Hai semua... Lama sudah LeYa tidak menghabiskan "Kisah Kita" ini. Hari ini, LeYa diberi kesempatan dan ilham untuk menulis episod seterusnya. Bukan mudah untuk menjadi seorang penulis yang baik. Ia memerlukan idea-idea bernas dan pembacaan dari artikel2, majalah2 dan novel bagi menambahkan lagi ilmu yang tersimpan kukuh di dada.
************************
Hari yang dinantikan telah tiba. Hari ini aku akan bertolak ke Air Terjun di Sagil, Johor bersama si dia dan rakan-rakan. Hati tatkala itu hanya Tuhan yang tahu betapa seronoknya rancangan yang selama ini tidak menjadi telah jadi kenyataan. Jam menunjukkan 8.00pagi. Aku sabar menunggu si dia untuk turut sama ke sana. Beberapa minit kemudian, dia datang dengan senyum simpulnya membuatkan aku tidak jadi untuk bertanya lanjut.
"Sorry, I'm late... I help my mom first to clean up the rubbish in home. So dirty you know... hehehe..."
Mendengarkan penjelasan yang aku rasa tidak perlu untuk masam muka padanya, aku tersenyum sendirian. Hatiku terdetik mengatakan yang baik juga dia dalam membantu kerja-kerja rumah.
"Okay syg... Manje don't care. At least you can explain the truth". kataku sambil tersenyum sumbing.
Kami pun meneruskan perjalanan ke Sagil. Perjalanan yang mengambil masa 30minit itu memberi aku lebih banyak berimaginasi sendirian. Berbanding si dia yang tekun memandu kereta ke tempat yang dituju. Aku bermonolog lagi mengenangkan perhubungan kami. Aku takut untuk berpisah dengannya kerana aku sayang kannya sama seperti si dia sayangkan aku. Aku perlu berdoa dan terus berdoa agar Allah makbulkan permintaanku.
Dan, perjalanan yang memakan masa setengah jam itu pun telah menemukan kami dengan destinasi kami yang dituju. Aku keluar dengan perasaan penuh nyaman dan seronok menghirup udara yang segar. Si dia mengeluarkan barang-barang dari belakang kereta dan memimpin aku untuk mencari tempat mandi yang lebih baik. Rakan-rakan yang lain hanya menuruti kami dari arah belakang.
Kesejukan airnya membuatkan aku menggigil seketika. Dipandang aku menggigil kesejukan, dia memberi isyarat supaya aku naik dan makan serta istirehat. Aku menurutinya. Aku makan dengan laju sekali. Apabila kesejukan, sudah pasti perut menjadi lapar. Hal itu membuatkan aku makan dengan lahapnya.
Setelah hampir jam 2.00petang, kami bersiap untuk pulang ke Melaka semula. Kami sempat merakam gambar kenangan bersama untuk disemadikan dalam laptop kesayanganku. Aku juga turut bergamabar berdua dengannya untuk simpanan yang teristimewa di hatiku.
Perjalanan pulang ke Melaka telah membawa aku khayal dan tertidur tidak sedarkan diri kerana kepenatan di pagi hari. Bangun sahaja, sudah sampai di Melaka. Aku tersenyum sekali lagi bila mengetahuinya dan mencubit bahagia ke pahanya kerana tidak mengejutkan ku ketika dia memandu pulang tadi. Si dia hanya tertawa dan menggayakan aksi tidurku di dalam kereta. Aku berkejaran mendapatkannya untuk memukulnya. Aku bahagia saat itu. Aku amat berterima kasih pada Ilahi kerana telah menemukan aku dengannya..