Sabtu, 30 Ogos 2014

#ProjekMemikatHatiSuami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Cuti Sabtu dan Ahad ni kebanyakan akan beristirehat saja di rumah. Kesibukan dan keletihan kerja membuatkan ramai malas hendak keluar.. Lagi2 di waktu matahari terbit. Bahangnya amat terasa pedih sekali.. Kali ni LeYa telah menjalankan satu projek memikat suami LeYa... hehehe...

Aktiviti #ProjekMemikatHatiSuami dengan memasak

                                                   Pasta Siput Goreng                                              

                   Smoothie Perisa Grape               

                                       Banana Split Perisa Vanilla                                         

Tiga resipi LeYa hidangkan untuk suami tersayang... Nyummm3x... JOM MAKAN!!!



Apa itu Garam Buluh???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Anda pernah dengar tentang Garam Buluh? Tahu maksud sebenarnya. Dan tahu apa kelebihan menggunakannya. Di sini, LeYa akan menerangkan serba sedikit mengenai Garam Buluh bagi sesiapa yang masih belum mengetahuinya.

Garam buluh adalah garam laut yang dikeringkan secara semula jadi oleh matahari dan dibakar di dalam buluh secara berulang-ulang sebanyak sembilan kali. 

Kaedah ini menyebabkan garam ini lebur bak lava dan membolehkan ia menyerap mineral yang terkandung di dalam buluh. Kaedah pembakaran ini berjaya membuatkan garam biasa bertukar sifat asid kepada sifat alkali. Malah, yang paling penting garam buluh mengandungi lebih 76 mineral penting yang diperlukan oleh sistem imunisasi badan. 

Buluh yang terdapat di Korea dan Jepun mempunyai kadar mineral yang tinggi. Malah, ia turut mempunyai daya ketahanan yang sangat baik terutama menghadapi musim salji dan cuaca panas yang begitu ekstrim. 

Bagaimana ia melawan penyakit?                                                    

Garam biasa mempunyai sifat asid pada kadar 5pH manakala garam buluh mempunyai ukuran pH antara 9-11. Ini membuktikan bahawa garam buluh bersifat alkali. Apabila diambil secara harian, sifat alkali akan meneutralkan kandungan asid di dalam badan yang menyebabkan punca kepada pelbagai jenis penyakit. 

Selain itu, garam buluh juga membantu badan menyerap zat-zat dan vitamin dari makanan yang diproses di dalam badan. 

Apabila kandungan toksin dan asid dapat distabilkan, badan akan mula melalui proses pemulihan secara lebih cepat dan efisien. Ini sekali gus membuatkan badan lebih sihat dan bertenaga. 

Memperkenalkan Hai-O Garam Buluh (Bamboo Salt) untuk menggantikan penggunaan garam putih biasa. Hai-O Garam Buluh mempunyai 4 keistimewaan utama berbanding garam putih biasa iaitu:
  1. Kaya dengan unsur surih dan bahan-bahan mineral
    • Gabungan sempurna bahan mineral yang lengkap dan semulajadi dapat dibekalkan ke seluruh badan dengan lebih berkesan.
  2. Beralkali tinggi
    • Dapat mengekal dan memulihkan pH badan yang seimbang.
  3. Anti-pengoksidaan
    • Meningkatkan kandungan oksigen dalam badan, mencegah serangan radikal bebas dalam badan, membaiki sel-sel badan yang rosak dan memulih fungsi organ dalaman.
  4. Detoksifikasi 
    • Mempunyai fungsi detoksifikasi yang semulajadi dan dapat menyingkirkan toksin yang terkumpul dalam badan dengan berkesan.

KEGUNAAN & KEBAIKAN GARAM BULUH                           

  • Membuang toksin dalam badan
  • Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Membantu mengurangkan penyakit ekzema dan alahan
  • Membantu mengatasi masalah sembelit
  • Sebagai skrub wajah untuk membuang sel-sel mati dan menyerikan wajah
  • Sebagai antiseptik untuk mencuci luka dan kudis
  • Membersih serta melembutkan kulit kaki bila direndam
  • dan banyak lagi...

Garam Buluh Premier Cooking Salt 
RM53.00

Garam Buluh Premier Drink 
RM128.00 (40 peket)

Jumaat, 29 Ogos 2014

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sudah sekian lama LeYa tidak mengikuti perkembangan segmen yang banyak diadakan oleh rakan2 blogger. Tapi kali ini, bersempena dengan hari kemerdekaan yang ke-57, LeYa terpanggil untuk turut serta dalam aktiviti segmen yang dianjurkan oleh HasrulHassan. Lama juga LeYa mengikuti segala kisah yang ditulis oleh abg HH ni. Dan LeYa berminat dengan cara penulisannya. 

Segmen Merdeka 57 oleh hasrulhassan.com

Peranan LeYa sebagai blogger Malaysia untuk menzahirkan 'Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'. Apa ye yang LeYa boleh buat dengan blog ni untuk tunjukkan kecintaan dan semangat patriotik LeYa terhadap negara Malaysia yang bertuah ini.

Seperti yang kita tahu, blogging merupakan satu aktiviti sosial di laman web untuk membolehkan pengguna berkongsi apa sahaja maklumat seperti pengalaman diri, keluarga serta rakan-rakan, tips dan promosi produk dan pengiklanan. Melalui blog juga, ramai yang sudah berjaya menjana pendapatan sampingan, malah pendapatan bulanan yang berlipat kali ganda. 

Pengertian Sebuah Kemerdekaan

Kemerdekaan yang membawa erti kebebasan kepada negara yang telah lama dijajah oleh bangsa luar. Kemerdekaan Malaysia yang sudah mencapai 57 tahun kini menjadi kebanggaan rakyat kerana kita dapat hidup dalam keadaan aman dan makmur. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita yang juga dilahirkan selepas merdeka haruslah menyemai semangat cintakan tanah air agar negara lebih maju dan berdaya saing antara negara-negara lain. Melalui program-program yang banyak dianjurkan, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak supaya mencintai negara mereka. 

Walau bagaimanapun, tidak mudah untuk LeYa menghasilkan satu entri yang terbaik untuk menghasilkan perasaan bangga LeYa pada negara Malaysia. Cukup hanya cerita di atas untuk LeYa kongsikan perasaan LeYa dan semangat patriotik LeYa terhadap negara yang dicintai. Malaysia... Di sini lahirnya sebuah cinta..

Jom sama-sama meriahkan lagi segmen Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.

Merdeka!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Dua hari lagi kita rakyat Malaysia akan menyambut perayaan Hari Kemerdekaan yang ke-57. Kelihatan sana-sini sudah mengibarkan jalur gemilang tanda sokongan padu sebagai seorang rakyat Malaysia. Perasaan cinta kepada tanah air haruslah dipupuk sejak dari kecil lagi. Tidak semua masyarakat dunia memiliki kestabilan ekonomi dan kemakmuran negara seperti di negara kita. Kita seharusnya rasa berbangga menjadi anak jati yang lahir dan dibesarkan di sini. Sejak dari kecil, diasuh dan dididik oleh ibu bapa tanpa ada gangguan yang membuatkan kita tidak boleh membesar dengan sempurna. Kemudian, kita bebas untuk ke mana sahaja tanpa ada perasaan takut dalam diri seperti yang berlaku di Negara-negara yang sedang berkemelut dengan peperangan. Di sinilah kita dibesarkan. Kenapa tidak kita menjaga keamanan ini untuk kepentingan bersama? Bersatu padu, tolong-menolong adalah amalan murni yang sering kita pupuk sedari kecil.

Wah! Seperti bersemangat LeYa pada entri kali ini kan. Hehehe… Kadang-kadang perlu juga untuk meluahkan perasaan kita dalam menulis entri agar pembaca turut merasai apa yang penulis cuba sampaikan. Menimbulkan sesuatu perasaan dalam menulis entri membolehkan pembaca di luar tahu yang kita sedang bercerita mengenai sesuatu topik dengan bersungguh-sungguh. 

Rabu, 27 Ogos 2014

#WordlessWednesday

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Fotografi Jalanan

Erti Sebuah Kehidupan sebenar dapat dirakam melalui lensa kamera.





Fotografi Jalanan di Alor Setar

Selasa, 26 Ogos 2014

Kelab Blogger LeYa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Yeah! Bertemu lagi kita dalam entri hari ini. LeYa kembali seronok menulis entri di blog ini apabila kehadiran LeYa dalam dunia blog semakin dikenali ramai. Walaupun tidaklah sehebat Ben Ashaari, Hasrul Hassan, Fatin Liyana, Halim Brothers dan ramai lagi yang hamper setiap hari menulis entri lebih dari satu entri. Memandangkan LeYa hanya part time sahaja bersama blog, LeYa akan tetap menulis entri walau hanya satu entri sahaja. LeYa suka melihat bila blog kesayangan LeYa ini ada juga yang sudi menjenguk dan membacanya walau entri-entrinya banyak berkisar kehidupan harian LeYa.

Oleh itu, LeYa telah menubuhkan satu kelab untuk para peminat pembaca blog LeYa untuk sering mendapat info di situ. In shaa Allah, suatu hari nanti LeYa akan buat satu perjumpaan beramai-ramai bersama blogger-blogger dari Kelab Blogger LeYa(KBL). Mungkin esok atau lusa, minggu depan, tahun depan, LeYa tidak pasti. Semuanya atas perancangan Allah S.W.T. LeYa bangga memiliki rakan-rakan blogger seperti anda yang kerap kali dating singgah ke blog yang serba kekurangan ini. Sungguh terharu apabila ada saja komen yang ditinggalkan pada setiap entri.

Kelab Blogger LeYa
KBL


Jutaan terima kasih LeYa ucapkan kepada anda yang sering memberi komen dan cadangan dalam LeYa mengharungi dunia blogging selama lebih kurang 6 ke 7 tahun ini. Bukan mudah untuk menjadi seorang blogger yang benar disayangi dan disukai para pembacanya. Kita perlu mencari idea-idea bernas sebelum menulis sesuatu entri untuk tatapan pembaca. Jadi, buat para blogger sekalian, LeYa saying kamu semua. Satu penghargaan yang tidak ternilai LeYa dapat dari anda.

Kelab Blogger LeYa

Isnin, 25 Ogos 2014

Mengapa Kita Suka Makan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Pernahkan anda terfikir, tabiat makan kita dipengaruhi dengan jenis-jenis makanan yang ada di Malaysia. Kita terdorong untuk makan kerana pilihannya yang terlalu banyak. Sedap pula tu! Kebanyakan makanan yang enak memberi kesan kepada tahap kesihatan seseorang. Bahaya juga kalau tidak dikawal dari sekarang. So, kali ini LeYa ingin membawa anda mengenali tabiat makan rakyat Malaysia dan diet ringkas yang dicadangkan pakar diet. Jom Membaca!

Macam-macam Ada!

Di Malaysia, kita terlalu kaya dengan makanan kerana tiga kaum majmuk iaitu Melayu, India dan Cina. Setiap kaum pula mempunyai makanan-makanan yang mewakili budaya dan latar belakang mereka. Kaum Melayu contohnya, dikenali kerana keenakan nasi lemak dan kuih-muih yang membuatkan kita kecur liur.  Kaum India pula terkenal dengan roti canai dan manisan ‘laddo’ manakala masyarakat Cina dikenali kerana Yong Tau Fu serta mi wantan mereka. Siapa yang mampu menolak jika disajikan dengan pilihan-pilihan makanan seenak itu?

Satu lagi sebab yang menyebabkan kita mendapat serangan penyakit berbahaya adalah dari budaya sesebuah kaum itu sendiri. Penggunaan santan dalam kari atau jumlah gula yang tinggi dalam kuih-muih memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh. Kaum Cina lebih senang memilih cara selamat untuk menyediakan masakan mereka kerana kebanyakannya dikukus dan distim. Cara memasak dan ramuan yang digunakan dalam masakan boleh mempengaruhi tahap kesihatan seseorang.

TIGA PENYAKIT MUDAH DAPAT JIKA MAKAN TIDAK SIHAT:
  1. OBESITI 
  2. DIABETES 
  3. MASALAH DARAH TINGGI


KENAPA SUSAH NAK MAKAN SIHAT?

Motivasi rakyat Malaysia – Kesukaran untuk mengamalkan diet sihat kerana terlalu banyak pilihan makanan. Permulaan untuk berdiet gagal kerana tidak mendapat sokongan dari orang sekeliling.

Kurang sedar – Kebanyakan orang hanya akan mula mementingkan penjagaan makanan apabila didiagnosis penyakit berbahaya. Lebih ramai yang suka merawat dari mencegah.

Sibuk – Kesibukan dengan aktiviti harian menyekat ibu bapa untuk menyediakan bekalan makanan buat anak-anak dan ini mendorong mereka untuk mengambil makanan tidak sihat.

Kata orang – “Makan tidak sihat itu sedap, makan sihat pula tak sedap!”

Ringan-ringan saja – Kita cenderung untuk mengunyah kudapan setiap masa! Baik ketika menaip di komputer, menonton televisyen atau semasa membaca novel kegemaran.

Seharusnya… seseorang itu hanya perlu makan 70-80 peratus kenyang sahaja. Jangan makan sehingga penuh perut. Sebaiknya segera bangun dari meja makan sebaik anda sudah makan. Jika anda masih melepak di meja makan, jangan nafikan, tangan anda pasti akan mengambil lauk yang masih bersisa. Atau paling tidak, anda akan minta satu pinggan lagi nasi tambah. Bahaya tu!

Diet paling sesuai untuk seorang normal adalah mengambil segelas air masak atau potongan buah-buahan sebelum makan. Kemudian, barulah makan nasi. Nasi hanya satu mangkuk kecil disertakan dengan satu hidangan sayur berdaun hijau dan satu hidangan protein seperti ayam, ikan atau telur. Pastikan lauk anda masak dengan cara sihat. Hidangan yang lengkap haruslah mempunyai karbohidrat, protein dan lemak. 

Ahad, 24 Ogos 2014

Abadi Dalam Kenangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Rasa sedih dan pilu apabila melihat gambar-gambar ini. 
Heartbreaking


Seluruh rakyat Malaysia membaca Al-Fatihah untuk disedekah kepada mangsa-mangsa Islam tragedi MH17. Semoga roh mereka ditempatkan para syuhada. Innalillahiwainnailaihirrajiun. 

Sabtu, 23 Ogos 2014

Cerita Berbulan Madu: Berjalan di 3 buah Negeri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lame pun cerita ni dah... Dah dua bulan yang lalu kisah ni berlaku. Hehe... Sejak kebelakangan ni, tetiba LeYa teringin nak ke Cameron Highlands sekali lagi. Rupa-rupanya baru sedar yang LeYa masih belum berkongsi satu kisah suka LeYa di blog ini.

Actually, LeYa dan suami pergi bercuti bersama keluarga. Namun, memandangkan kami berdua baru sahaja seminggu diijabkabulkan, jadi waktu itu kami membuat keputusan sebagai tempat berbulan madu di kala duit kami pun sudah berkurangan...hehe...

Sebelum mendaki bukit ke Cameron Highlands, kami tidur semalam di Tasik Raban, Lenggong Perak. Pemandangan yang sungguh mendamaikan untuk kami berdua beristirehat setelah penat bertungkus-lumus di hari perkahwinan. Kami bermalam di Tasik Raban Resort yang berhadapan dengan pemandangan tasik yang dapat menarik minat LeYa untuk merakam gambar kenangan.

Cerita Berbulan Madu: Berjalan di 3 buah Negeri
Tasik Raban Resort

Cerita Berbulan Madu: Berjalan di 3 buah Negeri
Pemandangan Tasik Raban yang sangat indah

Cerita Berbulan Madu: Berjalan di 3 buah Negeri Cerita Berbulan Madu: Berjalan di 3 buah Negeri
Bila incik suami buat perangai...hehehe..

Usai itu, pagi-pagi lagi kami sudah berangkat pula untuk menuju ke Kelantan. Dalam perjalanan, kami singgah di Royal Belum Rainforest di Gerik, Perak. Lagi sekali kami terpukau dengan keindahan ciptaan Tuhan yang sungguh mendamaikan. 
Cerita Berbulan Madu: Berjalan di 3 buah Negeri

Cerita Berbulan Madu: Berjalan di 3 buah Negeri

Cerita Berbulan Madu: Berjalan di 3 buah Negeri

Sampai di Kelantan, kami hanya bermalam satu malam sahaja. Dah tiba di Kelantan, kami tidak teragak untuk ke Wakaf Che Yeh. Kami bermalam di kawasan peranginan di Pantai Cahaya Bulan.

Cerita Berbulan Madu: Berjalan di 3 buah Negeri

Keesokannya pula, kami singgah ke Pasar Siti Khadijah sebelum berangkat ke Tanah Tinggi Cameron. 

Cerita Berbulan Madu: Berjalan di 3 buah Negeri
Gambar sekadar hiasan. Diambil dari Mr. Google

Dan kami pun sampailah di Cameron Highlands. Fuuuhhhh...seronoknya sejuk... hehehe... Kami menginap di kawasan Tanah Rata di Apartment Mardi. Kami bermalam di sini selama dua malam memandangkan tempatnya yang sejuk dan menenangkan.

Cerita Berbulan Madu: Berjalan di 3 buah Negeri

Cerita Berbulan Madu: Berjalan di 3 buah Negeri

Cerita Berbulan Madu: Berjalan di 3 buah Negeri

Cerita Berbulan Madu: Berjalan di 3 buah Negeri

Selesai sudah percutian kami di 3 buah negeri - Perak (Tasik Raban, Lenggong) | Kelantan (Pantai Cahaya Bulan) | Pahang (Cameron Highlands)

Jumaat, 22 Ogos 2014

Tips Hasilkan Blog Yang Bagus oleh HasrulHassan.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Suka benar LeYa baca entri2 yang terhasil oleh blogger hebat HasrulHassan. Pelbagai tips dan info yang baik dapat dikongsikan bersama buat para blogger untuk lebih maju ke hadapan. Tidak kurang juga, blogger Ben Ashaari, BroFramestone, DenaiHati dan ramai lagi lah blogger yang sudah pun berjaya dalam penulisan blognya. Kagum LeYa sebab dengan hanya menulis di hadapan komputer / laptop / dengan hanya menggunakan smartphone / tabs, mereka ini mampu menjana pendapatan yang lumayan sehingga jumlahnya lebih lagi dari orang-orang yang bekerja makan gaji di pejabat. 

So, untuk itu, LeYa nak kongsikan sedikit maklumat dari HH di mana di blog beliau ada diberikan tips untuk hasilkan blog yang bagus. Actually, terlalu banyak tips tentang blog ni di dalam enjin carian seperti Google. Namun terdetik di hati LeYa untuk kongsikan tips dari HH ini. Mungkin ia sangat menarik dan sebab itu LeYa nak sangat berkongsi dengan anda semua. 

Ada 4 perkara asas untuk hasilkan blog yang bagus menurut HH. Antaranya ialah:

Jenamakan Blog Anda

Walaupun blog anda merupakan sebuah blog peribadi, anda masih lagi dan perlu memikirkan satu jenama untuk blog anda. Jenama ini akan membantu anda untuk menghasilkan entri yang baik, dan menjadikan anda sebagai salah seorang blogger yang dikenali - berdasarkan jenama tadi. Penjenamaan ini bukan setakat pada nama blog, tetapi juga pada reka bentuk blog anda - seperti susun atur dan juga header blog anda. Warna juga memainkan peranan agar blog anda mudah dikenali.

Bukan itu sahaja, cara anda menulis, dari A sampai Z mesti konsisten dengan jenama blog anda tersebut. Jika anda membahasakan diri seperti Mama Z, maka gunakan Mama Z itu sebagai salah satu perincian jenama dalam blog anda. Contoh lain, adalah apa yang anda akan selalu paparkan dalam blog, pastikan elemen2 tersebut yang menjadi keutamaan dan jadikan ia konsisten.

Entri Berkualiti Untuk Semua

Berkualiti tak semestinya panjang, dan juga tak seharusnya terlalu pendek. Ia perlu padat tetapi memenuhi syarat untuk terjemahkan tajuk entri anda. Entri berkualiti ini bermakna entri yang bermaklumat, yang selalunya ditulis dalam bentuk poin atau penyenaraian, contohnya: 5 Langkah Untuk Perbaharuhi Cukai Jalan Dari Rumah atau mungkin 5 Faktor Yang Menjadikan Anak Lelaki Sering Nakal.... dan seterusnya.

Blog Mesti Ada Fokus Tertentu

Jangan terlalu ghairah nak mengejar trafik, pastikan entri-entri di dalam blog anda punyai saling kait walaupun tajuk entri mungkin agak berbeza. Contohnya, blog www.hasrulhassan.com memaparkan kisah, isu dan panduan berkaitan dunia blog Malaysia ... ada tips dan panduan SEO, ada isu berkaitan blogger Malaysia, ada pula petua untuk buat duit .... dan ada pula penyenaraian blog-blog selebriti ... yang semuanya masih lagi relevan dan tercakup dalam satu fokus - iaitu dunia blog Malaysia.

Berasa Seronok Apabila BerblogTension - jangan tulis entri. Nak tulis entri baru mesti dalam keadaan anda gembira dan ceria. Jika anda sedang marah, legakan dan redakan kemarahan anda sebelum anda buat entri mengenai kemarahan anda. Kita mahu menulis sesuatu yang dibaca oleh ramai orang - yang kebanyakkan akan menilai kita dari apa yang kita tulis.


Untuk berasa seronok dalam dunia blog, anda perlu aktif memberi komen dan menjadi amalan melawat blog rakan blogger lain untuk kuatkan komuniti blog anda sendiri. InsyaAllah, bukan setakat anda menambah rakan blogger tetapi ia juga akan bantu anda untuk menemui idea bermutu untuk menghasilkan entri yang berkualiti dan terbaikk....

CC: Terima kasih abang HasrulHassan dalam perkongsian yang bermanfaat ini. Diharapkan rakan-rakan blogger yang masih baru dapat menimbanya dengan hati yang terbuka. 

Khamis, 21 Ogos 2014

Alkisah di Hari Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Sekejap sahaja masa berlalu kan... Pejam celik pejam celik dah nak habis bulan Syawal pada kali ini. Di kesempatan ini, LeYa memohon seribu kemaafan andai ada terkasar bahasa dan tersilap perbuatan di atas rakan-rakan yang sering membaca entri LeYa. 

Pasti anda semua seronok apabila menjelang Raya di mana dapat berjumpa ahli keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai yang jauh terpisah. Berjalan raya bersama beramai-ramai yang setiap tahun ahli keluarga sebelah ibu LeYa akan laksanakan. Kami akan konvoi raya beramai-ramai dari rumah ke rumah sehingga lah lewat malam. Penat tuh memang lah penat.. Tapi bila dah berkumpul ramai-ramai ni dan terasa bahang kemeriahannya, rasa penat itu pun hilang. 

Owh ye!!! lupa LeYa nak beritahu... Pada tahun ini juga LeYa buat pertama kalinya beraya bersama suami kerana pada tahun ini LeYa sudah pun mendirikan rumah tangga pada Mei yang lalu. Perasaan LeYa ketika itu berbaur sedih dan gembira. Kenapa ada sedih? Dan apa yang buat LeYa gembira itu? Sedih kerana tidak dapat beraya di hari raya pertama bersama ibu dan ayah. Gembira kerana sudah bersama suami. Sudah memiliki tanggungjawab sebagai seorang isteri. tanggungjawab yang besar perlu dipikul untuk memberi kebahagiaan dalam rumahtangga selain dari suami.

Aha! cukup-cukup lah LeYa berceloteh panjang untuk kali ini. Di bawah ni ada LeYa selitkan gambar kenangan di hari raya pertama sehingga raya ketiga.

Ahli Keluarga sebelah ibu (masih ramai lagi yang tidak menghadirkan diri ketika ini)

 Cucu-cucu Tok Anjang Ghani 

Bergambar bersuka ria di rumah Tok Chik di Seremban

Adik-beradik nenek bergambar di rumah Tok Lang di Brisu, Melaka

Rumahku di serbu oleh sanak-saudara

Di rumah PakNgah (aku sudah tiada ketika ini...hehe..)

Ibu & Ayah bersama ibu saudaranya di rumah Wan Ibu Aro di Sepang

Hari Raya Pertama bersama sebelah suami di Merlimau, Melaka
Ahli Keluarga Suami

Di rumah Tok Busu dan anak-anaknya serta saudara lain

Pak Itam dan keluarga


Tok Busu bersama anaknya PakNgah & Pak Itam

Selesai sudah kisahku di Hari Raya untuk kali ini. Apa-apa pun LeYa mohon ampun dan maaf sekali lagi jika ada terkasar bahasa dan terguris hati.

Rabu, 20 Ogos 2014

30 Tips Hebat Untuk Hidup Yang Indah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

1. Ambil 10-30 minit berjalan setiap hari & semasa berjalan hendaklah SENYUM.
2. Duduk dalam diam (bertafakur) untuk sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari.
3. Apabila anda bangun pada waktu pagi, berdoalah supaya Allah memberi
bimbinganNya untuk anda menjalani hari dengan baik.

4. Makan lebih banyak makanan yang tumbuh di pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan.
5. Minum air dengan banyak.
6. Cuba untuk membuatkan sekurang-kurangnya tiga orang tersenyum setiap hari.
7. Jangan buang tenaga yang berharga anda pada gosip, fitnah, kisah-kisah lama dan isu-isu yang negatif atau perkara yang diluar kawalan anda. Sebaliknya laburkanlah tenaga anda pada perkara-perkara yang positif.
8. Bersarapan seperti raja, makan tengah hari seperti seorang putera dan makan malam seperti kanak-kanak.
9. Hidup ini adakalanya tidak adil, tetapi ia masih baik. Jadi fikirkan yang baik-baik.
10. Hidup ini terlalu singkat bagi membuang masa untuk membenci sesiapa. Maafkan segala-galanya!
11. Jangan terlalu serius pada diri sendiri. Relaks.
12. Anda tidak perlu menang bagi setiap hujah. Bersetuju untuk tidak bersetuju.
13. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak akan merosakkan masa depan anda.
14. Jangan bandingkan kehidupan anda dengan orang lain.
15. Tiada siapa yang bertanggungjawab untuk kebahagiaan anda kecuali diri anda sendiri.
16. Jangan mengulangi kesilapan masa lampau.
17. Bantu golongan yang memerlukan. Murah hati. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Be a ‘Giver’ not a ‘Taker’.
18. Apa yang orang lain fikir tentang anda, itu bukan masalah anda. Biarkan!
19. Masa yang akan menentukan segalanya. Berusahalah tanpa jemu.
20. Walau baik atau buruk suatu keadaan itu, ia pasti akan berubah.
21. Kerjaya anda tidak akan menjaga anda ketika anda sakit. Keluarga yang akan menjaga jadi sentiasalah berhubung dan berkomunikasi.
22. Hasad dengki adalah satu pembaziran masa. Jauhinya!
23. Setiap malam sebelum tidur, berdoalah kepada Allah dan bersyukurlah untuk apa yang anda telah capai pada hari tersebut!
24. Ingatlah bahawa hidup anda sangat diberkati.
25. Memaafkan diri sendiri & orang lain dan tidur dengan hati yang bersih.
26. Fikirkan yang baik-baik tentang orang lain bukan fikirkan yang buruk atau berprasangka.
27. Bersyukur untuk semua perkara-perkara yang kecil supaya anda boleh menghargai perkara-perkara besar.
28. Sentiasa gembira dan beri tumpuan kepada perkara yang positif.
29. Sentiasa memperbaiki kelemahan diri.
30. Kongsikan tips ini kepada rakan-rakan yang berada dalam senarai anda.
Hidup Itu Indah