Fiiiuuhhhh....LeYa bukanlah pakar dalam menulis tutorial ni. Tapi atas permintaan seorang blogger ni, LeYa usahakan juga untuk membuat tutorial ini. Harap jangan lah gelak atau hina dengan first tutorial LeYa ni.. hehehehe...


Actually, LeYa guna template luar dalam layout design blog LeYa ni. LeYa guna dari IVY Themes.

Contoh Themes


Untuk LIKE Button.
1) Go to Dashboard >> Template.
2) Cari code data:post.body
3) Kalau dah jumpa, copy code di bawah ini dan paste kan di bawah code yg dicari tadi.

Klik Untuk Paparan Lebih Jelas


4) Kemudian, preview dulu, kalau dah OK...boleh la save..

BBPlus Membantu Kecantikan Diri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Inginkan wajah cerah berseri?

Gebu tanpa cela?

Kelihatan muda?

Bebas dari jerawat & jeragat?

Inilah masanya anda mencuba produk terbaru yang panas ini!


Fungsi/ Kelebihan Minum BBPlus Kolagen ini:



Cara Penyediaan Minuman BBPlus ini:

Testimoni Pelanggan:

Dapatkan BBPlus Kolagen ini melalui:

SMS / Whatsapp 017-6321680
Harga: RM 180 (20sachet) 


Selasa, 21 Oktober 2014

Jom Timbang Berat Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

LeYa Blog

Berapa tempoh masa loading blog anda? Masa loading blog memainkan peranan yang amat penting. Lagi laju, lagi bagus. Jika terlalu mengambil masa yang lama untuk loading blog, kemungkinan pengunjung blog anda tanpa segan silu akan tutup sebelum selesai loading page...

Timbang berat blog anda di sini... http://tools.pingdom.com/  dan juga http://www.iwebtool.com/
Masukkan URL blog dan kemudian klik "TEST NOW" atau OK.

LeYa Blog
iWebTool

LeYa Blog
Tools.pingdom

Tips mengurangkan masa loading blog:
1) Kurangkan penggunaan image (jpeg) kerana size jpeg biasanya adalah besar.

2) Kurangkan bilangan entry post pada home page blog anda. Default setting adalah 7 post, kurangkan kepada 2 atau 1 sahaja.

3) Kurangkan widget yang menggunakan javascript. 

4) Widget yang mempunyai size yang besar seperti blog achieve, blog list atau follower, letak di bahagian bawah sekali, supaya element yang lain dapat dibaca terlebih dahulu.

5) Letak "Read More" bagi meringkaskan entry post, supaya loading setiap entry dapat dibaca dengan lebih cepat. 

Isnin, 20 Oktober 2014

Segar Dari Pagi Hingga Malam Selepas Dua Minggu Dengan Mineral Coffee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi yang indah untuk memulakan aktiviti harian. Kebelakangan ini, terlalu banyak kenderaan lalu lalang semenjak dua menjak ini. Kemungkinan ada promosi beli kereta yang menyebabkan hal ini berlaku.

Sejak pulang dari Johor Bahru yang lalu, memang kehidupan bertambah sibuk dengan meeting, kerja-kerja pejabat, selain assignment dan personal coaching untuk business yang akan diadakan. Kalau keadaan LeYa sebelum ke JB, pasti semua ini tidak akan dapat dilakukan dengan baik.

Dalam Artikel Jom Sihat dengan Mineral Coffee sebelum ini, LeYa ada menyatakan tentang kebaikan minum kopi mineral semulajadi itu.

LeYa Health&Beauty Shop
Aroma istimewa Hai-O Mineral Coffee berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Hai-O Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.

Minuman yang berkhasiat tambahan ini disyorkan oleh seorang rakan yang merupakan salah seorang peserta dalam penjualan produk #MineralCoffee ini. Khasiat tambahan yang diberi nama Mineral Coffee Garam Buluh merupakan produk keluaran Hai-O. Mungkin masa ramai yang kurang dengar dengan jenama Hai-O ini. 

Setelah mencuba selama lebih dua minggu, memang ada perubahan ketara yang LeYa rasai. Walaupun penat dengan pelbagai tugasan, tetapi LeYa dah jarang-jarang untuk terlelap atau berasa mengantuk di mana sahaja ketika bergerak ke pelbagai lokasi. Semalam, LeYa berjalan kaki agak jauh kerana ingin mengambil barang dari stokis.

Walaupun dalam cuaca panas terik, dan peluh yang perlahan-lahan keluar dari liang-liang bulu roma. Namun LeYa bertahan sampai malam hari dan tumpuan masih boleh diberikan untuk membuat kerja-kerja lain. 

Sekiranya ada rakan-rakan yang mengalami masalah yang sama, LeYa sangat syorkan untuk mencuba terlebih dahulu minuman kopi mineral ini. Ianya mudah untuk dibancuh, boleh juga ditambah perisa dalam minuman kegemaran masing.masing. Biasanya, LeYa akan buat Ice Blended Mineral Coffee selepas pulang dari kerja. (Perrggghhhhh....angau bila dah menikmatinya.. Pasti Nak lagi...)

Semoga anda semua akan mendapat manfaat yang sama, sekiranya berminat untuk mencuba, boleh ke halaman Tempahan Mineral Coffee Pasti Angau >> untuk butiran lanjut. Pada bulan Oktober 2014 ini, ada promosi untuk pembelian 6 kotak mineral coffee ini. Cuba dulu seminggu dua, pasti tidak terkilan untuk menjadikan ianya sebahagian daripada rutin harian.

LeYa Health&Beauty Shop

Terima kasih kepada Puan AimieMokhtars yang sudi memberi tips dan informasi dalam berniaga serta mencadangkan LeYa untuk minuman kopi mineral ini.

LeYa Health&Beauty Shop

Ahad, 19 Oktober 2014

CPUV Nuffnang: #51, #52, #53

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Iklan Nuffnang

Dah lama juga LeYa tidak berkesempatan untuk mempunyai iklan CPUV yang masuk ke blog ini. Alhamdulillah, kali ini di bulan Oktober ini, LeYa mendapat tiga sekali secara serentak. Aneh betul Nuffnang semenjak dua menjak ini. Dalam dua minggu lepas, LeYa ada hantar ticket pada Nuffnang untuk beritahu tentang hal ini. Kenapa dah lama sangat blog LeYa ni sunyi dari terima CPUV?? Tup3x...hammmeeekkkk kauuuu...tiga sekali dia bagi... Memang kita nak kena sentiasa rajin berhubungan dengan diorang ni.. hehehe... Apa pun terima kasih Mr Nuff... Alhamdulillah.. rezeki di bulan Oktober..


Iklan Nuffnang

Jana Pendapatan Sampingan Melalui Assignment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah cuaca cerah hari ini. Tiga assignment yang dihantar kepada LeYa untuk disiapkan telah pun selesai. Penat memerah otak untuk menjawab setiap soalan yang diberi. Pelbagai isu dan maklumat yang LeYa tidak ketahui dah pun LeYa tahu. Untung juga dapat buat assignment orang ni. Duit dapat dan paling penting maklumat yang kita tidak tahu pun boleh dapat. hehehe...

Sejak incik hubby LeYa menyambung pelajaran di Asia eUniversity, Melaka ni, ramai lah kawan-kawannya menghantar soalan assignment untuk LeYa buat. Perggghhh...mula2 memang terasa lah agak penat. Tapi lama kelamaan dah sebati dengan jiwa dan menganggap itu sebagai kerja sampingan, LeYa dapat menyiapkannya dengan sebaiknya. Pelanggan puas hati, LeYa lebih2 lagi puas hati..


Kebiasaannya LeYa akan mencari maklumat berkaitan assignment itu pada Mr. Google. Tidak susah untuk LeYa kerana seringkali menggunakannya sejak dari dulu lagi di zaman persekolahan, zaman belajar. Kemahiran LeYa dalam Teknologi Maklumat digunakan sebagai satu tambahan untuk menyiapkan tugasan2 itu. Setiap tugasan akan LeYa buat dengan kekemasan yang maksimum, font and stylish format yang betul untuk documentation. Kemudian, semak dan edit semula jika ada kesilapan. Akhirnya, barulah LeYa akan print dan hantar kepada pelanggan. Mereka amat berpuas hati dengan kerja LeYa kerana setiap tugasan yang LeYa laksanakan mereka mendapat markah A. Alhamdulillah....rezeki Allah. LeYa hanya mampu melaksanakan apa yang LeYa tahu. Jika tidak, LeYa akan belajar lebih lagi untuk menambah ilmu.


Sekiranya ada rakan-rakan yang sedang belajar dan tidak mempunyai masa untuk menyiapkan tugasan yang diberi dan sekiranya berminat untuk mencuba, bolehlah hubungi LeYa. LeYa sedia membantu. LeYa bukanlah seorang yang pakar tetapi cukup hanya membantu rakan-rakan dalam melaksanakan tugas sebaik mungkin. 

Terima kasih tidak terhingga kepada insan yang tersayang, suami LeYa, En. Faizol yang sudi mencadangkan diri ini untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi. Alhamdulillah sekali lagi diucapkan dengan bakat yang ada dapat membantu semua orang dalam segala hal kehidupan harian.


Rabu, 15 Oktober 2014

Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... Tercapai juga hasrat LeYa untuk menulis Task 2 Cabaran Winter in Busan Blooggers Majalah Libur. Okay, Task Ke-2 kali ni dah pun dilancarkan dan akan berakhir  pada 15 Oktober 2014. Di kesempatan ini, LeYa cuba meluangkan sedikit masa untuk menulis entry di blog ini. 



Ok2.... Kali ini seperti yang tertera pada tajuk di atas, "Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan"?? Seperti yang LeYa dah ceritakan di entry lepas pada Task 1, Busan merupakan bandar kedua terbesar di Korea selepas Seoul yang menyajikan pemandangan yang indah buat tatapan kita. Walaupun LeYa tidak pernah menjejakkan kaki ke bumi Korea, dari pemerhatian dan pembacaan setiap inci ruang dalam majalah2, journal, dan sebagainya, LeYa teruja untuk melawat negara tersebut jika diberi peluang. 

LeYa amat teruja untuk ke Korea sejak dari bangku sekolah lagi. Semua cerita2, drama2 Korea LeYa tonton di kaca televisyen mahupun di Internet atau di DVD yang LeYa beli sendiri untuk disimpan sebagai kenangan. Terlalu minat untuk ke Korea, hingga sanggup belajar sendiri bahasa Korea melalui Internet dan sedikit demi sedikit LeYa faham akan maksud pertuturan di sebalik drama2 yang ditayangkan di TV. Hahahaha.... Nampak kan?? Betapa LeYa teringin nak ke Korea.

Bercuti di Busan.... Satu tempat yang sangat menarik untuk LeYa lawati. Bila LeYa menjejakkan kaki ke situ nanti, LeYa akan mengambil sedaya upaya peluang untuk menikmati suasana di sana dan merakamkan detik2 indah LeYa ketika di sana nanti. Banyak benda yang LeYa boleh pelajari di sana. Antaranya:
1) Bahasa
2) Makanan Tradisional
3) Kebudayaan dan Kesenian
4) Tempat pelancongan yang menarik


Bahasa Hangul adalah bahasa pertuturan bagi masyarakat Korea. Itu yang LeYa pelajari sikit2 di Internet. Namun, seperti kita di Malaysia, antara bahasa Negeri Sembilan dan Kelantan ada dialeknya yang tersendiri. Begitu juga di Busan. Di Busan, dialek bahasanya lain sedikit jika dibandingkan di Seoul. Ye lah... setiap negara mempunyai banyak dialek bahasanya tersendiri. 


Makanan Tradisional??? Nyum3x... Sedapnye.. Terasa lapar perut LeYa nak menulis tentang makanan ni. hehehe... Jika diberi kesempatan ke Busan, LeYa akan menerokai semua makanan yang terdapat di sana. Mencuba sesuatu yang baru adalah lebih baik dari melihat sahaja. Terbayang kimchi, makanan yang popular sekarang ini.. Fuuuhhhh...terliur je rasa.


Busan mempunyai banyak tempat yang menarik yang perlu dilawati. Seperti dalam entry "Task 1", LeYa nak ke tempat-tempat berikut untuk mengenali lebih dekat tentang Korea. Melawat ke sesuatu tempat itu akan lebih mengenali kebudayaan dan kesenian yang ada di sana. Melihat perkampungan kebudayaan masyarakat Korea akan mebuatkan sesuatu negara itu mempunyai ciri-ciri yang unik dan menarik. 

                  Blooggers                               Majalah Libur