Rabu, 25 September 2013

Ya Allah! Tunangku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Malam kian berlabuh tirainya. Baru malam ini LeYa dapat menulis rentetan perjalanan di blog kesayangan ini.

Kenapa dan Mengapa ia berlaku??

Semalam...LeYa dikejutkan berita Incik Tunang kemalangan semasa hendak ke tempat kerja.
Dan semalam sebelumnya LeYa mendapat lagi satu berita di mana sahabat LeYa semasa menuntut di bumi UTeM waktu ketika dahulu telah pun kembali ke rahmatullah. Innalillahiwainnailaihirrajiun. Semoga arwah ditempatkan bersama orang2 beriman. Setiap perilaku beliau sebelum ini amatlah disegani rakan2 kerana beliau sangat mulia dan baik.

Berbalik pada kisah Incik Tunang... LeYa pun menghidupkan enjin kereta pagi ini untuk meneruskan perjalanan ke Melaka. Hati tatkala itu hanya Allah yang tahu. Rintihan hati seorang bakal isteri kepada bakal suaminya...

Kereta pun meluncur laju membelah lebuhraya selatan... Tiba di tol Jasin, pantas membayar bil nya dan meneruskan perjalanan ke rumahnya... Di hadapan rumahnya, LeYa dipelawa masuk setelah memberi salam. LeYa berjabat tangan dengan bakal ibu mertua dan bertanya khabar akan anaknya iaitu Incik Tunangku.. Tatkala itu juga beliau terus keluar dari biliknya dengan keadaan luka sana sini. Kasihan LeYa melihatnya.

Lama LeYa di situ membantu apa yang perlu. Satu panggilan telefon dari tempat kerja Incik Tunang memberitahu beliau dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke bahagian lain. ALHAMDULILLAH....syukur dengan limpah kurniaNya. Tidak disangka saat sedang sakit ini masih dapat menerima berita gembira. Benarlah setiap ujian yang Allah beri itu hanya Dia yang tahu.

Kemalangan JalanRaya
Gambar yang menyayat hati ini...
Kenangan
Gambar Kenangan Arwah (Muhammad Nor Afiff) semasa Konvokesyen tahun lepas


Related Posts:

  • Ya Allah! Tunangku Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Malam kian berlabuh tirainya. Baru malam ini LeYa dapat menulis rentetan perjalanan di blog kesayangan ini. Kenapa dan Mengapa ia berlaku?? Semalam...LeYa dikejutkan be… Read More
  • Kini Berwajah Baru Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T., LeYa's Blog kini telah berwajah baru. Penukaran layout ini adalah kerana terdapat masalah teknikal dan membuatkan pemilik blog iaitu LeYa untuk membuat pembaharuan dal… Read More
  • Apabila Sudah Lama Tidak Menulis Menggunakan Pen Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Masih juga tidak berputus asa untuk memohon jawatan kosong di sektor awam mahupun swasta. Pagi ini LeYa baru menyiapkan kesemua borang-borang jawatan kosong UiTM di tiga buah negeri … Read More
  • Melihat keindahan di Singapura Dua minggu yang lalu, LeYa telah berkunjung ke negara jiran iaitu Singapura bersama ahli keluarga Mr. F. Perasaan pertama ke sana pada mulanya teruja ingin melihat keindahan di negara orang. LeYa ke Singapura kerana m… Read More
  • Jana Pendapatan Melalui Blog Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Semalam aku keluar untuk pergi photostate sijil2... Dan kemudian, terdetik di hati untuk meninjau baki simpanan dalam bank...  Dan aku terkejut... Pendapatan blo… Read More

6 ulasan:

  1. alhamdulillah..syukur tunang tak apa-apa...

    p/s : salam takziah buat keluarga kawan akak..

    BalasPadam
  2. takziah buat rakan leya..
    syukur juga tunang leya selamat.
    tabahkan hati leya..dugaan di alam pertunangan memang banyak.sabar ya leya

    BalasPadam
  3. Terima kasih semua rakan2 LeYa kerana memberi kata2 semnagat pada LeYa..

    BalasPadam
  4. Syukur tunang akak selamat. Risau pula kat tunang saya pergi kerja hari-hari macam mana. Selamat tempat kerja tak jauh dengan rumah sewa dia.
    Tunang akk orang jasin? Saya pun orang jasin :)

    Takziah buat keluarga rakan. Semoga diberi kekuatan untuk menerima takdir Allah. Alfatihah.

    BalasPadam
  5. Syukur tunang akak selamat. Risau pula kat tunang saya pergi kerja hari-hari macam mana. Selamat tempat kerja tak jauh dengan rumah sewa dia.
    Tunang akk orang jasin? Saya pun orang jasin :)

    Takziah buat keluarga rakan. Semoga diberi kekuatan untuk menerima takdir Allah. Alfatihah.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com