Lebih kurang dalam tempoh setahun
juga, sudah acap kali aku mencari kerja. Gawat tak gawat, tapi kata hatinya
lebih penting. LeYa tidak takut. Kerja tak kerja, hidup ini memang sentiasa ada
risiko. Makan tak makan, pandai-pandailah dia nanti.
Tugasnya
yang pertama di Bandar Kuala Lumpur sebagai Pembantu Pengaturcara di sebuah
syarikat pembangunan sistem cuma mampu bertahan selama dua bulan. LeYa terpaksa
berhenti kerana telah mendapat tawaran sambung latihan industri di Petronas,
KLCC. Seminggu selepas berhenti kerja di syarikat itu, LeYa seperti tidak
selesa dengan keadaan baru di Petronas. Hampir sahaja ingin pulang ke syarikat
lama, namun memandangkan gaji lumayan yang diberi, LeYa teruskan jua. Bertugas
dari pagi membawa ke petang memberi satu cabaran dalam diri.
Usai
dari latihan industri, LeYa duduk di rumah mencari kerja di mana sahaja
sehingga setakat yang mampu oleh diri ini. Kemudian, pada bulan November, LeYa
lalu dipanggil kerja di cawangan LHDN Seremban sebagai Pembantu Tadbir
(Penaksiran) sambilan. Di sini LeYa hanya dapat bertahan selama enam bulan
kerana mengikut kontrak di atas kertas. Kini sekelip mata, LeYa kembali jadi
penganggur. Masih dengan usaha seperti dahulu. Mencari dan terus mencari kerja.
Langkah
demi langkah terus diatur entah ke mana. Tiada sebarang rancangan untuk hari
esok. LeYa belum terfikir. Yang jelas, dia masih belum bersedia untuk
memikirkannya. Esok adalah untuk hari esok. LeYa tidak akan mengusutkan
fikirannya dengan perkara-perkara atau masalah-masalah hari esok. Ketika ini,
apa yang LeYa tahu, mengosongkan fikirannya dan menenangkan hati. Itu sahaja.
Di
dalam kereta, LeYa duduk seketika melepaskan penat. Rupa-rupanya hampir sejam
dia termenung tanpa tujuan melayani perasaan. Jam di tangan menunjukkan pukul
11.30 pagi. Ketika inilah baru LeYa terasa dahaga. Dia memerhatikan keadaan
sekelling. Di seberang jalan tempat dia parkir kereta kelihatan sebuah
restoran. Dengan langkah malas, LeYa menarik kakinya keluar dari kereta dan
menuju ke sana.
Restoran
Selera Ramai tidak ramai pengunjung yang kelihatan. Aroma ikan yang baru
digoreng menusuk hidung LeYa. Hasratnya untuk sekadar membasahkan tekak
terbantut. Sudah terlanjur masuk waktu tengah hari ini, elok juga kalau aku
mengisi perut di sini sahaja.
Nasi
campur berlaukkan ikan keli bercili goreng seekor, ulam pucuk ubi dicelur dan
sambal belacan. Air Tea O ais segelas. Itu sahaja yang diambil LeYa. Sambil
makan, sesekali mata LeYa tertumpu ke arah sederet kedai-kedai di seberang
jalan sana. Kedai-kedai yang dilaluinya tadi. Ramai yang lalu lalang di situ.
Lama
LeYa makan di situ, terasa ada yang memerhatikannya. Segera LeYa menghabiskan
nasinya sebelum menuju ke kaunter bayaran.
“Berapa
semuanya?” LeYa bertanya pada seorang gadis yang kelihatan sebaya dengannya.
“RM
6.90.”
Wang
kertas sepuluh ringgit dihulurkan pada gadis itu. Spontan juga LeYa bertanya. “Kenapa
mahal sangat?”
“Yalah,
adik ambil seekor ikan keli bercili tadi, kan?” Gadis itu membahasakan LeYa
sebagai adik. Mungkin pada tanggapannya LeYa lebih muda daripadanya.
Masih tak puas
hati, LeYa bertanya lagi. “Berapa seekor ikan keli bercili goreng itu kak?”
Setelah gadis itu memanggilnya ‘adik’, LeYa memanggilnya ‘kak’.
“Ikan
keli goreng bercili seekor RM 3.00. Pucuk ubi celur RM 1.20. Sambal belacan 50
sen sebab adik ambil banyak. Nasi penuh 70 sen. Air teo o ais RM 1.50.”
Pertanyaan LeYa kali ini dijawab dengan panjang lebar.
LeYa
terdiam. Cekik darah betul! Ikan keli bercili goreng sebesar itu sampai RM 3.00”
Pucuk ubi celur yang secotet tadi pun sampai RM 1.20? Sambal pun aku terambil
banyak sikit pun nak dikira sampai 50sen? Ada ke patut? Patutlah tak ramai pelanggan
yang datang.
Hendak
tak hendak, LeYa menghulurkan semula not RM 10.00 kepada gadis itu. Lain kali,
jangan haraplah aku nak makan di sini!
Setelah
baki RM 3.10 wangnya dipulangkan, LeYa terus menyeberang jalan menuju ke tempat
parkir kereta. Mulutnya masih merungut-rungut. Beberapa langkah sebelum sampai
di keretanya, LeYa memeriksa dompetnya. Cuma tinggal RM 10.00 dan entah berapa
sen. Mungkin cukup untuk terus sahaja pulang ke rumah.
*****************************************
Di
rumah, setelah LeYa berehat dan menikmati juadah makan malam bersama keluarga,
LeYa dihubungi oleh Zol. Peristiwa tengah hari tadi diceritakannya kepada Zol.
“Sayang…you
know that.. Tadi I makan di luar sebab dah tengah hari dan perut pun lapar.
Bile turn to pay to the cashier, oh my god…its really expensive you know.
Patutlah kedai makan tuh tak ramai orang datang.” Mengadu LeYa pada tunangnya.
“It’s
okay manje… You jangan risau. Everything will be just fine. Just enjoy yourself
okay. Nanti, after I got my salary, I’ll give to you.”pujuk Zol terhadap LeYa.
Wah….Dia
nak bayar balik duit makan aku tadi dan bagi duit belanja. Alhamdulillah…
bersyukur kerana Allah masih sayangkan insannya ini. Tidak kusangka dia juga
baik pada ku.
“Errr….you
tak kisah ker?? Kan you nak saving for their wedding.”
“It’s
okay manjeku. Macam yang I cakap tadi, everything will be just fine.”
Setelah
mengucapkan terima kasih kepada dia, LeYa pun mematikan talian telefon untuk
merehatkan badan yang letih di siang hari tadi. LeYa tersenyum-senyum sendirian
bila mengenangkan sikap prihatin dan tanggungjawab si dia. Bersyukur ke hadrat
Ilahi kerana diberi seorang lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab serta
melindungi diri ini. LeYa memanjatkan kesyukuran kepada Allah dan terus terlena
hingga ke subuh.
Bersambung>>