Isnin, 19 Mei 2014

Segmen Blogging + Menang Hadiah!


KLIK
BANNER UNTUK JOIN

Salam
1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk
beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan.
Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat
pemenang bertuah!

HADIAH:
USB
Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery
Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge
magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT:
29 MEI 2014
– Jam 11.59 malam

Jumaat, 16 Mei 2014

Selamat Hari Guru 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tanggal 16 Mei adalah hari bersejarah yang diraikan pada setiap tahun kepada guru-guru di Malaysia. Tidak ketinggalan juga kepada LeYa. LeYa ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada guru-guru, pensyarah yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menjadi insan yang berjaya. Sesungguhnya seorang guru tidak pernah kenal erti penat lelah untuk membentuk setiap pelajar yang diajarnya. Kegembiraan yang akan terpancar di wajah seorang guru terserlah apabila pelajar mereka berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang diceburi.

Jutaan terima kasih kepada guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang mengjar LeYa di:
  1. Tadika Kemas Taman Dato Hj Abdul Samad, Port Dickson
  2. Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana, Port Dickson
  4. PLKN Kem Seri Perkasa, Mantin (Kump 2 Siri 2 Tahun 2005)
  5. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
  6. Universiti Teknikal Malaysia, Melaka
Dan sejuta penghargaan buat ayahanda tercinta yang juga seorang guru dan mengajar LeYa di waktu ketika dahulu. 

Hari demi hari, banyak kerjaya yang LeYa lakukan. Tibalah masanya LeYa pula telah bergelar seorang guru di sekolah lama tempat LeYa menimba ilmu iaitu di SMK Bukit Saujana, Port Dickson. Pengalaman pertama mengajar amat payah sekali. Ia kerana LeYa perlu menyesuaikan diri dengan pelajar. Lama kelamaan LeYa dapat berkomunikasi dengan baik antara pelajar yang LeYa didik. Tak sangka kan. Bidang yang LeYa tidak ceburi langsung, tapi kini sedang melaluinya.

Dan pada hari ini, Hari Jumaat bersamaan 16 Mei 2014, kami guru-guru di SMKBS disambut meriah dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh para pelajar dan sesetengah guru sendiri. Aktiviti bergambar bersama rakan seperjuangan tetap juga diambil sebagai kenangan apabila LeYa keluar nanti.


Selamat Hari Guru 2014
Guru-guru SMKBS

Selamat Hari Guru 2014
Bergambar sakan

Selamat Hari Guru 2014
Geng 3NKISS (Nor Faizura, Nur Amalina, Noor Diana, Kamsiah, Illya[LeYa], Siti Zunaidah & Siti Anizah) - Rakan seperjuangan LeYa yang sering bersama 

Selamat Hari Guru 2014
Barisan guru-guru lelaki juga turut serta men'selfie'kan diri...hehe..

Selamat Hari Guru 2014
Yeah...cikgu paling rajin

Selamat Hari Guru 2014
Guru-guru diraikan di majlis sambutan hari guru di dewan sekolah

Begitulah bagaimana kisah LeYa menjadi seorang guru yang kini sudah hampir masuk ke dua bulan dalam bidang pendidikan. Terasa diri dihargai pelajar walaupun kita masih mentah dalam dunia perguruan ini. Kepada anak didik LeYa, LeYa doakan kalian berjaya dan menjadi anak soleh dan solehah buat ibu dan ayah. 

Rabu, 14 Mei 2014

Ranking Alexa di LeYa's Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bila dah mula rajin menulis di entri blog baru tahu akan kepentingan Alexa dalam blog.. hehehe...

Kalau di sekolah kita dipantau oleh guru dan peperiksaan untuk naik kelas yang lebih baik. Di pejabat pula, kita akan dipantau oleh majikan untuk berpeluang kenaikan pangkat dan gaji.

Jadi, dalam blog juga kita akan dipantau oleh Alexa. Semakin kedudukan blog kita baik dalam Alexa, semakin tinggi lah peluang kita untuk menjana pendapatan blog. LeYa tak percaya kalau ada di antara blogger2 yang tak mahu nak menjana pendapatan blog kan. Semua inginkannya.

Jika dahulu hobi sekadar suka-suka dalam menulis, kini boleh bertukar dalam bentuk pendapatan. Satu kerugian besar lah jika ada kemahiran menulis tetapi tidak dipraktikan. Kita mampu menjana pendapatan dengan kemahiran yang kita ada iaitu dengan menulis melalui penulisan blog kita pada tiap2 entri. Kalau dahulu hobi blog untuk suka-suka, kini harus dibuang dan diganti kepada menulis untuk menjana pendapatan. 

Di sini, LeYa ada kongsikan kedudukan LeYa's Blog dalam ranking Alexa. Anda juga boleh menyemak blog anda di Alexa.com
ranking alexa
Kedudukan pada hari Ahad 11/05/2014

ranking alexa
Kedudukan pada hari Isnin 12/05/2014

ranking alexa
Kedudukan pada hari Rabu 14/05/2014

Alhamdulillah, hanya selang beberapa hari sahaja blog LeYa mengalami perubahan yang baik sekali dalam persada dunia blog. Ini juga telah diberi tunjuk ajar dari HasrulHassan dan blogger2 mahir lain cara penulisan yang betul. Pada anda yang baru dalam penulisan blog, jangan malu untuk bertanya dan berkongsi jika mempunyai sebarang kesulitan mencari ranking blog. 

Isnin, 12 Mei 2014

Blogging kerana minat atau nak jadi kaya?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Blogging kerana minat atau nak jadi kaya?

Jam menunjukkan jam 5.42P.M. Terasa pantas masa berlalu kan. Masa terluang ini ingin LeYa ceritakan sedikit mengenai blog. Korang mesti dah tau kan berapa banyak blog2 di luar sana yang kita sendiri tak mampu nak melawat satu persatu setiap blog mereka itu. Ada yang masih baru belajar dan ada yang sudah lama dalam dunia blogging ni. Pada LeYa kan, tak salah pun nak berblogging ni kerana LeYa tahu itu mungkin adalah minat kamu semua.

Blogging kerana minat atau nak jadi kaya?
Gambar sekadar hiasan diambil dari Mr Google
Namun, ada juga sesetengah blogger memulakan aktiviti blogging ini kerana terikut trend, nak dapat duit mudah, tak perlu pergi kerja di pejabat, bersesak di jalan raya. Kemudian, kecundang apabila blog mereka tidak mempunyai pendapatan. Padahal baru sahaja berjinak dengan blogging. Kerana niat asal nak ada blog sebab nak jadi mudah, kaya dan senang dalam semua perkara. Nak ada duit tanpa perlu bekerja keras di mata dia walhal tidak sebenarnya.

Percaya atau tidak dalam apa jua bidang sekalipun, minat yang akan menjadikan korang berjaya? Bakat yang ada dalam diri korang tu tolak tepi dulu sebab bagi LeYa, bakat boleh diasah kalau korang rajin cuma kalau dah memang dianugerahkan bakat sejak azali, lagi mudah untuk korang berjaya dari orang lain. Jadi bersyukurlah dan percayalah pada instinct. Kalau ade bakat tapi tak ade minat pun, tak guna jugak kan?

Ada orang buat blog, bila tahu kebanyakan Full Time Blogger hari-hari duit masuk hanya dengan duduk di rumah sahaja. Ada orang buat blog sebab gilakan poplariti. Ada orang buat blog, sebab malas nak pergi kerja dengan harapan blog dapat tanggung hidup dia. Ada orang buat blog sebab saja suka-suka dan ada yang buat blog semata-mata kerana terikut-ikut trend semasa.

Blogging kerana minat atau nak jadi kaya?

Orang ada blog, aku pun nak ada blog. Tak gitu kan? hehehe.... Then, orang buat duit dengan blog, korang 10sen pun tak dapat. Korang cakap "alaa... aku buat blog saje je suka-suka, bukan nak duit pun". Tapi bila tengok bersepah juga iklan kat blog tu (buat hiasan ker iklan kat blog tu...)hehe...

Kesilapan ramai blogger yang wujud hari ini adalah kerana menulis blog semata-mata nak kaya. Kerana nak dapat income. Hari ni buat blog kalau boleh esok nak ada income dah. Bila esok tetap takde income, terus putus asa. LeYa dulu mengambil masa yang lama untuk mencari satu networking memperkenalkan LeYa's Blog di persada blogger2 luar sana. Takde pulak pada mulanya niat nak dapat duit banyak dalam masa singkat.

Bila target korang ada blog semata-mata nak ada income, reader bukan tak boleh baca niat korang melalui penulisan atau isi kandungan yang disampaikan. Tulis sesuatu kerana lahir dari hati. Kita happy, orang lain yang baca pun happy sama In syaa Allah. (Nasihat untuk diri sendiri juga).

Kesimpulannya, kalau korang tengok orang lain berjaya tak kiralah dalam bidang apa sekalipun, jangan tanyalah bagaimana dia berjaya bangun dari kegagalan masa lampau. Untuk blog, jika hari ini persepsi korang buat blog semata-mata nak poket tebal, baik ubah persepsi tu sebab ianya nampak mudah tetapi tidak sama sekali.

So, korang ade blog kan? Kerana minat atau nak buat duit? Bagi LeYa, semestinya kedua-duanya sekali tapi lebih sedikit kepada minat kerana minat yang akan mempengaruhi  setiap apa yang LeYa impikan dan jalani hari sehariannya dan mungkin juga selamanya.

Ahad, 11 Mei 2014

Kejayaanku Adalah Kejayaan Ibu Ayah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... LeYa semakin hari semakin dimurahkan rezeki. Terima kasih pada sahabat saya, Aimie Mokhtar yang banyak membantu LeYa dalam usaha menambah pendapatan. Kami mengenali sejak di UTeM lagi dan kini telah hampir 3 tahun bersama sebagai rakan dan sahabat dalam apa jua masalah yang LeYa hadapi akan dikongsi bersama beliau. hehe... Tidak dilupakan juga pada ahli keluarga LeYa yang terutamanya Ibu dan Ayah yang mendidik dan membesarkan LeYa sehingga berjaya kini.

Berbekalkan ilmu perkomputeran yang saya menuntut selama lebih kurang 6 tahun dalam bidang Teknologi Maklumat, membawa perubahan dalam hidup LeYa untuk cuba menceburkan diri dalam perniagaan online. Bermula dengan blogging pada tahun 2008 dan menggunakan tapak Blogger.com sebagai platform untuk LeYa's Blog dikenali di dunia Internet.

Kemudian, menjejakkan kaki ke tahun 2013, LeYa sekali lagi membina sebuah laman web berupa korporat sebagai medium perantaraan LeYa sebagai tapak mempromosi bakat dan kreativiti LeYa dalam dunia fotografi. Kalau dahulunya dikenali sebagai LeYa Production. Namun, kini dengan gabungan Mr. F, LeYa telah menukarkannya kepada LF Production. LF Production kini telah menjadi tapak web utama dalam setiap pembangunan web/blog yang LeYa telah bangunkan.

LF Production
LF Production
Sekali lagi, LeYa menggunakan kemahiran yang ada dengan membangunkan sebuah laman web khas untuk jualan seperti pakaian dan aksesori, perfume, handbeg dan banyak lagi dalam Hanna Boutique. Hanna Boutique ini telah mendapatkan bantuan dari kakak ipar kepada Mr. F dan juga rakan sekelas semasa sekolah menengah dahulu dalam promosi dengan meletakkan barang-barangnya di situ. 

Hanna Boutique
Hanna Boutique
Detik-detik LeYa dalam mengharungi rintangan untuk membangunkan kesemua laman web ini sangatlah mencabar. Alhamdulillah, akhirnya LeYa mampu lakukan. "Bukan mudah untuk kita mencapai sesuatu yang kita hajati, Tetapi tidak sukar jika kita sudah memilikinya". Kata-kata ini yang LeYa sering abadikan dalam diri apabila menyiapkan tugasan.

Menjadi seorang Pengaturcara atau Pembangun Web bukanlah suatu kerja yang mudah. Seorang Developer kadang-kadang terpaksa mengorbankan banyak perkara sebagai contoh masa dan wang ringgit. Setiap tugas yang dilaksanakan telah dipertanggungjawabkan untuk disiapkan sehingga "timeline" yang diberikan majikan. Pengorbanan seorang Developer dalam pembahagian masa amatlah berguna jika ada masa terluang yang ingin dikongsikan bersama keluarga. Keluarga juga penting dalam kehidupan seharian. Jadi, hargailah jika anda mempunyai pasangan atau ahli keluarga yang sibuk bekerja. Apabila pulang ke rumah, layanilah penuh santun dan hormatilah diri mereka kerana seharian mereka memerah otak dan keringat dalam menyiapkan tugasan mengadap coding di skrin komputer..

Jumaat, 9 Mei 2014

Bagaimana Ingin Memulakan Online Business???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Trend dunia sekarang ni ramai yang buat lebih dari 1 kerja untuk menampung segala keperluan dan kehendak untuk teruskan hidup.

Kalau nak dilihat sebenarnya pendapatan dari kerja hakiki kita memang cukup untuk tampung perbelanjaan makan dan minum, pakaian, kenderaan yang boleh bantu kita bergerak.

Tapi kenapa kita sering merasakan pendapatan kita tu tak cukup???

Kerana kita nak

♥ Makan makanan yang mahal
♥ Tempat makan yang mahal. Contohnya seperti KFC, McD, Pizza Hut, Secret Recipe. 
Tempat-tempat makan tu semuanya tempat makanan yang mahal. Sebab tu kita perlukan lebih budget untuk dapat makan kat tempat macam tu. Padahal boleh je makan kat rumah. Asalkan boleh isi perut yang kosong. Tapi biasalah, manusiakan. Nafsu mengatasi segalanya. Memang bukan selalu kita makan kat tempat macam tu tapi zaman sekarang ni, makan kat gerai or warung pun dah mahal. Ambil nasi campur dengan air dah RM10. Itu baru sorang. Anak bini takkan tak makan plak. Makan sedap, minum pun mesti nak sedap. Ice blended, ABC, cendol, air buah. Kita tau air kosong tu elok dah murah tapi tetap nak minum air yang mahal jugak. Sometimes harga air je pun dah RM 3.00++. 

So ramailah antara kita yang buat kerja lain untuk tambahkan duit poket untuk belanja hari-hari. Ataupun ada yang buat kerja tambahan untuk buat simpanan. Gaji kerja hakiki untuk perbelanjaan, duit tambahan untuk simpanan.



Apa kerja tambahan yang boleh kita buat. Macam-macam sebenarnya. Nak or Tak Nak je. Lagi satu aspek yang perlu diambil kira ialah masa. Macam LeYa kerja sebagai guru ganti, memang zaman sekarang kerja guru ni tak sama macam dulu. Separuh hari dah boleh balik. Tapi sekarang tak, macam-macam kerja yang cikgu kena buat. Macam-macam program yang cikgu kena hadir. Nak tak nak kena buat juga. Sebab dah tugas. Tapi cikgu tak dapat claim OT tau. So gaji sebagai cikgu tetap sama je. Banyak or sikit kerja tetap sama. LeYa memang bersyukur dengan gaji yang LeYa dapat. Tapi bila dah tolak

Duit kereta
Duit pinjaman belajar
Duit cukai
Duit cenderahati ibu bapa
Perbelanjaan harian, makan minum
Duit tol
Duit minyak


So baki tinggal berapa je la.Tu belum lagi ditambah dengan

Duit nak balik rumah mak ayah & mertua

Sometimes kita beritahu parents kita yang kita tak dapat balik sebab masalah utama adalah banyak kerja. Tapi kita sebenarnya tak cukup budget. Lebih-lebih lagi bila bulan tu banyak kes kecemasan

Servis kereta
Insurans kereta
Kereta rosak
Dan macam2 lagi la


Akhirnya LeYa memilih bisnes online. Sebab tak perlu nak penat-penat buka kedai. 

Lagipun....

Modal fleksibel
Modal RM0 hingga ikut kemampuan(kalau nak buka gerai mana ada modal RM0 kan?)
Ada mentor ( FREE je. dieorang tak minta bayaran pun)
Boleh jual banyak produk tanpa perlu simpan stok. Bila ada orang nak beli baru kita order kat company.
Nak income berapa banyak, kita yang tentukan sendiri.
Tak perlu susah payah nak keluar buka kedai. Duk depan PC or guna smartphone yang canggih-canggih tu dah boleh nak buat sales & marketing.
Ilmu tentang produk, marketing & segala ilmu yang diperlukan untuk mamajukan lagi bisnes kita, mentor akan bantu. Kita just buat je.

Tunggu dulu!! Nak tambah pendapatan jugak macam LeYa???

TERUSKAN BACAAN ANDA YE....

LeYanie masih mencari-cari sesiapa yg serius dan berminat untuk LeYa kongsikan tips bagaimana jana income 3,4,5 angka sebulan dengan Hai-O ..yang penting  'NAK' sahaja..Insyaa-Allah segalanya akan dipermudahkan..



PERLU MODAL BESAR KE NK JOIN HAI-O??




TIDAKK!! Tak perlu modal yg besar untuk berniaga Hai-O..dgn modal RM0 pon anda boleh join Hai-O..nak tau caranya sila contact LeYa..

anda ada 2 pilihan nk join Hai-O
1. secara FREE ataupun
2. bole buat bayaran RM50 seumur hidup untuk register jadi ahli..

nak jd ahli FREE ...cepat contact LeYa ye.. kongsikan bagaimana caranya..

ape yg anda dapat bila join Hai-O??
1. anda dapat ID sebagai ahli Hai-O
2. anda dapat starter kit (panduan Hai-O) 

Lepas tu anda bole start berniaga dengan hanya online je..
Ye dengan online je dah boleh jana income dengan berkongsi kebaikan produk je..orang yg akan cari kita sebab Hai-O telah diketahui ramai akan kehebatan produknya..mudahkan!!

APA YG BESTNYA HAI-O??
~anda tak perlu simpan barang
~anda tak perlu bazir masa, tenaga dan wang untuk pergi ke pejabat pos
~anda tiada risiko untuk RUGI
~semuanya hanya Online sahaja...

APA YANG HAI-O BAGI BONUS??

ada 6 BONUS kesemuanya kita layak dapat bila dah join Hai-O
nak tau bonus ape?? Kenalah contact LeYa

APA YG SPECIAL BILA JOIN TEAM LeYa??

~dapat free consultant 24 jam sehari
~akan ditambah masuk dalam group FB dan whatsapp atau wechat...Di sini anda akan dapat tip-tip dan rahsia bagaimana nak jana income bersama Hai-O
~anda akan dapat guide daripada mentor2 hebat yg telah jana 5angka sebulan
~anda akan dapat member group very supportive
~anda juga akan LeYa guide sehingga anda berjaya apa yg anda impikan..kejayaan anda keutamaan LeYa..

LeYa sedia membantu anda kalau anda 'NAK' berjaya dalam Hai-O..
segalanya ditangan anda..tiada sebarang paksaan..

INGATLAH..orang yg berjaya adalah orang yg berani melangkah..
Jika anda takut nak melangkah jangan bermimpi anda nk berjaya..

Selasa, 6 Mei 2014

Awesome! A Special Card To Me

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Teacher Day is celebrated around the world on different dates. World Teachers' Day aim is to mobilize support for teachers as well as appreciating Teachers. All that I have achieved in my life is because of my teachers. Some of them were formally designated as my teachers -- in school, college, and university. Others, such as my parents, were my teachers nonetheless.

Awesome!! For one month I've been a teacher at SMK Bukit Saujana, Port Dickson and today i got a card that wishes "Happy Teacher's Day". "Teachers can change lives with just the right mix of chalk and challenges". 

A Happy Teacher's Day card from INTI College

Khamis, 1 Mei 2014

SEGMEN : Bogwalking HARI PEKERJA Bersama Ayu Insyirah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selamat Menyambut Hari Pekerja semua yang sedang bercuti hari ni.. Jalan-jalan blogwalking ke blog2 rakan-rakan, LeYa terserempak dengan satu segmen yang menarik minat LeYa untuk turut serta dalam segmen tersebut. Segmen yang cukup simple untuk disertai. Sesiapa sahaja boleh turut serta. Tak rugi pape pun. Malah dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara rakan-rakan blogger yang lain.

 Segmen Blogwalking HARI PEKERJA bersama AyuInsyirah

Jom sama-sama kita memeriahkan lagi segmen blogwalking bersama Ayu Insyirah. Klik SINI untuk menyertainya...