Jumaat, 30 Ogos 2013

Pou simple giveaway by chirp-chirp


Ha! Join segmen lagi Cik LeYa kita ini.. Baru je update blog dengan kisah kemerdekaannya... Cukup2 lah tu nak membebel2. Jom kite tengok ape segmen yang Cik LeYa join ini.

Ini dia!! Pou simple giveaway by chirp-chirp. 


Ini pula pou kesayangan Cik LeYa.. Dah besar pun die dah..
Name: Mr_Shirase
Favourite Colour: White
Favourite Food: Cheese Cake
Level: 55
Coin(s): 12033

Dan akhir sekali LeYa nak tag kan 2 orang kawan blogger LeYa yang dirasakan memang nak tag mereka ini.. 

Jeng3x....


Selesai sudah untuk Cik LeYa dalam menyelesaikan segala segmen untuk hari ini.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56


Wahhh.... Hari ini dah 30 Ogos 2013. Esok 31 Ogos 2013. Bermakna esok Hari Kemerdekaan Yang ke-56 tahun. Sekejap sahaja masa berlalu. Sejak negara kita Malaysia mencapai keamanan dan kebebasan dari penjajahan British, Jepun, Portugis dan Belanda, banyak tinggalan sejarah daripada nenek moyang kita untuk kita kenangi dan tatapi. Justeru, kita sebagai anak-anak Malaysia yang lahir di bumi bertuah ini haruslah sama-sama bangkit untuk mempertahankan Tanah Air tercinta ini. Alamak! Sungguh semangat Cik LeYa kita ini dalam memperjuangkan negara Malaysia. Mentang-mentanglah esok Hari Kemerdekaan buat Malaysia. Semangat Patriotik betul tertanam dalam jiwa Cik LeYa ni ye.. hehehe...

LeYa di sini mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka buat rakan-rakan blogger dan juga seluruh rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum. 


Ok lah semua. Cik LeYa nak mempersiapkan diri untuk menghadiri Majlis Pernikahan rakan baik kakak ipar cik LeYa di Seremban (Cik LeYa diminta untuk temankannya...hehehe...)

Khamis, 29 Ogos 2013

Bila keluarga cik LeYa juga berblogging



Hari ni LeYa nak ceritakan serba sedikit ahli keluarga LeYa yang telah ramai juga mempunyai blog mereka tersendiri. Baik yang muda hinggalah yang sudah berkahwin. Hehe... Mereka ini semua berblogging hanya satu perkara sahaja iaitu untuk menulis cerita kehidupan mereka sama seperti LeYa. Namun, kini LeYa menulis entri kehidupan LeYa sambil menjana pendapatan dengan berbekalkan semangat & dorongan ahli keluarga setelah kerjaya yang diimpikan di dunia realiti masih tidak kesampaian. 

Alhamdulillah kini BE LeYa di Nuffnang meningkat dari sehari ke sehari. Pada mulanya LeYa hairan juga pada waktu ketika dahulu LeYa berblogging tetapi tidak mendapat apa-apa BE. Kini, LeYa sedar akan cara dan perubahan untuk LeYa memperolehi BE dari Nuffnang. 

Ooopppsss...LeYa dah melepasi tajuk. Belum masanya LeYa nak ceritakan BE LeYa di sini lagi. Hari ni kan LeYa nak beritahu beberapa jenis blog milik ahli keluarga LeYa yang giat aktif menulis kisah-kisah kehidupannya. Mari kita terjah satu persatu blog milik mereka itu.

Beliau dikenali sebagai Sarah. Menulis blog untuk mengisi masa lapang dan memberi beberapa tips kesihatan untuk para pembaca blognya. Seorang yang baik, sopan-santun, berdedikasi dan sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di Ain Shams, Mesir. Baru sahaja menamatkan zaman bujangnya pada 17 Ogos yang lepas bersama pasangannya. Gambar perkahwinan beliau di SINI.
You'll Never walk Alone

Dikenali dengan nama Aiman Vege sebab merupakan seorang vegetarian yang dahulunya obses diet untuk menguruskan badannya. Kini, beliau terselah dengan kekurusan dan kekacakannya yang membuat ramai wanita di luar tertawan dengannya dan beliau juga sedang belajar kembali untuk makan-makanan seperti nasi dan daging. Hehe... Merupakan adik kepada Sarah dan sedang menuntut di UiTM Bandaraya Melaka. Giat aktif dalam sukan golf dan mempunyai perniagaan kecil-kecilan menjual "Ice Blended". Anda minat untuk minum??  Carilah Aiman Vege untuk mendapatkan ice-blended tersedap di abad ini.
Me Love Cats and Cows

Ini pula blog Eisya. Baru meningkat usia remaja. Beliau meminati blog kerana ingin terkenal dan fofular sama seperti LeYa (kononnye la kan). Anak sulung dari 3orang. Merupakan seorang yang baik & mendengar arahan ibubapa.  Sangat teruja kepada KPop yang kini sedang fofular(kata kau). Berumur 14tahun dan giat berblog untuk mengisi masa lapang. 
Oppa Gangnam Style... Haha..

Ini pula kisah Adik Wafa. Masih muda dan kecil. Baru berumur 12tahun. Adik kepada Eisya Azman. Minat berblog kerana suka menulis cerita-cerita di kertas dan impiannya tercapai dengan bantuan LeYa sendiri. Daripada menulis di kertas yang mungkin koyak / hilang, LeYa menyarankan untuk menulis di blog. Beliau menurut sahaja. Berpewatakan menarik, baik hati dan kadang-kadang kelam-kabut melaksanakan sesuatu perkara.. Hahaha... Sedang obses belajar untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang tidak lama lagi.
Conteng-conteng kehidupanku
5) Fatin (Hlovate79)
Ini kisah seorang lagi sepupuku. Nama beliau Fatin Nabilla. Merupakan anak sulung kepada Mak Teh ku. Bekerja membantu ibunya di kantin sekolah milik mereka. Seorang yang open-minded dalam perniagaan dan sering menjalankan aktiviti perniagaan secara realiti dan online. 
Business is Business. Who want to be a rich? You must business

Laiii3x.. Ini pula Laman Keluarga kami. siapa yang tubuhkan? Kalau bukan cik LeYa siapa lagi kan.. Hehe.. Blog ni LeYa tubuhkan sendiri untuk mengeratkan lagi hubungan yang terjalin antara keluarga agar mereka lebih memahami antara satu sama lain tidak kira yang berdekatan atau pun berjauhan di perantauan sana. Jadi, LeYa selaku admin blog ini banyak menulis entri2 berkisar kekeluargaan dan aktiviti keluarga.
Ha! Jeng3x... Ini pula blog Mr. F LeYa. Ape??? Encik Tunang LeYa juga ade blog. Nak wat macam mane kan.. Dah berkawan dengan budak IT. Kene la upgrade kan diri.. Hehehe... Encik Tunang ni pulak style blog die sempoi. Beliau lebih meminati gaya bebas dalam menulis entri di blognya. Ke'merepek'an
 yang ditonjolkan dalam setiap kandungan blognya mendapat perhatian dari para pembaca blognya. (Haha...cari ehsan la tuuuu...
Ini Blog Aku Punye... Ade Aku Kesah...

Ini kisah kakak ipar LeYa (dah tentu lah isteri abgku). Beliau seorang guru sekolah menengah di Seremban. Ingin memiliki blog hanya untuk memuat turun nota-nota kepada pelajarnya. Sekadar mengisi ruang untuk para pelajarnya lebih belajar secara online. Beliau sangat berdedikasi, bertanggungjawab, tegas dan baik hati juga. Sering belanja LeYa jika dapat spend-time bersama. Blog ini ditubuhkan sendiri oleh LeYa dan Mrs. Nur Wanda hanya menulis entrinya sahaja. 
Berketrampilan, Bersemangat Jati Diri, Berdisiplin, Sihat dan Cergas

Sekian sahaja kisah blog LeYa untuk hari ini. Marilah sama-sama kita majukan blog untuk negara... Hehehe...




Rabu, 28 Ogos 2013

Resepi Hari Ini: Daging Masak Kicap


Haiii.... semua.. Hari ni LeYa terpanggil lagi untuk menulis entri mengenai satu resipi. Emmm...alaa...resipi ni mudah saje nak buat.. Dan LeYa memang suka pun buat masakan ni sebab senang.. Tak yah nak fikir-fikir sangat... hehehehe....

Ok lah...ape yang LeYa nak tunjukkan ni ye.. Hari ni LeYa nak bagi resipi "Daging Masak Kicap". HA! kan mudah kan. 

Bahan-bahannya adalah :
  1. 400 gram daging boneless ( dihiris nipis-nipis atau di potong dadu kecil)
  2. 3 sudu besar kicap manis
  3. 1 sudu besar kicap pekat
  4. 1/2 biji bawang besar
  5. 2 inci halia
  6. 1 biji bawang putih
  7. 2 sudu besar lada kisar ( ni kalau nak ganti dengan hirisan cili padi pun boleh)
  8. 1 batang kayu manis
  9. 2 kuntum bunga lawang
  10. 1/2 cawan air
  11. sedikit minyak untuk menumis
  12. 1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar)

Cara-caranya

1. Mula-mula blender bawang besar, bawang putih dah halia hingga hancur, ( kalau nak hiris nipis pun boleh) panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang, kemudian curah bahan kisar tadi dan lada kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing.

2. Kemudian masukkan kicap manis dan kicap pekat, selepas itu masukka daging dan 1/2 cawan air, pastikan daging tenggelam, masak daging hingga empuk dan kuah kicap tadi menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sudu kecil gula, jika daging belum empuk boleh tambah air, akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau hingga bawang agak layu, angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba.

( kalau nak rebus daging sampai empuk pun boleh, bila masak tu boleh kurangkan kuantiti airnya)

Gambar Hiasan

Selasa, 27 Ogos 2013

Berdiri Teguh di Dunia Blog



LeYa datang lagi untuk mengemaskini blog kesayangan milik LeYa ini. Petang ni LeYa nak buat entri tentang "Business Card". Apa tu?? Lorrr... tak kan la tak tau kan.. rase LeYa dah ramai pun yang tau n dah ade pun business card ni.. Ok lah..ok lah... LeYa terangkan juga lah. Business Card ni adalah sejenis kad nama yang digunakan oleh ahli-ahli perniagaan untuk mempromosi produk mereka. Tidak ketinggalan juga para blogger. Dengan dunia IT serba canggih ni, tak mustahil LeYa katakan para blogger di luar sana yang sudah memiliki follower yang ramai dan terkenal mempunyai business card. Dari business card lah dorang mencari follower dan memperkenalkan blog mereka antara rakan-rakan mereka. 

Caranya tak lah susah pun.. Kalau kita ade hadiri satu majlis, jangan lupa kita bawa bersama business card kita dan beri pada orang-orang sekeliling kita agar mereka pulang ke rumah dan boleh melayari blog kita serta menjadi follower kita. Ni juga adalah satu cara untuk menaikkan trafik dan UV kita di nuffnang. Senang je kalau kita betul2 berusaha untuk berjaya. Tidak kiralah kerjaya kita itu di rumah atau di pejabat atau di mana-mana sahaja. LeYa akui masih belum menerima kerjaya dari sektor kerajaan mahupun swasta. Dengan kesempatan ini, LeYa cuba untuk menjadi seorang blogger sepenuh masa dan menulis kisah-kisah kehidupan LeYa serta berkongsi beberapa tips & panduan jika LeYa dapat. 

Design by LeYa

Masih dengan tema purple iaitu warna kegemaran LeYa ditampilkan pada business card yang baru sahaja siap tadi. LeYa tidak sabar untuk mempromosikan lagi Laman LeYa's Blog ini kepada orang sekeliling agar mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan membaca aktiviti-aktiviti menarik yang LeYa cuba sampaikan. Dan LeYa juga akan cuba menulis dengan lebih berinformasi dan mempunyai matlamat dalam membuat sesuatu kerja. LeYa merupakan seorang Lifestyle Blogger dan Web Designer di Laman Web LeYa Production.

Transitions Colourful Food Photo Contest



Selamat pagi semua... Pagi-pagi lagi LeYa dah online dan update blog ni.. LeYa seronok sangat sebab rakan-rakan blogger LeYa dah ramai. Terima kasih diucapkan dari LeYa untuk kamu semua. Jasa kalian selama ini memberi LeYa inspirasi untuk menulis dan terus menulis di dalam blog ini membuatkan LeYa mendapatkan idea yang mencurah-curah bagai ladang gandum.. Hehehe...

Habis blogwalking, LeYa terjumpa satu photo contest di FB yang bertajuk "Transitions Colourful Food Photo Contest" dan LeYa pun cuba lah untuk join kan diri LeYa n.. Mana tau kan..rezeki LeYa di situ pada masa dan waktu LeYa masih belum bekerja lagi ini. So, LeYa mengaktifkan la diri dalam dunia blog dan menyertai segala macam pertandingan untuk mengisi masa lapang LeYa. Insya-Allah rezeki dari-Nya tidak kita tahu.

LeYa join photo contest ni dengan menghantar tiga keping gambar yang dirasakan makanan-makanannya enak sekali. Kalau kawan-kawan ingin merasainya boleh ke sana untuk menikmati hidangan yang penuh barakah ini dengan berselera sekali.

LeYa tak mahu bercakap panjang pagi ni. LeYa ade sertakan gambar dan link untuk kawan-kawan LeYa sama undi gambar2 tersebut. Diharapkan anda semua dapat membantu LeYa dalam mengharungi pertandingan ini. Terima kasih tidak terhingga LeYa ucapkan..

Gambar diambil semasa berbuka puasa bersama keluarga di Prince Hotel, Kuala Lumpur
Klik SINI untuk vote LeYa
Gambar diambil sekitar Putrajaya (berhampiran masjid Putrajaya. ade kedai makan di situ)
Klik SINI untuk vote LeYa

Gambar diambil di Restoran Johan Tomyam, Senawang, Seremban semasa Majlis Berbuka Puas bersama rakan-rakan sekerja
Klik SINI untuk vote LeYa

Isnin, 26 Ogos 2013

Keputusan GA Salam Ukhuwah dari Blogger Madrasahkehidupan.com



Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, LeYa telah diberi penganugerahan yang bagi LeYa tidak terjangkau pemikiran LeYa akan memilikinya. LeYa's Blog ini telah tersenarai antara 5 Orang Bloglist Bulan September -  Oktober (1 Bulan) dari Ms. AFAR. Dan dengan bantuan segmen serta giveaway para blogger di luar sana, LeYa juga dapat mengeratkan ukhuwah fillah antara para blogger. 

Terima kasih tidak terhingga LeYa ucapkan buat Ms. AFAR kerana sudi menerima blog LeYa yang tidak cantik ini menjadi senarai bloglist Madrasahkehidupan.com selama 1 bulan. 
Madrasah Kehidupan™
banner blog untuk Madrasahkehidupan.com

Ahad, 25 Ogos 2013

Pencarian bloglist sempena kemerdekaan by Mrs Mahadi




Hai all.. LeYa blogwalking ke rakan2 blogger dan terjumpa segmen ni.. Jom ramai2 kita join untuk meriahkan lagi empunya blog iaitu Mrs Mahadi Rosmin. Segmen ni adalah segemen pertama beliau. Jadi, mari kita sama2 rapatkan hubungan silaturrahim kita denganya. 

Tak susah pun nak join segmen ni.. Jom klik SINI.

Okay cukup la sampai sini LeYa menterjemahkan segmen ni ke dalam blog kesayangan LeYa ini.. Hehehe... Diharapkan rakan2 di luar sana dapat sertakan diri untuk segmen ini..

Jualan Penghabisan Stok

Assalamualaikum...

Di kesempatan ini LeYa ingin mempromosi koleksi pakaian yang hendak dijual. Koleksi2 ini semuanya adalah asli dan bukan cetak rompak.. hehe..dah macam DVD la pulak.. 

Untuk maklumat lanjut boleh la message LeYa di Facebook LeYa untuk pembelian barangan itu. Anda hanya perlu bank in duit ke akaun LeYa beserta wang pos dan barang akan sampai selewat-lewatnya satu minggu. Jika kelewatan, pihak LeYa mintak maaf atas kesulitan tersebut. 

Koleksi Pakaian Yang Hendak Dijual: 
SIZE: W30 L31
BRAND: LEVIS (ORIGINAL)
PRICE: RM70.00
TYPE: STRAIGHT CUT

SIZE: W28 L31
BRAND: BUM EQUIPMENT (ORIGINAL)
PRICE: RM70.00
TYPE: STRAIGHT CUT

SIZE: 40
PRICE: RM15.00
TYPE: MUSLIMAH

SIZE: 38
PRICE: RM18.00
TYPE: KEMEJA

SIZE: 38
PRICE: RM18.00
TYPE: KEMEJA

Khamis, 22 Ogos 2013

Jalan-jalan sekitar Senawang, Seremban


Selamat Malam semua rakan2 LeYa. Hari ni LeYa lewat sikit untuk update entri. Kenapa??? Sebab hari ni LeYa disuruh teman kakak ipar tidur di rumahnye di Seremban dan bukan berada di kediaman LeYa. Then, LeYa bila dah sampai je di sini, LeYa pergi pula ke Rembau untuk mengambil kad pengenalan a.k.a. IC LeYa yang dah siap.. Yeah!!! dah dapat IC baru... gambar pun cantik..nampak LeYa kurus... memang suke sangat laa.. Hehehe....

Dan selepas itu, usai solat Zuhor, kakak ipar LeYa yang dipanggil Kak Ida mengajak LeYa keluar. Ok, jalan-jalan pusing Bandar Senawang... Pegi Giant... Pegi CIMB Bank.. Pegi Tesco...  Makan pizza.....Huuuuaaarrrggghhhhh..dalam satu mase je kami berjalan kan.. 

Jalan-jalan di Giant...

Pusing-pusing pula di Tesco.. 

Perut lapar...makan pula di pizza hut dalam pasaraya giant..

Waaaahhhhh....best nye Cik LeYa kite ni berjalan-jalan kan.. Tak reti penat agaknye.. Haha... Sebenarnye kene teman Kak Ida je nak cari barang. LeYa follow saje.. Ooopppss...lupe lak ade lagi sorang yang ikut kami berjalan ni..

Haa!! Ini budak kecik la yg ikut kami nak berjalan-jalan.. Name die Amrina Rosyada..sepupu kami juga..
Done for my entry today... Tata semua.. LeYa dah ngantuk..nak tido la kawan-kawan... Good Night..:)


Rabu, 21 Ogos 2013

Episod 7: Pinangan Dia Untuk Aku

Hampir tiga tahun hubungan aku dan dia. Terasa pantas masa berlalu. Baru semalam aku berkenalan dengan dia. Hari ini, 15 November 2012 bersamaan Hari Lahirnya yang ke-26 tahun juga merupakan hari bersejarah buat aku. Kenapa penting tarikh itu bagiku?? Ya! memang penting kerana si dia datang bersama rombongan keluarganya meminang aku di kediaman milik ayah dan ibuku di Port Dickson. 

Tatkala menunggu rombongan tiba, hati bergetar. Saudara-mara sibuk menjalankan tugas masing-masing yang diamanahkan ibu ayah kepada mereka. Aku dipersiapkan oleh MakSu ku supaya kelihatan lebih anggun di hari pertunangan ku itu nanti. Gelak tawa dalam menjalankan aktiviti tidak lekang di bibir setiap saudara-maraku. Aku terhibur dan kurang sedikit rasa gementar di hati.

Usai Zuhor, rombongan pun tiba dengan 5 buah kereta. Aku masih menanti di kamarku sehingga dipanggil oleh mereka. Perbincangan antara kaum keluargaku dan kaum keluarganya tidak ku ketahui. Aku hanya menuruti langkah ke pelamin apabila dipanggil untuk disarungkan cincin oleh emaknya. Dan, dulang hantaran kami bertukar tangan antara kedua belah pihak. Saat ini, pabila jari manisku disarung cincin, aku terharu kerana masih ada insan yang sudi menyunting ku menjadi suri hatinya. Lagi terharu apabila orang itu adalah insan yang paling kita sayangi. Bertahun kita menyulam kasih bersamanya, mengenal hati budi antara satu sama lain dan suka duka diharungi bersama telah membawaku hampir ke titik noktah. Aku dipinang sebagai tanda ikatan cintanya dan akan disunting menjadi isteri tidak lama lagi. Selesai upacara menyarung cincin oleh bakal mertuaku, kami bergambar sakan bersama keluarga, keluarganya, rakan-rakan dan paling istimewa bersama si dia. 

Keindahan yang dicipta hari itu tidak dapat kulupakan. Kemudian, para tetamu dijemput menjamu selera sebagai tanda hormat tuan rumah kepada para tetamu yang sanggup datang dari jauh. Sudah menjadi lumrah masyarakat Islam dan Melayu serta dunia, apabila para tetamu datang, tuan rumah perlu menghidang makanan untuk mereka. Selesai sahaja menjamu selera, kami dari pihak tuan rumah membuat satu kejutan kepada si dia dengan menghadiahi kek sempena hari lahirnya serta dititipkan juga nama-nama yang lahir pada bulan November pad tahun itu. Mereka semua terpana dengan kejutan yang dibuatku. Si dia tesenyum sipu pabila seluruh ahli keluarga tahu hari itu adalah hari lahirnya. Ucapan terima kasih diberi atas segalanya. 

Jam menunjukkan 5.00petang. Leka berbual mesra terlupa melihat masa yang berputar. Usai solat Asar, mereka meminta diri untuk pulang ke rumah di Melaka. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi datang memeriahkan majlis ini. Aku adalah insan yang paling bahagia kerana si dia telah melamarku menjadi bakal suri hatinya. 

Kini, aku telah menjadi tunangannya dan akan menjaga segala tingkah laku yang lebih baik supaya tidak dipandang serong masyarakat kerana sudah menjadi tunangan orang. 

Mini Pelamin yang direka khas oleh ahli keluargaku

Auuuccaaaakkkk....

Bersama bakal mertua setelah cincin disarung ke jari manis

Bersama ibu tersayang... Akan mengorak langkah sama seperti ibu membesarkan daku.

Miss LeYa & Mr. F

Seperti berada di taman yang indah...

>> Bersambung....

Selasa, 20 Ogos 2013

Segmen | Salam Ukhuwah dari Blogger Madrasahkehidupan

banner segmen | Ms. AFAR



Alhamdulillah... Pagi ni LeYa berkesempatan lagi untuk join sebuah segmen dari Ms. AFAR.  Segmen ini bertujuan merapatkan hubungan ukhuwah antara blogger2 yang mungkin ingin menaikkan trafik blog mereka. Oleh itu, segmen-segmen seperti ini patutlah disertai untuk memeriahkan lagi tuan punya blog yang melaksanakan segmen ini serta menaikkan juga trafik blog kita supaya dapat dilihat oleh rakan2 bogger yang menyertai segmen ini.

Syarat-syarat untuk menyertai segmen ini sangatlah mudah:

1) Follow blog Madrasahkehidupan.com dan like page BISMI DESIGN ARTZWORK.
2) Letak banner dalam entri anda, buat 1 entri ringkas dan link ke entri itu.
3) Tinggalkan link entri anda dalam kotak komen disqus entri itu.

itu sahaja...

Tarikh tamat segmen ini pada 23 Ogos 2013



Isnin, 19 Ogos 2013

"Segmen Follow April hingga Disember 2013 by cik akak omei"

(Pinjam ni dari cik akak juga sbb cantik laa..hehehe..)

Selamat Malam semua... LeYa blogwalking antara blog2 rakan LeYa dan ternampak la segmen dari Cik Akak ni.. LeYa pun terjah la blog beliau.. LeYa pun join juga sebab lame jugak LeYa tak join sebarang segmen sekarang ni.. Maklumlah busy..Nak update blog pun tak sempat lagi lah blogwalking ke blog2 lain.. So, bila mase terluang ni, LeYa gunakan sepenuhnya la...


Hai all... Jom ramai2 kite join segmen cik akak ni...

Senang je nak join segmen cik akak ni...

Korang semua boleh la klik link Sini...

Segmen bermula 02.04.2013 dan Tamat 31.12.2013

Ahad, 18 Ogos 2013

Majlis Perkahwinan Sarah & Anas

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera....


Selesai sudah majlis perkahwinan sepupu saya, Siti Sarah binti Mustaza. Majlis Perkahwinan yang dirancang lama akhirnya selesai juga semalam 17 Ogos 2013 bersamaan 10 Syawal 1434H. Sarah, sepupu saya merupakan seorang yang lemah lembut, sopan dan baik. Beliau juga tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim.. Dan kini, diijabkabulkan dengan seorang lelaki dari Terengganu yang juga baik perilakunya. 

Saya juga tumpang gembira dengan majlis perkahwinan sarah ini. Moga beliau menjadi isteri solehah dan berkekalan hingga ke syurga. Sempat juga saya mengambil gambar2 kenangan untuk disemadikan dalam blog kesayangan saya ini.

Sarah + Anas bersatu jua
Pelamin Nan Indah

Candy Crush Corner..
Jom potong kek sama2...

Kini kita sudah bersatu..